Hari Sabtu lepas adalah hari untuk Kelas Persediaan Penyusuan di Sara Kids TTDI Jaya, Shah Alam
Kami menerima beberapa cadangan supaya jadual Kelas Penyusuan diberitahu lebih awal supaya ibu ibu yang sedang mengandung dapat membuat perancangan schedule mereka
Dibahagian kiri laman web ini saya dah update jadual Kelas/Aktiviti Penyusuan Lunatots & Sara Kids bagi bulan December 2009 sehingga sepanjang tahun 2010
Ianya hanya sekadar panduan dan sebarang perubahan akan dimaklumkan lebih awal
Anda boleh menghubungi kami di info@lunatots.com atau admin@sarakids.com bagi sebarang pertanyaan
Gambar2 semasa kelas
Kelas kalini dihadiri oleh beberapa ibu bapa yang expecting
Samada anak pertama, mahupun anak yang seterusnya
Juga oleh ibu yang mahu menambah info mengenai penyusuan
Dan ibu bapa yang mahu menyusui anak mereka dengan susu ibu semula (relaktasi)
Ibu, kita tak pernah terlewat
Cuma, alangkah baiknya kalau kita tahu lebih awal kan?
Saya bangga pada ibu ibu yang mencari ilmu semasa mengandung
Dan kagum serta besar hati membantu ibu2 yang masih mahu menyusukan anak mereka walaupun anak sudah berusia lebih dari 2 bulan
Tiada yang mustahil, anda yang tentukan!
Sebelum kelas berakhir, kami menjemput Ika yang masih menyusukan anaknya Eiyman (berusia 2 tahun 6 bulan) berkongsi perih jerih pahit manis pengalaman menyusukan anak
Keputusan menyusukan secara eksklusif diambil semasa kandungannya berusia seawal 8 minggu!
Tiada pandang belakang, tiada susu formula, tiada istilah ‘susu tak cukup’ atau anak ‘kecil-kurus’ sehingga ke hari ini
Dia ibu yang gigih, seperti anda juga
Beberapa keping gambar di bawah diambil candid semasa sedang menantikan ibu & bapa2 lain bersedia untuk bergambar
Haha..kelakar pula rasanya, saya siap2 senyum duduk
Keadaan sangat tenang, buat macam tiada anak disisi
Taraaaa…senyum ceria dari semua ibu & bapa
Bagi pihak saya & Puan Farah
Minta dihalalkan yang terlebih & terkurang
Kalau ada yang persoalan yang terdetik, hubungi kami dan akan kami jawab semampu keupayaan kami
Selepas kelas berakhir, saya akan luangkan masa dengan ibu bapa yang memerlukan kaunseling khusus seperti ‘memulakan penyusuan semula’
Dan ibu bapa boleh bertanyakan apa apa soalan yang mengelirukan samada daripada Puan Farah ataupun saya
Puan Hezrin & suami, selamat melakukan relaktasi dari saya & keluarga
Semuanya akan berbaloi..
Ibu tak boleh ada ‘leaning tower’ (susu formula dalam kes ini) untuk berjaya
Kami bukan sesiapa dan belum kemana mana
Tapi kami akan bersama sama anda, ibu ibu semua, insyaAllah
Ini anak saya
Kasian dia kan, selemuih amat menunggu mommy selesai kelas
Suami saya yang menanti sampai ke petang
“Macam sedih je kalau tinggal dirumah”
- Bila saya ada ura ura nak pergi kelas seorang diri
Atau mungkin dia risaukan saya beranak memandu sensorang agaknya..hehe
Nota mommy Luna : Iki & daddy, mommy bukan pergi bekerja. Tapi mommy keluar membuat ‘sesuatu’ yang mommy teruja. Terima kasih kerana berada di celah2 rak baju disitu
Related posts:




seronok dgr celoteh sue..menghiburkan….:)..hopefully my hubby pun support kalo ada program2 camnie…hehehe..x penah ajak punnn…
Sambil tu boleh singgah Mid Valley ke, Sogo ke..(shopping untuk raya haji)..ekeke
—
Salam Ina : Ohooo…nanti Ina boleh cuba cuba ajak suami datang ke KL untuk ke aktiviti bersama kami
sue..
ku suke bangat gmbq kite bertiga (atau berempat??)..sile lar email gmbq tue hokkey..juge gmbr yg ade menempel muka ku jua..
—
Ika, Ika boleh right click and save the image dalam pc mu.
Haha..gambar berempat/ berlima? hihih…
entah kenapa zah terasa kecil disisi ibu2 yg lain…zah tidak berjaya utk BF akmal…tp alhamdulillah…zah usahakan utk pump bg anak susu yg sepatutnya dia dapat…alhamdulillah…hampir 9 bulan dah kak sue..sebab itu utk second baby..zah perlu hadiri kelas…banyak benda kena belajar..dan tak mudah sbenarnya…
apapun….kalau ada izin dari Nya nanti..kelas kak sue zah akan hadiri…
( statement kak sue yg last tu….buat zah shahdu..tanpa suami dan anak yg faham…siapalah kitakan…)
—
Salam Zah : Zah patut rasa besar hati sebab dah berusaha sedaya nya!
Dan insyaAllah kalau ada rezeki untuk kita berjumpa, kak Sue akan cuba guide semampu mungkin.
(Bila jadi ibu, kita perlu 2 kali ganda lebih kuat walau sebenarnya kita 2 kali ganda lebih penat…kan dear?)
kak sue..nie mmg last class kak sue b4 deliver ke? Lyn baru plan nak invite kak sue ber”BF talking” di Gombak….ade harapan lg ke kak sue…. =)
Due Sue 25 Nov 2009.
—
Salam Lyn : Lyn boleh email info@lunatots.com dan propose tarikh terlebih dahulu
salam sue,
maafla sue tpaksa menganggu lg nk tanya masalah saya ni..
ni laaa sbb x pegi kelas punye psl…
2nd child nnt sy pastikan kene ikut kelas sue ni..
sy ada nasalah..
ank sy susah nk tdo…
sejak hbis pantang ni…die lebih suke bergantung…
elok ke? sbb sy perati kkdg die x telan pun susu bile die dah start ngantuk tu,,
end up due muntah mase tdo n ganggu tdo die..
then husband sy x kasi die minum byk..takut nnt perut die senak
sbb overfeeding…ada ke istilah overfeed bg baby yg minum susu ibu ni?
—
Salam Zrin : Breastfed baby is an alert baby, mereka rapat dengan ibu mereka dan being at the breast akan memberi keselesaan kepada mereka.
Mereka tahu bila mereka patut menghisap utk rasa comfort dan jenis hisapan untuk menghisap susu (erk, kompiuskah zrin?)
Untuk mengelakkan bayi minum terlalu banyak, cabut nipple dari mulut mereka setelah mereka kenyang dan cuba mengcomfortkan mereka dengan cara lain seperti pelukan, atau tepuk perlahan lahan.
Jom ke kelas kami nanti ye zrin