Saya tempah 2 set cupcake tempohari
Satu untuk Ammar Dzakwan untuk Majlis Aqiqahnya dan satu lagi untuk Ammar Zikry sempena sambutan kelahirannya
Gambar anak anak kami dari entri ini
Lepas Majlis Aqiqah, kami menikmati kari kambing sebelum acara sambutan hari lahir Iki
Iki sambut Yaya yang baru sampai
“Jemput makan Yaya”
Yaya dan keluarga pakai senada warna biru mengikut warna tema
Zafran dan keluarga pun dah sampai, cuma masa ni Zafran bizi ajak umi lari pusing khemah
(Bukan jalan, tapi lari..ekeke mengah umi dia)
Iki ada wisel pink? Haha..macam pengadil pertandingan bola je nak..(pengadil kan nama org pegang wisel dok keliling padang bola pakai baju hitam masa Zaquan Adha tgh main?-eh saya ada sebut nama pemainnya ke?)
Tetamu duduk dulu sementara menanti mood birthday tiba
Hihi..saya ada buat slide untuk Ammar Zikry dan slide tersebut di’tayang’ kan di TV
Ianya slide bergambar dari hari kelahiran Iki sehinggalah usianya 2 tahun
Gambar gambar saya dalam entri ini banyak candid jadi moncongs kadang2 di luar sadar..ekek
Susun kek, pasang lilin, pakai apa yang patut
(Pst, Iki dengan Yaya tak sabar sabar dah masa ni)
Iki “Apat apat apat” (translated as Cepat cepat cepat…haha)
Yaya “cepatlah mommy Iki”

Nyanyi happy birthday to Iki..
Macamana Iki nyanyi? Klik sini
(Slide ada dalam TV dibawah)
Birthday Iki ialah pada 14 Dis dan sebenarnya kami dah potong kek pada tarikh itu
Sambutan kali ini ialah untuk berkongsi dengan yang datang
Berkongsi makanan, kek, dan keceriaan..hihi

Gambar sekitar majlis
(Mommy & Daddy moncongs mesti tengah nyanyi Happy Birthday To Youuuuuuuuuu dengan penuh semangat..ekeke)
Adik Dzakwan tidur di tengah2 orang ramai


Apa yang kami cuba lakukan dalam gambar dibawah?
Kami cuba membantu Iki meniup lilin di atas kek dan cupcake nya
Family means putting your arms around each other and being there right?
Kami tak besar dan kami tak kuat
Bila berkerjasama semua jadi mudahh…fuhhh fuhhh

Gambar ibu2 dan anak2
Sebenarnya anak masing masing dah meragam
Tengok Dzakwan dah terpusing pusing dah..kekek
Zafran pun dah sibuk ajak uminya pulang
Syasya dan Sara maintain lagi
Saya, Farah dan Haza tengah nerves fikirkan Kelas Penyusuan di Pulau Pinang esok
Wah…baru saya perasan yang entri ini sangat formal
Ekeke..saya terjaga jam 3 pagi dan terus update blog sehinggalah sekarang (jam 5 pagi!)
Esok pagi jam 7.30 am saya perlu keluar rumah untuk ke kursus (lagi?) sehari dari pagi sampai ke petang
Saya risaukan esok nak naik train (dah bertahun saya tak naik kenderaan awam)
Kalau tertidur dan terlepas stesen macamano?
Gigih saya cari entri lama tahun 2005 masa saya terlepas tempat turun bas di hari pertama praktikal!
(Uwa….saya masih ingat perasaan pada waktu itu)
Dan esok saya perlu mengepam dan dalam masa yang sama Dzakwan perlu minum ebm (expressed breastmilk) yang saya bekalkan untuknya
Ikutkan hati saya, saya bawa anak dalam dada supaya senang nak menyusukan
(Acik malas nak mengepam…(Haip!) ekeke)
Kalians, kalau kalian tengok muka Iki macam puas-hati-giler dalam gambar di bawah
Ianya adalah sebab dia baru lepas genyeh2 muka Dzakwan
(Dan dia masih melakukannya dalam gambar di bawah! Isk..)

Bila Dzakwan dah tidur dalam cradle, kami bergambar bertiga sambil temankan Iki buat peace
Saya ala ala kompius, sepatutnya gambar dari side sisi akan nampak kurus
Kenapa ianya tak berlaku kepada saya? Haha – jawapan dah tau, tapi masih buat buat tanya…ekeke
Tetamu datang sehingga jam 6 petang
Yang datang kemudian, buleh sembang lama sikit
Macam cik huda…eh Puan Huda…(saya jumpak blog Puan Huda, yeay!)

Iki dapat kereta dari atok & opah

Laptop dari tok abah

Engine berserta rail Thomas & Friends dari Umi & Abah
Kolam, bola dan pelampung dari Mommy Yaya

Hadiah dari mommy dan daddy?
Kami tak beli apa apa untuk Iki
Kami beri pose istimewa di bawah, aci tak? hihi
Restu kami mengiringi hari Zikry & Dzakwan
Buat semua keluarga dan teman teman yang mendoakan kesejahteraan Iki, terima kasih
Bukan kek, bukan belon mahupun hadiah yang menjadi ‘point’ utama sambutan hari lahir ini
Tapi doa kalian untuk keselamatan Iki amat kami suami isteri hargai
Rasa yang tersirat di hati mommy – biar anak anak tak merasa susah dan sakit walau sepicing
Tapi kalau kesusahan dan kesakitan itu ‘mengajar’, apa salahnya kan?

Untuk tempahan hiasan dan fotografi, emailkan somesweet81@gmail.com
Tempah tshirt di email syudazenal@yahoo.com


Kami dah tukar tshirt untuk majlis yang seterusnya
Iaitu anniversary atok & opah serta abah & umi
Tada….pulut kuning untuk anniversary yang pertama untuk umi & abah
Dan ulang tahun yang ke 30 untuk opah & atok

Semoga sentiasa dalam keberkatan dan rahmat-Nya
Amin…
Lepas potong pulut, Iki terus ajak mandi di kolam yang baru dapat
Semput Buchik tiup pelampung Iki tu tau…kikiki

Mommy, Umi & Dzakwan temankan Iki mandi di kolam
Tapi kami temankan dari luar je
Mommy tak muleh masuk sekali sebab sedara mara masih ramai di rumah
Nanti dibimbangi menimbulkan onar pula..ekeke

Lepas mandi kolam, Iki main kereta barunya
Waha…mommy cam keliru ku celaru..
Ini Iki main ke daddy main?
Patutlah bila petang je daddy nak balik rumah cepat cepat
Nak luangkan masa bermain kereta dengan Iki katanya..benarkah?


Dear Zikry & Dzakwan,
Mommy dan Daddy tak banyak harta mahupun wisma untuk ditinggalkan
Akaun dalam bank pun tak penuh2 berikutan banyaknya transaksi keluar ..ekeke
Kami mahu kalian tahu
Yang kalian adalah nombor satu dalam to-do list hari hari kami yang kipuchi
Dan kalian juga nombor satu dalam senarai keutamaan kami!
Abang besar (Aniki) tumpang cradle cot adik

Himpunan kisah kisah First Birthday
Sambutan hari lahir kedua
Mommy ada 2 tangan, Daddy pun 2. Logiknya, satu tangan boleh pegang seorang anak kan?
Tapi saya masih kena pegang seorang anak dengan dua dua belah tangan bilamana ada yang no 3 nanti, saya cadang nak ikat di pinggang..ekeke
Nota Mommy Luna : Dah pukul 6 am! (Sarung uniform Mommy yang dipakai setiap hari)
Related posts:




emm…..zah pun tengah berkira2 nak buat bisday anak ni….
—
Izzah, pastikan event bukan masa tidur anakanda, kalau tak, huru hara macam first birthday iki… Hihi
sue…jutt nak andaikan jutt jd iki jap. iki: mommy daddy tima kasih banyak2. both of u are such a wonderful parent…i’m proud being ur son…thanks again…kasihnya ibu…membawa ke syurga…kasihnya ayah…berkorban nyawa… (lupa lirik daa…
hiks…papepun, sue mmg ibu yg baik dan tabah. smoga ku mampu amik semangatmu…
—
Isk jutt, macam bermakna sangatje tulisan jutt tu. Selalunya iki jerit jerit je “mommy jangan work..uwaaa”
Saya pukul 5 pagi tadi masih baring sambil Tihani golek2 cari puting nenen,haa baru complete laporan beday Iki….suka sangat dia main hadiah2 dia….kita sebagai parent memang mengharapkan yang terbaik untuk zuriat2 kita…..tak kira camne susah skalipun…..and skali lagi saya kagum dengan kegigihan sue membesarkan mereka…amik inspirasi dari sue bila saya melalui hari2 yang sangat down (hari bila tiba2 rasa nak menghilangkan diri ke tempat jauh dari ‘hiruk-pikuk’ umah)
jom sama sama kita!
—
Azni, ada harinya dan waktunya Sue down juga walaupun seboleh mungkin nak jadikan child rearing itu menyeronokkan
wah..iki dh ada laptop sendiri. pasni takyah la kacau mommy wat keje guna laptop, kan?
hope 1 day dpt jumpa sue..teringin betul nk jumpa
—
Nadiah, iki beri laptop oreng dia pada Sue dan ckp “mommy pakai yg ni, iki buat kerja pakai yg ni” sambil ambil laptop kecil mommy. Uwaa
Nadiah, dlm gambar buleh juga Sue edit2 jeragat. Klu jumpak real, nanti Nadiah kena terima Seadanya. Haha..