Sabtu & Ahad Mommy

Saya belum ucap terima kasih kepada semua kawan kawan
Samada ucapan tahniah di blog, email, SMS dan panggilan telefon
–> Terima kasih dari dalam hati kami suami isteri
Tak cukup wang ringgit yang kami ada untuk membayar semua ‘doa’ dan ucapan kalian..terima kasih lagi sekali :)

Walaupun ber’anak’ dua, saya masih ada hati mahu mengupdate blog setiap hari
Cuma allocation sejam untuk blog kadang kadang jadi berjam jam sbb terberhenti henti
(susukan anak, tukarkan CD anak anak, menari menyanyi dengan Iki etc etc)
*Macam sekarang ni saya sambil temankan Iki cari ‘apa’
Cari ‘apa’ = dia pun tak tau dia cari apa tapi tertonggeng2 bawah meja dan kerusi sambil tertanya tanya “mana?”

Sebelum ke showroom, pagi2 kami siapkan beg anak anak (bukan lagi beg Iki seorang)
Dan makanan anak (sebab Dzakwan belum makan..ehehe)
Roti siap siap bubuh butter & jem supaya boleh terus dimakan oleh kami anak beranak
Air kotak pun bawa siap siap (bunyinya macam nak pergi piknik kan?)

28112009530

Setiap Sabtu & Ahad, showroom dibuka jam 10 am – 3 pm sahaja
Untuk katalog lampin kain moden/cloth diaper Lunatots yg baru, klik sini

Pulang dari showroom, kami ke KFC di Taman Tasik Permaisuri
Niat saya bergambar di bawah payung di bawah hujan?
Ini payung yang sama dalam entri ini

Murah je, RM15 kalau tak silap..tapi masa student dulu, RM15 macam RM1500..keke
Saya teruja yang amat semasa mula2 beli payung ni

Bila beranak satu, saya dah ada payung lain warna pink
Dan dah lama tak pakai payung lama ni
Incik suami keluarkan balik dari ‘kotak-hikmat-barang-barang-masa-bercinta’ haha

28112009532

Mengimbau kenangan lama je tauuuuu (walaupun alignment dan saiz perut dah lain..ekeke)

28112009533

Lepas makan, kami ke Subang Jaya sbb saya mencari cradle utk majlis Aqiqah Dzakwan
Saya cari yang macam dalam gambar di bawah
Belum dapat lagi sbb kena order seminggu
Tarikh dan tempat untuk majlis aqiqah Dzakwan ialah pada 26 Disember 2009 di Kuala Kangsar
Ianya akan disekalikan dengan majlis sambutan hari lahir Iki yang ke-2
Saya akan tepekkan jemputan rasmi nanti ye :)
(Kepada yang berada berhampiran, saya book calendar anda awal awal ye!)
Kecil tapak tangan Dzakwan, tapak tangan kami anak beranak saya susunkan..hihi

Alang alang dah ke Subang, saya singgah Mydin USJ round round
Sambil carikan goodies untuk budak2 masa birthday Iki nanti
Pegang pegang juga baju untuk majlis itu nanti tapi belum ada yang berkenan
(Sebenarnya perut tak surut lagi dan banyak baju tak muat..ekeke)

28112009534

Saya teringat teman saya cakap “skrg ni asalkan nak menyusukan je, macam macam ada”
Breastpump, tempat simpan susu, poncho, baju nursing dan nursing bra pun ada!
When there’s a will, the will be a way
*Saya menyusukan Dzakwan ditutup dengan poncho

Anda kisah dengan tudung senget benget saya?
Oh anda lupa agaknya saya ber’anak dua’ ..ekeke

Hari Ahad, saya ke kedai juga
Saya sihat dan saya rasa segar
Kalau diberi pilihan, saya pun mahu cuti bergaji 2 bulan membelek anak
Tapi ini jalan yang saya pilih
Dan we will be fine :)

29112009535

Dzakwan bayi yang ‘kuat’ dari dalam perut
Mommy ibu yang asyik bergambar sampai orang keliling naik hairan..ekeke

Nota mommy Luna : Mak mertua saya dah balik, dan mak saya datang malam tadi untuk melihat2 kami anak beranak. Terima kasih (semua) mak!

Related Posts with Thumbnails

Related posts:

  1. Ahad di showroom-ujang
  2. Entri Ahad
  3. Ahad-Showroom
  4. payung
  5. Hujung minggu Mommy – Mimpi

Leave a Reply


5 Responses to “Sabtu & Ahad Mommy”

  1. Comment by Faizah

    sue, gigihnya p jenjln hihihi, jaga diri ok? sue, thanx yer, aku berjaya juge bf anakku, berkat tips sue dan kwn2. alhamdulillah. doakan aku supaya dikuatkan semgt utk teruskan bfamir

  2. Comment by izzah

    kak sue…tak kisahpun dgn tudung yg senget…hehhehe..tp akak tetap maintain lawa gitu…nampak nyer biler anak dua hidup lagi sibuk kan kak…adus..camner la zah nanti…

    “Hari Ahad, saya ke kedai juga
    Saya sihat dan saya rasa segar
    Kalau diberi pilihan, saya pun mahu cuti bergaji 2 bulan membelek anak
    Tapi ini jalan yang saya pilih
    Dan we will be fine ”

    kak sue memang tak berpantang ke…?emm…tapi Tuhan tau apa yg kita pilih…harap semua akan jd baik nanti..

    Zah : Kalau berkerja sendiri, byk perkara yang kita tak sangka dpt lakukan, perlu dilakukan. Kalau ada 2 piles- urgent dan can wait, mesti dalam pile urgent Kak sue bertimbun kerja :)
    Thanks Zah utk wish dan doa supaya Kak sue terus gigih menguruskan 2 anakanda dan lunatots.

  3. Comment by shakey

    sue..cepat je da kurus remaja balik…sue tak berpantang ke…jaga diri lelok k…kuat betul sue bekerja sampai saya melopong mulut sebab kagum..siap boleh pegi kerja..pergi pesta buku..ish2..kagum2..saya masa dalam pantang melepek je macam org putus cinta…hehehhe

    Shakey : Kurus? Muda remaja? Eh mana ada shakey cakap muda..Ekeke
    kebetulan lepas melahirkan stok sampai dan raya haji, jadi kerja agak byk. Kalau di rumah, sue di depan laptop dari pagi ke ptg.
    Sue cuba baring berehat dari pukul 3 sampai 5 ptg setiap hari (wah, ada jadual tuuu) Hihi

  4. Comment by huda

    sue, tgh berpantang tapi dh ke sana sini, your mak & mertua tak bising ker,.. bestnya tgh2 berpantang pun dpt jln sana sini.. huda dl, MIL kasik kuar dari umh after 1month. sebulan tue ader aja accuse huda kasik tuk kuar jln2.. huhuh

    Huda : sue keluar ke kedai menguruskan beberapa urusan lunatots, mereka faham dan pesan supaya hati2 :)
    Lepas buat urusan lunatots, sue sambung urusan keluarga ( shopping cari barang etc etc) Hihi

  5. Comment by ainazura

    salam sue…

    Tahniah dr zura sekeluarga, jaga diri baik2 k…ciumkan untuk dzakwan sekali yer…

    Terima kasih Zura!