Majlis Aqiqah Ammar Dzakwan

Seperti yg dirancang, Majlis Kesyukuran keluarga kami diadakan pada 26 Disember (Sabtu)

Persiapannya dirangka sebulan lebih awal
(tu yang gigih kesana kumari haritu tu..hihi)
Saya teringin mahukan ’sesuatu’ untuk Dzakwan
‘Sesuatu’ yang menggembirakan hati mommy macam Majlis Aqiqah Ammar Zikry

Dan tema untuk Majlis Aqiqah Dzakwan adalah biru

DSC_0388

Gambar sewaktu Marhaban masa pagi
Saya dan suami lambat bersiap sebab kalut dengan anak anak
Sudahnya dia tak sempat set kamera dan gambar jadi gelap

CSC_0390

Atok Abah gunting sedikit rambut Dzakwan
*Patutlah mommy nampak bertampuk2 rambut Dzakwan..ekek

CSC_0393

Gambar tempat letak rambut Dzakwan, gunting dan daun-taktau-daun-apa

DSC_0029

Beberapa shot semasa Marhaban dan ada Dendang Fatimah
Antara bait bait yang diendoikan ialah

Ayuhai anak di dalam buaian,
Pejamkan mata jangan tangiskan,
Lagu Berendoi kami dendangkan,
Di dalam majlis tanda kesyukuran.

Lamalah sudah kami menanti,
Namun engkau tak kunjung tiba,
Dengan takdir Ilahi Rabbi,
Kini engkau sudah menjelma.

*Rujukan dari sini

Dan info mengenai Adat Naik Buai disini

Quoted dari link di atas:

Pantang larang selepas 3 hari Majlis Naik Buai yang perlu diikuti ialah:
1. Bayi tidak boleh dicium.
2. Bayi tidak boleh dibiarkan menangis di dalam buaian.
3. Si ibu tidak boleh memakai baju ketika mengambil bayi dari dalam buaian.
4. Mengambil bayi tidak boleh dalam keadaan menonggeng.
5. Buaian tidak boleh dibiarkan kosong. Ketika bayi tiada di dalam buaian,
parang puting hendaklah diletakkan ke dalam buaian sebagai pengganti
bayi

Hihi…

DSC_0034

DSC_0036

Ammar Zikry bad mood dari ke pagi sebab dia demam sepanjang 3 hari lepas
(Makin kelam kabutlah hari kelam kabut saya)

DSC_0043

Bagi kawan kawan yang selalu nampak Iki sneyum manis nampak sweet
Jom tengok macamana Iki meragam (dalam gambar dibawah)

Saya nampak di suratkhabar, bayi 7 bulan didera ibu dan ayahnya
Dialog saya “siannya 7 bulan kena dera, kan ke comel lagi masa umur ni. Kalau besar Iki ni logikla” (siap dahi berkerut kerut menahan rasa tgk Iki asyik meragam)

DSC_0021

Deko di bawah ihsan Kakyong, suami dan mak
Cadar dan sarung bantal dijahit oleh Mak Teh

DSC_0069

Segala bear shomels dari Kak Yong

DSC_0059

Dan bunga telur ni di custom made istimewa untuk majlis Dzakwan sebelum Dzakwan lahir lagi..ekeke
Bagi yang mahu menempah untuk event pertunangan, perkahwinan mahupun sewa cukur jambul
Layari blog ini atau email ke somesweet81@gmail.com

DSC_0394

DSC_0052

Saya suka hasil kerja Kak Yong sebab kalau saya buat, ianya takkan jadi begini..hihi
Ianya akan jadi agenda tarik tarik baju suami ke kedai untuk membeli bunga

DSC_0052

Sumsweet juga buleh buatkan kuih tart nenas shomels untuk majlis anda
Be it majlis pertunangan, hamper syarikat mahupun birthday anakanda
Cuma emailkan nak bentuk manggis, orange, durian atau petai (petai?)
Emailkan somesweet81@gmail.com untuk sebarang request

DSC_0399

DSC_0401

Istimewanya, Kak yong sanggup tak tidur malam untuk menyiapkan majlis anda!
Saya dah tergolek awal dengan anak anak

Hubungi Wani (Kak Yong) 012-6362919 Nor 017-6221373 untuk tempahan
Dan sila tempah awal sebulan lebih awal daripada majlis anda untuk mengelakkan adegan bunga telur tak siap..hihi

DSC_0228

Cupcake yang menarik tertarik ni dari E-car
Gambar Dzakwan & Zikry semasa mommy masih di hospital

DSC_0054

Buat adik Dzakwan yang baik budi (apakah?-rasa macam matching je guna perkataan baik budi..ekeke)
Semoga Dzakwan membesar dengan sihat dan selamat

DSC_0048

Dear Ammar Zikry & Ammar Dzakwan,

Ever since you were born
We worried and wondered about whether or not we were being the best parent we could be

Did we make you feel important?
Did we find enough time for the little things?
That live on in happy memories - like laughter and hugs
and “just-between-us” moments
And even when we disagreed, did you always know we loved you?

If we didnt always find a way to say it
We hope we always showed it
We are proud that you are our Son and we love you, we do.

Mommy & Daddy
DSC_0050

DSC_0191

Nota Mommy Luna : Baju warna hitam untuk imej lebih kurus kekdahnya..hihi

Related Posts with Thumbnails

Related posts:

  1. Majlis Aqiqah Ammar Zikry
  2. Dzakwan 1 bulan
  3. Kelahiran Ammar Dzakwan
  4. Second Birthday Ammar Zikry
  5. Ammar kami..

Leave a Reply


7 Responses to “Majlis Aqiqah Ammar Dzakwan”

  1. Comment by izzah

    Mak kak sue pun nampak muda la…patut la kak sue pun chomel!

  2. Comment by nsalwa

    3. Si ibu tidak boleh memakai baju ketika mengambil bayi dari dalam buaian

    *yg ni cmne neh?hahahha

  3. Comment by nurul

    adeh biru mate itam ku melihat kebiruan suasana…comel je muke iki muncung gitu.syg je nk mkn cupcake ade muke ank..kuikui

  4. Comment by NadiahSidek

    muka dzakwan dh ada iras2 muka zikry ;)

  5. Comment by sya_firwan

    oh sue..sila berhati2 dalam mengamalkan adat..:)

    keh keh Sya, Sue baca dan copy paste saja tapi tak amalkan..hihi

  6. Comment by AzniScott

    kadang adat way too ridiculous but its nice to know isn’t it…….bestnya cuppy cake,nak tempah for tihani punya birthday bash hehehe,kami 3 beranak bersantai di umah kena sakit mata huhu tapi sempat lagi gi dental untuk perasmian anak angkat dental.nanti dia dah ada gigi leh wat sapuan flouride.biru sungguh ,simple but menarik…i like hehe (aduhhh berperang nak taip komen ngan anak ‘ulat’ atas riba)
    Ohhh….Ammar nampak ‘dewasa’ bila pakai baju macam tu,besar dah ye budak kecik……kesian kat Iki demam ye….memang kita kalau anak tak sihat hati keibuan mesti meruntun walaupun letih melayan karenah si anak…

  7. Comment by ibu emy efy eqy

    bestnya tengok majlis aqiqah dzakwan.

    semuanya nampak biru. juga ala-ala english cottage.

    sweet sangat.

    semoga dzakwan menjadi anak yang soleh…

    Terima kasih dear. Anak boy sinonim dgn biru.
    Anak girl nanti atas bawah luar dalam pink..hihi nantila, nanti (wah, menanam azam nampak?)