Kami sekeluarga tidur dan terjaga jam 2 pagi sebab Dzakwan dan abangnya nak minum susu
Lepas salin CD Dzakwan, masing masing sambung tidur rehatkan mata
Tapi mata dan hati saya tak boleh lelap
Macam macam perkara belum diselesaikan
Dan kalau semuanya menunggu esok, entah sempat entahkan tidak
Sunyi pula rasanya bila blog saya lengang tanpa komen
Sebab, walaupun saya tidak update blog, selang 2 jam sekali saya update komen
(Maksud saya, membaca komen dari teman teman)
Anda sanggupkah melihat saya sunyi? hihihi (ayat meraih sempatikah)
Saya dah pulang dari training dan ini hari pertama berkerja
Awal pagi saya angkut seisi keluarga ke showroom
Gambar dibawah semasa melayan customer
(Melayan customer di lantai? haha)
Saya suka bersila..ianya lebih lebar bersila di lantai berbanding kerusi
Gambar di ambil oleh Iki (Thanks dear kerana gambar sisi ini!)

Incik suami tertanya tanya “Kenapa tak ada gambar Sue masa training?”
Saya faham maksudnya–> “Sue tak ambil gambar senyum sorang sorang masa training?”
Tiada gambar saya sebab saya meningkat berat badan dengan jayanya!
Jika kau menjadi aku, kau akan mengerti ..keh keh
Saya dibuli Iki semasa di bank
Iki “iiiii.geghamm!!”
Gambar yang ada saya hanya dari sudut sisi telinga
Saya menyelesaikan exam di depan car seat anak
Ibu tidak ada cuti daripada menjadi ibu
Zikry “mommy work kat mana?”
“kat susuibu”
“susuibu kat mana?”
“kat Seri Kembangan”
“Seri Kembangan kat mana?”
“kat Selangor”
“ooooo” (angguk angguk dan sambung main mainannya) phew~~
Saya bawa beg ini isi baju dan CD anak
Teman teman tak berani bertanya “beg siapalah ni”
Kecuali lepas saya mengaku “ini beg saya, hasil kerja Iki..”
Itu bukan point penting
Yang penting, bila ditanya, dua semut di atas tu mommy dan daddy
Dan 2 budak lelaki itu adalah Iki dan Dzakwan
Imaginasi kanak kanak boleh pergi sejauh itu? Prffff… :mode tak puas hati dengan hakikat disamakan dengan semut yang nampak angkuh:
Rumah tangga saya?
Very the terabur dengan permainan Zikry, serpihan biskut dan belen limau kecil yang sudah disedut manisnya
Mommy “Iki, boleh tolong mommy kemas rumah?”
Iki “Boyeh”
*Di tangannya ada vacuum dan dia sedang cuba memvacuum limau di lantai
Adik Syasya?
Dah pandai berdiri dan berjalan!
Iki dan semua anak anak kita,
Life is an experiment and well done dear
Ibu akan sentiasa BANGGA denganmu biar sekecil mana pun ia!
Ibu yang selalu berebut air kotak dan roti kacang merah dengan anak sendiri,
Puan Suraya
Related posts:









good boy la iki ni

sbg ibu, hatta sedikit pencapaian anak pun kita akan berbangga besar kan kak sue
—
Betul Farah, kita akan berbangga dengan semuanya. Biarpun perkara yang tidak baik, seperti demam (kerana imunitinya akan bertambah baik selepas itu..hihih)
cumilnya dzakwan..cool je dia walau dimanakan..Iki makin bijakla sue, pandai jaga hati mommy dia tu.. nak tolong kemas umah..
—
Iki dah riuh berbual dah Lyn..Tak lama lagi, riuh rendah Lyn layan Danish pula..hihi
pandai iki tlg kemas umah…hasil didikan momy n dady tu…hehehe
sebab akmal skrg tau hambur rumahshj….jenuh ngutip…mop dan sapu balik..tp saya suka sebab akmal makan byk…hehehhe…
dzakwan nampak tembam ye kak…ri tu comel aje masa jumpa dia kat penang…baik pulak tu ikut akak ke mana jua…emm…ni buat saya nak beranak kecik ni…hehehe..azam 2010…
—
Izzah, dia tak mengemas pun. Kesudahan cerita, mak paknya kena turun padang..ekeke
Dzakwan dah berisi, haritu baru sebulan. Sekarang dah 2 bulan usianya
Memang penat melayan budak yang tengah nak naik nih. Asyik tanya xxx tu apa? Kejap-kejap, “mama, xxx tu apa?” bila kita jawab “yyy”. then tanya pulak “yyy tu apa?” hahaha. sampai mati kutu tak reti nak jawab apa.
—
Ahaha..betul betul. Nanti dia sambungkan semula “Mangkuk tu naik kereta?”
*Situasi bila daddynya marah orang tak sopan santun di jalan raya.
hihi…nak tumpang bahagia sue jap. umahku pun berterabur gak…baru anak sorg…huhu. sonoknya iki dah pandai ckp…aimin dah bercakap juga…tp tak sepetah iki lagi…hem, bilalah nk jumpa sue nih. rindu nk tgk iki dan dzakwan…tp takut sue busy
—
Jutt : Kalau nak mai, jemputlah ke kedai. InsyaAllah Sue anak beranak berada disana.
Buleh Iki main dengan Aimin..
slm alang…erm best follow cite alg…erm.. mengenangkan rumah yg bersepah dn ank yg smakin bijak…ku memilih ank yg bijak…biarkan umh bersepah hahaha (even skt mate)…da lame follow…br skang ateh dpt komen…tq for any parenting info…membacenye membuatkan diriku insaf n besyukur….smge alng berjaye…slmt berusehe
betul sue..anak2 kita adalah anugerah yang paling indah..jadi ibu ni takde istilah cuti..hatta tgh tido pon bekerja..sbb nak nak susu..hehehe..tapi ini lah pengalaman yg paling indah bg seorang ibu..adoi..sentimental la plak <— umi yg selalu kena dera ngan haiqal ..ari2 ajak menari mickey mouse depan tb…huhuhuhu
ok la ok la akak komen. hahahaha selalu silent reader je. sue berjaya raih simpati akak. haish sue ni dah ada 3boipren pn sunyi lagikah?
walaupun akak tak tau bila lagi rezeki akak nk dpt anak, tapi akak dah plan nak beli cd dr sue, nk bf anak mcm sue buat. bestnye. mmg ler mcm susah. tapi usaha gigih akan membuahkan hasil. tambahan pula akak taknak mencemarkan alam (well akak pencinta alam sekitar ok
)
kdg2 bila g kl terasa nk singgah ur showroom tapi seganlah sbb kite takde anak lagi (ok ok mcm rendah self esteem je kan?)
anak tatau bila lagi Allah nk bagi. doakan akak
—
Hihi : Kak Yati & Abg Jek dialu alukan singgah showroom samada di Cheras mahupun Amcorp Mall.
Hidup Sue adalah kombinasi blog+kedai+keluarga+anak2+kawan2
Sunyi bila kurang satu elemen
Kak Yati buleh ambil peluang ini utk berduaan bersama suami
Peluang yg kami jarang dapat..isk..
Hmm lama tak bagi komen….kalau takde aral melintang tahun ni saya menyambut TIJU hahaha…….leh tandem nursing ngan Tihani (ohh sian dia baru nak bermanja-manja)……Sue memang supermom…..cekap menguruskan anak2 seorang diri (sementara Dzakwan masih baik ;-P )…..anak2 memang mempunyai imaginasi yang kita orang tua tak terpikir pun…bagus tu,nanti jadi budak cerdik ye Iki
—
Tahniah Azni! TIJU Sue lambat lagi..hihi
Mula mula rasa huru hara juga Azni, lama lama hampir dapat biasakan diri dan rasa rindu pula bila seorang tiada depan mata.
huhuuh..best sangat2 blog ni. teruja baca walau tak pernah post komen. Terasa seperti mengenali sue di alam nyata..huhuu..
—
Jem : Kalau kenal di alam nyata, Jem pengsan tengok muncung Sue huru hara uruskan rumahtangga dan kedai..hihi
Terima kasih kerana sudi baca blog ini.
anak dan anak dan anak lg… walau mulut pot pet tapi sayanggggg biar rumah terabur tapi hati terhibur
—
Pening kan Liza..tapi terhibur
Ayat yg last tu sama la Su..he..he..k.nik pun rajin berebut dgn yg abg tu esp, kalau beli 1 je..hakk.hak..maklumla dibsrkan sbg ank tunggal takde nak berebut dgn sapa2. skrg ni suka tgk yg kecik berebut mainan dgn abg.baru 10bln tp gagah nak lwn abg..he..he..
—
Hahaha : Kak Nik pun berebut dengan abang ke? Sue beli 2, satu Sue satu Iki punya. Cuma Sue punya habis cepat, sementara Iki punya masih banyak..Tak buleh tahan wooo…hahaha
mkn berebut mmg best.!!
—
Berebut dengan anak memang best..hihi
cantiklah tudung pink Sue tue..MaMaCt nak jugalah…
—
Mam Siti, Sue pakai tudung Serindit
saya ada baca dlm paper, bebudak nih mmg tak suka kita kemaskan brg dia…mcm anak saya, kena kemas masa mood dia ok takpun masa dia dah tido. tp masalahnya mak dia pon tido sekali…haha
—
Haha : Itu adalah benar Nazra, saya joing anak tidur dan membiarkan rumah bersepah begitu.
sue, abg izat lupa bank in duit tu. padahal dah 2 kali gi showroom. sabar je la. esok sy bank in kan. sorry
—
Baiklah Liz.
alang, bulan 3 ayg dtg terjah kedai alang buleh? dh lama nk pi tgk alang anak branak di sana.
—
Ayg, silalah datang. Bawa hati yang kebal melihat lantai berterabur dan muka kelat Alang menahan rasa geram..ekeke
hi kak sue!
lama rasanya tak mengomen2 post dlm blog kak sue ni..
dah besar nengok nye si dzakwan tu yer.. dah bam bam..
best kan bler dpt bawak anak2 kter ikut pegi keje sekali..
yg tak best nye.. sure byk keje yg tak berjalan mengikut masa yg ditetapkan! hihihi..
p/s: sgt suke tgk tudung pink tu! kak sue sgt cheria bler di cheeky oleh iki
—
Dzakwan dah besar dah Pink. Betul..banyak yang tak siap dari siap..hihi
p/s- Kak Sue lantik pink tu jadi tudung rasmi lah..Bukankah Kak Sue nampak bam bam di cheeky Iki?
Sue, sham dtg ke kedai sue isnin minggu lepas… kunun dtg nak sembang2 n share experience BF ni ngan sue sambil membeli storage bags tp x buat appointment..camnerlaa nak jumpa, ye kan? cuma call sue, tanya kdai kat belah mana..
hhehehe.. sebenarnya saya xleh buat appointment dulu coz takut hubby xnak bw saya ke sana, rupa2nya dia ikut juga kemahuan isteri dia ni slepas diistiharkan sakit n dpt MC ari tu…heheh..
tak dpt jumpa sue tp trima kasih kpd hband sue n yg sorang lg (nama x tau) yg sudi mlayan sham n hband… dpt jumpa iki n dzakwan…
p/s puas rasa ati bila akhirnya dpt sampai ke kedai sue
—
Salam Sham : Sue ke kurus emm kursus selama 6 hari, jadi incik husband tolong jagakan rumahtangga dan kedai..hihi
Masa Sham call pun Sue suara bisik bisik bagi mengelakkan suara terkuat semasa kursus (Nanti penceramah tanya, “ya, ada soalan?”)
p/s- Datang lagi ya!
dzakwan da bulat aa..:) bam..bam..
—
Mommy Dzakwan bulat? Ah tidak…