Makanan anak
Semalam, hampir seharian saya bersendiri dengan anak anak
Pagi tekan mesin untuk basuh baju
Makan roti untuk sarapan sambil cek pesanan di laptop
Bila nak dekat waktu makan tengahari
Saya keluarkan ikan bulus dan sayur bendi yang dibeli haritu
Nyeh nyeh…acik skrg nak merajinkan diri untuk memasak
Air tangan isteri kan, air tangan… (padahal incik suami tak balik makan tengahari pun..ekeke)
Selepas suda mandikan dan siapkan SEJU, saya ke dapur memotong bahan2
Saya potongkan navel orange untuk Iki makan di depan TV
Bila SEJU berbunyi, saya “Abg Iki tengokkan adik di bilik, pujuk adik baik2 ye”
(Dia pandai tepuk perlahan adik )
Abg Iki bijak pandai ngelat menjerit “adik, kejap ye. Abang makannnn..”
Yang penting, mata depan TV sambil cakap begitu..ya ampun..
Dan mommy juga kena jenguk, pujuk dan bawa adik bersama sama ke ruang dapur dengan kami

Saya goreng ikan untuk Iki, sayur bendi yang takde cili dan ikan masak merah untuk saya
Papaya untuk kami bedal dan air longan sebagai pencuci mulut (eh itu air ke desert..haha)
Saya ada ambil gambar Iki kunyah makanan dengan shomots
Tapi bila saya cek balik, gambar tu dah tak ada (Iki delete agaknya)
Sebab lepas saya ambil gambar dia, dia sibuk “nak tgk gambar Iki..” dengan nasi penuh di kedua dua tangan!

SMS dari Aini bertanyakan, perlukah anak kita minum susu formula(selepas 2 tahun) kerana bimbang dia tak mendapat cukup zat daripada makanan lain?
Saya menjawab dari sudut praktis kami sekeluarga
Ianya mungkin bersesuaian dan mungkin tidak untuk anda
Saya berkongsi –> Tiap kali saya balik kampung atau ke kenduri kendara
Tengah saya suapkan Iki makanan (samada makanan yang dibawa sendiri atau makanan lauk kenduri)
Ramai yang akan menegur “Dia nak makan ye..”
Saya jawab “Dia perlu makan..nanti lapar kan dia juga yang susah” (sambil tersenyum sumbing sebab saya sendiri tak tahu apa saya cuba sampaikan..ekeke)
Mereka menyambung “Anak akak/ cucu makcik taknak makan, dia nak minum susu je. Sehari berbotol2 dia boleh minum tanpa makan apa apa”
(Susu formula 8 oz sekali bancuh dalam kes ini, dan anak serta cucu mereka itu sebaya Iki – 2 ke 3 tahun)
Saya diam dan lama berfikir
Ibu bapa yang memilih apa yang anak mereka akan consume, kan?
Dan kami suami isteri bercadang memberikan anak anak kami nutrien dari sumber makanan berbanding susu formula pelengkap bagai semata
Cek nutrisi yang bayi perlukan di entri ini dan entri ini
Kenapa? Kerana saya pernah terbaca yang enzim untuk menghadamkan susu hanya bertahan dalam badan seawal 2 tahun pertama (rujukan Milk Is Bad published by Consumer Association Penang)
(Saya masih ambil makanan tenusu dalam kuantiti kecil kerana ianya irresistable!)
Toddler will always be a toddler
Kalau harini Iki tak suka ayam, saya akan masak ayam (lagi) esok dan dia makan pula!
Atau saya potong ayam kecil kecil sampai dia tak rasa
Pilihan terakhir, ayam tu perlu jadi ‘kapal terbang’ didalam sudu sebab Iki akan makan SEMUA ‘kapal terbang’… Pheww
Konsep penyusuan susu ibu sebenarnya adalah pembelajaran tentang makanan berkhasiat seawal usia 1 tahun
Mengikut kajian, bayi yang berumur 4 bulan (yang minum susu formula) akan menconsume 33% lebih susu berbanding bayi berumur sama yang minum susu ibu
(Sumber Breastfeeding Made Simple by Nancy Mohrbacher, IBCLC)
Kerana itu, bayi yang minum susu ibu akan semakin kurang intake susunya tambah2 bila berusia lebih satu tahun
(Menjawab mengapa hasil perahan susu ibu semakin kurang selepas bayi berusia lebih 1 tahun)
Berbeza dengan bayi yang minum susu formula dimana mereka perlu menconsume sehingga 8 oz satu hidangan biarpun sudah berusia hampir 2 tahun!
—-
Jujurnya, mempunyai anak membuatkan kami sekeluarga lebih particular tentang makanan yang kami ambil
Buah perlu sentiasa ada supaya senang dipotong2 utk Iki makan selang 1-2 jam
Dan setiap hidangan nasi perlu ada sayur dimana garam dikurangkan
Nanti bila saya ada kelapangan, saya carikan info mengenai pemakanan anak yang tinggi kalsium dan zat besi ya!
Oh ya, anak kita PERLU makan dari semua jenis gizi makanan dan tidak bergantung kepada susu sahaja
Mungkin susu formula mengandungi semua zat yang dinyatakan di tin
Akan tetapi kaedah penyusuan susu ibu secara tidak langsung ialah lebih kepada ‘mengajar’ anak kita menerima makanan lain selain kebergantungan terhadap susu sahaja selepas bayi berusia lebih 1 tahun ![]()
Quoted dari entri ini
Mommy Luna menyibuk di Sunway Hotel & Towers PJ pada esok 12 Dis 2009 (2-4 ptg)
Ianya untuk majlis Gembira Sekeluarga Pa&Ma dan Mamy Poko
Dan saya hadir untuk menyibuk (hihi..kat atas dah cakap) untuk seminar Natural Parenting
Lawati entri Puan Farah mengenainya disini
Nota Mommy Luna : Tiada siapa berhak memberitahu di depan muka anda yang anda bukanlah ibu bapa yang baik. Anda yang membuat keputusan selepas semua pertimbangan di skala-tara kan untuk anak anda dan bukan anak mereka. Teruskan pilihan anda!
Related posts:












betul la kak sue, salu dgr yg budak2 asek minum susu ni, tanak makan..
sbb minum susu kan senang.. tak payah nak kunyah2..
isk isk isk.. sebek la anak sy suke mkn dan nenen.. hehehe..
rajin nye k.sue masak sindri.. takde sape2 tolong da ke dis week?
kene jaga diri sendiri dan anak2 ye.. mmg super mommy la!
—
Pink : Minggu ni acik sendiri meniti hari. Ekeke. Kena masak sbb nak makan.
Jom kita ajar anak anak kita makan ye Pink
sue, same goes dgn hana. bila dgr adik merengek masa afne tgh entertain dia, secara pantasnya hana akan ckp “adik/ajik, kejap ehh.. hana nk mkn/mandi/mnm/pakai baju” kadang dia pujuk “diam diam diam.. syg dia syg dia” mcm lawak bdk 2 thn ckp mcm tu bgs le kan.
hana kerap mnm susu kadan(g sejam sekali (ibu harus bukak kilang susu sendiri haha) tp tetap nk mengunyah. so tak kira la kt rmh atau outing tetap kena bawak bekal/snack utk hana ie roti, biskut, kismis, nugget, fries bla bla..
—
Haha, iki pun pujuk begitu “sayang dia,sayang dia nape nangish? Mommy ada, iki ada, daddy je work, semuaaaa ada”
Pagi tadi iki masih tidur, seju dah nangis sbb poo poo. sue nampak tgn iki teraba2 cari adik siap tgn tepuk2 tapi mato eh pojam. Ihihi
Amani pun macam tu gak,bila adik dia nangis cepat2 dia cakap ’sabar ye adik,ibu ada keje……’ (sebiji ayat ibunya pujuk dia time meragam) and peluk si Tihani.Tapi kejap je pastu dibiarnya adik sebab nak tengok PLayhouse Disney (hampeh tul huhu).Sebab still jahil ilmu parenting ni Amani dah jadi bahan xperimen (asik tukar2 brand susu disamping BF) dia jadi kurang makan,lagipun BS dulu biar je dia asik minum susu.Skang ni dengan BS baru badan dia dah montel sebab dia bagi budak tu makan,susu pun dah kurang.
Bila time Tihani start solid saya slalu wat sendiri makanan dia.Nak ikut jalan yang ‘benar’ membesarkan anak2 (apo den merepek ni yo)…..xmo lagi wat mistake cam dulu.Dulu my Amani so adorable ikut cakap skang ni payah betul.FM memang x bagus untuk perkembangan rohaniah
sue..iki masa mula2 start solid food sue bg iki mkn nestum or sue masak utuk dia? nuha start dgn nestum, skrg nuha dh 8bln…. tp mak sy plak xkasi nuha mkn nestum, dia kata lg elok kalo masak sdri…lgpun mmg salah sy..hehhe..ade ke patut malas nk masak, maklum la tgal bertiga je, asyik mkn kat kdai sbb 2 la nuha pn kna mkn nestum…huhuhu..
skrg ni dh rajin ckit masak smata2 utk nuha + BF..
Sy terpaksa merajinkan diri utk masak lps bb 6 bulan. Sblm 6 bulan mmg minum susu jer. Smpi bb dah 1thn 4bln skrg, masih lagi try resepi2 yg sesuai utk dia. Klu bb xnak makan, takyah paksa. Tp bila selera dia dtg, plg kuat minum susu sehari 3x 8oz. Tak pernah bg nestum sbb mcm rasa nestum xelok. Skrg lagi senang sbb dah boleh makan apa yg kita makan. Suap jer…bb nak, dia makan. bb xnak, dia luah balik. Lgpun kita kena ajar dia pelbagai rasa makanan yg ada dlm dunia ni kan? takkan makan susu jer…btw…sue, xde ke gmbr SEJU yg bukak mata. asik tido jer…
Nestum memang tak elok,mula2 saya bagi nestum kat Tihani dia jadi sembelit,last2 bagi biskut bayi je (Milna/Farley’s Rusk) pastu selang2 dengan wat puri lobak merah/labu/kentang.Kadang2 beli puri siap Heinz (kes ibunya malas nak masak huhuhu).
ooooo… nnt bila dah lebih setahun…bb kurang nyusu ye… thanks utk info ni… dah makin jelas dah kenapa tak berapa baik utk menyusukan lebih dua tahun… mesti ada sebab bila Allah kata dua tahun kan…hmmmm scientifically proven lagi