Dah hampir 3 hari kami ‘bersendiri’ menguruskan rumah tangga dengan 2 anak tanpa pembantu
Mak saya dah pulang ke kampung
Hari pertama (Ahad), saya masih OK
Hari kedua (Isnin), saya cuba OK kan
Hari ketiga (Selasa), saya mula rasa tertekan bila tiada masa untuk diri sendiri
Baru duduk depan laptop, ada yang menangis, ada yang merengek
Bila saya cuba tidurkan mereka, saya kepenatan tertidur sekali pula..isk..
(Sudahnya pukul 3 pagi bangun update blog…huwaaa)
Takut+ngeri masa ke toilet tadi sbb malam tadi tgk Tari Tirana tiba tiba keluar adegan seram
Penerbit rancangan sekarang ni tak mematuhi tema laa
Kalau nak buat cerita tari menari remaja lawa & hensem, jangan la bubuh hantu di tengah2 iskkk.. (Tak suka, tak suka – ada aku kisah kata pengarah)
Bila tertekan dengan keadaan, ada rasa nak beri anak anak pada orang lain
Tapi bila fikir dalam dalam, daripada beri anak lebih baik beri diri saya sendiri kepada mana mana keluarga utk dijadikan anak angkat..ekeke
Lebih memenuhi konsep gitu, kan?
Hari Ahad di kedai, hari Isnin gigih saya nak ke bank
Masukkan dan keluarkan apa yang patut..keke
Pagi2 sambil siapkan anak, siapkan barang2 dan muncung (Pakej datang bersama)
SEJU (Second Junior=Dzakwan) dan FIJU (First Junior =Iki) bergolek bersama menanti mommy dan daddy siap
Ekceli, SEJU tengah termenung sorang sorang lepas mandi tiba tiba abang datang korek2 lubang hidung dia..isk

Nasi dan sup ikan (done)
Buah buahan tropika (done)
Kek, roti segala (done)
Air masak, air milo (done)

Mandikan FIJU dan siapkan diri sendiri dengan tudung dari kak Serindit lagi (ahaha)
(Memang sangat jelas yang saya sukakan benda baru, kan?)
Bukan apa, saya nak matchingkan dengan baju warna senada…
Hah! FIJU dah kena duduk di car seat demi keselamatan ibu dan anak
Kenapa gambar saya tersengih2 di bawah sampai 2 keping?
Gambar pertama, Iki masam amat sebab kena duduk di car seat

Dan gambar kedua “Iki senyum la sikit, sementara mommy menten senyuman yang sama ni”
Iki “OK” dan memberikan kerjasama yang amat baik sekali..ahaha

Kisahnya begini, kami anak beranak tumpang suami ke pejabat
Maksud saya, dia ke pejabat dia, saya ke showroom Lunatots
Jadi incik suami tinggalkan kami (dengan beg2 bekal makanan, CD, baju etc etc) dalam Lunatots sebelum ke pejabatnya
Mula mula saya cadang nak tinggalkan SEJU sahaja dengan Nani
Dan Iki akan saya gigih pegang untuk ke bank sana sini
Mujur dia nak tinggal dengan cik Nani dia
Sebab saya sendiri pun tak terbayang – seorang wanita muda mengheret tangan anak berumur 2 tahun menyeberang jalan demi membuka tabungan di bank ( Muda = kata adjektif tambahan yang tidak perlu)
Ha, terkesan tak dengan wajah kerut2 menahan panas saya di bawah ni?
Ni masa saya nak seberang jalan di celah2 kereta yang banyak

Tara…dah selamat melintas lepas tengok kanan, kiri dan kanan semula
Anak panah biru menunjukkan showroom Lunatots yang mengandungi anak anak saya di bawah seliaan Nani..hihi *Thanks Nani

Ha, tujuan acik gigih la sangat ni ke bank ialah untuk membuka akaun SSPN SEJU
SSPN Iki dah buat haritu
Baca blog Azza mengenai pengurusan kewangan anak anak
Ini kira kira saya mengenai apa yang kami buat untuk Iki & SEJU
Menurut kata Haza, Max Invest CIMB Islamic punya pulangan agak tinggi juga
Saya belum ada akaun Max Invest itu.. (tunggu duit raya FIJU & SEJU nantilah..ekeke)
Saya buka SSPN sebab ada pelepasan cukai RM3000 setahun
Daripada bayar cukai, lebih baik menyimpan kemudian keluarkan balik kan?

Sambil tunggu angka giliran dipanggil
Saya belek2 brochure Amanah Saham 1Malaysia
Anda dah buka akaun 1Malaysia?
Dengar2nya kuota Cina sudah habis sementara kuota Melayu dan India ada banyak lagi
Target sebelum umur 30 saya masih sama seperti dalam entri ini

Saya tengok Kids & Cash tentang program SMART
Ala ala kalau nak menabung kena ada target dan plan
(Contohnya mahu RM200,000)
Dalam masa 3 tahun ( 27 tahun ke 30 tahun=36 bulan)
Sebulan kena simpan RM5555.55 (Ha, berpinar pinar mata hitam acik!)
Sekarang dah bulan 12 di usia 27 tahun, jadi sepatutnya dah ada RM66,666.66 (uhuks, batuk pula-yang sen sen di belakang tu cukup la..uwaa)
Inilah namanya, kalau buat target tu, sila buat kira kira
Jangan sukahati bubuh saja..mentang2 angan2 tak perlu bayar..ekeke

Balik dari bank, saya singgah ke kedai handphone yang saya salu nyinggah tu
Sebab hari sebelumnya, incik suami offer saya E72 untuk hadiah kelahiran SEJU
Waha…tak agak agak la terus menuju ke kedai handphone
E71 yang amat saya sayangi diperturunkan kepada beliau..hihi
Terima kasih abang!
Jujurnya masa saya tengah geram2 dengan anak2, E72 ni buat saya rasa ‘berbaloi baloi’
..

Sampai di showroom, ajak Nani keluar makan dengan kawan kawan saya di ofis lama
Orang lain semua kurus2 lawo2, acik tudung biru tu terkeluar2 rambut mengendong anak..ahaha
Huiii SEJU lena…kalau dibawa

Lepas makan, saya ke kedai fotostat dan ke pesuruhjaya sumpah mengendong anak
Semua orang yang nampak saya menoleh 2-3 kali
Mungkin mereka rasa ‘handbag’ merah tak matching dengan baju dan tudung biru?
Incik suami hantarkan kami anak beranak pulang dengan selamat dirumah

Malam hari, kami ke Econsave berdekatan sebab nak beli barang dapur
Saya tak pakai pouch yang ni sebab ianya dibasuh lantaran tertumpah sos dan aiskrim masa menjamu selera..ekeke
Pouch2 lain saya disini
Bagi yang mahu memiliki pouch sendiri, ukur saiz anda begini dan order di link ini
Mengapa memilih babywearing disini

Ini FIJU dan daddynya
Anak saya belang belang colornya
Baju tak matching seluar apatah lagi kasut..ekeke
Buleh la tu nak..janji berbaju (mommy pasrah kekdahnya..haha)

Saya beli ikan!
Diulangi, kami beli ikan! Haha…
Paling advance ikan yang kami pernah beli ialah ikan keli
Sebab rupanya yang lain dari ikan ikan lain
Tapi kalini kami beli ikan Bulus sbb pernah nampak mak-goreng-kami-makan dan rasanya sedap!
Nanti bila saya dah goreng, saya ambil gambar ye.. (hihi..sudikah tgk ikan goreng saya?)

Saya kongsikan tips
Soalan ini sering mengelirukan ibu ibu muda terutamanya bagi anak pertama
Anda boleh membuat stok susu perahan (ebm) semasa dalam pantang biarpun anda berpantang di kampung
Simpan didalam peti ais beku di kampung anda (mengikut cara pengendalian ebm yang sama)
Cuma frozen ebm yang telah cair perlu digunakan dalam tempoh 24 jam kerana ebm yang telah dibekukan sudah hilang certain immunities yang boleh menggalakkan pembiakan bakteria didalam susu yang telah cair
(Oh jangan melompat, ianya hanya sebagai precaution-ebm anda jauh lebih baik dari susu formula)
Reference : Storing & Transporting Breastmilk by Dr Sears
Oleh itu, semasa membawa ebm anda dari kampung ke rumah anda (katakan 8 jam perjalanan)
- Simpan frozen ebm anda dalam bekas seperti dibawah
- Penuhkannya dengan ais dan ice pack
- Cuba buat perjalanan malam
- Tanpa perlu singgah singgah
- Dan masukkan semua ebm kedalam freezer rumah anda sebaik sahaja tiba

Insya Allah ebm anda akan maintain beku
Nota Mommy Luna : Saya OK bila berada di luar rumah
Related posts:







Akak sue..adalah ibu dua anak yang mmg kuat…hehhehe….if I can do that….alangkah best nyer…
kak tak geli ke dgn ikan keli..?org tak sanggup….huhuuhu….
mcm comel saje iki dgn baju pelangi nya…huhuhu..janji berbaju dah le kak…(sambil saya senyum2 tulis entry ini…imagine diri sendiri berada ditempat akak)
—
Wah Izzah : Kuat berangan agak sesuai untuk akak..ekeke
Ikan keli perlu dibasuh dengan tepung (gandum, kan?)
Haha..Iki warna pelangi hijau oren coklat. Mujur berbaju anak anak kak sue..ekek :mode pening:
amanah saham 1malaysia???
boleh bukak akaun kat mana2 bank ke?
ni nk kena bukak jugak ni…
sspn pun rasa nk bukak jugak.. huhuhu…
—
Tak silap Sue Amanah Saham 1Malaysia ada di bank2 utama seperti CIMB dan Maybank. Laila cek dulu ye.
SSPN tu buleh buka untuk anak atau utk diri sendiri..hihi
Wah panjang entry ni kan…
oo tu ikan bubuk namanya… emm masak lemak cili api sedap tuh!
—
Ikan bulus wan anie..hihihi..ye ke, Sue goreng sajoo..
Mujur ada blog sue (sebaya kita rupanya huhuhu….) leh la wat ilang tension jagakan Tihani yang sedang sakit (Alhamdullilah berkat cuti 3 hari BFkan dia….dah menunjukkan perubahan positif)……
Bila baca semula teringat lak masa mula2 menerima Tihani 6 bulan dahulu……we’re in d same shoes (adakah normal ibu muda yang baru nak ekjas hidup dengan anak ramai merasa sindrom meroyan/tensen/fedup or tiba2 je terasa betul ke tak keputusanku nak bagi adik kat FIJU)
Baru ada plan nak daftar puteri2ku SSPN tapi tak ada masa lagi.Tapi dua2 dah ada education insurans bawah UniAsia Edusaver,bukan apa beringat2 sebelum kena kan …..tak faham sangat pasal SSPN ni,betul ke ada pelepasan cukai.
And Sue nampak slim sangat (ada bau2 jeles hohoho)
—
Sue slim? Ehem ehem – teruja terus tak reply komen Azni yang lain..haha
Ho..sekarang rasa ‘fedap’ itu dah berlalu ye dear dan mula gembira dengan 2 cahaya mata
Sue ok dengan 2 cahaya merelip2 di rumah ni selagi abangnya tak menangis merengek rengek..ekeke
Hoo..Sue ambilkan mereka insurans Takaful Ikhlas. SSPN ada pelepasan cukai, harus ada!