Saya dah kembali ke rumah semula berjumpa Iki, suami & Lunatots
Selepas beberapa hari berkursus
Walaupun ada sedikit rasa risau kerana tarikh jangkaan bersalin yang agak hampir
Berbekalkan emosi yang terpaksa digigihkan, saya fikir, it will be happened when it should be kan
Jadi, saya teruskan juga berkurus eh berkursus sambil membawa SEJU sebagai teman
Dengan kata lain, jika SEJU mahu dilahirkan di tempat kursus, mungkin itu kemahuannya..hihi
Hari Selasa lepas, Subuh sapie saya drive sorang sorang ke Shah Alam
Tak pernah dalam tahun 2007, 2008 2009 ni saya keluar dari pintu rumah Cheras sebelum pukul 7.30 am (haha)
Tak sangka 6.45 am dah terang benderang dunia ini..keke
Sungguh mengantuk mengharung jem
Ramai sungguh kereta rakyat kawasan lembah kelang
Dulu dulu masa saya kecik, ada nampak kempen berkongsi kereta kan?
Kalau lah ada sape sape yang nak berkursus bersama, harus saya duduk siap2 di tempat duduk belakang kereta besar mereka
Koser je nak drive sorang2 begini

Dan hampir jam 8, saya tiba ke tempat yang dituju
Kompiden weh bawa perut, sijil, gambar, resit bayaran itu ini itu ini

Saya ambil beberapa keping gambar guna handphone sebagai kenangan
Gambar pen pen yang dibawa disisi fail yang diberi
Kalau untuk sign apa apa borang, saya gunakan pen pink sekiranya tiada siapa menegur..hihi
Saya amat rindukan Iki
Dan risaukan Iki rindukan saya
(Daddy Iki dah besar dan pandai jaga diri..keke)
Bila nampak kek pisang yang Iki suka celup dalam milo pun buat saya berdrama di petang hari
(Itu belum tgk situasi syahdu saya di malam hari-laaagi tak lalu haru…ekek)
Ini kali ketiga berjauhan dengan Iki, kali kedua di entri ini

Beg bersalin? Saya tak bawa apa apa kecuali kad hospital
Sebab saya fikir, kalau sakit nak bersalin, saya nak balik rumah di Cheras
Chipsmore, coklat, gula gula segala penuh dalam handbag saya
Teman sekumpulan cam buat muka keliru samada saya nak pergi kursus atau berpiknik?
oi piknik bawa sandwichlah! – dari acik yang tak puas hati..ekeke

Ini kumpulan saya
Oh kursus ini adalah mengenai perniagaan
Membuat rancangan perniagaan, membuat akaun syarikat, ramalan jualan segala
Bawa keluar laptop, kalkulator, mesin kira kira tinggal tak bawa cash register je ke kursus
Yang muka stress2 dalam kumpulan saya itu ialah mereka yang tertekan dengan akaun syarikat mereka
“Ni kalau acik niaga cendol kena buat akaun ni, menangis diorang!”
Ada suara sumbang lain “Tak siap acik kelim karipap nak meniaga kalau kena buat akaun ni”
Haha….acik cendol ngan acik karipap tu buleh bayar saya untuk buat akaun
(Hidung kembang kempis sebab saya retik sikit sikit)
Hari terakhir kursus
Saya senyum2 tak sabar nak balik jumpak keluarga tercinta
Kalian, tengok muka di bawah ni betul2
Wajah2 yang akan keluar majalah usahawan sana sini, insyaAllah
Dan lelaki yang berbaju kuning di depan sekali tu
Berani dia memakai baju berwarna itu kan?
*Abg, nak ke pakai kalau Sue belikan baju warna tu..hihihi
Ini penyampaian sijil kepada peserta paling berat dan paling laju menuju ke tempat makan..hihihi
Kepada semua teman,
Perkembangan terbaru saya
Pengasuh Iki cuti sebab anak dia nak kawin bulan 12 jadi dia nak buat persiapan dari hari ini (14 Nov sehingga Januari 2010)
Due saya 25 Nov dan akan berpantang di KL, insyaAllah
Birthday Iki, 14 December akan ditunda ke tarikh lain
Dengan 2 anak kecil & Lunatots, I can do IT eh we can do IT..hihi!
(Tangan cam biasa-digenggam erat ke udara..kekeke)
Related posts:




patut la mesin kiro kiro takdo. terpaksa acik qas kira pakai tangan.
—
Hahahaha: Ya ampun….Kak Sue tak teringat langsung! Hahaha…ampun…
salam.
sue mmg gigih!!! semoga semuanya selamat. amin
—
Kak Yati : Terima kasih, insyaAllah selagi lalu angkat kaki, Sue akan terus melangkah..ekeke
Sue, riyah here!
semoga kejayaan menyebelahi kita dan SENTIASA. amin!
—
Salam Riyah : Yup, Amin…
Bday iki 2 hari selepas bday danish la.. pun kene tunda hari lain pasal abidanish tak ada huhuhu, gigihnya mu.. semuga bertambah maju..penyut mu cumil tak sangka da nak due erk..
Birthday Danish kena tunda sama sama dengan birthday Iki ye..
—
Lyn : Abi Danish mencari rezeki demi masa depan keluarganya
Uih, besar dah tu Lyn, masa bergambar, ku tarik nafas..hihi
Semangat puan suraya! semangat!!!!
—
Thanks Acu : Alang nampak lebih
kedutmatang bila dipanggil Puan Suraya.kagum dgn akak…sedang menghitung haripun masih gigih ke kursus…huhuhu…(kak actually zah pun penah buat cam akak…seminggu pas kursus terus meletup..hehehhe)
—
Izzah memang dah tau bila due ke? Maksudnya baby nak lahir lepas kursus dan bukannya semasa kursus …pandai baby pilih :big grin:
hi kak sue..im new here..love to read your entry..byk info saya belajar..thanks for sharing it with us..
Good to hear that.
—
Sama sama Saharah
slm kak sue, dah beberapa minggu ni saya dok usha blog ni…rasa menarik & byk info..tq..saya bakal dpt 2nd baby 25 dis 2009, ank pertama birthday 30 dis…kakak ipar kata ‘aik..ko ni wat anak skuad hujung taun je…’hehe…azam nak EBF utk 2nd baby..hopefullly berjaya..yeah( dgn pnuh smangat)
—
Min : Anak anak Kak Sue pun semuanya skuad hujung tahun..ekek..
Yup, semoga Min kuat semangat nak EBF second baby ni ye
wah sue.. dah 9 bln pun perot kecik je ..
SEJU tau mommy dia ligat, nnti berat pulak nak usung perut kan.
—
Kih kih, besar sebenarnya Nurul tapi Sue sembunyikan didalam baju kurung (sembunyi? haha)