Mak budak bangun di jam 2.30 am kerana takleh-tidur-nak-siapkan-kerja
(Padahal dah tertidur jam 9 sambil merayu-rayu minta anak anak tidur bersama)
Saya fenat ya amat tadi seharian di kedai (sebenarnya separuh hari saja-sebab kalut2 dengan anak, tengahari baru sampai kedai)
*Eh tapi saya bangun awal siapkan pelbagai perkara didepan laptop tauu
(ohhhh defensifnya terhadap tuduhan diri sendiri..ekeke)
Saya bersiaran menggunakan laptop yang baru diupgrade ke Windows 7
Kenapa upgrade?
Memory, lebih laju, lebih efisien etc etc menurut kata incik suami
Saya suka saja apa apa yang pink dan baru kih kihhh
Terima kasih abg!
Wallpapernya berubah ubah mengikut mood tuan punya laptop (hihi, saya tipu)
Saya tak pasti selang berapa minit/jam, tapi wallpapernya akan berubah kepada makhluk asing yang comel comel belaka



Macam kawan masa di kolej cakap “Sue suka benda benda tak cukup sifat macam ni”
*Statement ditujukan kepada teru teru bozu saya
Eh anda tau teru teru bozu tu apa? Ini dia..

Ianya adalah handmade doll yang diperbuat daripada kain dan digantung di tingkap untuk mengelakkan hujan
Read more about it here
Haritu saya eksaited dapat organizer baru kan?
Very the gigih tulis nama dan update itu ini *apa motif ada ‘the’?
Dan semalam baru saya perasan
Saya update Tahun Baru 2010 pada 1 Feb 2010
Sekian, saya tidak mahu mengulas panjang mengenai itu
Mungkin saya terlalu sibuk (mungkinkah?)
Atau rasanya ayat yang lebih tepat ialah sindrom absentminded semasa berkerja?
Ala ala fokussss ..ekeke
Mesin taip saya dah kembali berfungsi, hantar repair di Teluk Intan (jauh tu..)
Abah saya kata kat seluruh Perak, di kedai kecil India tu sorang je buleh repairkan mesin taip ni
Kena bayar RM55
Tapi lepas 2 hari, rosak balik..isk..
Saya minta abah saya hantarkan ke kedai India itu semula
(atau sila belikan saya mesin taip baru letrik yang zasssssssss pantas gitu…hihih) *berbaur ugutan tak? kih kih
Kak Serindit tak tidur malam siapkan tudung saya
Sebab saya mahu yang ini juga! Meroyan ke hapo?
Saya tak mahu tahu orang kata apa, yang penting saya rasa vogeh melangkah dari pintu pagar rumah
Saya tahu orang akan fokus pada tudung saya berbanding belen belen parut jerawat yang ada…haha

Hari Pasar Iki?
Dia eksaited tengok macam macam jenis ikan dan kucing di pasar
Kucing? Ye la..kan banyak kucing di pasar..ahah
Perkara yang paling menarik perhatiannya ialah ‘timun’
“Mommy, ni apa?”
“Timun”
“Boleh Iki amik?”
(Oh….senyum senyum menten lawo dan bayar harga timun yang dah Iki pegang sambil menyanyi nyanyi “Timun….timun….timunn” )
Sampai dirumah “Boleh mommy amik gambar Iki dengan timun?”
Bila saya runsing dengan timun tu (masa dia tak perasan), saya letak timun tu atas meja makan
Iki “mana? mana?”
Iki cari apa?
“mana? mana?”
Sampai saya runsing dan pulangkan semula timunnya
“Ha…ni dia…hihihi..timun….timun…..timun…..”

SEJU? Jarang cerita pasal SEJU sebab dia budak baik amat (dia masih baik berbanding you-knoe-who..ekeke)
Saya tak boleh tidur sebab baru lepas susukan dan tukarkan CD
Sebab dia merengek2 kecil, jadi saya saspek perutnya agak tak selesa
TIPS : Jika bayi kecil anda masih merengek selepas disusukan, diburp dan ditukar diapersnya, cuba baringkan dia di atas perut anda. Ianya membantu!
Sekarang dia tidur lena, alhamdulillah
*Biasanya SEJU tidur atas perut daddynya tapi semalam daddy berkerja malam dan harini daddynya demam jadi mommy ambil angka giliran (walaupun purut sakit lagi..hihi)
Oh tips di atas hanya utk bayi kecil..Kalau dah berat macam mommy eh Iki, buleh terbunuh sesak nafas ekeke
Esok pagi pukul 7.30 pagi saya dah kena keluar rumah sebab ada kelas penyusuan jam 9 pagi di Shah Alam
Nak siapkan anak, baju, CD, baju suami, baju sendiri
Maknanya pukul 6 nanti saya kena bangun menyambung erti kehidupan seorang Luna..prffff
Saya menjemput SEMUA pembaca yang berada berhampiran dengan Kuala Kangsar untuk hadir ke Majlis Kesyukuran keluarga kami pada 26 Dis (Sabtu)
Calling saya kosong satu dua 5880515 untuk bergambar dengan acik nampak biru

Nota Mommy Luna : Pergi Tesco lagi senang sebab ada label jenis sayur dan ikan (hihi)
Related posts:




Owh…samala kita,bangun pagi and buat2 sibuk hihi…semalam tak sempat jenguk blog luna,gi segamat shoping langsir untuk umah baru (and tershoping kain untuk baju raya….(finger cross)hehe) ….. bagi je timun tu kat Iki main……and dia tak kacau kita sementara waktu ,and dia akan belajar something dari timun tu
—
Azni, dah ada Amani di rumah? Huwohhh…shoping baju raya cinakah? Hihihi…nanti kalau jalan jalan lagi buleh beli baju raya yang lain pula
salam..akak2..nak tanye..SEJU tu stands for wut eh? huu..chumey!
—
Adledash boleh refer di link ini http://www.diyaluna.com/diary/2009/05/19/first-checkup-seju/
part yg ni mmg sgt setuju “Pergi Tesco lagi senang sebab ada label jenis sayur dan ikan”. kalau tak mne tau yg ikan kak sue beli itu hari namanya ikan bulus kan.. hehehe..
kad di atas, saaangat chantek! i likeee… kalau sy dekat boleh la singgah.. tapi mcm x dpt je. iki pun chomel je nak amek gambar dgn timun. siap nyanyi2 lagi lagu timun tu yg tak tahan tu..
p/s: kak sue, bler dah free nnt, tengok2 la komen yg sy post dlm “Sticky-Aktiviti Dis 2009/Jan 2010 (New Entry Below)”.. sbb ade mintak nasihat k.sue pasal breastfeeding..thank you sooo much!
—
Pinkedish : Kalau nak ajar anak anak tentang sayur, lebih molek kalau ke Tesco, tidaklah mommy tergaru2 tak kenal jenis ikan dan sayur (berkata pada diri sendiri..ekek)
Kalau kalaulah lalu, Kak Sue jemput pink sekeluarga datang ye.
Komen tu nanti kak Sue reply dengan kadar segera
nk tlg jwb utk adledash…
SEJU for second junior a.k.a ammar dzakwan
FIJU for first junior a.k.a ammar dzikry
di mana kedua2 nye adlh prince charming sue…
nmpk nyer sue mmg btol2 pnat dgn keje…
ye la kan org sume nk celebrate new year on 1st jan tp sue plak blh tertampal kat 1st feb….huhuhu
terlebih sudah belek organizer kot..
hehehehe…klakar la sue ni..
—
Salam Shizyani : Terima kasih sebab tolong jawabkan pada adledash..hihi
Kedua dua FIJU dan SEJU ialah mereka mereka yang membuatkan hari Sue adalah ‘hari’
Ha….complicated kan? hihih
Bukan penat dengan kerja, tapi nampak macam hilang fokus..keh keh
Atau sangat bersemangat dengan organizer baru?
Salam Sue…bila baca kisah2 sue dlm ni buat sy rasa kagum dan bertanya pd diri sendiri….mampukah aku menjadi sperti itu? Bkn apa sbb duk menimbang konon nk berenti kerja…tp mampukah ku menjaga anak2ku yg bertiga yg tgh lasak itu? Skrg ni bla mlm bla tidurkan anak2 memang ku turut serta skali…x.kira la kol 9 ke 10 ker…bila anak2 tido, ibunyer pun sama belayar…heheheh…penat seharian x kira la ari kerja atau cuti…
Rasanya perlukan kekuatan mental & semangat yg kuat nak menjadi spt Sue kan! Ada any tips kah sue?
—
Salam Sabar : Huwohhh.. berkerja sebenarnya selain daripada mencari rejeki untuk keluarga, ianya juga adalah waktu ‘bercuti’ daripada anak anak untuk beberapa jam..hihi
Berkerja dengan anak anak? Mencabar…memang mencabar (mode geleng geleng kepala tatau nak cakap apa..ekeke)
waaa…. cute la haiwan2 dalam komputer tue.. first time tengok nieh… sungguh cantik la sue..
–
MamaSiti : Ada banyak lagi benda2 tak cukup sifat di wallpaper Sue..ekeke
Seronok mata memandang kan? (bukan sejuk..ahaha)
hehehe..
teru teru bozu kak sue telah mbuatkn sy tingat zaman2dulu.. time tu mmg sy tgh giler cite WITH LOVE.. :p
—
Ye la Wani, masa tu kan jaman baru baru belajar chatting.
Dan heronya hansom amat..kih kihhhh (patutla Wani dan kak Sue tak tidur malam masa tu..keh keh)
hehe…
dah terimbas masa lalu plop… kihkih..
:p