Mumpreneur Diary 2

Macamana acik tudung serindit (dulu senget) menghandle 2 anak?
Mula mula masukkan mereka ke dalam car seat masing masing
Sebelum itu, pastikan kedua dua mereka kenyang dengan makanan

23122009156 (Medium)

Nak tau tak, saya dah ala ala immune bila Iki menangis terjerit jerit protes taknak duduk dalam car seat
Tapi perjalanan saya sunyi dan emosi bila Iki tertidur lepas menangis (ke sambil? haha)

23122009146 (Medium)

Setiap pagi saya perlu ada target harian : Things to accomplish
Seperti : Nak gi Pos Laju ambil tudung yang dipesan dari Kak Serindit
Lepas tu nak pakai sepanjang hariĀ sambil menyelesaikan urusan kedai (apakah?)

23122009147 (Medium)

Ini gambar saya ke Pos Laju Taman Shamelin
Ai senyum senyum sebab tak sesat sesat drive walaupun ke ceruk mana
(Ok, saya exaggerate – ceruk tu macam sangat pedalaman-maksud saya kawasan Lembah Klang)

23122009148 (Medium)

Sampai Showroom, saya perlu lekakan FIJU dengan apa apa sahaja yang dapat dijadikan mainan
*Kelakar sangat muka Iki bila badan Nendoroids tercabut dari mukanya
Iki dah boleh diharap untuk cantumkan yang mana muka, mata, kaki dan tangan
(ada juga tertukar tukar tangan letak dikaki..ekeke)

23122009149 (Medium)

Nerves nak buka-tengok-pegang dan pakaiĀ tudung tudung Serindit saya
(Ha…terus isytihar tudung saya, yang penting belum bayar lagi..ekeke)
Iki pun macam tak sabar juga nak tengok mommy cun melecuns (relevan kah?) haha

23122009151 (Medium)

Ada warna purple, hijau serindit, hitam plain, coklat kekuningan dan cream coklat

23122009152 (Medium)

Oh ~ mana satu nak pakai dulu ni?
Sungguh, perasaan masa ni macam haru biru (betul ke itu bahasa yang betul)
Macam dah terbayang, baju ni dengan tudung ni
Tshirt ni dengan tudung tu…ekeke

23122009153 (Medium)

Ini aktiviti Iki di kedai
Saya selalu runsing bila dia ada
Tapi bila fikir dalam dalam
Saya ada kerja dan dikelilingi anak anak, what else could I ask for?
Dan saya masih ingat perasaan pagi pagi menghantar anak ke rumah pengasuh
Ianya……..mencabar naluri ibu kan?
Sekurang kurangnya saya tak perlu rasa perasaan itu
(Cubaan menenangkan rasa yang bergelora nak bungkus Iki dan hantar pada sesiapa)

23122009154 (Medium)

Hari dah petang dan kami nak pulang
Mommy dan Iki sengih2 bersama
Tudung dah sarung tudung yang baru diterima..ahaha
(Gelakkan ke-eksaited-an diri sendiri, tahu tapi tak buleh berbuat apa apa..hihi)

23122009155 (Medium)

Dan kereta ditepi jalan itu, slurppp…shanteksnya kan?
Putih merelip relip macam nak suruh saya amik gambar
Bila lah nak dapat pakai kereta tu ye :mode termenung memandang luar tingkap:

23122009157 (Medium)

Aktiviti malam minggu bila takde apa apa aktiviti ialah balik kampung
Satu beg abang, satu beg adik, mommy dan daddy share satu beg

23122009158 (Medium)

Mula mula kami ke Bandar Baru Bangi kolek (read:collect) kek yang ditempah dari kak Ita untuk birthday Iki yang ke dua
Nama kek –>2kg no. 2 shaped choc moist cake with ganache & fresh strawberries topping

23122009159

Kemudian ke rumah E-Car untuk jemput cupcake pula
Bergambar dengan E-Car yang comel kecil
E-Car “Hish, nak bergambar dengan muka tak siap ni ke? Segannya”
Sue “E-car tak siap sama macam Sue yang bersiap bagai ni. Sue laaagi malukkkk…hihi”

23122009162

Aunt E-Car dan Eiymann nak bergambar dengan baby baru (SEJU) yang berusia 30 hari pada hari gambar di ambil

23122009164

FIJU kami tidur terduduk dek kerana kepenatan ke Pos Laju, uruskan kedai dan kolek kek dan cupcake..ekeke
Lepas ni kami nak zassss terus balik Perak

23122009165

Entri ni ala ala pre-birthday la kan sebab dah back dated dan mommy baru ada masa menulis
Terus lompat lompat, tada… Dah sampai kampung!
Iki prektis pakai aksesori birthdaynya
Thanks Umi

24122009166

Bunga telur aqiqah Dzakwan, custom made by Umi nya
Untuk sewa majlis naik buai (cukur jambul), bunga telur, gift dan hamper emailkan somesweet81@gmail.com
(Pst, servis photography pun disediakan sekali :wink: )

20122009130

Lain lain hasil kerja SomeSweet semasa :
Majlis Perkahwinan saya & suami
Majlis Pertunangan
Majlis Aqiqah Ammar Zikry
Majlis Aqiqah Ammar Dzakwan

Nota Mommy Luna : Nak uruskan makan pakai anak anak dan suami di pagi hari

Related Posts with Thumbnails

Related posts:

  1. Mumpreneur Diary 1
  2. Ahad-Showroom
  3. entri tudung
  4. Dilema Ibu
  5. Sabtu & Ahad Mommy

Leave a Reply


8 Responses to “Mumpreneur Diary 2”

  1. Comment by Faizah

    aku dah rasa perasaan tu sue, sedeh je tinggalkan anak kt org

    Faiz: Sue selalu rasa yang Sue bukan omak yang baik sebab lega tinggalkan anak pada orang. Tabi bila bersamanya sokmo, tak juga rasa omak yang baik mulia sebab hari hari ala ala ultraman beep beep dah nak habis power ( oh Sue pun tak faham apa Sue cakap)

  2. Comment by shizyani

    fuhh…byk 2 sue dapat tudung tahun baru…heheheh

    Kih Kih..berseri seri 2010 Sue..

  3. Comment by sulianashukor

    suara sue sama seperti penulisannya dan apa yang saya bayangkan..:-)

    Pst Suliana, kalau terdengar suara Sue menjerit masa Iki tumpahkan sos ke carpet tuan rumah, mesti Suliana tak jadik masuk blog Sue..ekeke

  4. Comment by AzniScott

    Seronok baca life orang lain sebab sama je intonasinya………dunia ibu2 yang kucar kacir……tapi kita akan merindui saat itu bila anak2 yang banyaaakkkk ‘ragam’ ini besar…….1 anak still leh handle,2 anak whooopsss…..3 anak aduyaiiiii(ala2 mode hantu raya)….but i’m lovin it…..kan sue….teruskan usahamu update blogmu,suka sangat….wat ilang tensen lepas ‘naik hantu’

    Haha : Betul Azni. Sue beritahu pada adik adik yang sdg mengandung (peserta kelas), yang mereka akan adapt dengan rumah semak lantai melekit lekit tertumpah sumi anak dengan kadar segera..hihi
    Kadang kadang ku rasa nak merajuk dengan blog (apakah?) bila baru nak tgk blog, anak sana sini bangun+merengek+nangis+ajak sembang. Terima kasih anak atas pakejmu.

  5. Comment by cik_ah82

    hehe..wah kak sue suka dapat tudung serindit itu..hehehe..
    beshnya tgk kehidupan kak sue (ayat xmenahan)..wpun sibuk tp cam terhandle je berbanding org yg baru anak 1 ni..huhu..
    p/s: car seat iki sama cam adib..;)

    Cik_ah : Kak Sue selalu imejin Kak Sue akan ‘lenyap’ tiba2 masa tgh dahaga susukan kedua2 anak..kekeke

    P/S-Malam-malam (ayat iki bermaksud kadang2/semalam) kak sue guna car seat dia sambil tgk TV..kih kih

  6. Comment by nsalwa

    k.sue
    kt mana nk order kek tu?
    ank nadia- ulfah nk masuk 3 tahun mac ni
    nk order jugak rase nye

    Nadia buleh order di link ini

  7. Comment by shizyani

    sue..
    mcm berkenan plak tgk sue pkai tudung kak serindit tu..
    xde la nk pning kpala pilih kat kdai..heheheh…
    mcmmn nk order dgn kak serindit?
    sue dh siap2 bg kain ke kak serindit yg cari kan?

    Shizyani tinggalkan komen di link yang Sue beri (klik wording tudung serindit yang bold) dan kak Serindit akan segera meroger dirimu :)
    Sue listkan warna yang Sue mahu padanya.

  8. Comment by AzniScott

    Sian kat sue berkejar-kejaran dengan Iki serta Dzakwan and blog (huhuhu) belum campur incik suami lagi ye (nasib dia tak meragam guling-guling macam iki-hahaha).Sementara si Dzakwan masih ‘baik’ ni leh la wat keje serba sedikit nanti dia dah besar macam Tihani (7 mths+) hoooo takleh nak buat apa,dengan Amani pun mode K.yong pun kecik lagi nak ngempeng rebut nenen dengan adik alahai……skang si kecik tu dah pandai memanjat apa yang leh di panjat lagi la,baru nak ke dapur dah kena kejar (sekali tengok macam ulat beluncas kat atas daun….laju….)…..get ready la sue bila tiba saat itu,all the best…..wish you luck

    Haha : Azni, buat masa ni, Dzakwan buleh baring je sambil berbunyi bunyi minta di angkat (Buleh lagi buat buat tak dengar sambil update blog..haha)
    Zikry nye bunyi, tak buleh tahan..kena layankan juga.
    Nanti bila dua dua bunyi tak buleh tahan, makin luas lingkaran gelap bawah mata Sue..hihih
    Eh nak pergi timbang berat ’sebelum’ lah pagi ni..