Saya perlu bangun update blog sebelum anak anak bangun
Sebab lepas mereka bangun, saya tidak akan sempat menulis walau membalas komen
Iki “mommy jangan buat kerjaaaa” (sambil merengek)
Dzakwan “uwaa uwaa” (translated as “mommy, nak susu, lepas ni nak poo poo, kemudian diapers basah dan kadang kadang perut tak sedap. uwaa)
Mommy “uwaaaa”
Iki dah tak ke rumah pengasuh dan 24 jam bersama saya
Saya gumbira, sungguh gumbira melayani dia bila tiba mood bijaknya
Dia rajin bercerita “malam malam Iki mandi dalam kolam”
Cerita sebenar (semalam Iki mandi dalam kolam)
Hari hari saya menjawab soalan “macamana Iki pegang rabbit?” dan “macamana elephant makan Lunatots? (apakah?)”
Tapi bila tiba masa meragam-nak-minum-susu-mommy-saje
Atau nak-buat-semuanya-dengan-mommy, saya pengsan!
Ada orang dewasa lain berada dengan kami, tapi dia nak saya saja
Tiba masa menyusukan adik, abang mesti tak nak ketinggalan
Bila saya menyusukan secara berbaring ke sisi, dah rupa mangkuk tingkat dah 2 beradik ni..ekeke
Inilah dia orang yang kita umpat kan di atas
‘Baik’ kan muka dia?
Saya mereka reka cerita?
Tengok, abang Iki mengendeng2 (mulut mommy moncong2 tengah bergosip pasal sofa jiran sana sini..ekek)
Mujur saya bawa balik poncho
Bulehla menutup apa yang sepatutnya (ya, lemak ibunda)
Oh ye, oleh kerana masa yang saya ada hanya tersekat sekat
Saya decide untuk update setiap kali saya ada masa dalam entri yang berbeza
Berbanding entri panjang sekali gus
Sedikit sedikit lama lama kan jadi bukit antarabangsa..hihi
Masa kenduri haritu, cik Huda sekeluarga datang! Huda adalah housemate semasa di MMU tahun akhir
Saya happy sangat sebab dapat main dengan Batrisyia (bukan sebab dapat jumpak cik Huda kah?)
Eh, anda bukan lagi cik Huda, Puan Huda suda..
Gambar kahwin Huda disini
Dengan 3 anak (saya ada 2, Huda ada 1), kami tak dapat berbual panjang
Update per’kembang’an sikit sikit
Tapi sempat peluk cium dan bergambar dalam hiruk pikuk tangisan dan hingus anak anak (ohhh)
Sekejap saja dah jadi mak mak kami ni
Haritu masih nak nak dara berjalan ke kedai makan sambil memandang lelaki tampan.. haha
Saya ajak cincin Huda bergambar (apa kes?)
Sebab dulu dulu masa nak cari cincin merisik, kami pi sama sama di kedai yang sama
Eh, Huda dirisik orang lain, begitu juga saya..ekeke
Cuma saya HANYA pakai cincin ini sekarang, dan Huda pun HANYA pakai cincin yang dia pakai sekarang
Mungkinkah kerana SANGAT sukakannya?
Atau reason sebenar kami pakai cincin ini ialah
–>Nak dukung anak, cincin belah rotan takde-orkid-batu-sedebuk je buleh pakai
Abaikan liang liang roma, bekas ketuat pe sume tu ye..
Yang penting, apakah motif ibu ibu di atas?
Nota Mommy Luna : Ibu perlu sentiasa ceria (perlu..perlu-tangan berbentuk penumbuk dirapatkan didada) Prff…
Related posts:






best kan bile dpt jupe kwn2 lama.. dulu2 sume single mingle.. skg double triple sume ade..
life goes on.. bile fikir2 balik, mcm sgt cepat masa berlalu. tup2.. iki da masuk sekolah, masok univ, masok keje.. dah nak kawen! omg!!
—
Pink, betul sgt. Haritu baru gaduh2 dgn boyfren (ehem ehem) harini dah ada 2 anak..ekeke. Iki kahwin?
Oh oh, semoga saya dpt menantu yg baik dan bukan blogger macam saya haha
hehe..nk tergelak pun ada..suami slalu marah kalo mengadap lappy time anak celik mata wpun xnangis..tp mak moden kan kak..
p/s: selalu baca kak sue cakap netek kan 2-2 skali..tp bila dh tgk gambar baru dapat tau cam tu rupanya..ingat kan susah..zikry mcm minum air dr paip je lagaknya..so cuteeeeeeee
—
Salam Cik Ah. Kena ngadap laptop juga siapkan kerja..hihi
Ini gambar menyusu masa duduk di khalayak ramai. Macam anak tumpangan minum susu kan..ekeke..
ahaks kalian nampak seperti ibu2..:)
—
Sya tertinggal sesuatu, iaitu perkataan ‘muda’..kih kih
uuppss sue..ayat diatas utk mengcover kejelesan tidak dapat bergambar bersama kalian..:)
—
Haha : Ya ya, Sya jeles..Sue nampak ituuuuu…hihihi
makin comel iki..caner rsny bile susukn dua2 skali..iki xde raba2 puting ke,gentel ke udahny ade kt sebelah raba mne lak dia ye
—
Nurul, Iki tak pandai meraba menggentel mommy sbb asyik kena tegur(read : jerkah?). Dia raba perut masa Sue mengandung dulu dan sekarang bila dah ada adik, dia raba telinga adiknya.