Disclaimer
    The entire contents of this blog are based upon the opinions of author unless stated otherwise noted. The information in this blog is not intended to replace a one-on-one consultation with lactation consultant. It is a sharing information and knowledge from the research of author. This blog outlines sources, ideas and suggestions on breastfeeding your baby. The author and family disclaim any liability arising directly or indirectly from the use of the information contained in this blog.
[Google]
Announcement
    Lunatots Booth (Maju Junction)
    Date : 1-30 Sep 2010
    Venue : LG Floor, Maju Junction KL
    Time : 10.30 am - 7 pm
    Contact No : 010-2414050 (HOTLINE)
Luna’s Counter
Friends Online

View My Stats
Nuffnang ADV
Sponsor





Luna’s Shop
Readers
Lunatots @HotFM
Luna’s Sponsor
ShoutBox

Entri 3 pagi ni agak mengelirukan ye?
Ianya ditulis sementara saya menantikan staff Operation Theater (OT) kelam kabut siapkan bilik utk operate lemak lemak perut saya
Tak sempat nak klik Update Post, nurse dah cakap
“Madam, you may pass your handphone to your husband now”
Atau dengan bahasa kite kite “Udah udah la wei, nak masuk bilik operate dah neh”

Rupanya incik suami tak klikkan Update Post
Sebab tu lah, entri tersebut di publishkan pada hari siang dengan seribu satu persoalan (aiceh)
Saya cadang nak update blog siang tadi
(Sekarang 3.30 am)
Tapi sepanjang siang tadi saya macam mat pit yang lalok cakap sorang2 dalam cerita Kisah Benar di TV3 tu
Sangat sleepy, sangat mamai, mata asyik nak terpejam rapat walaupun tengah susukan anak
Tetamu yang datang pun nampak berbayang2..hihi
Sebab semalam lepas keluar bilik operation jam 4 pagi, saya melayankan ragam Iki dapat adik
Dia sedih adiknya minum susu mommy
Dia pesan “adik, jangan gigit tau tau tau” …isk..

Saya ceritakan pengalaman melahirkan dulu ye
InsyaAllah di entri seterusnya (kalau saya tak tertidur malam ni)
Saya teringin nak berkongsi kisah penyusuan saya dan si kecil kami (SEJU=second junior)

Pukul 2 pm saya admitted di wad seperti yang dijanjikan
(Buhung, janji kol 7 am..hihi)
Prosedur VE by midwives (omak ai sakitnya..nak buat sendiri tak retik!) masih 2 cm
Dan bacaan CTG nampak tenang..tiada surge keterlaluan & heart beat baby masih terkawal
Doktor minta kami mulakan augmentation (masuk hormon pitocin bagi mempercepatkan bukaan rahim)
Tapi kami cuba bermadah helah membeli sedikit masa
(Masih percaya yang SEJU will find his own pathaway to the birth canal when the time is come)

Saya pusing jalan jalan kawasan hospital bagi mengambil angin
(Sebenarnya turun naik lif ke kafe je..ekeke)
Beli bun, roti, burger, air oren segala – besar selera acik tau..hihi
Birthing Plan dah diserahkan pada doktor dan birthing team
Klik sini sebagai contoh

Yang paling penting, saya teringin nak pakai tshirt ini untuk melahirkan
“Coming Soon”
Dan teruja bila dibenarkan berbuat begitu
(Ah wanita yang mudah dipuaskan!)

19112009461

Depan saya tu semuanya makanan saya..penuh satu meja!

19112009460

Jam 4 pm, kami suami isteri setuju untuk augmentation procedure yang dijangkakan akan lebih intense (kerap) surge nya berbanding hormon semulajadi oksitosin yang terhasil semasa masa kelahiran yang sepatutnya
(Erk, berbelit2kah?)
Ini adalah proses ‘mempercepatkan’ bukaan rahim dengan penggunaan hormon

Ini drip pitocin yg dipasang di tepi katil

19112009463

Sampai 2 bekas pitocin ni digunakan, daripada dos rendah kepada tinggi
Kepada rendah semula (bila heart beat rate baby jatuh)
Bulatan merah adalah surge yang kerap (2-3 mins) dan bulatan biru adalah denyutan jantung SEJU19112009467

Saya perlu reply email kepada kerja2 yang tertunggak di atas katil melahirkan
(Pertimbangkanlah semula cadangan berkerja sendiri anda..huwaa)

19112009466

Tertonggeng terlangkup saya di bilik bersalin selama hampir 10 jam selepas drip pitocin
Surge 2-3 minit sekali itu sungguh mencabar uterus…fuhhh…

19112009470

Habis anak, mak, macik sedara rambut semua keluar..isk
Sungguh acik tak mahu ingat
Masa ni saya berharap semuanya cepat berlalu dan bukaan rahim ada progress
Ada juga keluar darah dan lendir (tanda ada bukaan rahim)

DSC_6254

Jam 10 pm, masih 2-3 cm!
Dan separuh mati tiba jam yang dijanjikan sebagai ‘masa penentu’ oleh kami suami isteri (2 am)
(masa ni saya dah iras iras ikan kering yang di sidai di atas zink nelayan)
Bukaannya masih 2-3 cm!
Saya frust bukan sbb sakit
Sakit memang sakit melampau tetapi saya harapkan rasa sakit itu membuka jalan se-cm demi se-cm
Jujurnya, saya sangat demotivated selepas jam 12 am – masih 2 cm

Emosi bila suami kata kalau boleh diganti, dia akan gantikan
Abg percayalah, abang takkan mahu rasa sakit begitu :)
Saya bertahan 10 jam tanpa dadah untuk anak saya
Saya prektiskan breathing, relaxation dan deepening technique dalam Hypnobirthing
It works, dalam 8 jam pertama dimana 2 jam terakhir saya betul2 demotivated nak meneruskan semuanya
Suami kata, saya akan gembira (suatu hari nanti) dengan cubaan melindungi baby dari sebarang dadah pain relief
Terima kasih abg, saya puas hati dan tak sangka mampu bertahan selama itu

Walaupun akhirnya saya perlu amik spinal anesthetic untuk caesarian
(Huwohh..takkan nak operate tanpa ubat tahan sakit…ekeke)
Ianya pengalaman berharga bagi saya
Bila mana doktor beritahu yang 1 daripada 10 wanita di dunia mengalami cervical dystocia yang bukaan rahimnya tak boleh terbuka untuk melahirkan
Wanita wanita ini ‘lahir’ dengannya dan bukannya diwarisi

Suami termenung jauh dalam bilik bersalin
Saya tersenyum senyum sendiri dan pandangnya “Am I consider as a handicapped person?”
Dia “haha..”
Dia kecewa sbb kesakitan saya 10 jam lepas berakhir di bilik operation
Tapi saya tau, dia bangga sebab kami dah cuba buat yang terbaik untuk anak kami

Untuk Ammar Dzakwan bin Mohd Nor Shazwan

DSC_6280

DSC_6267

DSC_6275

He is 3.15kg and was born at 3.25am (20 November 2009)
Hospital Pantai Cheras

Nota mommy Luna : Penat dan sakit bersalin adalah berbaloi dengan jerit tangis Iki & Dzakwan

Related Posts with Thumbnails

Related posts:

  1. Majlis Aqiqah Ammar Dzakwan
  2. Persediaan kelahiran
  3. Kelahiran Iki & SEJU
  4. Second Birthday Ammar Zikry
  5. Seremban-Dzakwan

29 Responses to “Kelahiran Ammar Dzakwan”

  • oh sue..nak menitik air mata sya baca..besarnye pengorbanan sue..wah! wah! sya sangat kagum..tahniah ye..moga bertambah keceriaan dgn kehadiran Dzakwan..:) tak sabar nak jumpa..

    Sya : Eh Sya, Sue menceritakan benda kecil dengan ‘bunyi’ yang besar kah dear?
    Itu bukan niat Sue tau Sya :) Niat Sue seboleh mungkin mahukan kelahiran yang tenang untuk anak (anak dan anak) Sue
    Kelahiran yang akan mereka ingat dalam unconcious mind mereka..hihi

  • siti zufina:

    sue sayang,

    tahniah…tak handicapped kalau terpaksa caesar. Tuhan lebih mengetahui….rest well ya. :)

    Siti : Terima kasih. Sue saja mengusik husband (dan diri sendiri yg ralat)
    Terima kasih dear :)

  • Tahniah…berbaloi2 dapat melihat SEJU ke duani…ahahaa…..saya juga masuk golongan kurang upaya, 12 jam menanggung sakit bersalin but the status still ‘2 cm …very tight’..udahnya ceaser jugak!

    Hehe ye ke Hanis : Ralat kan…12 jam?
    Wohoo lama tu, isk…(tamo ingat tapi takleh lupa raa sakitnya :) )

  • sue…congrats on ur newborn baby! smg 2-2 sihat2 hendaknya…

    Terima kasih Nadiah atas doa dari Nadiah & Safiyyah

  • tahniah su!! comel dzakwan..mcm muka sape tu ek..

    Suliana : Sue pandang2 macam Iki..ehehe

  • congrats sue!
    beratnya sama dengan baby umar masa kuar 5 buan yg lepas.
    “kita hanya merancangkan, tuhan menentukan”
    take care

    Terima kasih Wan Anie : Yup, betul tu dear. Rancangan dia secantik2nya :)

  • haza:

    wan dan sue sememangnya ibubapa yang kuat… takde apa yang perlu dikesal kan.. both of u trying ur best!!! tahniah dear! iki, sila jadik abang yang baik ya…

    Iki is trying his best. Opah sedih bila iki beritahu dia “Opah, mommy sayang iki kan kan”
    Woah, acik sentap.
    Thanks haza!

  • farah:

    tahniah ye kak sue…
    sungguh menderita kan sakit nak bersalin…tak boleh ingt 9 bulan yg lalu mcm nk tercabut pinggang :)
    hilang semua sakit bila tgk baby…
    welcome to the world Ammar Dzakwan…iki ade adik dah :)

    Wah Farah : Seronok bila hilang baby keluar, terus hilang sakit pinggang
    Haritu rasanya perut, punggung semua tertanggal..pun bayi belum keluar, sungguh frust (ekeke..)
    Pst..Syifa dah boleh ada adik dah tu..hihi

  • mirah:

    apapun syukur semua selamat sue..

    Yup, alhamdulillah Mirah, anak & ibu selamat.

  • AzniScott:

    Teringat kelahiran Amani yang saya hampir2 di ceaser kerana slow progress contraction (bilik OT telah tersedia huhuhu)………baby kedua pun nyaris2 je.
    teringat terpaksa menahan sakit akibat disumbat prostin selama 3 hari.(bukaan servik still 2cm…frust giler)……jadi saya faham sakit kak sue macamana…..i almost give-up….alhamdullilah Allah bagi peluang Amani keluar mengikut pintu sepatutnya…..tahniah atas kehadiran Dzakwan

    Azni, 3 hari? (Mata Kak Sue terbeliak luas)
    Kalau Kak Sue, 3 hari..bukan iras ikan kering atas zink tapi lebih kepada cicak yang tersepit di belakang pintu.
    Alhamdulillah Amani keluar juga ye melalui vagina. Gynae Kak Sue mengejar masa which every minutes are count. Jadi tak boleh tunggu lebih lama..

  • shakilaramlee:

    sgt kagum baca entri ni..tapi sempoi betul coz sempat lg berblogging sambil menahan sakit….saya doakan sue dan ammar cepat sihat dan kuar hospital ya..

    Kila : Masa Sue tulis entri, pitocin drip dah dicabut dari badan Sue(tgh prepare utk operation). Jadi tekanan contractionnya tak sekuat sebelum tu.
    Kalau masa surge kuat tu, tgk blog pun mesti rasa nak telan..ekeke
    Terima kasih Kila!
    Kalau sebelum cabut

  • salam sue..

    thniah atas kelahiran dzakwan…kita serupalah…handicappe..hahah..saya pun sama slps 15jam in labor last kena tolak p bilik operet jgk..hihi..ape pun syukur sumenye slmt kan?

    slmt bpantang yer..thniah…sgt tharu dgn usaha sue mnyusukan dzakwan…pasni nk wt mcm sue jgk…

    Wah Salmi : Pst…15 jam? Lagi lama dari Sue..hihihi
    Kuat semangat betul ibu2 di sekeliling Sue ni…dan Salmi pun boleh menyusukan anak bermula dari di hospital nanti :wink:
    Terima kasih!

  • Alahai so comelnyaaaaa… Sue memang sorg yg cukup tabah. Be proud of urself dear!!

    Congrats!!
    __
    Thank Dear :)

  • Sue…

    tahniah…!!!
    tak tau pun sue dah selamat bersalin….lambat tul le lynn ni…hehehe
    nampaknya projek kelas BF kiter kena ‘direhatkan’ 2 bulan le…. ;)
    it’s ok..yg penting semuanya selamat nanti…..

    welkem tu ammar dzakwan……

    psst…sue, org ckp lebih afdal kalau nama baby di annouce pd hr ke-7 kelahirannya….hmm..betul ke..? lynn pun yg ke3 ni..hr ke4 dah announce nama…hahaha

  • sungguh tersentuh baca entry ni…
    sgt kagum dgn semangat sue dan encik suami….
    tahniah.. tahniahhh….

  • tahniah sue!
    __
    Thanks Dear :)

  • puteri:

    memang sedih bila kita dah bhempas pulas sakit perut tiba2 kena bsalin secara ceaserean. saya pernah melaluinya. serviks memang dah buka tapi malang nya bayi saya lemas sebab dah berak dalam perut, tak sempat nak tunggu bukaan serviks yg lebih besar, setakat 5 cm baby dah lemas so tpaksa lah ceaserean.

  • Misah:

    Assalamualaikum sue…tahniah buat sue sekeluarga…semoga bertambah-tambah rezeki sue :) x sabar nak tau pengalaman sue bf dzakwan di samping iki yang petah berkata-kata…sue tandem nursing ke nanti? sayu je hati bila iki pesan kat adik dia time menyusu…isk…isk…isk…

  • sue..congrats for the all happened..actually smua yg berlaku itu adalah memori yg terindah dlm hidup sue..berat bby ammar same ngn berat anak ku yg ke2 sejurus slps dilahirkan..alhmdllh sue..pengalaman sue itu adalah yg terindah sebenarnye..ku really means it..

  • buat saya teringin untuk hamil lagi….hahahhaha..tahniah kak sue…mcm sat jer…rupanya dah 9 bulan saya mengikuti cerita akak…..hahahah

  • zulaikha.dzulkifli:

    Dear su..su dah buat ape yang terbaik untuk baby..su tabah..yang penting baby & su selamat.Dan tahniah untuk little little hero yang hencem.Zafran tambah lagi sorang ahli nak gerak gempur..same ngan aish gak ler..menggerak gempurkan keadaan.
    muah muah..

  • ina:

    sue..tahniah my dear…walaupun c-sec..sue dah cubakan…alhamdulillah dah kuar dah SEJU…sama berat ngan hadeef..cuma beza ngan sue, sue naik sikit..ina naik 17kg..hoohhohohohoho////anyway..CONGRATES…

  • pinkedish:

    kak sue, tahniah! ammar dzakwan sgt chomel! rindunyer dgn bau newborn bb dan bau mulut bb yg exclusive breastfeed.. huhu.. selamat berpantang. dan jgn lupe update blog setiap masa (hehe mcm kak sue tade keje len nk buat pulak)

    Pinkedish : Lega sangat rasa hati menyusukan anak secara eksklusif. Tak risaukan mulutnya putih2, tak risaukan jaundice, tak risaukan dia demam, cirit birit ataupun sembelit..Itu makanan terbaik kan?
    *Kalau boleh, memang nak update selalu..ekeke

  • wah, kak sue pun guna birthing ball!

    Ha a Najwa : Kak Sue guna birthing ball time rasa lenguh berbaring menahan surge :)

  • Zety:

    Sue, walaupun dah agak terlambat saya tetap nak ucapkan TAHNIAH atas kelahiran Ammar Dzakwan! Semoga yang baik-baik semuanya untuk Sue & family…

    Terima kasih zety. Semoga sue cepat cope dgn 2 anakanda tanpa pengasuh. Hihi

  • congrats sue,sori lambat,baru je bukak web ni..deliver dgn doc suriati ke?

  • kak sue pernah terfikir tak nak jadi baby signs instructor dan doula? hehe saje tanya..

  • wah menakutkan..hrp ALLAH permudahkan proses maria bersalin nnt..thanks sbb kongsi pengalaman yek..;)

  • Jojo:

    sama la kita…uwaa…9 jam tunggu, bukaan sgt slow..last2 ceaser jugak

Leave a Reply