Saya anak Melayu

Melayu itu orang yang bijaksana
Nakalnya bersulam jenaka
Budi bahasanya tidak terkira
Kurang ajarnya tetap santun
Jika menipu pun masih bersopan
Bila mengampupun bijak beralas tangan
Berkelahi cara Melayu
Menikam dengan pantun
Menyanggah dengan senyum
Marahnya dengan diam
Merendah bukan menyembah
Meninggi bukan melonjak

Berdamai cara Melayu indah sekali
Silaturrahim hati yang murni
Maaf diungkap senantiasa bersahut
Tangan dihulur senantiasa bersambut
Luka pun tidak lagi berparut
Bagaimana Melayu diabad dua puluh satu
Masihkah tunduk tersipu-sipu
Jangan takut melanggar pantang
Jika pantang menghalang kemajuan
Jangan segan menentang larangan
Jika yakin kepada kebenaran
Jangan malu mengucapkan keyakinan
Jika percaya kepada keadilan
Jadilah bangsa yang bijaksana
Memegang tali memegang timba
Memilih ekonomi mencipta budaya
Menjadi TUAN di negara MERDEKA
(Sebahagian penulisan Usman Awang)

Nota Mommy Luna : Saya jarang copy paste ke dalam blog cuma kalini bila saya baca bait2 tulisan di atas, saya rasa ’sesuatu’
Saya mahu berkongsi rasa itu dengan semua.. Berbangga & berusahalah..

Related Posts with Thumbnails

Related posts:

  1. Makanan anak
  2. saya rindu
  3. Anak kita..
  4. Kewangan Anak Kita

Leave a Reply


One Response to “Saya anak Melayu”

  1. Comment by pinkedish

    saya anak melayu! yeahh!!! bangga tu..

    dan yg paling bangga, sy menyusukan anak sy sepenuhnya (sehingga kini umurnya dah 1 thn)..
    plus, memakai kan CD kepadanya utk menyelamatkan bumi! wow weee