Semalam saya ke Sunway Hotel Tower untuk Majlis Gembira Bersama Pa&Ma dan Mamy Poko
Sesi saya satu jam sahaja tapi preparationnya satu hari satu malam..ekeke
Nerves bila terbayangkan ibu bapa di majlis tersebut pakat menguap-secara-berganti-ganti semasa sesi saya nanti
Wahhh..tertekann…
55 keluarga menyertai majlis ini, ramai kan..
Sampai di Dewan Bahamas, saya ala ala menggigil tangan sejuk macam perasaan ebm dalam deep freezer..ekeke
Saya dan Puan Farah duduk di meja yang ‘orang besar’ Karangkraf duduk (Laaaagila kami menggeletar)
Haih, kata menggeletar, apa motif gambar gedik jemari di bawah?
Kami berusaha tunjuk nama kami yang dicatatkan sebagai penceramah..kih kih
Flyers ini direkacipta oleh Leen yang lawo (designer Pa&Ma)
Orang kuat Pa&Ma, Kak liza (editor) dan barisan jurnalisnya sedang berdiskusi bagi memastikan kelancaran majlis
Dan 2 orang penceramah bermuka cuak-tiba-tiba-rasa-ada-buasir sebab bontot tak boleh duduk dengan tenang
Intan Pa&Ma cekak pinggang kat belakang sambil tolong urut2kan bahu jika diperlukan..ekeke
Lepas 10 minit berada didalam dewan merelip relip itu
Kami berdua dah mula dapat ‘feel’ dewan itu..keadaan menjadi tenang semula..ekeke
(Dah tenang, jom bergambar wehhh!)
Dalam pouch saya itu ialah SEJU yang berusia 22 hari!
Kasihan kan, 22 hari dah ikut saya berkerja, cuma saya rasa lebih kasihan kalau dia ditinggalkan dirumah
Sekurang2nya dia bersama lemak lemak di perut saya
Iki di rumah dengan abah saya
Abah saya bergegas datang malam tadi bila mengetahui saya kesana kumari dengan anak anak
Dia lambat datang menjenguk kami sbb dia tak berapa sihat (dan kini semakin pulih, alhamdulillah)
Majlis Pelancaran Laman Web Pa&Ma yang gilang gemilang
Lagu Karangkraf yang dinyanyikan oleh team Pa&Ma
Bersemangat acik berdiri sekali (siap angkat2 tangan..huwohh)
Saya bawa Dzakwan supaya mudah untuk disusukan bila bila masa
Dan dia tidak menyusahkan saya, tidak pernah
Saya masih boleh beraktiviti, bersosial bergosip bagai walaupun dengan dua anak
Lihat gambar dibawah..ekeke
Ini slide kami, Sharing Session mengenai Natural Parenting
Niat kami, menyampaikan ‘idea awal’ kepada ibu bapa yang hadir mengenai rasa ‘selamat’ berada bersama ibu bapa, di rumah sendiri dari kecil sehinggalah remaja dan seterusnya, insyaAllah
Natural parenting sebenarnya bergantung kepada cara ibu bapa itu mahu melakukannya
It DOES NOT require a set of rules
Dan mungkin berbeza mengikut keadaan dan usia anak
Seperti natural normal birth, breastfeeding, baby wearing dan co sleeping sesuai semasa bayi berusia di bawah 3 tahun
Dan aktiviti homeschooling bersama anak anak boleh berlangsung seawal didalam kandungan
Keyword natural parenting ialah -> BONDING
Pstt…SEJU menyusu sepanjang saya membuat talk
I feel like a mother! (I am..hehe)
Aktiviti bersama anak anak seperti tarian ‘Chicken Dance’ yang dikelolakan oleh Puan Farah
Quoted dari Puan Farah : Anda tak perlu jadi instructor tarian sehati berdansa untuk mengajak anak menari bersama
Atau pelukis agung untuk melukis gambar orang utan untuk anak
Sebab andalah satu satunya GURU TERHEBAT anak anda!
Comelnya adik dibawah menari..
Dan ‘papa’ dibawah..ekeke (best!)
Aktiviti terakhir kami, Pertandingan Who’s The Longest
Sebanyak 5 keluarga menyertainya dan we’re having fun!
Abang di bawah ni sampai buka baju (aww)
Jangan terkejut, anak masing masing bogel sebab nak buat garisan paling panjang..ekeke (janji menang!)
Semua keluarga sporting2 dan ceria
Gambar saya dan Puan Farah bersama sama team Pa&Ma dan MamyPoko
Di atas, gambar serius dan di bawah, gambar gedikss..haha
Nota Mommy Luna : Belajarlah dari semua orang di sekeliling anda. Saya ‘belajar’ dari slide yang kami sediakan.
Bukan kemewahan yang anak anak minta, tapi perhatian dan kasih sayang serta rasa ‘selamat’ dari mommy dan daddy.
Iki dan Dzakwan, kami akan menyayangi kalian biar apa pun keadaan.
Related posts:




tiada lain yang lebih baik dari air susu, air tangan, airmata seorang ibu. tak kurang juga titisan air peluh keringat dari si ayah. i love natural parenting.
p/s: masamnye muka nervous ku kat atas tuh..
—
Farah : Balik dari seminar, baru Sue bertekad yang rumah kami akan jadi tempat paling ‘selamat’ utk mereka dan kami akan jadi orang yang paling ‘mendengar’ untuk mereka (Ohhhh vocabulary ku)
Thanks for sharing dear!
p/s- Itu muka bila nerves dan rasa semua serba tak kena..hihi
waaa..beshnyeeee…mesti enjoy parents yg aattend smlm…salute Kak Sue! tgh berceramah pon still bleh nurse SEJU….u’re really supermom! =)
just can’t imagine nursing while talking to public.. fuh..
Wahhh….salute ah leh bg BF time talk.Paling tinggi saya leh wat time jalan2 je,tu pun baby tak selesa.Seronoknya, hope i was there (nak buat camne,den oncall hoho)……hmmm ada satu perkara nak tanya if baby kena campak (lupo bahasa medic dia arr) ada orang tua2 cakap bagi baby minum air kelapa,pendapat Sue camne…..
alang..tetibe rase mcm sgt terharu dgn alang…sgt gigih..angah bangga dgn alang..chaiyok..chaiyok alang..
chayo sue..chayo!!
sue mmg best, superb mom!!
salam.
santeknye pouch! beli katne? tetiba berminat plak tgk ekekeke..
kite tak pass lg pakai baby sling smpai skrg. teruk betul, kn? ehe..
wah….hebat sue blh nurse sambil ceramah…ira pn byk tiru sue…(benda baik…xsalah tiru kan?)g JJ sambil shopping sambil nenen iffa…org bkn tau pn klu kite x ckp….& 1 lg pam susu kt meja kerja…puas org tny…sejuk ke?…hehehe…mn diorg tau yg ira sdg mengepam…seronotnyer….suke kat idea giler2 sue…rasa puas jd ibu klu mcm ni….
wahhh terlopong saya tika membaca entry ini. memang superb la akak blh bawa anak2 bersama ke sana kemari. Buat saya jd insaf. yg anak2 x pernh sushkan kita. saya rasa saya perlukn bnyk info n ilmu tntg natural parenting ni. camana nk join this course bwh akak?
salute to sue…
BF while berceramah…wow! Sama mcm nurul…SALUTE!
Pon blom lulus ring sling. Sama cm nadiah sidek…sakit bahu huhu…
salam..su
tgh ika kusyuk bace coretan su ni..tetibe ade satu pic yg entah pic no ke berape,ade seseorg yg amatlah familiar di mate ika.ghupe ghupenye insan itu..yg tgh menari kusyuk sgt ngn Pn fara tuh..adelah schoolmate ika mase sekolah dolu dolu tu hu hu..siti nani saudiar-wartawan majalah rasa.
yg xsangke tu..xsangke eh eh..vocabulary ika pun ade tune lari rupenye..dgn bace blog je boleh ade jejak kasih..hu hu hu..
to su..
c-o-n-g-r-a-t-s
Assalamualaikum.
Akak tabik spring kat Sue ni coz 1) breastfeeding sambil bagi talk. 2) Seju baru 22 hari..! 3) Sue dalam pantang, 22 hari…!! 3) You’re really supermom.
Akak pun bersalin operate. Tapi… punyalah penakut. Sampai hari ke 40 baru berani tengok jahitan kat perut tu…
Keep up the good job sis. Akak doakan Sua and the team berjaya !