Archive for January, 2010
Ada baaaaaanyak gambar dalam folder Goblog saya
Selepas ditapis tapi mana yang tak nampak jerawat sangat
Tinggallah belen belen berbelas keping untuk satu event dan entri..hihi
Tiada yang istimewa cuma kisah harian dan mingguan kami anak beranak
Iki bolen begini kerana dia mengamuk taknak pakai baju
Saya nak cepat sebab ada Kelas Penyusuan di Seremban (9 Januari 2010) jam 9 pagi
Jadi saya perlu keluar rumah jam 8 pagi!
Saya angkat saja semua anak masuk kereta
Kami geram pada Iki sebenarnya…AUMMM
Tapi takpelah, kalau Iki taknak
Kat Seremban nanti je pakai baju..ekeke
*Anda yang mempunyai anak berumur lingkungan 2 tahun, bagaimana anda & tantrum two anda? Sigh..
Iki pakai baju dalam bilik seminar di Seremban..ekeke
Dia sekarang nak buat apa yang kita kata jangan
Contohnya “Iki jangan pijak adik”
Dia menangis nangis sambil beritahu “Iki nak pijak adik…uwaaaa”
Haruskah saya galakkan “Iki pijaklah adik..nah” ?
Sebab dia ikut apa yang kami suruh
Seperti “Iki senyum, tunjuk kertas ni mommy nak ambil gambar”
Sesi Puan Farah untuk Asas & Teknik Penyusuan
Dan saya untuk Panduan Penyusuan Untuk Ibu Berkerjaya
(Nampak sangat photographer saya tak ikhlas ambil gambar saya bilamana saya dalam mode blur dan fokusnya ialah Dzakwan..ekeke)
Pst Liza, khusyuknya…
Saya suka Seremban sebab lauk masak lemak cili padinya
Dan peserta yang ceria ceria semuanya ..hihi
Ada seorang ibu yang mahu menyusukan anak angkatnya
Saya kagum dengan semangat dan titis air matanya bila dia menyatakan yang dia mahu menyusukan untuk ‘membantu’ anaknya yang lahir dengan berat dibawah 2kg
Gambar sibesar dengan sikecil Liza
Bagi ibu yang mahu menganjurkan Kelas Penyusuan di tempat anda, kami alu alukan cadangan melalui email ke info@lunatots.com
InsyaAllah murah rezeki, pakej saya anak beranak akan hadir ke tempat anda
(Walaupun anda jemput saya dan Farah sahaja..hihi)
Dulu dulu saya selalu mengantuk di ofis sebab bangun berkali kali waktu malam bila Iki terjaga dan meragam
Dzakwan tak pernah meragam, atau mungkin belum lagi?
Tidur malam saya lena (bangun sekali dua untuk menyusukan dan salin lampin)
Sejak umurnya 2 bulan, kami tak perlu bangun untuk tukar lampinnya
Sebab dia dah jarang buang air besar pada waktu malam dan kami pakaikan insert mikrofiber bersama sama insert hemp untuk lebih serapan
Mommy saaaaaaaaaaayang adik lah!
Dzakwan ialah anak mommy yang handsome dan huggable..Nyam nyam..
Saya selalu rasa nak picit, telan, kunyah kunyah adik Dzakwan
Semua orang dalam rumah rasa begitu (termasuk Iki)
“Boyeh Iki makan adik?”
“Tak boleh..adik bukan makanan”
“Mommy boyeh makan?”
“Mommy boyeh..”
Hari Sabtu di Seremban, hari Ahad kami ada kelas penyusuan di Sara Kids untuk sesi bulan Januari 2010
Kehadiran hampir 30 orang ibu bapa amat kami alu alukan
Mommy Lyna berkongsi pengalaman menyusukan kedua dua anaknya
Saya suka ayat Mommy Lyna “Kalau sedikit yang saya dapat pam, saya beritahunya itulah rezeki anak saya untuk hari itu”
Terima kasih Lyna untuk sesi tersebut
Saya keliru, bila Zikry jadi Iki
Dzakwan jadi apa?
Kalau panggil adik, bila dia dapat adik nanti, bagaimana?
Abang Adik?
*Iwan ialah nickname daddynya
Nota Mommy Luna : Tengok gambar anak anak, saya rendu mereka di rumah. Buat apalah agaknya kan.
Saya dan suami sedang mengecat sambil menyanyi lagu
Wali Band – Cari Jodohby Wali
Apa salahku apa salah ibuku
Hidupku dirundung pilu
Tak ada yang mau dan menginginkan aku
Tuk jadi pengobat pilu
Tuk jadi penawar rindu
Tuk jadi kekasih hatiku
*
Timur ke barat selatan ke utara
Tak juga aku berjumpa
Dari musim duren hingga musim rambutan
Tak kunjung aku dapatkan
Tak jua aku temukan
Oh tuhan inikah cobaan
**
Ibu-ibu bapak-bapak
Siapa yang punya anak
Bilang aku aku yang tengah malu
Sama teman-temanku
Karna cuma diriku yang tak laku-laku
***
Pengumuman-pengumuman
Siapa yang mau bantu
Tolong aku kasihani aku
Tolong carikan diriku kekasih hatiku
Siapa yang mau
Back to *, **, ***
Ibu bapak punya anak
Bilang-bilang aku aku yang tengah malu
Sama teman-temanku
Karna cuma diriku yang tak laku-laku
*** Mesti Management Amcorp Mall sangka kami upah pekerja kontrak Indonesia suami isteri untuk renovate kedai (haha)
Kita adalah apa yang kita cakap dan fikirkan
Contohnya kalau kita asyik mengeluh busy, anak ramai yada yada
Nanti anak kita akan ramai (haha)
Bukan bukan, nanti life kita pun akan jadi sibuk tak sempat mandi kan?
Mulai harini saya cuba untuk tidak menyebut saya –> sibuk dan tidak sempat buat apa apa
Tapi saya akan beritahu –> Saya akan cuba cari slot masa (dengan cara kurangkan tidur..haha)!
Hari Sabtu lepas saya ada Kelas Asas Penyusuan di kawasan Wangsa Maju
Gambar semasa sesi? Saya ambil dari blog Puan Lyn
Lyn, Kak Sue ambil ye dear
(Wah…sungguh sopan saya meminta…hihi)
Ianya sesi yang menarik dengan peserta yang aktif (termasuk anak anak kecil)
Keadaan kesihatan saya yang kurang (uhuk uhuk) menyebabkan saya rasa amat penat selepas sesi itu berakhir
(Dapat peluang bercakap, saya lupa saya domam)
Masuk je kereta, terus buat muka lesu-tak-lalu (haha, drama tau!)
Balik dari Sesi tersebut, saya pulang ke rumah ambil anak anak
Dan ke Amcorp Mall bagi meneruskan renovation
Ianya minor renovation dan saya bayar upah kepada encik suami sendiri sahaja
(Tiap tiap malam bila bercerita tentang pending-job-to-do, dia ulang berkali kali yang dia belum invois saya untuk kerja kerja renovasi!)
*Mungkin dia takut saya buat buat lupa dan hilang ingatan?
Ala abang ni…kitakan perlu saling bantu membantu sesama insan..hihi
Rasa macam baru semalam kami gigih renovate showroom di Cheras
Entri Lunatots HQ in making disini
Lunatots Amcorp Mall berada di Level 2, No 241 (berhadapan dengan escalator berhampiran Pejabat Pos)
Ianya bukan sekadar kedai
Ia adalah keseluruhan hati dan jiwa kami suami isteri
Kalau ada teman yang sudi melawat, kecil tapak tangan seorang, tapak tangan anak beranak kami susun dan tadahkan :)
Saya “Mulai harini, ambil gambar saya dari sisi sisi sajo ye. Mode double chin sekarang ni”
Jurugambar “hahaaa” (bajek dari sisi tak nampak dua dagu? – tanya beliau didalam hati)
Berada di Amcorp Mall sampai jam 11.30 malam
Sempat ke Giant membeli biskut2 untuk dimakan
Adik Giant “Akak, plastik kena beli setiap hari Sabtu, 20 sen sekeping”
Kakak bukan kerja Giant “HAH, mahalnya! Biar je la barang akak tu takyah buh dalam plestik dik”
Adik Giant “Betul ke kak, banyak ni..cemane akak nak bawa?”
Sudahnya saya bayar juga 60 sen untuk 3 plastik
Dan baru saya perasan, ada satu plastik tu kecil dan ianya sepatutnya berharga 10 sen saja!
Haha…sebenarnya saya sokong apa yang Giant buat ni
Cuma beritahulah awal awal sebelum saya shopping-banyak-giler-nak-buat-kerja-ke-nak-piknik..uwaaaa
Pagi Ahad, saya ke Bandar Baru Bangi untuk Kelas Penyusuan di Mumdreams
Ianya sesi yang menarik dengan kehadiran ibu bapa yang kebanyakannya mahu menimba ilmu untuk anak pertama mereka
Dan ada yang hadir dengan ibu!
Tahniah makcik, anak makcik pasti bangga dengan sokongan padu makcik!
(Ayuni, mertua awak kekal langsing dan cantiklah, apa rahsianya? hihi)
Saya jumpa teman masa sekolah di Ipoh
Persamaan dulu dan sekarang bagi kami?
Dulu Mimie cantik sampailah sekarang
Dulu saya jongos pun sampailah dah beranak dua..haha
(Bubuh gelak di hujung ayat utk mencover hati yang lara..kih kih)
Ianya hujung minggu yang lelah
Tapi saya gembira sehingga ke hari ini, ke hari hari (dah ketandusan ayat la tu)
Semua kita ada mimpi
Entahkan manis dan mungkin juga ngeri
Cuma jangan berhenti bermimpi… jangan berhenti…
Nota Mommy Luna : Abang, day curtain nanti nak warna apa ya?
Suami layankan “putih…kan tadi dah tanya?”
Zzzzzz….
“Laa, mengigau rupanya..hisk!”
*Gambar bukan rumah dan kitchen cabinet saya (gulp!)
Beberapa teman bertanya, training apakah yang saya pergi dua beranak?
Training ini tentang ibu & anak dan sementelah tiada siapa yang buleh menjaga Dzakwan
Saya bawanya bersama
Cerita lanjut mengenai training ini di blog Puan Farah & Puan Zatul

19 Peer Counselor Program Administrator dari Malaysia:
Puan Kamariah, Puan Rita, Puan Jasmeen, Puan Farah, Puan Ida Murni, Puan Zatul, Puan Yusrina, Dr Ashikin, Dr Ning, Dr Ezura, Dr Faridah, Puan Suria, Puan Lynda, Puan Aishah, Puan Hayati, Ms Jess Wong dan Puan Shida
Akan datang : Kami mencari Peer Counselor di serata Malaysia. Dan kami mengalu alukan anda. Stay tuned di blog ini ya.
Hari sebelumnya saya di kedai melawat kawasan
Dan semalam, saya ke The Mall menguruskan hal syarikat
Tips yang buleh digunapakai :
Bawa baby anda dalam kendong untuk menyelesaikan hal2 rasmi dimana urusan yg sepatutnya mengambil masa 1-2 jam dapat selesai dlm tempoh kurang 15 minit
Macik guard “Duduk sini isi borang” (sambil menunjuk tempat yg ada tanda –> Dilarang duduk utk mengisi borang)
Pacik guard “Ms xxx, dahulukan Puan ni, kesian dia beranak kecil”
Ms xxx yang cantek “Okeh”
Ms xxx yang tak cantek dan beranak kecil –> jeling2 suami tak kasi hampir dekat supaya keistimewaan itu tidak ditarik balik
Ke hulu kehilir dgn seisi keluarga adakala buat saya givap
Tapi saya bersukur dapat berkerja dgn mereka2 yg saya sayang dan lihat anak2 membesar di pejabat2 kerajaan dan dewan2 seminar (bukan sekadar di depan mata..haha)
Kereta kecil kamipun penuh dengan stroller, 2 car seat, 2 diaper bag, tupperware berisi cekodok, air ribena Tesco Choice, air masak, lampin kotor etc etc
Saya ada menyuarakan “Lepas ni kita beli bas nak bang? 20 duduk 12 berdiri”
(Masa dia cakap kereta punuh..hihi)
Sementara incik suami cari kedai jam untuk tukar bateri
Saya bawa Iki beli aiskrim
Niat di hati nak beli yang strawberi, Oreo bagai
Tapi duit ada RM3 saja!
Jadi saya belikannya aiskrim RM1 dan beritahunya “ini sahaja yang mommy ada” Syahdu weh perasaan masa tu..ahaha!
Tiba tiba rasa nak jual tisu dari meja ke meja..isk..
Dari The Mall, kami ke Shah Alam untuk menyelesaikan urusan lain
Kelakar gambar dibawah
Iki dah sangat sangat mengantuk tapi dia tak mahu tidur
Sambil kunyah cornflakes pun dia terlelap
Bilik air anda nampak bosan dan malap malap sampai tiada mood nak mandi?
(Itu bukan tiada mood, itu malas ..haha)
Tambahkan sticker ladybird seperti dibawah
Anak anak pun bersemangat bila nak tukar CD atau basuh poo poo
Siap ada yang nak masuk toilet sebab nak tengok ladybird (Ikilah itu
)
Bersedia, keliling rumah anda akan penuh dengan sticker..seperti ini
Saya beli di Amcorp Mall Level 3
(Kalau datang beli, singgah Lunatots Showroom di Level 2 ya!)
Saya cuba pastikan sampai dirumah sebelum jam 7 pm
Supaya saya sempat memasak
Semalam saya nak masak ikan kerapu dan sayur asparagus
Bertuah jadi surirumah jaman ini
Taip taip dan keluar…taraaaa
Tiada gambar masakan saya kerana bimbang diperbandingkan dengan gambar sebenar…haha!
Ikan kerapu masak 3 rasa saya jadi 1 rasa sahaja kerana tiada nenas, tomato, timun mahupun carrot
Jadi ianya rasa sos tomato + sos cili sahaja..kih kih
Dan asparagus saya?
Ianya…..buleh dimakan…masih buleh…(yakin diri itu penting)
Nota Mommy Luna : Saya sedang menyanyi sambil menari lagu
“Ibu ibu bapak bapak siapa yang punya anak” bersama Iki di rumah
Saya gelak sebab kelakar bila dia menari
Dan Iki pun gelak besar
Dia gelakkan sayakah? (pandang kiri kanan)
Kami sekeluarga tidur dan terjaga jam 2 pagi sebab Dzakwan dan abangnya nak minum susu
Lepas salin CD Dzakwan, masing masing sambung tidur rehatkan mata
Tapi mata dan hati saya tak boleh lelap
Macam macam perkara belum diselesaikan
Dan kalau semuanya menunggu esok, entah sempat entahkan tidak
Sunyi pula rasanya bila blog saya lengang tanpa komen
Sebab, walaupun saya tidak update blog, selang 2 jam sekali saya update komen
(Maksud saya, membaca komen dari teman teman)
Anda sanggupkah melihat saya sunyi? hihihi (ayat meraih sempatikah)
Saya dah pulang dari training dan ini hari pertama berkerja
Awal pagi saya angkut seisi keluarga ke showroom
Gambar dibawah semasa melayan customer
(Melayan customer di lantai? haha)
Saya suka bersila..ianya lebih lebar bersila di lantai berbanding kerusi
Gambar di ambil oleh Iki (Thanks dear kerana gambar sisi ini!)

Incik suami tertanya tanya “Kenapa tak ada gambar Sue masa training?”
Saya faham maksudnya–> “Sue tak ambil gambar senyum sorang sorang masa training?”
Tiada gambar saya sebab saya meningkat berat badan dengan jayanya!
Jika kau menjadi aku, kau akan mengerti ..keh keh
Saya dibuli Iki semasa di bank
Iki “iiiii.geghamm!!”
Gambar yang ada saya hanya dari sudut sisi telinga
Saya menyelesaikan exam di depan car seat anak
Ibu tidak ada cuti daripada menjadi ibu
Zikry “mommy work kat mana?”
“kat susuibu”
“susuibu kat mana?”
“kat Seri Kembangan”
“Seri Kembangan kat mana?”
“kat Selangor”
“ooooo” (angguk angguk dan sambung main mainannya) phew~~
Saya bawa beg ini isi baju dan CD anak
Teman teman tak berani bertanya “beg siapalah ni”
Kecuali lepas saya mengaku “ini beg saya, hasil kerja Iki..”
Itu bukan point penting
Yang penting, bila ditanya, dua semut di atas tu mommy dan daddy
Dan 2 budak lelaki itu adalah Iki dan Dzakwan
Imaginasi kanak kanak boleh pergi sejauh itu? Prffff… :mode tak puas hati dengan hakikat disamakan dengan semut yang nampak angkuh:
Rumah tangga saya?
Very the terabur dengan permainan Zikry, serpihan biskut dan belen limau kecil yang sudah disedut manisnya
Mommy “Iki, boleh tolong mommy kemas rumah?”
Iki “Boyeh”
*Di tangannya ada vacuum dan dia sedang cuba memvacuum limau di lantai
Adik Syasya?
Dah pandai berdiri dan berjalan!
Iki dan semua anak anak kita,
Life is an experiment and well done dear
Ibu akan sentiasa BANGGA denganmu biar sekecil mana pun ia!
Ibu yang selalu berebut air kotak dan roti kacang merah dengan anak sendiri,
Puan Suraya
Saya masih dalam training
Dan hari kedua dan seterusnya, Ammar Dzakwan ikut mommy sebab daddy kesiankan anaknya kena minum ebm
Dzakwan budak baik yang belum banyak ragamnya
Minum susu, tukar CD dan berbual sebentar
Selebihnya, dia tidur..
Beberapa teman menegur yang Dzakwan iras abangnya Iki
Mata, hidung,mulut, tangan dan kaki semuanya sama (dimata saya)
Perangai saja lain (buat masa ini-sehingga entri ini ditulis..hihi)
Beberapa keping gambar semasa training ini berlangsung
(Aktiviti selingan-tarian klasik India)
Sesi role play dimana kaunselor perlu memahami ‘culture’ yang berbeza di tempat yang berbeza
Nota Mommy Luna 1 : Lunatots Cloth Diaper di Pa & Ma Feb 2010 (Kolum Intai Bajet)
InsyaAllah Februari 2010, Lunatots Showroom yang kedua akan dibuka di Level 2 Amcorp Mall Petaling Jaya
Sekarang ianya dalam mode renovation
:Acik tudung Serindit berbau cat:
Nota Mommy Luna 2 : Saya tak sihat. Gastrik + runny nose + sakit tekak.
Ianya lebih susah berbanding merasakan diri tak cantik. Sungguh. (Haha..)


























































