Rtar

-Entri Jumaat lepas-

Hari dah lewat petang (hampir 7 malam)
Saya masih di ofis menanti suami ambil dan dia masih di Putrajaya troubleshoot ’sesuatu’ di tempat client

Kesian Iki di rumah pengasuh, mesti dia hairan mana mommy & daddynya tak ingat jalan pulang

Semua kawan kawan di YM dan blog dah balik
Sekejap saya bangun kutip habuk biskut di lantai
Tak lama lepas tu susun name card atas meja
(Ala ala sengaja biar ada yg jatuh2 macam dalam Casa Impian..ekeke)

06112009439
Esok, saya ada kelas Penyusuan – mungkin yang terakhir sebelum melahirkan
Sebab saya rasa saya sangat malas ‘berat’ kebelakangan ini
Naluri nak berhibernasi sepanjang hari kah?

Saya menerima pesanan & bayaran CD dari seorang teman
Pesanannya di alamatkan kepada Rumah Titian Asraful Rohaniah
Untuk kegunaan harian anak anak yang tidak bernasib baik di rumah itu

donate

Dari pihak Lunatots, besar hati kami menyumbangkan CD tambahan bagi tujuan-tujuan begini

06112009436

Pesanan akan dihantar ke alamat yang diberikan
Dan nama penyumbang akan kami tulis di bahagian Sender

*Dakwat pen itu, pink sebenarnya-dalam gambar jadi merah pula..hihi

06112009440

Ke hulu ke hilir saya dengan file & buku Hypnobirthing entah bila nak khatam baca..ekeke
Sempatkah?

05112009431

Nota mommy Luna :  Dari sedikit datangnya berbukit, kan?
Selamat menyumbang!

Related Posts with Thumbnails

Related posts:

  1. La Leche League Training
  2. Gunting Iki
  3. Mommy Luna berpantang
  4. Selamat Hari Bapa-Daddy
  5. pixy? Canggih?

Leave a Reply