Archive for November, 2009
Sejak Disember 2007, hidup saya adalah Iki (refer sini & sini)
Dan Iki adalah keseluruhan hidup saya
Tiap tiap malam dialah ‘bantal peluk’ saya
Hari siang, dialah mikrofon tempat berlatih suara jerit jerit saya
Yang saya ingat, saya pernah tidur tanpanya 3 kali sahaja
Pertama kali hingus meleleh habis masa saya ke company trip di Pulau Perhentian
Kali kedua masa saya ada teambuilding di Nur Lembah Pangsun
Kali ketiga masa saya ada kursus bina semangat badan keusahawanan
Tiap kali saya menangis, dia datang tegur “mommy, hingus..nooo”
Bila saya ketawa, dia senyum2 nampak gigi dan join sekaki siap mengeluh “adoiiii”
Sejak saya mengandungkan Dzakwan
Iki tau yang adik Iki dalam perut Iki dan adik mommy dalam perut mommy
Tapi tiap kali nak tidur, mesti nak usap2 adik mommy dalam perut
(Patutnya masing2 ada ‘adik’, usap adik masing2 la kan?)
Buah hati mommy & daddy
Ammar Zikry, yang memakmurkan ingatanku
Ammar Dzakwan, yang memakmurkan keharuman
Biar dalam ingatan kami sekeluarga serta anda, yang manis dan yang harum harum saja
Iki, mula mula mungkin tak biasa
Atau Iki ada ‘terkecil hati’
Tapi mommy tau you will be fine, you will..
Daddy, pst pst…selamat datang ‘tidur-malam-bangun-selang-2 jam’
Malam ni saya rasa masa berlalu dengan lambat
Tidur, dah puas tidur, tapi baru 15 minit berlalu
Saya tanya suami yang berada di sofa (dia temankan saya di hospital)
“kita dalam mesin masa kah?”
Dia tak jawab sbb tertidur kepenatan
(Isk, abg ni..belum perlu gantikan Sue masa sakit nak bersalin..hihi)
Baru saya perasan, tertinggal beberapa perkara dalam entri kelahiran
Dzakwan sihat cuma perlukan rawatan antibiotik selama 3 hari dimana ujian darahnya di hantar ke makmal ( keputusan keluar 3 hari)
Jika ianya negatif, maka Dzakwan akan tinggal di hospital lagi 10 hari utk rawatan
Saya? Tak mahu memikirkan benda benda buruk
Lihat IV utk masukkan antibiotik, darah dan balutan di tangan kanannya buat hati saya sebak
Kenapa SEJU perlukan rawatan antibiotik, di entri ini
Pengalaman melahirkan secara caesarian, saya pernah ceritakan di entri ini
Suami tak boleh masuk kalini sbb pembedahan emergency malam dan hospital kekurangan staff
Semua staff OT perlu buat kerja di mana kalau suami masuk
Kena ada staff tunjukkan dia bilik tukar baju
Jangan sentuh itu ini etc etc
Walaupun kali kedua, saya dah ada beberapa expectation
Seperti saya minta tube kencing dipasang selepas spinal injection
Saya juga minta jangan lama sangat saya dibiarkan di recovery room
Dan yang paling utama
Saya mahu menyusukan di dalam OT!
Mujur gynae saya bersetuju dengan semua yang saya mahu
*Kedua dua belah tangan saya dilekat pada pemegang tangan kiri dan kanan
Dimana dari atas siling, saya kelihatan macam itik gantung di kedai makan…hihi
Kelakar bila midwives beri baby (dalam OT) dan beritahu saya “tak apa, I pegangkan, U susukan”
Saya tak bersuara sbb kesejukan + kesakitan sorang2
Walaupun separa bius, masih rasa sakit tiap kali jahitan dan prosedur2 lain dibuat
Entah, mungkin sbb emosi sbb tiada suami atau mungkin memang betul2 sakit pembedahan di tempat yg sama..ekeke
Gynae saya yang bersuara bagi pihak saya
“Let the mommy hold the baby”
Dapat juga saya pegang bayi saya atas dada dan susukannya dalam 10 minit (walaupun bukan skin to skin sbb OT sangat sejuk)
Kebanyakan staff dalam OT tergumam kerana mereka hairan bagaimana bayi berumur kurang 30 minit boleh ‘pandai’ menyusu
Yup, Dzakwan is taking a breast like a pro
Sebenarnya semua bayi ada naluri menghisap yang kuat
Di mana lebih awal penyusuan dimulakan, sukses rate untuk penyusuan itu berjaya lebih tinggi
Pulang ke bilik wad, jam 5 sehingga 6 pagi bayi dibiarkan menyusu dari saya
(Masa ni Iki berebut dengan adik)
Iki tidur bawah ketiak saya di katil hospital
Oh ye, berikutan rawatan yang Dzakwan terima, dia tidak boleh rooming in bersama saya
Sebab dia dibawah pemantauan teliti pihak hospital
Saya minta nursery hantar dia kepada saya setiap 2 jam dan setiap kali dia terjaga/showing any feeding cues
Saya biasa menerima case dari kawan2 yang mereka tiada susu semasa di hospital
Atau bayi hypo dan tidak cukup susu jadi perlukan tambahan susu formula
Saya bercakap sebagai seorang ibu (bukan sebagai kaunselor laktasi)
Saya tahu teori, saya faham bila & bagaimana kolustrum terhasil dan saya semat kepentingannya
Pun saya masih risau, samada saya dapat lakukannya atau tidak (sebagai seorang ibu)
Dan sehingga ke jam ini (Dzakwan berusia 24 jam)
Dia hanya minum susu ibu sahaja
Tiada makanan tambahan lain
Sudah mula mengumuhkan mekonium pada usia lebih kurang 12 jam (siang semalam)
Kami berCD dari hospital kerana kasihankan dia on antibiotik di usia 1 hari
Apa lagi yang dapat kami sumbangkan selain cubaan mengurangkan risiko :(
Bayi saya menyusu dengan baik bukan kerana dia suka susu yang mana satu, atau bentuk puting saya mahupun rezeki sesiapa
(Menjawab persoalan ibu2 yang risau)
It is perfectly tailor made – anak & ibu
Makanan pertama anak & susu ibu yang badan ibu hasilkan
Persediaan awal mental ibu dan bapa mengenai penyusuan susu ibu akan lebih memudahkan urusan
Anak saya tidak ‘sangat besar’ utk saya berikan susu
Saya kongsikan tips:
- INSISTS dengan pihak hospital yang anak kita HANYA minum susu ibu sahaja
- Jika tidak dapat rooming in, minta nursery staff hantar ke bilik anda selang 1 jam
- Susukan dengan selesa dan tak perlu rushing (seperti nurse tunggu di tepi untuk dibawa semula ke nursery). Take ur time .. 20 minit ke 1 jam bagi setiap feeding
- Babies need their time too..Kalau dia jilat2 puting anda, atau menangis biarpun puting sudah berada di dalam mulut tetapi masih menangis, ia bukan tanda dia tidak sukakan puting anda. Oh..dia baru berusia sehari, bantu nya dengan tenang
- Jika dia kelihatan mencari cari puting seterusnya menangis, jangan tergesa gesa merasakan puting anda pendek atau besar atau tidak sesuai dengan bayi anda. Nipple comes in varies size, so does baby ‘s mouth. Ibu & org sekeliling perlu bertenang..Botol mahupun susu formula bukan solution, tetapi bayi perlu di ajar untuk menghisap susu dari ibunya.
- Jangan limitkan penyusuan. Contohnya anda baru selesai menyusukannya (katakan selama 1 jam bayi ‘bergayut’). Selepas 20 minit, jika dia menangis lagi, offer susu lagi padanya dengan cara meletakkan puting di tepi pipinya. Breast first – ganti ladies first ekeke..
Breastfed babies do not have any specific feeding time and specific amount of breastmilk needed – Seperti 2 jam sekali, 2 oz sekali minum - Minta orang sekeliling seperti suami atau ibu (mahupun nurse) untuk membantu anda menyusukan anak seperti mengangkat anak anda, memegangkannya sebentar sementara anda beralih kedudukan atau mengambilkan air untuk anda.
- Pastikan ibu berasa tenang dan gembira dengan setiap kali proses penyusuan. Dengan cara ini, hormon prolaktin dan oksitosin akan berfungsi dengan baik.
Tips untuk ibu yang menjalani pembedahan untuk menyusukan:
- Anda boleh duduk bersandar dengan selesa dan melapikkan bantal di bawah bayi
- Atau gunakan nursing pillow
- Anda juga boleh berbaring secara mengiring. Minta bantuan orang lain untuk meletakkan bayi secara mengiring
*Tips menyusukan semasa malam sambil berbaring di entri ini
Saya berkongsi tips- tips ini kerana mahu lebih ramai bayi disusukan secara eksklusif semasa bermula dari hospital
Kerana ianya tidak mustahil!
Ramai yang sudah melakukannya, dan kita akan jadi salah seorang daripada mereka, kan ibu?
Daripada ibu yang sembab, belum tidur dari malam tadi,
Suraya.
Nota mommy Luna : Ianya bukan birthing dream saya, tapi kami menikmati proses penyusuan yang kami suami isteri mahukan. Ianya anugerah sebuah ikatan. Ia bukan sekadar breastfeeding story, ia love story buat kami sekeluarga..
Entri 3 pagi ni agak mengelirukan ye?
Ianya ditulis sementara saya menantikan staff Operation Theater (OT) kelam kabut siapkan bilik utk operate lemak lemak perut saya
Tak sempat nak klik Update Post, nurse dah cakap
“Madam, you may pass your handphone to your husband now”
Atau dengan bahasa kite kite “Udah udah la wei, nak masuk bilik operate dah neh”
Rupanya incik suami tak klikkan Update Post
Sebab tu lah, entri tersebut di publishkan pada hari siang dengan seribu satu persoalan (aiceh)
Saya cadang nak update blog siang tadi
(Sekarang 3.30 am)
Tapi sepanjang siang tadi saya macam mat pit yang lalok cakap sorang2 dalam cerita Kisah Benar di TV3 tu
Sangat sleepy, sangat mamai, mata asyik nak terpejam rapat walaupun tengah susukan anak
Tetamu yang datang pun nampak berbayang2..hihi
Sebab semalam lepas keluar bilik operation jam 4 pagi, saya melayankan ragam Iki dapat adik
Dia sedih adiknya minum susu mommy
Dia pesan “adik, jangan gigit tau tau tau” …isk..
Saya ceritakan pengalaman melahirkan dulu ye
InsyaAllah di entri seterusnya (kalau saya tak tertidur malam ni)
Saya teringin nak berkongsi kisah penyusuan saya dan si kecil kami (SEJU=second junior)
Pukul 2 pm saya admitted di wad seperti yang dijanjikan
(Buhung, janji kol 7 am..hihi)
Prosedur VE by midwives (omak ai sakitnya..nak buat sendiri tak retik!) masih 2 cm
Dan bacaan CTG nampak tenang..tiada surge keterlaluan & heart beat baby masih terkawal
Doktor minta kami mulakan augmentation (masuk hormon pitocin bagi mempercepatkan bukaan rahim)
Tapi kami cuba bermadah helah membeli sedikit masa
(Masih percaya yang SEJU will find his own pathaway to the birth canal when the time is come)
Saya pusing jalan jalan kawasan hospital bagi mengambil angin
(Sebenarnya turun naik lif ke kafe je..ekeke)
Beli bun, roti, burger, air oren segala – besar selera acik tau..hihi
Birthing Plan dah diserahkan pada doktor dan birthing team
Klik sini sebagai contoh
Yang paling penting, saya teringin nak pakai tshirt ini untuk melahirkan
“Coming Soon”
Dan teruja bila dibenarkan berbuat begitu
(Ah wanita yang mudah dipuaskan!)

Depan saya tu semuanya makanan saya..penuh satu meja!

Jam 4 pm, kami suami isteri setuju untuk augmentation procedure yang dijangkakan akan lebih intense (kerap) surge nya berbanding hormon semulajadi oksitosin yang terhasil semasa masa kelahiran yang sepatutnya
(Erk, berbelit2kah?)
Ini adalah proses ‘mempercepatkan’ bukaan rahim dengan penggunaan hormon
Ini drip pitocin yg dipasang di tepi katil

Sampai 2 bekas pitocin ni digunakan, daripada dos rendah kepada tinggi
Kepada rendah semula (bila heart beat rate baby jatuh)
Bulatan merah adalah surge yang kerap (2-3 mins) dan bulatan biru adalah denyutan jantung SEJU
Saya perlu reply email kepada kerja2 yang tertunggak di atas katil melahirkan
(Pertimbangkanlah semula cadangan berkerja sendiri anda..huwaa)

Tertonggeng terlangkup saya di bilik bersalin selama hampir 10 jam selepas drip pitocin
Surge 2-3 minit sekali itu sungguh mencabar uterus…fuhhh…

Habis anak, mak, macik sedara rambut semua keluar..isk
Sungguh acik tak mahu ingat
Masa ni saya berharap semuanya cepat berlalu dan bukaan rahim ada progress
Ada juga keluar darah dan lendir (tanda ada bukaan rahim)
Jam 10 pm, masih 2-3 cm!
Dan separuh mati tiba jam yang dijanjikan sebagai ‘masa penentu’ oleh kami suami isteri (2 am)
(masa ni saya dah iras iras ikan kering yang di sidai di atas zink nelayan)
Bukaannya masih 2-3 cm!
Saya frust bukan sbb sakit
Sakit memang sakit melampau tetapi saya harapkan rasa sakit itu membuka jalan se-cm demi se-cm
Jujurnya, saya sangat demotivated selepas jam 12 am – masih 2 cm
Emosi bila suami kata kalau boleh diganti, dia akan gantikan
Abg percayalah, abang takkan mahu rasa sakit begitu ![]()
Saya bertahan 10 jam tanpa dadah untuk anak saya
Saya prektiskan breathing, relaxation dan deepening technique dalam Hypnobirthing
It works, dalam 8 jam pertama dimana 2 jam terakhir saya betul2 demotivated nak meneruskan semuanya
Suami kata, saya akan gembira (suatu hari nanti) dengan cubaan melindungi baby dari sebarang dadah pain relief
Terima kasih abg, saya puas hati dan tak sangka mampu bertahan selama itu
Walaupun akhirnya saya perlu amik spinal anesthetic untuk caesarian
(Huwohh..takkan nak operate tanpa ubat tahan sakit…ekeke)
Ianya pengalaman berharga bagi saya
Bila mana doktor beritahu yang 1 daripada 10 wanita di dunia mengalami cervical dystocia yang bukaan rahimnya tak boleh terbuka untuk melahirkan
Wanita wanita ini ‘lahir’ dengannya dan bukannya diwarisi
Suami termenung jauh dalam bilik bersalin
Saya tersenyum senyum sendiri dan pandangnya “Am I consider as a handicapped person?”
Dia “haha..”
Dia kecewa sbb kesakitan saya 10 jam lepas berakhir di bilik operation
Tapi saya tau, dia bangga sebab kami dah cuba buat yang terbaik untuk anak kami
Untuk Ammar Dzakwan bin Mohd Nor Shazwan
He is 3.15kg and was born at 3.25am (20 November 2009)
Hospital Pantai Cheras
Nota mommy Luna : Penat dan sakit bersalin adalah berbaloi dengan jerit tangis Iki & Dzakwan
Pukul 3 pagi (macam lagu p.ramlee tu) saya dan perut masuk operation theater
Selepas 9 jam berhempas pulas di bilik bersalin
Kes bukaan 2cm tak berubah2 walaupun surge kuat ya amat
Apake namanya, tapi keadaan serviks ibu yg ‘tiada jalan keluar’ dan perlukan kelahiran melalui caesar shj
Homebirth? Birthing dream yg harus cepat2 dipadamkan oleh kami suami isteri
“Saya, org kurang upayakah?”
Malam semalam saya ke hospital dan menurut kata doktor,ianya prosedur hospital
Bahawa sekiranya air pecah, kelahiran perlu dimulakan (induce) dalam tempoh 24 jam
Kerana risiko infection pada bayi adalah tinggi (seperti lung infection)
Sekiranya bayi di’keluar’kan selepas 24 jam dan seterusnya, bayi perlu menjalani 3 hari rawatan antibiotik di NICU selepas kelahiran
Wo wo wo..dengar perkataan induce ( = hormon intervention) dah buat kami suami isteri huru hara
Kami bercadang membiarkan SEJU keluar bila dia mahu keluar
Saya pun tidak rasa sakit sakit
Bukaan serviks sudah 2 cm (9 mlm) dimana VE (vaginal examination) ini lebih menyebabkan saya sakit terkengkang kengkang sepanjang malam…kekeke
Saya sangat emosi semasa di hospital
Seperti “ini bukan toilet saya” – perasaan semasa kencing (ekeke)
Dan “ini juga bukan katil dan cadar berbunga bunga saya”
Bagi seorang dua yang pernah saya bercerita, mesti faham betapa saya mahu melakukan homebirth
Dengan cara berpura pura beritahu doktor yang kami tak sempat ke hospital bila masanya tiba..hihi
Macam Wai Han, Hoi Yan dan Vanessa
Kelahiran SEJU berisiko untuk dilakukan dirumah kerana bimbang luka caesarian 2007 berdarah kembali
Ini labor room dengan lampu terang benderang, machine kiri dan kanan, saya rasa macam transformer (transformer kan cerita mesin2 bercakap bergerak tu)

Ini bacaan CTG yang dipantau selama hampir 1 jam
Bahagian yang saya bulatkan ialah surge yang berlaku (yang saya tak perasan pun bila ianya berlaku)

Sambil tu, midwives minta saya pilih menu yang saya mahu untuk esok
Hoo..boleh juga mengalih perhatian daripada mesin2 ni bayangan makanan kan?

IV dipasang untuk memasukkan antibiotik sepanjang malam
*Dan hormon sekiranya perlu esok hari
Nurse kata saya tegangkan tangan tapi tangan saya memang kurus eh tegang
Nampak tu urat besi tulang dawai berkat angkat kotak CD..ekek
Tidur semalaman dengan IV tersebut?
Saya rasa saya layak parking di tempat handicapped person

Lepas semua prosedur selesai (12 malam), saya ke bilik no 12 menjenguk suami & anak
Iki seronok baring2 tukar channel Astro
Tertonggeng2 sana sini..isk..

Iki akan jadi ‘best-buddy’ daddy pula sbb mommy kena uruskan perkara2 lain

Saya diminta hadir semula ke hospital jam 7-8 pagi bagi tujuan pemantauan
Sekarang hampir jam 12 pm dan saya masih dirumah
Dr mengganggarkan bukaan serviks akan terbuka 3 cm pagi ini dan 1 cm bagi setiap jam
Sekiranya saya masih slow progress – ‘sesuatu’ akan dilakukan
Nervous?
Keseluruhan birthing team termasuk doktor mengatakan bersalin adalah sakit tanpa dadah
Bila saya menolak sebarang pain relief sepanjang kelahiran
Hanya 2 orang daripada team tersebut (iaitu saya & suami) bertekad yang ianya tidak ‘sekejam’ bunyinya
I hope that it will be a beautiful and gentle birth as it supposed to
Nota mommy Luna : Bagaimana kalau SEJU bukan mahu dilahirkan pada hari ini?



