Disclaimer
    The entire contents of this blog are based upon the opinions of author unless stated otherwise noted. The information in this blog is not intended to replace a one-on-one consultation with lactation consultant. It is a sharing information and knowledge from the research of author. This blog outlines sources, ideas and suggestions on breastfeeding your baby. The author and family disclaim any liability arising directly or indirectly from the use of the information contained in this blog.
[Google]
Announcement
    Lunatots Booth (Maju Junction)
    Date : 1-30 Sep 2010
    Venue : LG Floor, Maju Junction KL
    Time : 10.30 am - 7 pm
    Contact No : 010-2414050 (HOTLINE)
Luna’s Counter
Friends Online

View My Stats
Nuffnang ADV
Sponsor





Luna’s Shop
Readers
Lunatots @HotFM
Luna’s Sponsor
ShoutBox

Sepanjang minggu ini saya belum berkesempatan meng’update’ blog
Mak mertua saya datang tolong temankan kami anak beranak minggu ni
Minggu minggu selepas ini belum dirancang bagaimana aturannya..ehehe

Anak anak & suami dah tertidur kepenatan
Saya bangun nak update blog di tengah2 malam
(oh oh, orang lain bangun tengah malam basuh pinggan, kemas rumah, lipat kain dan kerja kerja berpekdah lain..ekeke)
Hari siang saya dipenuhi dengan rengekan Iki minta perhatian
Muka saya senyum tapi hati saya menahan meroyan..huwoohh

Entri ini akan berbentuk diari seminggu qada’ entri..hihi

Hari Ahad lepas saya discharge jam 4 pm lepas antibiotik terakhir Dzakwan
Sambil kemas kemaskan paper bag saya yang berbondong bondong itu
Iki prektis guna kamera ayahnya

Gaya muncung2 mulut sume dah ada dah..ekeke
Mungkin hanya saya yang rasa anak saya masih kecil
Tapi ada baaaaanyak perkara yang Iki dah faham dan mengerti
Contohnya bila saya bawa turun sampah dari showroom
Dan letak di tepi tong sampah kemudian masuk dalam kereta
Iki beritahu saya “mommy, barang!” (sambil jari tunjuk2 pada sampah yang saya tinggalkan)

Iki dah 2 tahun
Tapi lelah memanjakannya tak pernah bersisa, tak akan

22112009482

22112009483

Gambar diambil semasa di luar hospital
Di tangan saya ialah laporan pemeriksaan Dzakwan & x-raynya
Tudung, baju, seluar dengan handbag memang tak matching
Anak acik dah duo (tangan tekup muka tak dapat menerima hakikat..haha)

22112009484

Sedar tak sedar, ‘lama’ dah kami bersama
Lama = lebih kurang 9 tahun
Sekejapnya 9 tahun berlalu kan?
Bila perkataan –> ‘anak dah dua’<– ditekankan
Kami akan merasa semakin ‘lama’
Erm maksud saya, semakin tua..ekeke

22112009485

Mommy yang tak sempat oles oles bedak asas..keke

22112009488

Banyak banyak terima kasih daddy sbb temankan mommy di hospital
Kalau kena tidur sorang, harus mommy bungkus beg bawak IV drip ape sume ikut daddy balik
Malam pertama di hospital agak saiko, kononnya dengar itu dan ini
(Padahal siang dah tidur banyak..ekeke)
Malam kedua, lena tidur (bangun selang 2 jam bila nursery hantar bayi) sampai ke pagi

22112009489

Sampai dirumah, lepas rindu pada Iki dulu
Menitik air mata tengok Iki tidur selepas menangis mahukan saya
(dia balik dulu dengan opahnya sbb saya kena tunggu keputusan pemeriksaan Dzakwan)

Blues melampau sangat masa tu
Filem Khabir Bhatia pun serender…ekeke
Haruskah saya minta maaf sbb Iki dapat adik lagi?
Patutnya ucap tahniah la pada beliau kan kan?
He will be fine, he should be fine, we should be..

Saya sudah mula mengepam susu
Sempatlah pam sedikit sebelum Iki ambil pam saya dan main
Lihat..sabarkan saya ber-anak dua?

Pengalaman pertama membesarkan anak pertama saya disini
(Yang baik jadikan teladan, yang buruk jadikan sempadan ye)

22112009491

Alhamdulillah, 2 oz ini saya simpan di dalam fridge
Tujuan saya mengepam ialah sebagai ’spare’ sekiranya saya ‘terpaksa’ meninggalkan Dzakwan untuk shopping eh maksud saya utk tujuan yang amat penting (seperti ke hospital)

22112009493

Storage bottle telah dibasuh dengan air panas oleh incik suami

22112009495

25112009501

Selepas dilabelkan dengan tarikh, susu perahan tersebut disimpan didalam deep freezer
(Tahan 6 bulan dari tarikh perahan)
Untuk tips mengepam semasa dalam pantang, klik sini

25112009502

Hari Isnin, saya ke showroom dengan anak anak sbb stok CD baru sampai
Berhenti sekejap susukan anak sebelum menyambung kerja
Saya buat yang ringan ringan sahaja sbb beri peluang pada yang muda remaja berkerja..hihihi
Terima kasih Lunatots Team yang lain!

23112009496

Hari Selasa pun saya ke showroom menyambung urusan duniawi
Anak anak saya bawa sekali
Pulang dari showroom, singgah Econsave beli barang dapur
Masa gambar di bawah di ambil, saya duduk sebentar sbb lenguh kaki

Tengah boring2, nasib baik ada kamera phone (nasib baik? )

DSC01829

Tersenget senget saya nak ambil gambar pouch

DSC01832

Sebab ada Dzakwan dalam pouch :)

*Terfikir juga nak minta pekerja Econsave yang tengah sibuk susun susun barang ambilkan gambar saya..ekeke

DSC01833

Hari Rabu & Khamis, saya berehat dirumah
Tiada gambar sbb bila dirumah, saya agak comot (ayat sebenar = tak agak agak la comotnya..ekeke)

Jumaat, Aidiladha 2009
Bangun pagi, mak mertua & kakak ipar dah masak rendang dan kuih kacang
Saya yang potong nasi himpit tu, sebab tu tak simetri senget benget..ekeke

27112009518

Raya secara sederhana
Suami solat hari raya di masjid berdekatan
Saya siapkan anak anak dirumah

2

Warna tema aci sarung namanya..ekeke
(Mommy lupa letak baju melayu hijau Iki dimana)

1

Dan petang tadi saya saaaaaaaangat gumbira
Sebab suami janji nak bawa ke Big Bad Wolf – Books warehouse sale
Ianya berada di Level 3 Amcorp Mall
Iki saya tinggalkan masa dia sedang tidur petang
Dzakwan ada dalam kantung hijau di perut mommy..hihi

27112009519

Wah..orang sungguh ramai sampai kena berbaris sebelum masuk
Saya perlu bawa Dzakwan berhati2 bimbang disondol orang
Memang logiknya saya pergi books warehouse sale yang tidak merbahaya tapi mungkin orang ingat yang warna hijau itu adalah handbag saya, kan?
Kami bershopping secara amik-amik-amik-amik-nanti-kat-sudut-pilih-nak-yang-mana

*Nampak pertambahan daging pada pipi saya berkat milo, roti, nasi, buah dan kek setiap hari

27112009521

Isteri mithali mana nak dapat macamni “Abg nak buku apa, amiklah”
(Memang saya berani cakap begitu sbb paling mahal pun harga buku ialah RM10)

Beg yang disandang ialah beg baby isi CD, tisu basah dan lain lain hadiah dari Puan Watie
Oh Watie, tahniah atas berita gembira ye
Kelahiran yang kedua akan tambah menyerikan kehidupan pastinya :)

27112009524

Tu dia….banyaknya buku yang kami pilih!
Soalan cepumas ‘ada masa ke nak baca?’ hihihi

Antara yang membuat saya dup dap dup dap ialah saya beli buku masakan!
Hah, beli buku masakan pun gembira?
Nanti, bila saya dah cuba beberapa resipi, saya tepekkan disini ye
(Nak tepek juga walau orang tak tanya…hihi)

27112009525

Niatnya saya nak beli set comforter
Tapi penjual tiada di boothnya
Jadi saya tumpang duduk untuk menyusukan Dzakwan
Mujur takde orang nak beli masa saya ‘jagakan’ booth ni

Pouch ini membantu..sungguh!
Bayi tak berbunyi dari datang sampai sudah shopping sebab selesa ‘dibawa’

27112009526

Jujurnya, saya ok dengan 2 orang anak
Maksud saya, saya masih ok dengan Dzakwan yang belum banyak ragamnya
Cuma masih sukar mengawal emosi dengan emosi bercampur baur Iki

Bila saya buat tak tahu padanya
Dia duduk sendiri dan menyanyi Happy Birthday to You sorang sorang
Bohong kalau saya kata saya tak rasa apa apa :(

25112009499

Bila saya kata “mommy sakit, mommy nak makan roti lepas tu makan ubat”
Dia cakap “ok”
Dan bawa buku duduk di bawah kaki saya (ala ala adegan si Tanggang minta maaf dari emaknya)
*Tengok kakinya berlunjur kena kerusi meja makan

25112009500

Dan bila malam, saya akan ’sedikit’ naik angin sbb dia suka merengek
Dia akan menangis sambil berbaring di kaki saya (macam mak dara minta maaf dari Kasim Selamat)
Emosi kan kehidupan kami? Haha..

Ini gambar Iki dan Dzakwan masa menyusu
Dzakwan = cradle hold position, Iki = football hold

27112009515

Bila Dzakwan dah kenyang…

27112009516

Abang saaaaayang adik!

26112009507

Nota mommy Luna : Sabtu, Ahad dan Isnin ini saya ke showroom. Kalau ada yang sudi menjengah, jom jom ke sana..tengok CD dan baby baru :) *Showroom macam tongkang pecah, sungguh!

Teknik Hypnobirthing?
Saya gunakan semasa buang air besar (haha)
Ianya berkesan dengan cara menggunakan teknik pernafasan yang sama cuma ‘aura’nya disalurkan ke bahagian yang berbeza
Recommended :thumbs up:

Related Posts with Thumbnails

Related posts:

  1. Seminggu saya
  2. Lunatots Booth (Sticky Entri-Entri baru di Bawah)
  3. Kelahiran Iki & SEJU
  4. Kelahiran Ammar Dzakwan
  5. Meneruskan Penyusuan Selepas Mula Berkerja

19 Responses to “Entri seminggu selepas kelahiran”

  • pinkedish:

    eh kejap, kak sue nih tgh pantang kan? sudah boleh berjalan shopping lagi tu.. wahh.. tabikk springgg la! huhu.. best nye tgk lunatots CD yg baru2.. byk corak2 dan kaler2 baru.. tp sy baru beli babyland
    & coolababy CD. masih prewash. belum guna lagi. tp sy tgk material lunatots WAY BETTER than those brand. yelah, harga pun beza kan.. tp, sy still vote for lunatots CD! CD yg tahan lasak.. nnt la kalau ade rezeki lebih, sy nak shopping lunatots CD lagi.

    p/s: kak sue, takde ke jualan runtuh ke Y.E.S ke utk CD2 nih? kalau ade kan syok.. hehehe :)

    Pinkedish : Kak Sue baru melahirkan..berpantang juga dengan cara limitkan aktiviti seperti memandu sendiri, makan kekacang, melompat2 dan gigih berjalan sana sini. Keke.
    Nanti kalau nak cuba, buleh cuba printed CD lunatots yang baru. Kualitinya materialnya dijamin akan memuaskan hati ibu :wink wink:
    Y.E.S? Nanti kak sue kira kirakan balik dengan lunatots team yg lain. Terima kasih atas cadangan ye dear.

  • Sue, ini kalau ibu mertuaku nampak mesti dia tarik2 rambut tepi telinga tanda tak puas hati tgk menantu dia berpantang begitu…huhuhu..jangankan pegi shopping, nak jalan dalam rumah tu dia tak kasi angkat tapak kaki dari lantai, so, k.pija jalan mcm robot jepun :P nk turun tangga lak kene sandar badan dekat dinding..baru boleh turun…

    I wish dapat pantang mcm sue for the next birth…bukan hape, kalau tak lasak makanya tak lapar, kalau tak lapar, makanya malas makan sbb tak lalu makanan dalam pantang kan…dan bila tak makan, susu pun tak ‘tubik’…hihihi…logik tak alasan k.pija??

    tp somi k.pija suruh pantang gak ala2 mak dia sekejap…dan k.pija ni nk plan dalam kepala, ‘oh yes, I’ll follow U if that U want, tapi time U ada with me ajork…kalau U kluar, I nak buat juge…bolehkah?? wakakaka

    Kak Pija : Sue beritahu juga mak mertua, kalau rasa tak sihat, Sue akan tidur dan berehat sebentar. Jadi dia tak risau sangat. Lagipun bila jalan jalan gini, rasa badan segar dan nak makan dengan banyak.
    Bila rasa tension, berehat sambil susukan anak..rasa segar kembali :)

    Kak Pija dah dekat2 melahirkan kan. Selamat melahirkan dan berpantang :wink:
    *Patuhi cakap incik suami tau..hihihi (biar dia buat semua kerja yang lain)

  • Salam Sue, tahniah kerana kelahiran seorg lagi hero… tunggu le sethn dua lgi… leh pecah rumah dibuatnya… 2 lwn 1 (iki + adik vs mummy)… hehehe. sorry akak x sempat nk melawat, last week (sblm raya haji) akak ada di kajang. plan nak singgah sarakids pun x sempat… busy la kunun… hehehe… anyway… congrats for tandem nursing. wahh.. baru seminggu bersalin leh jenjalan gitu ke??? jaga diri ekk… good luck! :)

  • sya:

    wah sue..
    bagusnya dah boleh berjalan2 ke sana sini…
    saya dulu, bergerak sikit je pun sedara mara dah pandang kehairanan, nampak macam tak sakit kata diorang.. dan, saya kata balik, kena tunjuk sakit ke? hehe…

  • limau nipis:

    nih lagi terror pada akak… seminggu dah keluar rumah
    mak akak mesti berleter kalau akak jejak tanah less than 40 days… hahahaha

    tapi dah bersalin no 4 ni, hari ke tiga dah rasa nak meloncat, rasa sihat semacam jer

    akak rasa, mak akak tau akak update blog.. confirm dia bising kalau akak raise issue update blog tu… hahaha

  • Salam Sue….

    Wah, dah boleh berjalan ke sana ke mari ye…gagahnye dia…heh!suka dapat baca entry2 terbaru Sue semula…rindu ngan celoteh Sue…Moga Ammar Zilry lebih memahami kehadiran Ammar Dzakwan ye Sue…insya allah dipermudahkan segalanye…

    Diana ade ke showroom sehari sebelum raya, tp Sue takde kat sana…jumpa Nani je lah. Diana cume sempat kirimkan salam melalui Nani je…hajat dihati ingin menziarah Sue sekeluarga bile ade kelapangan nanti…

    Selamat Maju Jaya my dear frenz!

  • laila:

    uikss… dah jalan2 camtu skali sue…
    sy dulu kene terperap 2 bulan… cik abe langsung tak bg can utk keluar… hanya kluar ke hospital ajerkkk…

  • AzniScott:

    Hehe…berjalan dah ye…..samala kita.time saya lepas 2 weeks bersalinkan tihani dah gi jalan2 kat KLCC dari Temerloh Pahang,masa check postnatal yang sebulan saya drive sendiri gi klinik kerajaan.hmm….tak suka la berpantang dok kat tilam tak buat apa…….badan jadi lemau,darah pun kurang gerak….tengah tunggu CD…..tak sabar nak guna………..pasal bed yang takde kaki tu memang best,beli dah satu masa time anak sulung tapi queen size….:-(……….anak dah dua ni jenuh bersesak………last2 papanya terjun katil……sudahla dua2 heroinku lasak betul tidonya (baby tihani dah pandai merayap dalam tido-baru 6 bulan)………….

  • kalau sekali tengok akak ni mcm bukan ibuyg dlm pantangkan..huhuhu…zah hy pakai seluar bile akmal masuk hari ke 30…sebab drive bawa akmal ke klinik…dan hari-hari lain saya hy berkain batik…adus…mcmana akak yg operation bagai..tp zah yg normal tak leh sekuat akak…huhuhu so many things to learn with u kak sue…

    saya tak leh bayang juga jika beranak dua…huhuhu…apapun…selamat berpantang ya~

    Izzah, Izzah bersalin normal, lain sakitnya (maybe) dear.
    Kak Sue jalan perlahan lahan ala ala orang buat taichi tu..hihi
    Mula mula beranak dua, agak tertekan dengan anak pertama.. tapi bila fikir positif memandang ke luar pintu, kak Sue baru anak dua, bukan dua belas. Jadi kak sue harus masih kuat!
    Izzah akan kuat juga begitu nanti :wink:

  • jutt:

    sue tahniah. sory lewat ucap. hish sue nih…aktif sakan. actually mental memainkan peranan. kalo hati kuat mmg bdn rasa sihat. tp sbnrnya…tak baik untuk waktu tua. kemudian hari br terasa sakit2. ibu yg bersalin, lebih 1000 urat yg putus. so…memang mkn masa utk dalaman itu pulih. so, nasihat jutt…pandang2lah ke depan sket. nanti mana nk urus anak, kedai, suami…sian sue. apa2 pun, cayelah sue. tahniah. best iki dah ader kawan

    Thanks Jutt :)

  • fiza:

    kak,
    warehouse sale tu sampai bile?
    dah habis ke?

    Sampai 2 Dis kalau tak silap..

  • Kak Sue nampak macam “anak dara’ la lepas bersalin…kurus and ayu gitu…hehhe…dah due anak kak sue ye…beshnyee…… =)

  • uih..baru seminggu bersalin dh start keje dh? tak kena marah ke dgn parents/in law? kite dulu, mmg mak tak bg bergerak sgt even dlm rmh sekalipun…nk gi shopping??? dlm mimpi je la jwbnya..hehe..

    Nadiah : Sue perlu bergerak juga menyelesaikan beberapa perkara..hehe (Selepas selesai perkara,Sue buat perkara perkara yang Sue suka pula..ekeke)

  • ina:

    sue..dasat hang….hehehe..bestnyer kalo ina leh wat gitu gak lam pantang..huhuhu

  • hai sue..wah dah sihat yer?..bila baca kisah2 sue selepas berhero 2 ni..feel dia tu su boleh faham..memang for 2nd ni rasa lebih sihat, easy to handle coz kita dah ada some expectation from the 1st..tambah2 melalui cara kelahiran yg sama iaitu ceaser..su dulu pon lepas cabut urin tiub n ditransfer ke wad(lepas kuar dr nicu)trus try bangun n jalan sendiri ke toilet(luar dari bilik tau coz bersalin kat GH penang jer) untuk blood circulation..tak nak dah kena tekan2 perut due to tak banyak gerak dlu…then baring2 sendal bantal susukan baby (kat GH tak bley teman n stay bilik berdua jer so sumer kena buat sendiri) tapi su boleh handle compare to the 1st due to ada some expectation dari pengalaman pertama..(su stay at katil n bilik yg sama masa 1st)..

    seperti yg sue cakap…kita boleh handle si kecik tapi emo sungguh dengan si abg..diorg kalo boleh sume nak kita buat utk dia..dari mandi, makan, tengok tv n tdo nak bersama kita..huh tensen betoi..abahnyer keje dok penang,su balik kedah..si abg takmo kat org lain sumer nak mamanya yg buat …su rasa stress sangat masa dlm pantang..

    lepas balik penang..su hantar abg pi nursery dia..then su stay berdua ngan adik kat rumah…baru boleh relax2 …masak simple2,kemas umah skit,golek2 ngan adik,..n start buat stok susu…huh heaven jer rasa..

    memang kita rasa kesian kat si abg coz time kita bz ngan adik..abg kena play sorg2…but su try juga spend masa ngan abg time adik tdo even dah penat lepas balik keje…huhu…mencabarkan jadi mama ni

  • mak aai sue…walau c sect..jgn le meroyan berjalan merata2 dik…skrg mungkin rasa kuat..tp kesan di hari tua nnti..bwk2le duk dendiam…haippp

    Pst Kak Ina, sue bersiaran dari atas katil lah ni. Ekeke. menikmati erti rehat yang sebenar (iki dan adiknya tgh tidur~lega)

  • Salam kak su mana nak dapat pouch tu yer…senanglah rasanya…baby 4 bln boleh gunakan…

  • uih..bergune jua beg ijo belang2 tu..ihiks..

    psstt..time beli tu lom tau lg…kalo tak mau ku rembat jua :P

  • pstb:

    Salam Sue..
    Jika kita menghentikan bf (anak yang hentikan atas sebab2 tertentu) bolehkah jika hendak bf kembali?
    anak baru umur 5 bulan..rasa sedih bila dia tak mahu bf..sebab sebelum ini saya kurang pengetahuan tentang bf..sekarang saya cuba memerah dan hasilnya kurang memberansangkan kerana terlalu sedikit.kurang 2 oz.

    Imah, agak sukar memujuk bayi yang sudah pandai memilih utk kembali minum dari breast ibu. Tapi memerah susu utknya adalah alternatif terbaik didalam senarai :wink:
    2 oz adalah banyak! Dapatkan pam yang baik dan mengepam 3 jam sekali, 20 minit sebelah breast. InsyaAllah perlahan2 susu yang diperah akan semakin byk ye dear

Leave a Reply