Keputusan darah Dzakwan adalah baik dimana tiada bakteria infection pada mana mana fungsi badannya (jantung, paru-paru)
Jadi dia boleh pulang ke rumah pada hari Ahad lepas bersama sama saya
2 keping gambar di bawah ialah tempat IV untuk masukkan antibiotik
Uwohh..kadang2 berdarah disitu kalau tersalah pegang
Kasian Dzakwan..
Antibiotik terakhirnya pada pukul 4 petang hari Ahad 22 Nov 2009
Dzakwan di rumah bersama sama kami menyambut Aidiladha
Kata orang, anak kedua dah kurang ‘eksaited’ nya
Pada kami suami isteri, untuk anak kedua ini kami dah ada expectationnya..hihi
Dzakwan minum susu ibu dan bercloth diaper secara eksklusif
Pattern tidur, minum susu, ragam tangisnya boleh dijangka
Dan sepanjang seminggu ni ‘belum’ sukar lagi menjaganya
Alhamdulillah Dzakwan tak ada jaundice
Minum susu dan buang air besar/kecil dengan banyak
Tips berCD semasa dalam pantang?
Nanti dalam entri lain, saya kongsikan ye
Emak beritahu saya, anak sepupu saya (dua pupu Iki & Dzakwan) berumur 25 hari masuk NICU Hospital Teluk Intan
Sebab cirit birit sampai dehydrated
Minum susu formula sebab susu ibunya dah kering (mengikut kata ibunya)
Saya? Kalau ada daya & kudrat untuk saya poskan susu perahan, saya akan buat
Sabda baginda s.a.w :
Bagi setiap tegukan susu yang diberikan kepada bayi, ibu mendapat satu pahala kebaikan.Jikalau ibu terpaksa bangun pada malam hari kerana bayinya itu, maka ia dapat pahala sebagaimana pahala orang yang membebaskan hamba sahaya 70 orang di jalan Allah.
Apabila seorang wanita menyusukan bayinya, maka setiap tegukan susu yang diberikan meperolehi pahala yang sama dengan pahala orang yang menghidupkan seorang yang mati.Apabila ia memisahkan penyusuan bayinya (setelah cukup usia), satu malaikat khusus akan mengucapkan selamat kepadanya kerana keberhasilannya melakukan tugas menyusukan anaknya).
Dan ia berkata : “dosa-dosamu yang lampau sudah diampuni”
Daripada blog kak Elly
Nota mommy Luna : 100% untuk daddy, 100% untuk Iki, 100% untuk Dzakwan

Related posts:




buku yg sgt menarik utk dibaca pabila ada kelapangan. harap kak sue akan share beberapa tips from dat book dgn kami semua.. sedih kan tgk tgn bb bile ade wayar2 mcmtu.. da la tgn dia kecik je.. teringat masa anak sy masa dok kat nursery 5 hari pas besalin setahun yg lalu.. pasal berkongsi ‘nenen mama’ dgn cousin dia tu, biasa la akan ade aksi tolak menolak, cocok mencocok antara mereka.. bler masing2 da dpt portion masing2, dorg akan leka la utk sekejap.. hehehe.. seronok pun ade, kelakar pun ade jugak. btw, selamat hari raya aidiladha utk kak sue empat beranak! huhu
—
Kak Sue baru sampai page 2, yang sorang merengek, yang sorang menangis..ekeke
Lambat lagi nak sudah habisnya pinkedish.
Sedih, kesian baby..tangan kecik2 dah kena cucuk.
Buat masa ni Dzakwan tak tau apa apa, jadi dia diam terkebil2 je.
Abang Ikinya merengek lebih2 tak kasi adik minum.
Kadang kadang Iki “mommy, adik kata dahh….” (bila adik dia kata ntah)
Salam Aidiladha pinkedish!
kak..mana beli buku ni …best jew..nak bli gak la..byk info ni
—
Beli di books warehouse sale yang kak Sue pi semalam