Kisah Skynet
Antara benda-benda ‘kecil’ yg saya beli supaya Iki gembira ialah bubble gun
Dia gumbiraaaa…lagi lagi kalau bubble tu ‘tertepek’ kat muka Dzakwan!

Artikel yang saya baca mengenai perubahan sikap anak pertama semasa mendapat ‘adik’
Dia sebenarnya ‘cemburu’ tetapi tidak pandai memberitahu perasaannya
Pssst..kalau ‘mak’ dia pandai beritahu yang dia cemurukkkk (siap tarik2 rambut)…ekeke
Jadi ‘perasaan’nya itu diolahkan dengan cara lain
Seperti:
- Menjadi semakin naughty
- Tidak mahu mendengar kata
- Semakin baby-ish
Dengan harapan, dirinya diberi lebih ‘perhatian’. Tapi dalam banyak keadaan, dia kena marah sebab mommynya geramm prffffff!
Ini kes lain yang diminta, lain yang diberi..ekeke
Gambar dibawah di ambil semasa saya sedang menyusukan Dzakwan & Iki terloncat2 atas katil walaupun saya cakap ‘No!’
Dia jawab “Best mommy…”
Kalau saya tegur “Iki jangan tolak tolak adik”
Dia diam dan duduk atas adik “Haaa…Iki duduk atas adik :sengih lebar: ”
Isk…
Tips dari Puan Zety –> Utamakan dan puji anak first dalam semua perkara. Contohnya bila adik poo poo, beritahu abang “adik ni tak pandai basuh poo sendiri, tak macam abang, abang pandai..”
Atau bila adik nangis “adik ni naaaangis je, abg pandai. Tak menangis..mommy sayang abang”
Akan eden torai!

Lina, anak Lina pun ‘mengendeng’ susu sama banyak macam baby minum ye?
Saya rasa kena join support group tandem nursing mom
Untuk menyingkirkan segala rasa yang tak best – mungkin hormon semasa masih ‘dalam hari’ agaknya
Kadang2 saya rasa Iki masih baby
Tapi bila dia merengek lebih2, saya rasa kenapa dia ni mengada ngada..dia kan dah ‘besar’?
(Tiba tiba Iki dah besar pula..hehe)
Dia bawa kipas dia depan mata saya dan “mommy ambil gambar kipas pulak!”

Seminggu ni saya betul2 berehat di rumah sebab ada pembantu di kedai
Nani saaaaaaaaaaaaangat membantu saya! Terima kasih dear.
Masa sedang berpura pura tidur dan akhirnya tertidur (cubaan mengajak Iki tidur)
Saya terima panggilan jam 6.30 pm yang Skynet belum datang ‘pickup’ pesanan di ofis
Saya gelabah calling Skynet tapi katanya masa dia datang ‘gate bawah’ dah berkonci jadi dia sangka kami dah pulang!
(Uwa…gate bawah Lunatots ni memang berkonci demi keselamatan, kena calling utk buka)
Saya pun bersiap2 pakai seluar dan baju yang matching dengan tudung yang kak Serindit beri
Punyalah nak cepat sebab nak kejar cut off time Skynet jam 7.30 pm sampai tak sempat tepek bedak Johnson ke ape..ekeke
(Nasibbaik sempat cuci muka sembab je)
Eyebag semunyik macamana pun memang akan jelas kelihatan
Anak anak yang sedang tidur saya tinggalkan sekejap dengan mak saya dengan sedikit susu perahan dan cup kecil jika Dzakwan mahukan susu sebelum saya pulang
(Bunyinya macam nak pergi berperang je..ekeke)

Sampai di bawah ofis, saya minta guard nama Kulwinder untuk tolong saya angkat barang
Dia tak berapa faham Bahasa Melayu jadi saya buat bahasa isyarat (rasanya bukan orang ’sini’ )
Begini “TOLONG angkat barang (jari tunjuk tingkat atas) sebab saya baru bersalin operation (tunjuk perut isyarat dibelah). TAK ( geleng geleng kepala) boleh angkat berat (tangan pula tunjuk tanda tak boleh)” Pergh…
Nasib baik dia angguk setuju, kalau dia geleng..harus saya pura pura pengsan depan dia..ekeke

Saya tolakkan troli dan minta dia susunkan barang2 di atas troli
Gambar dari dalam lif, beberapa bungkusan pesanan jatuh2 dalam lif
Jadi saya jagakan pintu lif dan Kulwinder kutip (sebab dia yang jatuhkan..keh keh)

Lepas ‘pembantu sementara’ saya masukkan semua bungkusan dalam kereta
Saya vroom vroom nak roger ke Skynet
Saya calling mereka merayu rayu minta tunggu sicantek manis on the way dah
Saya janji lagi 10 ke 15 menet saya sampai!

Huwoohh..jem sangat teruk di MRR2
Traffic light pula sangat laaaamaa
Saya ada terfikir nak turun kereta dan lari ke Skynet beritahu saya dah nak sampai
Tapi siapa pula nak drive kereta kalau saya buat begitu?

Saya tiba di Skynet dekat jam 8 pm!
Mereka dah cutoff semua penghantaran
Saya buat muka kesian “tolongla akak yang tengah berpantang gigih hantar barang ni..kang akak meroyan kang!”
Nasibbaik mereka sudi terima semua bungkusan saya lepas saya janji akan CUBA berikan no telefon Nani kalau mereka tolong saya…hahahah (Nani, kak Sue terpaksa guna namamu) selepas mereka tak ngeri dengan royanan Kak Sue
*Mereka selalu jumpa Nani bila pickup pesanan hari hari tapi komen mereka “akak, staff baru akak tu sombong laa” (mengada ngada kan?)

Saya parking di lot belakang dalam gelap gelap malam dan tikus berkeliaran
Sekali pandang macam saya buat aktiviti gelap je kan?

Balik dari Skynet, saya singgah Esso beli apa yang patut & tidak
Bahagianya rasa dapat shopping (walaupun beli roti & coklat je!)

Kenapa saya perlu hantar bungkusan itu semalam juga
Kenapa tak tunggu esok sahaja?
Sebab:
- Esok Jumaat, jadi customer akan terima pesanan mereka pada minggu hadapan (Sabtu & Ahad Skynet tidak hantar barang)
- Saya dah janji dengan customer yang pesanan akan dihantar pada hari Khamis supaya boleh diterima pada hari Jumaat ( Manusia dipegang pada janji)
- Semuanya bukan sebab saya, saya dan saya. Tapi atas dasar kepercayaan customer terhadap Lunatots
- Saya hanya mencuba, sekiranya Skynet tak layan saya sbb terlewat hantar, sekurang2nya saya sudah mencuba sebaiknya. Yang boleh saya buat, mohon maaf zahir batin dari customer.
- Saya ada 2 anak kecil yang tidak berhenti bercakap, menangis & minum susu. Apa lagi yang saya(dan anda) tak mampu buat? (haha)

Nota Mommy Luna : Setiap komen anda menginspirasikan saya untuk menjadi lebih baik. Terima kasih!
Related posts:












sue…
thanks untuk tips tu..
saya selalu terfikir, rasa kesian kat anak sulong kalau nak bagi adik kat dia..
tapi, saya dah rasa tak sabar nak tambah lagi ni.. hehehe…
gigihnya sue ye…
—
Sya : Terpaksa.. (bab gigih, bukan bab kasi ‘adik’) ekeke..
yup sue..itu jugak yang sya buat utk iffah..:) skrg..dia lak yang angkat bakul sendiri..”tgk kakak susun shoe kat rak..”
—
Sya kena kongsi kongsikan pada Sue. Iffah dah jadi betul2 kakak dah ye..Iki masih rasa dia baby, dia suruh kasi baby pada orang cina sebelah rumah.
sue, afne suka baca ur entries tp sblm ni jd silent reader je la. fuiiyyooo sue ni mmg supermommy. baru je deliver dh bergiat aktif ke sana ke mari.
thanks for the tips. afne pun exp the same way. masa mula2 dulu my hana (2y 2m) agak cemburu bila anybody agah haziq (3m) lbh2 dr dia. kadang2 saja dia buat2 suara baby (baby-ish) & manja2 konon dia bdk kecik (even kitorg tau dia toddler hehe). tp syukur alhamdulillah setakat ni hana takde nk serang2 adik dia. sejak preggy haziq lg dh ajar hana to syg adik baby. cuma kadang2 dia main2 atau nk sayang2 terkena adik tu biasa la kan.
penat? kelam kabut? rmh sepah? uuhh.. normal for me. semoga Allah bg kekuatan utk ibu2 mcm kita.
—
Afne, terima kasih berkongsi. Lega bila Sue tak keseorangan. Logiknya, bukan Sue sorang ber’anak’ 2 dalam Tanah Melayu ni kan..ekeke
Rumah saaaaaaaangat sepah? Uwaaa..rumah Sue lah itu..
gigih la sue ni..kagum saya…tapi tersengeh2 baca lawak sue..kelakar…
—
Shakey : Bila takde geng ‘Amazing Race’, Sue kena bergerak sendiri dan menggunakan apa2 ‘kelebihan’ yg ada seperti memaksa org.ekeke..
shakey tersengeh..i ngn member sebelah terbahak2 gelak bile bace sue merayu smpi nk meroyan….hahahah giler kentang tul la sue nie…u’re superb la sue….
—
Kah Kah : Ini kisah hidup mati ni Alla..ekeke, kalau tak, kesian customer ternanti nanti barang mereka. Sue dah niatkan, sekurang2nya Sue buat yg terbaik! (Walaupun terpaksa meroyan terguling-guling)
cayalah! tabik springg sy bler baca kisah skynet ni..
ni yg buat kami semua saaayanng dgn k.sue.
huhu.. mcm bodek la pulak. ngee..
p/s: suke nengok CD kat dzakwan.. comel je. abes sume button kene totop.. dulu pakai DD je masa anak sy newborn.. lepas nih harus la pakai CD kan?
—
Pinkedish : Kak Sue laaaagik sayang semua kawan kawan
Pst – senang je dear berCD dengan newborn, malahan rasa tak kisah menukarkan CD selang 2-3 jam (lain perasaannya dengan DD yang kalau boleh biar berlama lama baru ganti…hihi
dasatnya mommy sue ni kan. mmg kompom superwoman.
tak sakit ke sue drive kereta yer. luka csect dh ok ek? bertanya sbb tadek pengalaman csect
sue, yer hannah mmg request susu sama byk macam adik dia.
uuups, sue tanya lina, tapi liza yg jawab ekekek!!
tp kan sue, masa dia mintak susu sama byk ngn adik dia tu, saya amat terharu bila mereka adik beradik berpegangan tangan sambil menikmati minuman terhebat dalam dunia..bahagia rasanya
alang, lg satu tips dr perempuan bujang, hehe, sekali sekala beri dia tanggungjawab yg berkait adiknya, seperti bila dzakwan poo poo mintak tlg iki amikkan tisu basah, atau, masa alang lap2 dzakwan, alang tanya, iki nak cuba? atau iki nak tolong mommy? dan bila iki buat sikit (walaupun x perfect) alg puji ” iki abang yang baik. dzakwan sayang iki.” kaitkan iki dgn dzakwan supaya dia sayang sgt kat dzakwan. jd bila mommy bg lebih pd dzakwan, iki pun suka, sbb iki syg dzakwan. tanamkan dlm diri iki, anak sulong antara tugas pentingnya ialah protect adik.
hahaha. ayg gelak sbb ayg rasa ayg tulis je pandai, tp rase cam susah je nk wat kan?ayg dh 27 pun masih cemburu dgn adik. inikan pula iki yg belum boleh berfikir cara rasional. bertahan alang! iki! kuatkan semangat!!
hehehe..klakar la entri nie…diorang dtg kul 6lbh smlm..logikla pintu tu kunci…huhu…cian k.sue,xpasal2 kne anta sendiri…sori byk2 ye k.sue…tp magiknye..ari nie…b4 230pm dah smpai….:P..ape 2pun..k.sue mmg wonderful women…
proud to be ur staff….:)
Salam.. Betul la anak Lina pun makin nakal sebab nak attention kengkadang rasa cam nak meroyan jer… walaupun baby dah 4 bulan. Bukan kakaknyer aje abang nye juga makin nakal… Tapi kena sabar la juga walaupun kdg2 terlepas hilang sabar juga. Sue ni memang supermom tapi kita ibu memang dijadikan begitu kan… Kalau tak saper ler nak basuh cd n mnysukan anak2 kita
bau td cakap dgn akmal…kalau tahun depan ada baby camne nih….akmal tak leh la manja2 sgt…huhuhu saya tak leh imagine bla beranak 2 @ 3 @ 4 @ 5 nanti…hehhehe….kak sue…ur are seperwoman…saya kagum!
grrrr..itu sue beranak 2…k.pija yg nk masuk 5 ni tiap2 ari buat mode pengsan sambil ltak lengan atas kapla
tak dpt nk bygkn cmne la gayanya kalau safiyyah ada adik nnt..ehe..