Ini gambar minggu lepas (6 Dis), dah lama saya tepek di blog cuma baru harini di publishkan
Saya jaga kedai sebab Nani ada kenduri
Pengasuh Iki jemput kami untuk ke majlis perkahwinan anaknya di Kuala Pilah
Saya tak pergi sebab saya belum sihat untuk berjalan jauh (aiceh ayat meraih simpati kah?)
Sebenarnya saya tak pergi sebab encik suami cakap dia tak tau rumah Ujang dan Aca di mana
Ala, kalian pernah baca cerita Ujang dalam Gila Gila masa muda muda dahulu kan
Saya cadang nak singgah rumah mereka (kalau saya pergi) sebab saya buleh menitis air mata hidung ape sume bila baca cerita kartun Ujang-Aku Budak Minang
Saya masih ingat kedai Ujang beli ubat nyamuk, centa hatinya Anor, kakak kakaknya, emaknya yang garang
neneknya yang penyayang dan menyokongnya yang suka melukis, atuk yang sporting dan Aca
Anda ingat?
Nota : Watak Aca (Nasaruddin) sudah meninggal pada tahun 2004. Cerita lanjut disini
Facebook Ujang disini

Tapi kenduri Nani lebih penting sebab kenduri saudara terdekat
Jadi moleklah Nani pergi dan saya duduk di kedai dengan anak anak
Ye..intro saya sangat panjang dan agak melalut..ekeke
Dan baru saya perasan, saya pakai tudung hijauuuuuuu (lagi)
Acik suko bonar tudung ni kekdahnya!
*Sebenarnya reversible pouch saya ni buleh tukar hijau dan biru sahaja
Jadi saya cuma menghadkan pemilihan warna baju saya kepada dua tema ini sahaja…kih kih

Ini anak sulung kami tertidur di sofa kedai
Kadang kadang saya bercakap pada diri sendiri (ala ala bercakap dengan jin), nanti bila dah berjaya
Anak saya tak perlu tidur di kedai menanti saya sudah kerja :wahhhh emosi!:

Lepas kedai tutup, kami ke Jusco mencari makanan dan cadangnya mencari barang
(Sokmo cari barang tak jumpa jumpakah?)
Tapi lepas makan, perut saya memulas mulas yang memerlukan kami pulang ke rumah untuk berehat..hihi

Selamat Hujung Minggu Iki, Dzakwan & Daddy!
Terima kasih kerana berada di sekeliling pinggang mommy di mana sahaja mommy berada
Hidup terasa lebih ‘hidup’ dengan adanya kalian
(Yela, kejap anak poo poo, kejap abang nak air soya, kejap adik menyusu..and that’s life kan…ekeke)
Related posts:




Suka tengok pose Iki tido atas kerusi,cupui beno….idok ke jatuh kang budak tenit tu (ala2 ayat opahku)
P/S….ada masa jenguk la facebook ku Azniscott Md Ismail,nak tayang gambau anak2 daraku