Malam ni saya rasa masa berlalu dengan lambat
Tidur, dah puas tidur, tapi baru 15 minit berlalu
Saya tanya suami yang berada di sofa (dia temankan saya di hospital)
“kita dalam mesin masa kah?”
Dia tak jawab sbb tertidur kepenatan
(Isk, abg ni..belum perlu gantikan Sue masa sakit nak bersalin..hihi)
Baru saya perasan, tertinggal beberapa perkara dalam entri kelahiran
Dzakwan sihat cuma perlukan rawatan antibiotik selama 3 hari dimana ujian darahnya di hantar ke makmal ( keputusan keluar 3 hari)
Jika ianya negatif, maka Dzakwan akan tinggal di hospital lagi 10 hari utk rawatan
Saya? Tak mahu memikirkan benda benda buruk
Lihat IV utk masukkan antibiotik, darah dan balutan di tangan kanannya buat hati saya sebak
Kenapa SEJU perlukan rawatan antibiotik, di entri ini
Pengalaman melahirkan secara caesarian, saya pernah ceritakan di entri ini
Suami tak boleh masuk kalini sbb pembedahan emergency malam dan hospital kekurangan staff
Semua staff OT perlu buat kerja di mana kalau suami masuk
Kena ada staff tunjukkan dia bilik tukar baju
Jangan sentuh itu ini etc etc
Walaupun kali kedua, saya dah ada beberapa expectation
Seperti saya minta tube kencing dipasang selepas spinal injection
Saya juga minta jangan lama sangat saya dibiarkan di recovery room
Dan yang paling utama
Saya mahu menyusukan di dalam OT!
Mujur gynae saya bersetuju dengan semua yang saya mahu
*Kedua dua belah tangan saya dilekat pada pemegang tangan kiri dan kanan
Dimana dari atas siling, saya kelihatan macam itik gantung di kedai makan…hihi
Kelakar bila midwives beri baby (dalam OT) dan beritahu saya “tak apa, I pegangkan, U susukan”
Saya tak bersuara sbb kesejukan + kesakitan sorang2
Walaupun separa bius, masih rasa sakit tiap kali jahitan dan prosedur2 lain dibuat
Entah, mungkin sbb emosi sbb tiada suami atau mungkin memang betul2 sakit pembedahan di tempat yg sama..ekeke
Gynae saya yang bersuara bagi pihak saya
“Let the mommy hold the baby”
Dapat juga saya pegang bayi saya atas dada dan susukannya dalam 10 minit (walaupun bukan skin to skin sbb OT sangat sejuk)
Kebanyakan staff dalam OT tergumam kerana mereka hairan bagaimana bayi berumur kurang 30 minit boleh ‘pandai’ menyusu
Yup, Dzakwan is taking a breast like a pro
Sebenarnya semua bayi ada naluri menghisap yang kuat
Di mana lebih awal penyusuan dimulakan, sukses rate untuk penyusuan itu berjaya lebih tinggi
Pulang ke bilik wad, jam 5 sehingga 6 pagi bayi dibiarkan menyusu dari saya
(Masa ni Iki berebut dengan adik)
Iki tidur bawah ketiak saya di katil hospital
Oh ye, berikutan rawatan yang Dzakwan terima, dia tidak boleh rooming in bersama saya
Sebab dia dibawah pemantauan teliti pihak hospital
Saya minta nursery hantar dia kepada saya setiap 2 jam dan setiap kali dia terjaga/showing any feeding cues
Saya biasa menerima case dari kawan2 yang mereka tiada susu semasa di hospital
Atau bayi hypo dan tidak cukup susu jadi perlukan tambahan susu formula
Saya bercakap sebagai seorang ibu (bukan sebagai kaunselor laktasi)
Saya tahu teori, saya faham bila & bagaimana kolustrum terhasil dan saya semat kepentingannya
Pun saya masih risau, samada saya dapat lakukannya atau tidak (sebagai seorang ibu)
Dan sehingga ke jam ini (Dzakwan berusia 24 jam)
Dia hanya minum susu ibu sahaja
Tiada makanan tambahan lain
Sudah mula mengumuhkan mekonium pada usia lebih kurang 12 jam (siang semalam)
Kami berCD dari hospital kerana kasihankan dia on antibiotik di usia 1 hari
Apa lagi yang dapat kami sumbangkan selain cubaan mengurangkan risiko :(
Bayi saya menyusu dengan baik bukan kerana dia suka susu yang mana satu, atau bentuk puting saya mahupun rezeki sesiapa
(Menjawab persoalan ibu2 yang risau)
It is perfectly tailor made – anak & ibu
Makanan pertama anak & susu ibu yang badan ibu hasilkan
Persediaan awal mental ibu dan bapa mengenai penyusuan susu ibu akan lebih memudahkan urusan
Anak saya tidak ‘sangat besar’ utk saya berikan susu
Saya kongsikan tips:
- INSISTS dengan pihak hospital yang anak kita HANYA minum susu ibu sahaja
- Jika tidak dapat rooming in, minta nursery staff hantar ke bilik anda selang 1 jam
- Susukan dengan selesa dan tak perlu rushing (seperti nurse tunggu di tepi untuk dibawa semula ke nursery). Take ur time .. 20 minit ke 1 jam bagi setiap feeding
- Babies need their time too..Kalau dia jilat2 puting anda, atau menangis biarpun puting sudah berada di dalam mulut tetapi masih menangis, ia bukan tanda dia tidak sukakan puting anda. Oh..dia baru berusia sehari, bantu nya dengan tenang
- Jika dia kelihatan mencari cari puting seterusnya menangis, jangan tergesa gesa merasakan puting anda pendek atau besar atau tidak sesuai dengan bayi anda. Nipple comes in varies size, so does baby ‘s mouth. Ibu & org sekeliling perlu bertenang..Botol mahupun susu formula bukan solution, tetapi bayi perlu di ajar untuk menghisap susu dari ibunya.
- Jangan limitkan penyusuan. Contohnya anda baru selesai menyusukannya (katakan selama 1 jam bayi ‘bergayut’). Selepas 20 minit, jika dia menangis lagi, offer susu lagi padanya dengan cara meletakkan puting di tepi pipinya. Breast first – ganti ladies first ekeke..
Breastfed babies do not have any specific feeding time and specific amount of breastmilk needed – Seperti 2 jam sekali, 2 oz sekali minum - Minta orang sekeliling seperti suami atau ibu (mahupun nurse) untuk membantu anda menyusukan anak seperti mengangkat anak anda, memegangkannya sebentar sementara anda beralih kedudukan atau mengambilkan air untuk anda.
- Pastikan ibu berasa tenang dan gembira dengan setiap kali proses penyusuan. Dengan cara ini, hormon prolaktin dan oksitosin akan berfungsi dengan baik.
Tips untuk ibu yang menjalani pembedahan untuk menyusukan:
- Anda boleh duduk bersandar dengan selesa dan melapikkan bantal di bawah bayi
- Atau gunakan nursing pillow
- Anda juga boleh berbaring secara mengiring. Minta bantuan orang lain untuk meletakkan bayi secara mengiring
*Tips menyusukan semasa malam sambil berbaring di entri ini
Saya berkongsi tips- tips ini kerana mahu lebih ramai bayi disusukan secara eksklusif semasa bermula dari hospital
Kerana ianya tidak mustahil!
Ramai yang sudah melakukannya, dan kita akan jadi salah seorang daripada mereka, kan ibu?
Daripada ibu yang sembab, belum tidur dari malam tadi,
Suraya.
Nota mommy Luna : Ianya bukan birthing dream saya, tapi kami menikmati proses penyusuan yang kami suami isteri mahukan. Ianya anugerah sebuah ikatan. Ia bukan sekadar breastfeeding story, ia love story buat kami sekeluarga..
Related posts:




Tahniah Su! terharunya baca experience ni. complete & inspiring.nanti k.nik dpt bb ke-3 nanti nak pinjam ayat kat nota su tu ya, utk ditempek pd bbcot kat nursery tu
i like the word INSIST yg mana k.nik failed to do kat spital dulu..huhu
—
Kak Nik, sue sama mcm ibu lain yg risau samada exclusive bf is possible or not semasa awal2 kelahiran.
Alhamdulillah, dzakwan dah 2 hari dan contented pada setiap kali penyusuan di mana setiap sesi feeding tu sue peruntukkan untuk zzz sekali (semasa d hospital)
Dan kalau nursery tak hantar anak sue selang 2 jam, sue akan tekan butang2 berulang2 sampai mereka tertekan.
Kak Nik boleh buat birthing plan seperti contoh yg sue buat. Anak ketiga, bila tu? Hihi
~~>Tahniah K.Sue, selamat jugak akhirnye, turn sofia lak tggu hari (^_*), akan praktik kan tips2 tu nnti kat hspital. Selamat Berpantang..berpantang di kdai ke nnti??
—
Sofia, 3 kawan Kak sue yg attend class sama Sofia(edd hampir2 kita) dah giving birth on 10, 17 and 18 nov. dan Kak sue, 20 nov.
Good luck dear.
Kita adalah apa yang kita fikirkan
hmm… terharu nya..
teringat2 masa baru bersalin dulu…
berusaha nak BF baby…
walau pun nangis2… berusaha jugak..
dan gembira ada nurse2 yang sedia membantu.
eh, muka dzakwan ada rupa iki masa iki baru lahir dulu?
—
Sya, determine sungguh sya nk bf anak ye.sue tak boleh kenang balik breastfeeding journey iki, nanti ada yg meroyan kat lobi spital. Keke
Nanti sue letak gambar muncung iki dan dzakwan utk dibandingkan. Mak dia out of league. Haha (muncung mak laaagi pjg)
knp ntah bergenang air mataku baca entry ini…..
—
Haza,maybe kalau sue masukkan unsur2 hindi golek2 keliling padang sambil menyanyi lagu yg bersesuaian, haza akan lebih tersentuh. Hihi
Salam..sue congrats k..boleh la jd reference pas ni.tq for the great info
—
Thanks ezue, ezue dan rafiq tgh expecting ye. Jadikan breastfeeding antara isu yg perlu dibincang kan suami isteri tau
nanti qas nak buat camni jugak!
tapi~ part tak amik dadah itu adelah ngerriiiiiiiiii. terer kak suee!!
—
Haha Qas, kalau naturally sakit, maksudnya tanpa pitocin, surge nya akan lebih gentle dan rhythmic.
Tapi biasanya after pitocin being taken, sakit 3 ke 5 jam saje tak sampai 10jam. Pengsan.
Qas,semua anak dara perlu ada cita2 mcm Qas!
Tahniah buat kak sue sekeluarga dgn kehadiran ahli baru.
Entry ni buat saya bergenang air mata n hidung coz mengimbau kenangan yg tidak dibanggakan 6 bln lalu. Khalish dilahirkan secara cesar n dok 3 hari di hosp. walaupun nurse ada hantar baby pada saya, penghasilan susu nmpknya tidak ada hgga malam ketiga. masa tu khalish diberi minum menerusi susu formula. nampaknya saya masih lagi ketandusan info mengenai BF. tanpa motivasi dan semangat yg kuat, saya tertewas kepasa susu formula. khalish hanya dapat minum susu ibu selama 2 minggu (tu pun pam, susu saya amatlah sedikit. nak dptkan 1 oz kena pam selama 1 jam). saya rasa kerugian n teramatlah jeles bila melihat orang lain susukan anak hgga umo 2thn. Khalish, ibu mintak sori sgt2….huhuhu
—
Ibu Khalish : Kak Sue pula bergenang air mata baca cerita di atas.
Buatkan Kak Sue teringat kisah Iki dulu.
Semua ibu ada susu sebaik sahaja melahirkan cuma susu tersebut ujud dalam bentuk kolustrum yang penuh dengan nutrien yg bayi perlukan buat masa ini.
Stimulasi hisapan dan minda ibu yang tenang akan melancarkan aliran kolustrum, insyaAllah.
Jgn sedih ye dear. Salam peluk cium dari Kak Sue sekeluarga.
chumelnye seju a.k.a dzakwan..xsabar cik nani nk jmpe lagi..
byknye tips..nak simpanla..buat bekalan ms hadapan..kekeke…(smbil tersenyum2 sipu~~)
—
Haha : Harap bila masa Nani tiba, Kak Sue nye tips masih valid tak lapuk ditelan jaman..ekeke
tahniah sue…happy breastfeed baby ok..
—
Thanks Nieda!
Terasa nak menangis, terharu + bangga…
—
Wah Nurul : Jangan menangis..hihi Ibu menyusukan kena sengih2 sentiasa kan kan
Salam Sue, Tahniah atas kelahiran Dzakwan… Semoga Sue dan baby sihat. Baca pengalaman bersalin sue teringat masa Lina sakit bersalin hari tu….
—
Lina : Lina ada aksi tonggeng2 juga menahan sakit? Ekeke..mujur takde video atau paparazi upahan ambil gambar Sue..hihi
Congrats Sue,
Dzakwan subgguh adorable… bertuah Sue..dah ada dua hero! sorry tak bls sms… telefon meragam… sebulan ni baru abes exams dan baru lepas accident, kerete di bengkel… ‘patah kaki’ nak ke lunatots….
oh..ini bukan kisah yan…tapi kisah Dzakwan.. bestnye dpt susukan dgn baik… Alhamdulillah… semangat Sue ni lah buat yan susukan Myra sepenuh masa… no more excuses… satu auns pun pam jugak!…
take care for both of you….:)))
p/s: kami pon ada berangan nak letak nama Zakwan Hafiy utk baby errr….ke-4 kami…<—baby ke-3 yg belum ada lagi tu dah ada nama lain…hehe
from yan, edy, zikr n myra
—
Hihi yan: tak apa, sue faham dgn kesibukan harian + anak anak, kadang tak terkejar tulang 4 kerat ibu
Yan, kalau yang 1 oz itu dpt melindungi, jgn bazirkan atau sia2kan kan yan
Baby ke 4 yan,zakwan hafiy? Ke 3, cdg nak dpt girl kawan utk myra ye. Hihi
Salam Kak Sue…CONGRATULATIONS! Lyn sgt gumbira utkKak Sue sbb dpt bb baru, Iki..sbb dpt adik baru and hubby Kak Sue sbb dpt hero baru! Semoga Kak Sue cepat sembuh! =)
—
Terima kasih Lyn : Kami pun tak sabar nak bawa Dzakwan balik rumah petang ni
tahniah su!! terima kasih sbb update blog dgn jayanya..:D…mengandung kali ke 2 kali ini saya bertekad utk menyusukan anak tp saya tidak mendapat sokongan suami dan keluarga…mcm2 alasan…sbb itu saya berhasrat utk membawa suami ke kelas su nnt…harap su dapat bg jadual kelas sebulan lebih awal supaya saya senang nk merancang kelas saya…kalau bole saya nk yg dekat TTDI ni saja…dekat dgn rumah…:p
Congrat sue dearie. Syahdu la baca ur n3 ni. Tetiba melayang & imagine how momma nyer turn nnti. For sure momma pun nk BF anak momma right after deliver. Amin!!
Have a good rest & happy BF!
__
Thank MommaMia
Tahniah Sue….
org cakap…ibu ceaserian sukar nk menyusukan bby masa awal2 kelahiran..tp sue dah berjaya buktikannya….and skrg sue dh in line antara teori dan praktikal…
kekadang nurse yg pelik bila kiter betul2 nk bf…lynn dulu (kat annur) siap nurse mai tanya lagi…”ada susu ke tak ni..?”..lynn dgn yakin 300% cakap…”yup, ada….”…nurse tanya lagi…”betul ke? meh sy check”..lynn cakap..”betul…check laa..”…bila dia picit..dia cakap..”aah..ada le…oklah awak susu le dia..” dlm hati lynn…”aku dh cakap ko tak caya !!!” hahahaha…pastu nurse tanya lg…”ni anak no brape..?”..lynn jawab..”no..3 yg no 2 exclusively bf..” nurse ckp…”patut le…”….hehehe….kenangan yg memang tk dpt dilupakan….macam mana ye kalau time tu lynn bersalin anak pertama ???!!! huhuhu….
happy bfeeding sue…
dan selamat berpantang ye…
alah..tomeinye die nenen ngn mommy die…..insyallah berkat susu mummy nye dzkawan akan sihat dan xperlu duk hospital lelama…
hi sue, hopefully saya belum terlambat untuk ucap tahniah …. being your silent reader quite long .. tersentuh betul hati saya atas pengorbanan awak …. tahniah sekali lagi … pengalaman dapat menyusukan anak memang manis kan … pengalaman yg begitu berharga …. saya sendiri sampai ke Tanah Suci (preggy almost 7 month time tuh) …. sebab apa, sebab saya nak berdoa sangat2 kePADANYA , dipermudahkan segala urusan saya untuk bersalin dan dapat menyusukan 2nd bb saya tanpa sebarang masalah dan selama mungkin . Alhamdulillah kini diperkenankan olehNYA. sehingga kini almost 4 month bb still BF… Mungkin pengalaman anak pertama dulu mengajar saya …. betapa pentingnya SUSU IBU ….
__
Salam.
Thanks, ya pengalaman yang sememangnya hebat. Syukur kerana telah dipermudahkanNya.
Teruskan BF hingga 2 tahun ya Mimie
sue..mmg really enjoy the nursing moment kan..ku pd slps melahirkan bby ke-2 ku..xde lgsg tahu kepentingan penyusuan 1 jam pertama..tetapi oleh sbb faktor hospital rakan bayi..nurse telah memberi baby 15 min slps itu dgn bercakap “beri anak susu’..itu shj…ku yg dlm kepenatan hnye ikut perintah dan mmg ajaib bby pandai menyusu dgn baik..tak terkate la waktu pd saat itu..sgt teruja..sgt² menikmati detik kami bersama..congrats again my dear fren..
Su,
Hopefully Su and baby sihat.Tahniah!
tahniah! dah dapat 2 hero dah
tahniah sue….. sy poon dpt merasa apa yg sue rasa. InsyaAllah for my second Maisarah no formula dan memang ianya bermula di labour room….. seronok sangat coz my first Habibullah x dapat merasa 1 jam pertama (ada masalah lekat uri) masa kat labour room…..
Salam sue..thanks for the information.entry ni touching ler..hu hu.take care dear.
tahniah!!
Sue..Alhamdulillah..congrats..sedikit emosional membaca entri ini
..huhu
Doanya semoga semua dipermudahkan..speedy recovery..take care
tahniah sue…tak sbr plak ummiamsyar nk tmbh anak lg… ekekekkee.. ape kata amsyar?.. bole tak?..
congrats ye sue. selamat berpantang!
pantang kat mane ye? umah ke @ kampung
sedih bace entry ni .. teringat zmn kejahilan yg lps2 ..
harap2 ade rejeki 3rd baby nanti
k.sue…sy mmg breastfeed baby skrg, dh 6 bulan..sy cuba ajak kwn2 ofis BF, ade yg BF tp cmpur2 jugak.last2 sy copy ayat2 akak dlm posting ni n entri 18jan2009, mereka terharu…time tu ade la yg tnya sbb susu dh sikit la, baby dh refuse nk direct BF la…mcm2
heheheheh
—
Tahniah Salwa atas ‘kegigihan’ menyusukan anak. Kita sama sama sebarkan kesedaran, biar ramai ibu faham yang menyusukan bukan sekadar makanan anak tetapi sesuatu yang perlu dipertanggungjawabkan pada ayah dan ibu
tahniah sue…..meleleh2 air mata baca post sue. sama2lah kita bangga sbb dpt susukn ank sejurus slps lahir…ira pn teruja bile iffah nenen wlu baru beberapa minit melihat dunia….tahniah sue krn melahirkn ank yg bijak….
—
Tahniah untuk Ira juga : Berbaloi kan, bonding menyusukan sejurus bayi lahir..It is amazing yang bayi tau sumber makanannya ialah susu ibu
alg, alg pilih tudung yg sedondon dgn bj spital. hehe. ayg terbayang reaksi iki bila tgk dzakwan. sama x mcm die teruja tgk laptop alg? hehe
—
Pst Ayg : Alg tak sempat basuh tudung sudahnya Alg pakai apa yang ada. Tiba tiba rasa maroon tu membuatkan Alang yang lebar nampak lebih lebar. Sebab tu Alg tukar ke tudung coklat untuk imej lebih kecil..ekeke
Iki teruja picit2 keybod laptop Alg dengan kuat (macam tu la dia buat pada adiknya..hihi)
tahniah kak, for the birth of your 2nd one
—
Terima kasih Najwa!