Sebelum sebelum ini saya bangun tidur awal pagi dan update blog
Tapi kalini saya belum tidur lagi (2 pagi) untuk update blog
Kalaulah saya segigih ini masa belajar dulu
Mesti turun naik pentaS tiap2 semester dean list..haha
Pagi tadi saya keluar awal jam 7.30 am
Dah jam 8 am tapi saya masih di Cheras berhampiran Tesco Extra Cheras
Sedangkan saya sepatutnya tiba ke Seri Kembangan pada jam 8 am!
Saya rasa stress walaupun topik HotFM pagi itu ialah cara menangani stress
(Dah biasa lihat gambar saya tersengih2, ini bila saya tertekan – muncung kaver baik punya..kih kih)

Selepas pendaftaran di Seri Kembangan, saya bergegas ke Bandar Utama
Jam 10 pagi cari kedai tudung nak cari tudung yang match dengan baju
Kebetulan ada orang TV3 jual tudung
Eden torai pakai tapi tidak serasi dengan jiwa uhh muka

Kena pakai tudung Serindit juaaa
(Tudung hitam putih saya on the way…hihi)
Saya gembira dapat jumpa Dr Rozmey yang sangat humble dan sudi berbual dengan saya & Farah
Bodyguard Dr beratur di luar bilik
Bodyguard saya, saya tinggal dirumah (incik suami, Iki & Dzakwan)

Nak masuk TV kena kecik kurus macam Kenchana
Barulah tak kembang setaman cam acik warna biru kehitaman itu
Kenchana tengah pening kepala hafal dialog untuk rancangan Apa Apa Aje, kami berdua tak buleh ditahan tahan..nak bergambar juga
Saya suka awak dalam Puteri tau!

Kami sampai awal di TV3 (jam 10.45 am) dan segmen kami adalah yang terakhir iaitu jam 12.30 pm
Jadi cukuplah masa untuk kami mencari mood supaya hilang darah gemuruh kami
(Saya ulang alik masuk bilik mekap nak ejas tudung)
Saya minta iron baju untuk iron tudung, mereka cuma ada iron rambut
Saya nak pinjam juga, mereka tak bagi takut tudung saya terbakar dan ada yang masuk WHI pakai rambut palsu pula nanti…hihi
Ini adik yang lain pasangkan mikrofon untuk saya
Adik haritu dah keje rancangan lain agaknya
Handbag saya setia menanti di tepi
(Mode teruja dengan handbag berkulit keras)
Ianya adalah beg bayi yang mempunyai lapik salin diapers sebenarnya
Dah acik berkenan di hati, terus lantik jadi handbag

Dalam masa 2 minit nak bersiaran, kelam kabut kami angkat barang ke meja
Huissh..2 minit?
Huru hara kami sampai dimana gunting, dimana gam semuanya tak jumpa sebab aci-sebat-yang-mana-sompat-dalam-masa-2-minit
Siap ada yang berterabur di lantai..haha

Fiza nampak tinggi atau saya yang nampak ’sayup mata memandang’ ?
Acik tak sempat2 beli high heel dek non..
Sarung saja kasut suram muram kaler pastel dah nak menuju ke warna hitam ni..hihi

Projek pertama ialah menghias apron menggunakan kain felt yang dipotong berbentuk sayur sayuran dan buahan
Saya menerima SMS dari beberapa orang ibu yang anak mereka juga merengek rengek mahukan apron seperti Sara & Syasya
Kanak kanak seronok bila dilayan seperti orang dewasa kan?

Animal puppet hasil kerjasama keluarga kecil kamiĀ adalah projek saya

Saya bergambar di ruang bersiaran MHI dengan kemeja WHI yang kami hiaskan dengan felt

Kesian Nazril kena tunduk untuk bergambar dengan saya..kih kih

Selepas makan,kami berbual dgn Kak Anim
Motif gambar di bawah –> ke hulu ke hilir Kak Anim bawa beg pam tanpa jemu
Semuanya demi Rayyan Hafiy yang disusukannya secara eksklusif dari hari pertama sehingga umurnya 7 bulan
Tahniah Kak Anim!

Kak Anim teringin nak main animal puppet dengan Rayyan dirumah nanti
*Kak Anim jgn lupa ehem ehem ehem saya dgn Zaquan ehem ehem ye (Haha)

Related posts:






ala, danish tak leh join ka? baru 1 tahun je dia…cumil bangat papet mu itu
saya tgk smalam
seb bek bnda nye kol 1230 kn?
hehehehehe
nazril tu cm happy sgt2 kn bile buat aktiviti cm tu kn?
happy tgk die.
k.sue pun kiuttt je dok tepi fiza tu kn?hehehe
—
Hihi…Fiza tu lawoo..tinggi…(semua yang opposite Kak Sue..haha)
Dan Nazril jua hensemmm
Kak Sue dapat kiut? Jadilah…hihihi
su, tv3 make up kan ke make up sendirik?? cantik..
—
Tacap dari bilik mekap Media Prima dear. Sue hari hari mekap tapi tak nampak beza (haha!)
Suka sgt tgk ur animal puppet. Sib baik dpt tgk uols… masa tgh lunch di pasir gudang (outstation).
Comel jer tgk sue & farah dlm TV tv tuh diapit dgn org yg tinggi2…
my bb 1 yr++ bleh join tak Parent-Kids Craft Day tuh. Nk join bleh??
—
Mari sertai kami Alin, tarikh sudah ditukar ke 7 Februari 2010.
suka tengok sue semalam…. tunggu punya tunggu segment yg last rupanya… hihi
mula2 tu sue diam jer… macam serba tak kena… bila tiba time sue cakap.. ha tudiaa x benti.. :peace:
—
Pst Wan Anie : Kaki Sue tergoyang goyang di awal rancangan sebab baru lepas terpelesok jatuh dari pentas..ekeke
Kejadian berlaku 4 saat sebelum on air
Yang penting, senyum jua…ahaha
betulla…biler akak make up..muka nampak lain…sungguh comel…
kak sue..selain kelas penyusuan…sudah ade agenda lain utk krafting bersama anak…saya suka…boleh buat kelas di penang anjuran saya pulak…nak tak?
boleh jemput ibu2 yang berminat dgn penyusuan susu ibu dan craft2 utk anak dia…mcm best ni..sharing is caringkan..
—
Wahhhh…nanti Kak Sue mekap hari hari mau, hihih
Buleh Izzah, Kak Sue akan datang dengan Kak Farah bawa askar askar kami..hihi
kak sue, tahniah atas kemunculan yang sungguh menarik tu..
jenuh saya tertunggu-tunggu tau, rupanya last session ye
tp kak sue cute sgt.. hehehe… cantik makeup, licin gebu
—
Terima kasih Izzah.. Mujur dimekap, kalau tidak, harus Izzah swith off TV di tengah rancangan..ekeke
kak sue yg nk buat aktivit tu, buat kt mana?sara kids ke lunatots?
—
Di Sara Kids TTDI Jaya
hehe..suara kak sue padan dengan org nya..hehe..so cute..
cam xsangka lak dapat tgk kak su kat tibi..kuikui..
cam nk belajaq gak la..tp adib baru 3 bulan..
p/s: anim tu pangkat kak ke pada kak su?
—
Terima kasih Cik Ah. Ha a, dia lebih sikit umurnya.
alang, ayg tunggu depan tv (siap mintak kat mak ayang nk g kedai lambat) kul 11.30..kul 12 ayg tutup tv sbb ingat dh terlepas..adoiyyaaaa
—
Tak mengapa Ayg ( Jam 12 tu Alg tengah sembang dengan Dr Rozmey..hihi)
salam…mia tgk gak….best sgtla
—
Terima kasih Mia
hemmm…bestnyer dpt masuk tv…saya ni mintaa sgt bab nak buat kraftangan ni..cuma tak-jumpa-cari kedai2 yang jual benda2 mcm tu…sue nampak chomel, kalo saya yg masuk tv, mau nebes giler silap2 suara tak kuar…
—
Salam Zira : Jom sertai kelas art Lunatots & Sara Kids untuk ber’seni’ bersama sama nak?
Sue nerves juga dikelilingi lelaki hansom & wanita shanteks..ikiki
salam sue
nak tanya kat mana nak beli kain felt ni…saya kat sg petani, kat sini ada kedai handicraft yg besar jugak but unfortunately takde jual la…diorang pun tak tau apa jenis kain tu..siap bagitau ayat “kami jual handicraft, bukan kain la”…tengok sue buat terus jatuh chenta la…lagipun saya dah lama minat dgn kraf2 ni…cuma limited resources je…
—
Sue beli di kedai craft dan alat jahitan berhampiran Jalan Kenanga di KL.