Disclaimer
    The entire contents of this blog are based upon the opinions of author unless stated otherwise noted. The information in this blog is not intended to replace a one-on-one consultation with lactation consultant. It is a sharing information and knowledge from the research of author. This blog outlines sources, ideas and suggestions on breastfeeding your baby. The author and family disclaim any liability arising directly or indirectly from the use of the information contained in this blog.
[Google]
Announcement
    Lunatots Booth (Maju Junction)
    Date : 1-30 Sep 2010
    Venue : LG Floor, Maju Junction KL
    Time : 10.30 am - 7 pm
    Contact No : 010-2414050 (HOTLINE)
Luna’s Counter
Friends Online

View My Stats
Nuffnang ADV
Sponsor





Luna’s Shop
Readers
Lunatots @HotFM
Luna’s Sponsor
ShoutBox

Mommy Luna bersiaran dari rumah lagi hari ini
Sekarang ni wordpress dah tak buleh buat strikethrough (ala yang tulisan buh garis tu)
Jadi saya agak terbatas nak meroyan berblog..ekeke (ada kaitankah?)

Macam tersekat sekat di kuku jari setiap patah ayat
(Oh oh, ayat…tak tahannn..)

Bila di rumah, saya melayankan Iki
Main timbang2 berat badan
Nerves juga saya, mana lah tau kalau kalau SANGAT berat dari dulu
Dalam pantang ni saya makan ber bar2 coklat! Kek cicah milo siang malam wehh..
Nasi bertambah2 sebab lauk sedap di masak mak & mak mentua
Macamanalah bila saya duduk sendiri nanti..oh takpe, saya dah beli buku masakan
:mode mengurut dada tanda lega: – padahal buku itu masih belum buka dalam kotak yang beli haritu..ekeke

Berat Iki 9.9kg ( 1 tahun lagi 14 hari berumur 2 tahun)

01122009546

Dan berat mak Iki 45.2kg
Sebelum masuk labour room haritu, berat saya 49 kg!
Alhamdulillah, lepas 10 hari melahirkan, berat si tembam kembali ke asalnya :sengih:

01122009547

Ini lauk orang berpantang, sup ayam, sayur campur, buah dan air kosong
Saya makan dengan sangat berselera bertambah tambah
Kepada Faiz yang sedang berpantang, sila makan makanan berkhasiat dengan banyak
Ianya penting untuk kesihatan ibu & Amir Yusuf :wink: Cubaan mengajak ramai2 tembam..kekek

01122009548

Tidak susah menjaga Dzakwan, susukan, cek CD nya, lap nya tiap2 pagi & ptg dan nyanyikannya sampai tidur
Saya sediakan buku buku untuk saya baca semasa menyusukan Dzakwan

Tips daripada buku Baby Whisperer : Utk menenangkan bayi newborn, goyangkannya kehadapan dan kebelakang dan bukannya side-to-side ataupun atas-bawah (seperti ayunan buaian). Ini kerana semasa di dalam perut, bayi akan bergerak depan-belakang semasa ibu berjalan. Maksudnya, badan ibu/bapa yg mendukung newborn perlu digerakkan ke hadapan-ke belakang

01122009549

Dan The Time Traveller’s Wife(TTTW) itu membuatkan acik emosi menontonnya
Teruja nak beli buku & tengok movie TTTW lepas baca review Liz

Tak agak agakla saya tempah tiket wayang untuk kami suami isteri
Masa tu terlewat sampai 5 minit jadi saya tak sempat bergambar depan poster TTTW (perlukah?)
Cadang nak bergambar lepas tengok movie
Tapi lepas movie habis, mata dan hidung merah merah lepas nangis kekdahnya
Jadi tak sesuai lah saya bercita cita nak ambil gambar kan

Acik emosi masa tengok TTTW ni sebab terbayangkan perasaan kalau saya hilang apa/siapa yang saya ada sekarang
Bagi yang sukakan love story yang tak de pistol2, peluru, naik roket wiu wiu pastu tahun 2020 lah bagai (mahupun pompan seksi yg boleh nyebabkan anda low self esteem melampau)
Movie ini untuk anda!

tttw

Saya luangkan masa ‘mengajar’ Iki
Manalah tau kalau kalau saya ada bakat (read:kesabaran) untuk homeschool anak anak nanti kan kan
Simple simple sahaja A B C, A for aeroplane

01122009550

Ayg, konsep main gunting utk kanak kanak berusia 12 tahun sudah tidak sesuai rasanya
Kalau PSP atau main game di Facebook, mungkin mereka suka!

01122009551

A for aeroplane, B for bee, C for cat…
(dia bukan kenal huruf, aci tunjuk sesuko hati je)

01122009553

Sampai F for film, Iki dah tertidur?

01122009554

Nota mommy Luna : Patutlah saya tak pernah habis baca apa apa buku, rupa rupanya terikut ikut Iki…

Related Posts with Thumbnails

Related posts:

  1. 14 Dec 2009
  2. seharian menjadi mommy
  3. lcct
  4. Amcorp Mall – Excess Book Store

11 Responses to “A for aeroplane-TTTW-45.2kg”

  • qas:

    1. ehhh tak boleh strike kah? (acik qas terus cepat2 cek dashboard acik qas.) eh bolehh~ masih ado button strike.

    2. eee kak sue cantik tudung senget anak dua berat baru 49!!! huaaaaaaaa. acik qas yang single mingle rambut gerbang2 takde anak. berat limaplohhh lebih dahhh. ishhh

    3. mekasih daun keladi ye kaksue hadiah tu. qas tak bukak lagiks. tunggu sesi bukak adiah. amik feel peranting. hehe

    1. Kak Sue tak buleh, tak buleh strikethrough. Buleh sekali sahaja dalam satu entry. Wordpress version 2.8. Tak retik nak upgrade ke 2.8.6

    2. Pst, 45.2 lah! (Jangan salah salah, acik sensitip) Acik pendek, haruslah berat begitu Qas wehh. Kalau kak Sue lampai macam Qas, mesti kak Sue tak tertekan macam skrg ni..ekek

    3. Sama sama. Dah sampai Johor kah? Hadiah simple sahaja, selamat berbahagia ye Qas (dari acik pen orange aitellyu..ihiks)

  • pinkedish:

    skrg nih ajar anak sy buku bergambar.. asal sampai tang tiger je, dia ingat cat. mula la buat bunyik panggil cat.. chak chak.. gitu. ritu ade beli alphabet flash card.. a for apple.. b for banana.. c for cherry.. sampai ke urup r for peaR.. huh ape kejadahnye buku tu.. da takde idea ape. mengong.. pdn la murah.. tipah tertipu rupanya!

    penat tu iki study sampai urup F. mne tak dia ttdo dlm kelas.. sy tatau la sama ade ade kederat nak homeskewl kan anak sy ni.. good luck k.sue!

  • wani pcmc:

    alalaaaa kiutnya Iki… hehehe

  • nsalwa:

    iki tido smpai huruf F?
    ikut sape ni tido dlm kelas, belajar separuh jln aje neh?
    hikhikhikhik

  • “rupa rupanya terikut ikut Iki…” –> Kak Sue la yg terikut Iki….hehehehe…

  • Lina:

    hehehe… rupa-rupanya ramai orang berpantang cam same jer.. lauk pun yang itu juga. Buah pun oren ngan epal juga. Lina pun mengumpul buku untuk dibaca semasa menyusukan baby lina… rasanya kalau menyusukan x buat apa2 aktiviti bosan. dah la baby lama menyusunya

  • jutt:

    e eh sue…bkn pantang org2 tua tak leh mkn bertambah ke? kalo nk mkn bnyk…kena buh penuh banyak st pinggan terus…tak aci tambah…logiknya nape ek?

  • salam kak sue…saya ada daftar utk kelas BF kat penang…kalau tengok penceramah tu akak n kak farah…tp kalau tengok jadual akak 26.12 nak buat kenduri baby….tak sabar nak jumpa akak ni…leh bergambor sepuasnya…hahhahah (tp ilmu penyusuan itu lebih penting…)

  • azniscott:

    Kagum tengok kak sue bekerja…..komen kami laki bini kak sue keje kerana minat bukan sebab nak cari untung.lama tak jenguk diyaluna….banyaknya yang dah tertinggal…..bz dengan CD baru sampai hehehe….terima kasih banyak2….anak daraku sungguh menyukainya (ibunya yang lebih2 sebenarnya)….tengok pattern CD2 baru,chanteq benar…..sesuai benar untuk anak2 daraku….nak kumpul CD lak pasni…..pastu pouch lak….emm pouch dulu kot,sling yang sedia ada ni slalu geget bahu….penat bawa ‘guni beras’ 6.5kg merata2……:P

  • ayg:

    iki yg terikut2 alang kot…hehehe..xpe2 bagus tertidur masa membaca, sbb otak yg kerap rehat senang nk menghafal..hiks. pas bgn leh sambung balik. :)

  • ayg:

    oh, ya. lupa nk cakap. berat alang sama macam ayg.

    …pada 5 tahun lepas. :(

Leave a Reply