Iki dan ABC

Saya vangga vangga   kata saya mengemas?
Mengemas? hihihi..
Saya menyusun atur benda benda yang tidak teratur sahaja sebenarnya

Saya sediakan tempat untuk Iki bereksplorasi dan kami sepakat memilih living room kerana disitulah kebanyakan masa kami dihabiskan
(Alasan sebenar – rumah kocik yo nak cari ruang sajo utk Iki, harus sewa rumah uncle sebelah..ekeke)

Iki gembira dengan ‘ruang’nya
Saya agak sahaja perasaannya sebab dari pagi sampai ke malam dia ‘berkerja’ di area itu sahaja
15122009088

Huuu…cubaan Iki menakut nakutkan pembaca…ekeke

IMGP3197 [800x600]

IMGP3198 [800x600]

Semalam saya terkejut di usia 2 tahun, Iki dah kenal huruf!
Saya terkejut sebab selama ini saya-main-sebut-tanpa-mempedulikan-dia-faham-ke-tidak

It is amazing bila semua yang anak kita buat mengagumkan kita (walaupun hanya perkara kecil)
Ya, seperti Dzakwan dah pandai kentut..ekeke
Jom lihat video di bawah!
Abaikan tong sampah yang penuh sampah dan baju Iki yang tak berbutang serta rambut kusut masai Iki..haha
Ternganga mulut saya bila Iki kenal yang mana satu A, B C dan seterusnya
(Kadang2 tersasul juga, angka 8 disangka B-kih kih)

Sebab lain saya kemas rumah dan bilik ialah katil yang saya pesan haritu sampai
Saya cuba mengurangkan dosa kering staff Cavenzi mengumpat saya seperti “ish ish sepahnya bilik akak tadi tu. Bilik tidur ke tempat kucing beranak etc etc ” – sepanjang dalam lori lepas balik dari rumah saya haha
Jadi saya sapu sapu sampah di bilik, buang apa yang patut dan lap lap biar sejuk mata memandang
Saya dongak ke atas *pandang kipas angin* dan beritahu Iki “habuk2 di kipas ni sebaya Iki lah Iki..sebab kali terakhir ianya di lap ialah semasa Iki baru 4 hari”
Iki “haa…apa mommy?” (dia suruh ulang sbb dia tak faham)

15122009089

Katil kami sekarang LUAS
Sampai suami cakap “Luasnya..rasa macam tidur di lantai”
Apakah? Samakah perumpamaan katil dengan lantai?
Ianya sangat luas sampai malam tadi saya tak perasan suami tidur dimana – sebab saya dah terpengsan awal dengan anak anak

Semalam, kalut kalut saya dirumah
Ada customer telefon yang dia sudah berada di depan kedai
Kebetulan Nani bercuti dan saya yang sepatutnya di kedai masih belum mandi (ya, mandi pagi)
Saya janji akan sampai di kedai dalam 15 minit tapi rasanya saya ambil masa 45 minit untuk menyiapkan Iki dan adik
Serta cloth diaper, baju dan makanan mereka

Letak anak di belakang, tutup pintu, tutup gate dan vroooom
Merbahayakan? Infant carrier yang saya order akan sampai harini insyaAllah

16122009092

Woah lenguh perut acik, petang harinya saya ke bank menyelesaikan urusan
Muka dah macam ikan masin yang dibawa naik kapal terbang dari Sabah ke Semenanjung
Tudung hadiah dari Kak Serindit (lagi)..ihikss
Bagi yang mahu kelihatan cantekk dalam awning dan warna yang dimahukan, email lautan_biru7@yahoo.com
(Saya yang tamak dah order warna itam, hijau muda, hijau tua, purple dan coklat kekuningan)
Kepala ada satu, satu minggu ada 7 hari saja tapi tudungnya ada banyak
Dan baju menyusukan dari Mumdreams
Saya tidak perlu malu menyusukan anak anak walaupun  ketika sedang melayan customer (It’s great!)

16122009096

Dan video Iki di bawah
“mommy ambillah gambar Iki…” sambil merengek rengek
Incik suami “ini perangai awak”

Nota Mommy Luna : Iki ikut perangai mommy yang baik baik sahaja ye…hihihi

Related Posts with Thumbnails

Related posts:

  1. hide and seek
  2. Ahad di showroom-ujang
  3. aimissyu
  4. Mesin taip Olivetti
  5. Gunting Iki

Leave a Reply


6 Responses to “Iki dan ABC”

  1. Comment by shizyani

    waaahh!!
    sy tumpang berbangga dgn iki… iki dh pandai n kenal A B C… x sia2 sue ngaja iki slama ni… skrg ni iki dh mula meng’output’kan ape yg di ‘input’kan oleh sue kan…
    kalo mcm 2 dh blh la anta iki p KUMON..
    tahniah utk sue, wlaupun bz sesgt…akhir nye berbaloi dgn ape yg iki dh buat..

    yea!! yea!!

  2. Comment by mie

    hehehe….tergelak sy baca adakah same katil n lantai? ye….saya pun dalam usaha nak bwk katil single ke dlm bilik…..asik2 ummi je kene tolak tepi….dah le mak buyong huhuhu.

    kim salam dgn fijju n seju.

  3. Comment by sulianashukor

    su tak penat ke?? kesian plak tgk sue dalam pantang pun masih bekerja..tak nak amik pembantu ke??hehe

  4. Comment by Serinditrimba

    Iki adalah anak yang pandai. Serius… kalau lama lagi hari tu harus ku angkut dia bawak balik

  5. Comment by ayg

    iki bijak! boleh jadi doktor pakar ni besau besau nanti :)

    Ayg, pst..mak dia tak jadi doktor pakar pun Ayg, sebab kurang pandai agaknya..hihihi

  6. Comment by AzniScott

    Wow not bad,kadang2 anak2 ni mampu men’surprise’kan kita tanpa kita sedar,kita rasa dia belum capable buat lagi tapi rupanya dah mencapai lebih dari kita xpectkan.jadi teruskan mendidik walaupun sesibuk mana pun kita,outputnya amat mengujakan :-)