Archive for December, 2009
Entri ini kurang cerita, lebih lebih gambar
Tiada gambar saya & tudung Serindit (amboi..menarik nafas lega nampak?), hanya gambar Iki situ sana sini
(Ke mana tumpahnya kuah kalau tak ke pinggan kan kan)
Dzakwan kurang gambar sebab dia baik macam daddynya
Iki lebih rengeknya pun sebab dia ‘baik’ ikut mommynya..hihi
Saya bangun pukul 4 pagi siapkan invois, bayar itu ini, update payment yada yada
Dah macam waktu operasi kilang elektronik pula!
Anak anak masih tidur
Kerja belum siap siap sampai sekarang
InsyaAllah malam ni kami akan pulang ke kampung
Dan seterusnya ke Kelantan untuk Kelas Penyusuan pada hari Sabtu
Tak sabar nak berjumpa 30 ibu bapa muda di sana!
(Sambil beli baju raya, kaftan, kerongsang2 dan kopok leko…prfff)
Pst, cadar lain kaler dengan sarung bantal sebab saya menggunakan kreativiti dalam mengaplikasikan konsep mix & match haha
Baru saya perasan, kebanyakan gambar Iki di rumah adalah berbolen
Wajinnya mak Iki ni…hihihi
Gambar Iki diluar rumah menikmati alam sekitar
Salam Tahun Baru 2010
Saya dan keluarga memohon ampun dan maaf andai ada tersilap kata sepanjang menulis
Ianya diluar sengaja dan saya menulis tanpa prejudis
Semua ini hanya untuk kenang kenangan kami anak beranak suatu hari nanti
Semoga 2010 menjanjikan lampu lip lap lip lap yang mantops untuk kita semua!

Nota Mommy Luna : Iki “Wuai waju waju, sampai wokok sena..”
Saya semangat update blog sebab kedua dua anak saya sedang tidur siang
Saya? Tak biasa ah tidur siang!
(Tipuuuu tipuuu – saya tidur sekali masa tidurkan mereka tadi..ekeke)
Kalau anda buleh bertukar badan, mahukah anda bertukar badan dan hidup dengan saya?

Bila ada perkara/appointment yang perlu saya lakukan/hadiri
Saya akan keluar rumah subuh sapi’e samada dengan anak anak atau sendiri (mengikut keadaan-seperti suami boleh jagakan sekejap sementara saya pulang)
Bila drive sendiri, mestilah eksaited menyanyi pelbagai lagu dalam kereta
(Bila dengan Iki, asyik ulang ulang lagu Old McDonald saja..isk)
Dan saya mengaku, saya perlu ada GPS di Kuala Lumpur ni untuk mengelakkan sindrom menopause-marah-marah-suami-bila-sesat
Padahal bukan dia yang drive, atau dia yang set appointment dengan saya, kenapa nak marah-pelikkan?
Saya jelaskan, sebenarnya saya marah diri sendiri…hihi
Tiap tiap kali lalu kawasan PJ, tiap tiap kali lah saya tak tau di jalan mana/apa saya berada

Tapi tidaklah sampai tak ingat semua (tu hilang ingatan namanya..ekek)
Saya ingat sikit sikit macam “haa….haritupun ada lalu wayang gambar Tamil ni..cuma haritu cerita lain”

Saya drive sendiri ditemani bear Mr Bean
Sebenarnya masa ni saya rasa saya shomots amat
Tudung pun masih nampak petak2 kesan lipatan
Tapi lepas ambil gambar di bawah dan nampak macam muka masih-boleh-tahan
Jadi saya rasa kembali bersemangat!
(Yela, kalau tengok gambar sendiri macam tak buleh blah, apetah lagi sekeliling yang memandang kan?)

Sebenarnya saya ada presentation
Segala macam mak nenek dokumen saya bawa dalam paperbag kuih raya ni

Presentation sampai tengahari kemudian saya pulang ke rumah ambil anak anak untuk ke showroom
Memang lega bila berkerja tanpa mereka
Tapi renduuuuu terfikir fikir mereka sedang buat apakah, makan apakah, rindu mommy mereka kah?
Petang, saya bawa kereta untuk ‘mandi’
Hoo..dalam gambar ni bukan kereta saya
Kereta saya di sebalik kereta ini (nampak tak bayang2 oreng di tanah?)

Ini anak anak kami
Membesar di dalam kereta , di sana sini
Makan pakai apa yang sempat dicapai mommynya

Dan incik suami yang berdikari semuanya urus sendiri-campur-uruskan-saya-sekali
Nanti bila saya sudah berjaya macam Puan Rozita Sendayu Tinggi itu
Kita makan epal Madura dan mengulit orkid sama sama dengan anak anak ye bang, insyaAllah

Nota Mommy Luna : Setiap hari adalah hari berkerja kami.
Ada calar dan luka kecil di dahi Dzakwan
Kami suami isteri tertanya tanya, Dzakwan calarkan sendiri atau teman tidurnya buat (u-knoe-who)
Dan bila kami pandang Zikry yang bercalar dan luka kecil di atas kelopak mata
Kami rasa kami tahu siapa punya angkara…ekeke

Ini Zikry pagi tadi masa saya paksanya mengaku akan perbuatannya..haha

Zikry abang yang baik
Bila dia merengek dan saya beritahunya “mommy tengah layan adik”
Dia jerit dengan bersemangat “oo mommy tengah layan adik” (siap angguk angguk kepala tanda faham)
Bagus nak bagus… haha
Saya nak share sesuatu tentang apa yang ibu ibu perlu ada
Iaitu bedak tepek tepek masa kecemasan sambil mengelek(mendukung ye bukan menggelek) anak di kiri kanan anda
Ianya praktikal kerana saya tak sajeskan bedak alas 1, bedak alas 2, bedak serbuk, krim itu ini yang confirm saya tak sempat pakai..ekeke
Gambar dibawah diambil semasa baru pulang dari Kelas Penyusuan di Pulau Pinang
Sengaja ambil gambar buat peace sebab saya tgk dalam chat box di TV tu banyak nak nak gadis buat begitu

Tara..ini bedaknya, harganya murah sajo
Tapi kudus mulusnya memang thumbs up!
Bila dipakai pagi, sampai petang bawa ke malam pun muka maintain tak berminyak minyak
Bulehla buat kaver parut2 jerawat masa mengandungi dahulu..ekeke
Berbeza dengan bedak bedak lain yang saya pernah ada

Ini gambar kami semalam pagi masa nak ke Lunatots Showroom
Seisi rumah tangga kami (anak, milo, biskut, roti, kain baju anak) saya bawa ke showroom..ekeke

Dan bila malam tiba, bedak tersebut masih maintain
Saya tak sempat tacap2 sebab suami kata nak balik terus (alololo alasan..kellasss-sebenarnya saya tak pernah2 tacap pun hihi)
Tiba tiba singgah Leisure Mall dulu nak beli barang dapur
Kan, kan.. dari side tepi tak nampak sangat parut dan perut kan? ekeke
Anak salin beberapa persalinan semasa di showroom
Mommy, baju yang sama luar dalam
Apa orang kata, biar baju lama janji jiwa sentiasa baru dan muda (ada ke org kata gitu?)
Pst…tudung saya tu you olls, tudung… teka dari siapa?
Sila angkat tangan ye penaja tudung saya…kekeke
Ailevyu ailevyu ailevyu tawwww!

Dalam kalut kalut nak buka sekolah minggu depan, kami pun kalut cari tudung sekolah Canggih
Ianya untuk sepupu saya yang datang bercuti di rumah kami
Tak jumpak di Cheras Leisure Mall..tolong…tolong..mana saya nak cari tudung sekolah jenama Canggih di kawasan Cheras?
Ada satu butik Canggih di Putrajaya kan? Lebih dekat dari itu dengan radius kami, ada tak? Tulung..
Minggu depan dah nak buka sekolah
Agak agak kalau saya tempahkan sepupu saya ni tudung putih lycra bagai dari Kak Serindit, aci tak? ekeke

Buah hati saya?
Makin ligat makin petah

“Nape mommy marah-marah? Mommy sakit?”
Nota Mommy Luna : Tidak nak, mommy marah marah sebab mommy orang dewasa.
Saya perlu bangun update blog sebelum anak anak bangun
Sebab lepas mereka bangun, saya tidak akan sempat menulis walau membalas komen
Iki “mommy jangan buat kerjaaaa” (sambil merengek)
Dzakwan “uwaa uwaa” (translated as “mommy, nak susu, lepas ni nak poo poo, kemudian diapers basah dan kadang kadang perut tak sedap. uwaa)
Mommy “uwaaaa”
Iki dah tak ke rumah pengasuh dan 24 jam bersama saya
Saya gumbira, sungguh gumbira melayani dia bila tiba mood bijaknya
Dia rajin bercerita “malam malam Iki mandi dalam kolam”
Cerita sebenar (semalam Iki mandi dalam kolam)
Hari hari saya menjawab soalan “macamana Iki pegang rabbit?” dan “macamana elephant makan Lunatots? (apakah?)”
Tapi bila tiba masa meragam-nak-minum-susu-mommy-saje
Atau nak-buat-semuanya-dengan-mommy, saya pengsan!
Ada orang dewasa lain berada dengan kami, tapi dia nak saya saja
Tiba masa menyusukan adik, abang mesti tak nak ketinggalan
Bila saya menyusukan secara berbaring ke sisi, dah rupa mangkuk tingkat dah 2 beradik ni..ekeke
Inilah dia orang yang kita umpat kan di atas
‘Baik’ kan muka dia?
Saya mereka reka cerita?
Tengok, abang Iki mengendeng2 (mulut mommy moncong2 tengah bergosip pasal sofa jiran sana sini..ekek)
Mujur saya bawa balik poncho
Bulehla menutup apa yang sepatutnya (ya, lemak ibunda)
Oh ye, oleh kerana masa yang saya ada hanya tersekat sekat
Saya decide untuk update setiap kali saya ada masa dalam entri yang berbeza
Berbanding entri panjang sekali gus
Sedikit sedikit lama lama kan jadi bukit antarabangsa..hihi
Masa kenduri haritu, cik Huda sekeluarga datang! Huda adalah housemate semasa di MMU tahun akhir
Saya happy sangat sebab dapat main dengan Batrisyia (bukan sebab dapat jumpak cik Huda kah?)
Eh, anda bukan lagi cik Huda, Puan Huda suda..
Gambar kahwin Huda disini
Dengan 3 anak (saya ada 2, Huda ada 1), kami tak dapat berbual panjang
Update per’kembang’an sikit sikit
Tapi sempat peluk cium dan bergambar dalam hiruk pikuk tangisan dan hingus anak anak (ohhh)
Sekejap saja dah jadi mak mak kami ni
Haritu masih nak nak dara berjalan ke kedai makan sambil memandang lelaki tampan.. haha
Saya ajak cincin Huda bergambar (apa kes?)
Sebab dulu dulu masa nak cari cincin merisik, kami pi sama sama di kedai yang sama
Eh, Huda dirisik orang lain, begitu juga saya..ekeke
Cuma saya HANYA pakai cincin ini sekarang, dan Huda pun HANYA pakai cincin yang dia pakai sekarang
Mungkinkah kerana SANGAT sukakannya?
Atau reason sebenar kami pakai cincin ini ialah
–>Nak dukung anak, cincin belah rotan takde-orkid-batu-sedebuk je buleh pakai
Abaikan liang liang roma, bekas ketuat pe sume tu ye..
Yang penting, apakah motif ibu ibu di atas?
Nota Mommy Luna : Ibu perlu sentiasa ceria (perlu..perlu-tangan berbentuk penumbuk dirapatkan didada) Prff…
Seperti yg dirancang, Majlis Kesyukuran keluarga kami diadakan pada 26 Disember (Sabtu)
Persiapannya dirangka sebulan lebih awal
(tu yang gigih kesana kumari haritu tu..hihi)
Saya teringin mahukan ’sesuatu’ untuk Dzakwan
‘Sesuatu’ yang menggembirakan hati mommy macam Majlis Aqiqah Ammar Zikry

Dan tema untuk Majlis Aqiqah Dzakwan adalah biru
Gambar sewaktu Marhaban masa pagi
Saya dan suami lambat bersiap sebab kalut dengan anak anak
Sudahnya dia tak sempat set kamera dan gambar jadi gelap
Atok Abah gunting sedikit rambut Dzakwan
*Patutlah mommy nampak bertampuk2 rambut Dzakwan..ekek
Gambar tempat letak rambut Dzakwan, gunting dan daun-taktau-daun-apa
Beberapa shot semasa Marhaban dan ada Dendang Fatimah
Antara bait bait yang diendoikan ialah
Ayuhai anak di dalam buaian,
Pejamkan mata jangan tangiskan,
Lagu Berendoi kami dendangkan,
Di dalam majlis tanda kesyukuran.
Lamalah sudah kami menanti,
Namun engkau tak kunjung tiba,
Dengan takdir Ilahi Rabbi,
Kini engkau sudah menjelma.
*Rujukan dari sini
Dan info mengenai Adat Naik Buai disini
Quoted dari link di atas:
Pantang larang selepas 3 hari Majlis Naik Buai yang perlu diikuti ialah:
1. Bayi tidak boleh dicium.
2. Bayi tidak boleh dibiarkan menangis di dalam buaian.
3. Si ibu tidak boleh memakai baju ketika mengambil bayi dari dalam buaian.
4. Mengambil bayi tidak boleh dalam keadaan menonggeng.
5. Buaian tidak boleh dibiarkan kosong. Ketika bayi tiada di dalam buaian,
parang puting hendaklah diletakkan ke dalam buaian sebagai pengganti
bayi
Hihi…
Ammar Zikry bad mood dari ke pagi sebab dia demam sepanjang 3 hari lepas
(Makin kelam kabutlah hari kelam kabut saya)
Bagi kawan kawan yang selalu nampak Iki sneyum manis nampak sweet
Jom tengok macamana Iki meragam (dalam gambar dibawah)
Saya nampak di suratkhabar, bayi 7 bulan didera ibu dan ayahnya
Dialog saya “siannya 7 bulan kena dera, kan ke comel lagi masa umur ni. Kalau besar Iki ni logikla” (siap dahi berkerut kerut menahan rasa tgk Iki asyik meragam)
Deko di bawah ihsan Kakyong, suami dan mak
Cadar dan sarung bantal dijahit oleh Mak Teh
Segala bear shomels dari Kak Yong
Dan bunga telur ni di custom made istimewa untuk majlis Dzakwan sebelum Dzakwan lahir lagi..ekeke
Bagi yang mahu menempah untuk event pertunangan, perkahwinan mahupun sewa cukur jambul
Layari blog ini atau email ke somesweet81@gmail.com
Saya suka hasil kerja Kak Yong sebab kalau saya buat, ianya takkan jadi begini..hihi
Ianya akan jadi agenda tarik tarik baju suami ke kedai untuk membeli bunga
Sumsweet juga buleh buatkan kuih tart nenas shomels untuk majlis anda
Be it majlis pertunangan, hamper syarikat mahupun birthday anakanda
Cuma emailkan nak bentuk manggis, orange, durian atau petai (petai?)
Emailkan somesweet81@gmail.com untuk sebarang request
Istimewanya, Kak yong sanggup tak tidur malam untuk menyiapkan majlis anda!
Saya dah tergolek awal dengan anak anak
Hubungi Wani (Kak Yong) 012-6362919 Nor 017-6221373 untuk tempahan
Dan sila tempah awal sebulan lebih awal daripada majlis anda untuk mengelakkan adegan bunga telur tak siap..hihi
Cupcake yang menarik tertarik ni dari E-car
Gambar Dzakwan & Zikry semasa mommy masih di hospital
Buat adik Dzakwan yang baik budi (apakah?-rasa macam matching je guna perkataan baik budi..ekeke)
Semoga Dzakwan membesar dengan sihat dan selamat
Dear Ammar Zikry & Ammar Dzakwan,
Ever since you were born
We worried and wondered about whether or not we were being the best parent we could be
Did we make you feel important?
Did we find enough time for the little things?
That live on in happy memories - like laughter and hugs
and “just-between-us” moments
And even when we disagreed, did you always know we loved you?
If we didnt always find a way to say it
We hope we always showed it
We are proud that you are our Son and we love you, we do.
Mommy & Daddy
Nota Mommy Luna : Baju warna hitam untuk imej lebih kurus kekdahnya..hihi





