Dzakwan 1 bulan

DSC_0370

Ammar Dzakwan berumur 1 bulan hari ini
Dah berat dan besar dah anak mommy & daddy (4.3kg)
Aktiviti hariannya, minum, poo poo, berbual sikit sikit dan tidur dengan lama
Yang penting, tidur perlu di riba sesama manusia ..hihi

Ammar Zikry 1 tahun (gambar dibawah) daripada entri ini

Kelebihan Tandem Nursing (menyusukan lebih dari seorang anak) pada saya:

  1. Bekalan susu yang banyak – Supply and demand, lebih demand dari 2 orang anak (berbanding seorang) bermakna lebih supply untuk mereka berdua :)
  2. Tiada engorgement – Saya tidak menghadapi masalah breast engorgement jika adik kurang minum kerana abang boleh ‘tolong’ adik
  3. Abang perlu ‘meraba’ sesuatu sebelum tidur. Dan sekarang dia meraba muka, tangan, kaki dan perut adik ketika mahu tidur (sambil menyusu)
  4. Saya tidak perlu lapik bantal untuk menyusukan keduanya kerana abang berada dibawah dan adik diletakkan diatas abang (haha) Saya kejam-haha (sambung gelak)

20122009125

20122009126

Walaupun abang cemburukan adik, tapi dia tetap sayang adiknya dan menangis bila saya bincang bincang nak beri adik pada uncle-rumah-sebelah-yang-ada-lori
Bila bangun tidur, perkara pertama eh maksud saya orang pertama yang dicarinya ialah adik
Jujurnya, mereka membuatkan saya rasa 24 jam sehari adalah tidak cukup dan kusut masai rupanya
Tapi saya tak sanggup membayangkan, bagaimana rasanya hari tanpa mereka berdua (bertiga termasuk bapanya)

Dzakwan, Selamat Ulang Bulan yang pertama
Dengan ucapan, Dzakwan bukan semuanya yang kedua sebab Dzakwan adalah Dzakwan PERTAMA mommy & daddy :)

Nota Mommy Luna : Anak anak saya berambut sikit kan…hihi

Related Posts with Thumbnails

Related posts:

  1. Seremban-Dzakwan
  2. Growth Spurt-Beralih bulan
  3. Majlis Aqiqah Ammar Dzakwan
  4. Kelahiran Ammar Dzakwan
  5. cik huda

Leave a Reply


15 Responses to “Dzakwan 1 bulan”

  1. Comment by sya_firwan

    wah..cepatnye..da sebulan da dzakwan..:) happy birthday..moga membesar dgn ceria dan sehat..:)

  2. Comment by mie

    bestnya tandem nursing….saya cuba,tp tak boleh.sb saya mengalami puting yg sgt sensitif bila dah tau pregnant 2nd baby. kalau ameen menyusu melecet smpai luka berdarah yg buat sy takl leh tido dan nangis sampai pagi.

    apapun sy tetap bangga dpt susukan ameen hingga umurnya hampir menjengah 2 tahun.

    ya….anak2 mmg suka “meraba” sesuatu bila nak tido atau bersantai2.huhuhu…..

    luas dahi dzakwan,bijak tu..kikiki

  3. Comment by en_me

    abang nak adik sorang lagikk tewww.. ihiks

    enme, kami cadang nak tambah beberapa org lagi .. Ihiks

  4. Comment by izzah

    ~Dzakwan bukan semuanya yang kedua sebab Dzakwan adalah Dzakwan PERTAMA mommy & daddy :)~

    kenapa entry ini menyentuh emosi saya kak…?huhuhu..berkaca-kaca mata ni..

    kak sue..jumpa ahad ni..kalau tak ade aral…hehehe..tp rasa macam dup dap dup dap ajer…entahla kenapa..macam nak jumpa org besar2..hehheehe

    Izzah, kami tak mahu Dzakwan rasa dia adalah semuanya selepas abangnya. Dia anak kedua yang pertama kami. Ekeke
    Susahnya Mommy Sue berfikir kan.

    Izzah, kak sue memang ‘besar’ orangnya. Time gaduh2 masa berchenta dulu bila nyuruks belakang tiang supomarket,mesti dijumpai!
    Hah, apakah? Merajuk begitu? Keh keh..malu saja

  5. Comment by huda

    “Tapi saya tak sanggup membayangkan, bagaimana rasanya hari tanpa mereka berdua (bertiga termasuk bapanya)”-semua lelaki, sue sorang je pempuan in your family, syok kan. sue RATU dihati mereka.

    tak sabar rasanya huda nk bersalin 2nd BB ni

    Huda, gumbira pula bila Huda panggil sue RATU dihati mereka sebab dlm kebanyakan masa, Sue ialah tukang tukar cd, basuh baju, mandikan, masakkan dan mendengar rengekan mereka..ekeke
    Tapi bila mereka takde, Ratu Sue nak buat apa pula nanti kan? Keh keh (ah sudah, sengih2 sepanjang hari la saya)

  6. Comment by sya

    takpe sue… rambut sikit, tapi hensem.. hehehe..
    dulu2, orang kata, botakkan rambut baby selalu nak bagi lebat. saya sayang nak botakkan.
    sekali ada orang terus bawak pegi botakkan. frust betul tengok rambut anak dah botak.
    tapi, bila tengok rambut dia jadi banyak sikit, saya sendiri yang bawak dia botakkan rambut. hehehe.


    Sya, sayang rasanya dengan helaian rambut mereka (sbb sikit) hihi
    Rambut iki tak pernah dipotong dari hari cukur-satu-kepalanya. Bila tiba bad hair day nya, iki akan kelihatan macam singa aummm..keh keh

  7. Comment by marsha

    iki nk jugak menyusu ek.. qila mcm teringin nk menetek tp dia mcm anggap nipples tu boleh dikunyah.. dia pegi gigit!! sakit mcm nk mati…

  8. Comment by AzniScott

    Hehe macam anak2 saya tak berambut time kenit2 camtu…owh ayat last tak tahan tu….setiap anak2 adalah special,and nobody is same and we love them as they are.Baru saya perasan Blog Mummy Luna dah ada logo tenit dekat tab…hoho i like,thomel la.seronoknya tandem nursing….cuba nak buat tapi si Amani just nak kemam sambil2 tengok tv bukan betul2 menyusu.(dia memang ada habit nak ada something dalam mulutnya time dia bersantai)…so any suggestion….and last but not least Selamat 1 Bulan Dzakwan,be a luvely child dear….uh oh baru saya teringat,baru2 ni hari Ahad time saya tengah check jaundice baby saya dikejutkan dengan kematian seorang baby sebaya Dzakwan,staff nurse saya cakap babynya sangat montel dan comel,the time baby tu sampai kat klinik badannya sudah keras (meaning sudah lama dia ‘pergi’)….tersentak saya mendengarnya….and more shocking mak dia membiarkan babynya tido dalam buai (1 mth old?) and ignore the baby sebab semalamnya (sabtu) rumahnya ada kenduri…how could she,kenapa ada mother yang ambil mudah perkara ni.Ia sangat2 meruntun hati saya…tapi nak salahkan mak baby tu pun takleh juga,even anak 3 she still young…ilmu parenting masih kurang…just takziah atas kehilangan babynya.Semoga aman babynya di sana

  9. Comment by Ealyie

    Salam Sue,
    ye apa yg Sue katakan ttg tandem nursing 2 bayi yg berbeza umur sgt2 lah ely fahami.. hahaha.. sbbnya ely dah pun melalui fasa tersebut. Dlm pantang tiada masalah bengkak susu, tak perlu renyah nak carik pam, just panggil je baby besar… ngappp.. settle prob! Baby kecil mmg tidak boleh dipaksa kalu dia tak memerlukan susu pada masa kita bermasalah kan..kan.. ehehehe..
    BTW, rambut Dzakwan tu lebih kurang je mcm rambut Faris.. sekali lepas makAtok dia botakkan, yg berpulau tu lah pulak yg lebattt… tak percaya? cubalah botakkan Dzakwan dulu..hihihihi…

  10. Comment by Azza

    seronok tengok bonding macam neh. nanti 2nd baby nak lahir banyk benda nak belajar dengan sue.. hehe

  11. Comment by laila

    aih.. ade je yg ayat menyentuh hati lam entry sue ni…
    **Dzakwan bukan semuanya yang kedua sebab Dzakwan adalah Dzakwan PERTAMA mommy & daddy **

    ank saya pun berambut sikit sampai sekrg…18 bulan.. huhuuhuh

  12. Comment by pinkedish

    comel bile baca telatah iki & dzakwan ni.. btw, happy 1 month, lil’ dzakwan!

    p/s: mesti harumm bau mulut dzakwan kan.. sbb dia nenen mommy je.. :)

  13. Comment by nani

    dah 1 bulan dah Dzakwan..kejap je kan..iki pun dah 1bulan jd abang..hehe…2,2 chumel sgt..be a good sons ye dears..

  14. Comment by cik_ah82

    la..kak sue..tak tau pun yg kak sue ada baby baru..congratss!!dh lama dh org xonline ni..huhu..tahniah kak!
    pas ni nk kena godek entry lama2 la..hehe

  15. Comment by ibu emy efy eqy

    tak sangka cepat sungguh masa berlalu.
    Dzakwan dah berumur sebulan.

    happy 1 month birthday… cepat2 besar ye. boleh main dengan abang zikry