Malam semalam saya ke hospital dan menurut kata doktor,ianya prosedur hospital
Bahawa sekiranya air pecah, kelahiran perlu dimulakan (induce) dalam tempoh 24 jam
Kerana risiko infection pada bayi adalah tinggi (seperti lung infection)
Sekiranya bayi di’keluar’kan selepas 24 jam dan seterusnya, bayi perlu menjalani 3 hari rawatan antibiotik di NICU selepas kelahiran
Wo wo wo..dengar perkataan induce ( = hormon intervention) dah buat kami suami isteri huru hara
Kami bercadang membiarkan SEJU keluar bila dia mahu keluar
Saya pun tidak rasa sakit sakit
Bukaan serviks sudah 2 cm (9 mlm) dimana VE (vaginal examination) ini lebih menyebabkan saya sakit terkengkang kengkang sepanjang malam…kekeke
Saya sangat emosi semasa di hospital
Seperti “ini bukan toilet saya” – perasaan semasa kencing (ekeke)
Dan “ini juga bukan katil dan cadar berbunga bunga saya”
Bagi seorang dua yang pernah saya bercerita, mesti faham betapa saya mahu melakukan homebirth
Dengan cara berpura pura beritahu doktor yang kami tak sempat ke hospital bila masanya tiba..hihi
Macam Wai Han, Hoi Yan dan Vanessa
Kelahiran SEJU berisiko untuk dilakukan dirumah kerana bimbang luka caesarian 2007 berdarah kembali
Ini labor room dengan lampu terang benderang, machine kiri dan kanan, saya rasa macam transformer (transformer kan cerita mesin2 bercakap bergerak tu)

Ini bacaan CTG yang dipantau selama hampir 1 jam
Bahagian yang saya bulatkan ialah surge yang berlaku (yang saya tak perasan pun bila ianya berlaku)

Sambil tu, midwives minta saya pilih menu yang saya mahu untuk esok
Hoo..boleh juga mengalih perhatian daripada mesin2 ni bayangan makanan kan?

IV dipasang untuk memasukkan antibiotik sepanjang malam
*Dan hormon sekiranya perlu esok hari
Nurse kata saya tegangkan tangan tapi tangan saya memang kurus eh tegang
Nampak tu urat besi tulang dawai berkat angkat kotak CD..ekek
Tidur semalaman dengan IV tersebut?
Saya rasa saya layak parking di tempat handicapped person

Lepas semua prosedur selesai (12 malam), saya ke bilik no 12 menjenguk suami & anak
Iki seronok baring2 tukar channel Astro
Tertonggeng2 sana sini..isk..

Iki akan jadi ‘best-buddy’ daddy pula sbb mommy kena uruskan perkara2 lain

Saya diminta hadir semula ke hospital jam 7-8 pagi bagi tujuan pemantauan
Sekarang hampir jam 12 pm dan saya masih dirumah
Dr mengganggarkan bukaan serviks akan terbuka 3 cm pagi ini dan 1 cm bagi setiap jam
Sekiranya saya masih slow progress – ‘sesuatu’ akan dilakukan
Nervous?
Keseluruhan birthing team termasuk doktor mengatakan bersalin adalah sakit tanpa dadah
Bila saya menolak sebarang pain relief sepanjang kelahiran
Hanya 2 orang daripada team tersebut (iaitu saya & suami) bertekad yang ianya tidak ‘sekejam’ bunyinya
I hope that it will be a beautiful and gentle birth as it supposed to
Nota mommy Luna : Bagaimana kalau SEJU bukan mahu dilahirkan pada hari ini?
Related posts:




alg, ayg mahu sms tp nfon luqman kidnap. alg kuatkan semangat ye. itu sj yg anak dara seperti ayg boleh ckpkn kerana kurang pengalaman. hikhik. jutaan ibu sudah melaluinya, alg tentu boleh!!!
—
Ayg : Terima kasih, kata kata Ayg terngiang2 dalam telinga Alang sepanjang proses kelahiran. “I will be Ok, I will be fine..” berulang2 Alg ulang..hihi
sure kak sue sangat nerves dan teruja pada masa ni..
tak pe, sooner or later, SEJU akn keluar jugak.. insyaAllah dgn selamat, tenang, lembut dan chantek!
dulu sy jugak di induce bila bukaan telah 1cm.. masa tu tatau ape2.. yelah masa tu mne ada rasa sakit. so ikut je la kata doc.. lepas induce, sejam pas tu dah sakit2.. lepas 2 jam, besalin normal. alhamdulillah.
end up, baby saya ditahan di wad selama 5 hari dan diberi antibiotik sbb meconium aspiration case. 2 hari baby kene puasa dari minum susu.. sian dia.. nasib baik ade breastpump, buat stok bagi kat nursery utk dia minum. alhamdulillah.. dia dah nak masuk 1 y.o da nxt tues
—
pinkedish : Kak Sue baca komen pink masa on the way ke hospital and hoping the same thing.
Tapi lepas 10 jam masuk pitocin masih tiada progress. Mungkin belum masanya utk baby ‘keluar’..hehe
Dzakwan on antibiotik 3 hari dan fully bf. Petang ni resultnya keluar dan kalau everything ok, dia boleh balik dengan kami. Kalau tak, another 10 days admitted di hospital. Kak Sue kena fikirkan tentang stok susu untuk dihantar pula.
Dah besar dah pun baby pink ye
kjap je da bersalin ye…moga Allah permudahkan segalanya…amin..
—
Ha a, sekejap je dah nak bersalin. Thanks mamairvan!
Kak Sue! Lyn doakan Kak Sue selamat semuanye! (geram tgk Iki tertonggeng2.. =)!)
—
Thanks Lyn!
kak…zah pulak yg neves..teringat zaman bersalin akmal dulu…aduh…semoga allah permudahkan ya..!
Terima kasih.
—
Salam Izzah : Mengimbau kenangan ye entri melahirkan
“Keseluruhan birthing team termasuk doktor mengatakan bersalin adalah sakit tanpa dadah”.
ah, propaganda pihak hospital. mmg la bersalin tu sakit tp tak la sakit sampai tak boleh tahan. sue, teruskan proses tanpa dadah. semuanya mindset. kalau org dulu2 boleh bersalin tanpa epidural, awak pun boleh!!
—
Liz : Terima kasih. Sakitnya masih tertanggung lagi Liz. Sue bayangkan ibu ibu yang lain yang tak ambil pain relief sebagai sumber kekuatan.
skejap je dah nak bersalin. take care. nnati dah bersalin bgtau keh..
—
Azza : Sue dah bersalin pada 20 November 2009. *Bagitau di blog, bilalah Azza boleh dapat tau..ekeke
Hehehe…saya yg gementar…harap ada khabar gembira menjelang esok ada umat nabi yg baru…
—
Salam Hanisumayyah : Alhamdulillah bertambah seorang lagi tanggungjawab kami
semoge sumenye selamat..tak sbr nk gi visit!!ermm perndapatku, jika sang ibu yakin dan dpt meyakinkan pihak hospital yg beliau tidak akn meroyan sepanjang proses bersalin itu, seharusnye tade masalah la utk drugs-free.normal situation ialah di mane sang ibu emo/meroyan/terpekik terlolong/jerit sane sini..ha..thats y la birthing team suggest drugs untuk memudahkan@mempercepatkan proses bersalin itu
—
Haha watie : sue dalam labor room tgh cuba mendelaykan augmentation iaitu pitocin utk cubaan membuka serviks. Bukaan masih 2 cm seperti semalam. Siaran langsung dari bilik bersalin. Hehe
sue, semoga tenang dan tabah melalui proses bersalin…istiqfar dan ingat Allah selalu yer, moga sue n seju selamat hendaknya:-)
—
Terima kasih Fizah ye.
doa2 everything will be ok.
—
Terima kasih Mama Miya!
semoga kak sue selamat melahirkan, semoga ibu dan anak sihat.. ~ ramai tu orang doakan
take care.. kaksue dah tolong ramai orang, insha ALlah, ALlah tolong dan permudahkan kak sue 
—
Terima kasih Sarah.
salam sue
saya doakan semuanyer selamat..insyaallah
yer…saya sungguh kagum bila sue citer kat kfc aritu yg sue nk bersalin kat rumah…tapi ape2pun yang penting sue ngan SEJU selamat
salam ziarah dari saya
—
Haha Azeemah: Sue betul2 mahu bersalin di tempat yang familiar iaitu rumah (lagi2 di atas katil)
Tapi skrg Sue disini, atas katil hospital. Uwaa..
salam sue, semoga semuanya berjalan dengan lancar….
—
Terima kasih Za!
bl tgk post ni teringat plak masa nak melahirkan pd 4 okt lepas..semua prosedur di atas 2 saya lalui…3 kali induce saya tetap tak sakit..last2 kn c-sear gak..huhuhu..semoga k.sue selamat melahirkan SEju..amin..
—
Ila pun baru je melahirkan ye. 3 kali induce maknanya 3 bekas pitocin ke dear?
Terima kasih..
moga kak sue dimudahkan bersalin, baca zikir nabi yunus banyak-banyak. yakin boleh!
—
Terima kasih Mar
oh sue..sya nerbes..sya doakan semuanye selamat..sue banyak2kan selawat ye..:) moge dipermudahkan amin!!
—
Sya : Sue cuba call Sya dari labor room tapi tak dpt. Hehe..
Terima kasih Sya.
Sue, sy dulu bersalin tanpa dadah jugak. Takde masalah pun. Dont worry k.
InsyaAllah kali ni dpt bersalin normal. Amin.
—
Nurul : Thanks, Amin..
sue, akk yg berdebar-debar ni…lalu makan kah…anyway…semoga dipermudahkan…i will b next!
—
Salam Ummu Umar : Masa petang tu, masih lalu makan burger seketul kak..ekek
Bila dah masuk labor room, makan dan minum sikit sikit saja
Good luck kak ye!
semoga baby dan mommy sihat selamat yer, insyallah sue kuat orgnye, pasti boleh, xperlu ubat2 drug sume, igt Allah yg sentiasa membantu hamba Nya yg lemah, pape hapdate akak yer
—
Terima kasih Kak Nurul, akhirnya Sue ambil drug juga untuk operation..hehe
Hari pertama kelahiran, Sue agak weng jadi tak dpt msg/call semua orang. Nanti kalau Kak Nurul ada masa, jemput datang tgk Dzakwan ye
sue,
rasa sakit bersalin yang semulajadi itu adalah nikmat kan?
(walaupun masa sakit tu, dalam hati rasa tobat dah taknak bersalin.. hehehe)
tengok sue nerbes2 nak bersalin ni, rasa macam teringin jugak! huhu
—
Wah Sya : Sakit bersalin tu macam nak tertanggal pusat, pinggang, punggung letak tepi katil..ekeke..
Kalaulah boleh dipindahkan, Sue pindahkan pada apaknya..hihihi
HAI SU..CMNE ARI? ADE RS MCM SEJU NAK KUAR KE? XPE DOA TG BAIK2 DAN BYGKAN YG INDAH2 SHJ.INSYAALLAH SEMUANYA AKN BERJALAN DGN LNCAR AMIN…
—
Duritisya, komen ni ditinggalkan jam 4.48am. Duritisya online di Subuh sapie kah?
Sue dah bersalin 3.15 am tadi secara caesarian.