Disclaimer
    The entire contents of this blog are based upon the opinions of author unless stated otherwise noted. The information in this blog is not intended to replace a one-on-one consultation with lactation consultant. It is a sharing information and knowledge from the research of author. This blog outlines sources, ideas and suggestions on breastfeeding your baby. The author and family disclaim any liability arising directly or indirectly from the use of the information contained in this blog.
[Google]
Announcement
    Lunatots Booth (Maju Junction)
    Date : 1-30 Sep 2010
    Venue : LG Floor, Maju Junction KL
    Time : 10.30 am - 7 pm
    Contact No : 010-2414050 (HOTLINE)
Luna’s Counter
Friends Online

View My Stats
Nuffnang ADV
Sponsor





Luna’s Shop
Readers
Lunatots @HotFM
Luna’s Sponsor
ShoutBox

FIJU (Iki) dah pandai berbual dan mengaitkan beberapa perkara yang berkaitan (kadang2 tak berkaitan pun)
Yang saya sedih bila dikenang semula, masa dia panggil saya “mommy..mommy”
Dan saya buat2 tak pedulikannya sebab runsing, dia akan diam
Dia gelak gelak kecil “mommy tak dengar..hihi” (Kesian Iki kan?)

Kelmarin dia tarik tangan saya
Katanya “Jemur tangan adik..ni hanger”
Saya blur… Dia tunjuk2 bahagian anak panah biru muda itu
Rupanya tangan adik basah terkena susu masa saya menyusukan SEJU sebentar tadi
Tapi perlu ke ianya dijemur?
Ayg, Ayg tak rasa Iki berfikir dengan susah macam Ayg ke?

04122009585

Dah sudah saya lap tangan SEJU (ya, saya tak jemur anak-haha)
Iki datang dan tunjukkan fridge magnet yang dimainnya dari semalam
“Mommy, ni koyak” (Magnetnya dah tercabut-anak panah merah)
Kesian Iki, masih kekurangan vocabulary lagi..hihih

04122009586

Dalam seronok2 Iki main dengan adik adik saya yang datang
Dia ‘terjun tiruk’ dari katil – kepala jatuh dulu
Dapatlah hadiah ‘goose head’
Mula mula nampak, ala ala nerves la juga saya sbb tak pernah lagi berlaku begitu

Saya susukannya dulu..breastfeeding boleh menenangkan si kecil anda

04122009604

04122009606

Dan kemudian ambil ice pack yang dibalut dengan lampin
Tuam ke atas lebam tersebut
Banyak jasa ice pack ni kepada kami sekeluarga
Masa musim berdarah hidung (mengandung), ice pack ni jadi teman karib
Masa Iki terrrrgigit nipple sakit ya amat nangis semalaman (haha), pun tuam dengan ice pack
Dan sekarang dan masa depan, kalau kalau anak lebam tersinggung sana sini, buleh tuam dengan ice pack
Tips dari babycenter.com: Perhatikansimptom2 lain seperti muntah, pengsan atau perubahan pada bola mata bayi anda selepas dia jatuh dan segera bawanya ke klinik (sekiranya ada)

Selepas 20 minit dituam, lebam itu surut kembali dengan ucapan “Iki, tolonglah jangan buat lagi. Risau hati mommy”

04122009608

Di mata saya, Iki dah ‘tembam’
Di mata Iki, saya dari dulu tembam..ekeke

04122009612

Ammar Zikry di usia 15 hari (Januari 2008)

1_825038316l

Ammar Dzakwan, hari ke 15 (Dis 2009)

04122009602

Wadiina & Ros : Tahniah kerana baru melahirkan cahaya mata
Sekiranya bayi anda disusukan secara terus (direct feeding) dan exclusive breastfeed
Percaturannya lebih mudah
Maksud saya, kurang risiko2 lain untuk dievaluasi

Jika bayi muntah dari hidung atau mulut samada selepas menyusukan atau laaamaa selepas disusukan
Ianya berlaku kerana bayi minum terlalu banyak daripada yang diperlukan oleh tubuhnya
Anda boleh membantu dengan cara sendawakannya selepas dia minum
Atau massage perutnya bagi membantu dia mengeluarkan ‘angin’ dari dalam badan
Graviti juga membantu, tegakkan kepalanya lebih tinggi berbanding badan selepas minum (dengan cara menyandarkan bayi pada ibu/bapa yang sedang duduk)
Sistem badannya akan matang dengan bantuan susu ibu bagi membolehkannya menganggar berapa banyak yang diperlukan sebenarnya :wink:

Dan tiada schedule untuk ‘berapa kali bayi perlu buang air besar dalam sehari’
Seawal 10 hari pertama, biasanya bayi buang air besar  pada setiap kali lepas minum
What goes in must come out..ekeke
Selepas itu, bayi boleh buang air besar sehari sekali atau 2 kali
Atau 2-3 hari tidak buang air (dan kadang kadang seminggu!)

Selagi dia tidak meragam, nampak aktif masa berjaga dan rehat dengan lena masa tidur
She is fine..
Cara saya berfikir? Kalau dia tak buang air besar, maknanya SEMUA nutrien dari susu ibu diserapnya, which is very GOOD! (and less CD to be washed..hihi)
Tapi dia perlu buang air kecil sekurang2nya 5 ke 6 kali CD basah sehari (tanda bayi mendapat cukup susu)

Monitor suhu badan dan berat badannya
(Berat bayi mungkin turun 10% pada minggu pertamanya berikutan penyingkiran lebihan air dari badan)
Dan sekiranya dia disusukan dengan mencukupi (on demand, paling lama selang 2 jam sekali)
Beratnya akan naik 200 gram – 500 gram dalam tempoh sebulan
Refer doktor bayi anda untuk lebih lanjut ye :)

Nota Mommy Luna : 24 jam tak cukup untuk saya, boleh saya minta lebih?

Related Posts with Thumbnails

Related posts:

  1. Hari hari berkerja
  2. 2 hari Mommy Luna
  3. Hari Ini Hari Bumi!
  4. Lunatots di TV3 (Wanita Hari Ini)
  5. Bahang hari raya

7 Responses to “15 hari”

  • siannye iki..dapat telur sebijik..hehe.amar dzakwan comel, mcm abang dia..

    Suliana : Tu la, besar pulak tu…ekeke
    Ammar Dzakwan masih behave, kecil lagi..abangnya..isk isk

  • cian nengok iki benjol… isk isk isk….

    Lyn, cian..maknya lagi kesian, cuba belajar bertenang walaupun rasa nak melompat masa tu..keh keh

  • Comelnya Ammar Zikry dan Ammar Dzakwan!

    Aha… Anak ketiga akak pernah tak buang air besar selama 5 hari. Akak bawa jumpa doktor. Doktor tanya menyusu ibu atau susu formula? Akak kata susu ibu… Doktor kata jangan risau walaupun baby seminggu tak buang air besar sbbnya dia menyusu ibu. semua nutrien susu ibu diserap oleh badannya… sejak dari ari tu, akak tak takut lagi… sebabnya Aqil menyusu badan sepenuhnya…

    Yup, betul Ibu Emy Efy Eqy :) Thanks for sharing!

  • congrats!! baru 15 hari ye? sy dah masuk 21 hari.. pasal baby muntah lepas menyusu tu i baru nk tanye u tp u dh explain.. bbay i menetek tanpa henti bila dia tk tido, muntah pun byk jugak.. memula risau sgt tp pas baca ni i dah lega…

    berat dia so far naik sbyk 600gram sepjg 10 hari.. peningkatan yg sgt baik kan?? berkat susu ibu.. :)

    Marsha : Tahniah atas kelahiran baby :)
    Marsha boleh latih dia supaya tidak asyik menyusu, contohnya bila dia merengek, cek pampersnya dahulu, cuba burpkannya dulu, sembang2 dulu.. (incase dia baru sahaja menyusu 15 minit lepas)
    Dan bila dia menyusu, susukannya sepuasnya sehingga dia lepaskan puting.

  • nurul:

    sue, seriau tgk besar nye benjol
    harus gelabah mak di buatnya
    a/way ’slamat masih dlm pntang’ ye

    Nurul : Mak dia ala ala kaverrrr…hihihi..takmo menangis lebih kuat dari Iki (sekurang2nya)
    Terima kasih dear..

  • sue….hihihi…pangkal nama anak2 kita same…”Ammar”….act wktu peggy Amna (2 mth) pk2 gak Ammar ape lg la nk ku tambah setelah koleksi sedia ada ku ini… Ammar Zulhilmi(6 yrs) dan Ammar Zharfan(4 yrs) . dan…nama2 spt Zikri dan Zakwan mmg dh ada dlm list…tp dah rezki dpt Amna.

    tgk sue bpantang rasa jeles….sbb cm enjoy je…ku bpantang ari tu…stress 44 hari..isk!

    Ye ke Iezue, nanti kalau phone rumah berbunyi, dan kawan dia nak cakap dengan Ammar, kita kena tanya, Ammar yang mana satu? hihi..

  • kesiannya iki…besar gk bengkaknya tu. dia menangis tak ms jatuh tu? nmpk mcm cool aje dia :D

    Nadiah, Sue tak ambil gambar masa dia menangis sebab Sue sibuk menangis sekali..ekeke

Leave a Reply