Disclaimer
    The entire contents of this blog are based upon the opinions of author unless stated otherwise noted. The information in this blog is not intended to replace a one-on-one consultation with lactation consultant. It is a sharing information and knowledge from the research of author. This blog outlines sources, ideas and suggestions on breastfeeding your baby. The author and family disclaim any liability arising directly or indirectly from the use of the information contained in this blog.
[Google]
Announcement
    Lunatots Booth (Maju Junction)
    Date : 1-30 Sep 2010
    Venue : LG Floor, Maju Junction KL
    Time : 10.30 am - 7 pm
    Contact No : 010-2414050 (HOTLINE)
Luna’s Counter
Friends Online

View My Stats
Nuffnang ADV
Sponsor





Luna’s Shop
Readers
Lunatots @HotFM
Luna’s Sponsor
ShoutBox

Beberapa teman bertanya, training apakah yang saya pergi dua beranak?
Training ini tentang ibu & anak dan sementelah tiada siapa yang buleh menjaga Dzakwan
Saya bawanya bersama

Cerita lanjut mengenai training ini di blog Puan Farah & Puan Zatul

19 Peer Counselor Program Administrator dari Malaysia:
Puan Kamariah, Puan Rita, Puan Jasmeen, Puan Farah, Puan Ida Murni, Puan Zatul, Puan Yusrina, Dr Ashikin, Dr Ning, Dr Ezura, Dr Faridah, Puan Suria, Puan Lynda, Puan Aishah, Puan Hayati, Ms Jess Wong dan Puan Shida

Akan datang : Kami mencari Peer Counselor di serata Malaysia. Dan kami mengalu alukan anda. Stay tuned di blog ini ya.

Hari sebelumnya saya di kedai melawat kawasan
Dan semalam, saya ke The Mall menguruskan hal syarikat
Tips yang buleh digunapakai :
Bawa baby anda dalam kendong untuk menyelesaikan hal2 rasmi dimana urusan yg sepatutnya mengambil masa 1-2 jam dapat selesai dlm tempoh kurang 15 minit
Macik guard “Duduk sini isi borang” (sambil menunjuk tempat yg ada tanda –> Dilarang duduk utk mengisi borang)
Pacik guard “Ms xxx, dahulukan Puan ni, kesian dia beranak kecil”
Ms xxx yang cantek “Okeh”
Ms xxx yang tak cantek dan beranak kecil –> jeling2 suami tak kasi hampir dekat supaya keistimewaan itu tidak ditarik balik

Ke hulu kehilir dgn seisi keluarga adakala buat saya givap
Tapi saya bersukur dapat berkerja dgn mereka2 yg saya sayang dan lihat anak2 membesar di pejabat2 kerajaan dan dewan2 seminar (bukan sekadar di depan mata..haha)
Kereta kecil kamipun penuh dengan stroller, 2 car seat, 2 diaper bag, tupperware berisi cekodok, air ribena Tesco Choice, air masak, lampin kotor etc etc
Saya ada menyuarakan “Lepas ni kita beli bas nak bang? 20 duduk 12 berdiri”
(Masa dia cakap kereta punuh..hihi)

Sementara incik suami cari kedai jam untuk tukar bateri
Saya bawa Iki beli aiskrim
Niat di hati nak beli yang strawberi, Oreo bagai
Tapi duit ada RM3 saja!
Jadi saya belikannya aiskrim RM1 dan beritahunya “ini sahaja yang mommy ada” Syahdu weh perasaan masa tu..ahaha!
Tiba tiba rasa nak jual tisu dari meja ke meja..isk..

Dari The Mall, kami ke Shah Alam untuk menyelesaikan urusan lain
Kelakar gambar dibawah
Iki dah sangat sangat mengantuk tapi dia tak mahu tidur
Sambil kunyah cornflakes pun dia terlelap

Bilik air anda nampak bosan dan malap malap sampai tiada mood nak mandi?
(Itu bukan tiada mood, itu malas ..haha)
Tambahkan sticker ladybird seperti dibawah

Anak anak pun bersemangat bila nak tukar CD atau basuh poo poo
Siap ada yang nak masuk toilet sebab nak tengok ladybird (Ikilah itu :) )

Bersedia, keliling rumah anda akan penuh dengan sticker..seperti ini
Saya beli di Amcorp Mall Level 3
(Kalau datang beli, singgah Lunatots Showroom di Level 2 ya!)

Saya cuba pastikan sampai dirumah sebelum jam 7 pm
Supaya saya sempat memasak
Semalam saya nak masak ikan kerapu dan sayur asparagus
Bertuah jadi surirumah jaman ini
Taip taip dan keluar…taraaaa

Tiada gambar masakan saya kerana bimbang diperbandingkan dengan gambar sebenar…haha!
Ikan kerapu masak 3 rasa saya jadi 1 rasa sahaja kerana tiada nenas, tomato, timun mahupun carrot
Jadi ianya rasa sos tomato + sos cili sahaja..kih kih

Dan asparagus saya?
Ianya…..buleh dimakan…masih buleh…(yakin diri itu penting)

Nota Mommy Luna : Saya sedang menyanyi sambil menari lagu
“Ibu ibu bapak bapak siapa yang punya anak” bersama Iki di rumah
Saya gelak sebab kelakar bila dia menari
Dan Iki pun gelak besar
Dia gelakkan sayakah?  (pandang kiri kanan)

Related Posts with Thumbnails

Related posts:

  1. Masa untuk ibu
  2. Handphone rosak
  3. Earth Hour & EBM

10 Responses to “PCPA-Ibu bapak”

  • salam kak sue…

    (Peer Counselor )…layak kah saya..?huhuhu

    cuma saya suka kongsi ilmu penyusuan dgn sesiapa sajer…moga anak kedua saya berjaya direct BF..
    …..
    sekadar selingan…saya suke bercerita ttg susu ibu dgn staf2 saya…dgn bos2 saya…bukan setakat susu ibu saya juga bercerita ttg CD dgn mereka…bila bos kata byk belanja biler ader anak saya kata..kalau bos nak jimat..meh saya ajar..1)susukan anak dgn susu ibu dan 2)pakaikan Cd pada anak..

    bos senyum sajerk..angguk2 dan kata…nanti saya preggy sy jumpa awak..!

    Salam Izzah : Nanti Izzah apply untuk Peer Counselor Programme ye dear. Stay tuned.

    Sama sama kita inteam bercerita tentang susu ibu, insyaAllah.
    p/s- Duit yang bos jimat tu bulehla belanja saya makan..kih kih

  • AzniScott:

    Ohhh saya juga ingin menjadi peer counselor….memang saya rajin promote BF ni…..and saya berjaya mengajak x-bos farmasi mengamalkan BF…..saya ingin menjadi ibu yang berjaya menyusukan bayi2 saya sehingga dia sendiri nak wean…..seperti sue…cuma saya sangat2 gusar di kala Tihani baru menginjak 8 bulan ibunya telah berisi semula….saya takut tak mampu nak BFkan dia samapi cukup masa…cuma azam yang kuat kutanamkan dan ada sokongan dari kawan2…..(suamiku kata jangan berenti BFkan Tihani)…..aritu gi KL,area puchong (Puchong KL kah hehe) oleh kerana ikut kenderaan orang takleh la saya nk merayap ke cheras jumpa ngan sue….tringin sangat nak jumpa hehe

    Azni : Saya tandakan nama Azni sebagai –> mahu join ye :) Teruskan penyusuan selagi Azni dan Tihani mahu dan selesa.
    Kalau ke KL, sila beritahu Sue. Sue akan setia menanti..hihihi
    Puchong, Selangor..tapi tidak jauh, ala ala sepelaung sahaja.

  • shizyani:

    Peer Counselor..insyaALLAH..sy pn berminat jgk..kalo ade rezeki n pjg umur, blh la join skali…

    heheheh…sue..ok jgk tips 2..bkn nk mnagih simpati org tp nk tunjuk yg keluarga mesti diutamakan wlaupun sesibuk mn pn kita nie…hehehe..
    ..iki buat lawak la plak.. :)

    Ya, Shizyani join kami nanti ya!

    Haha..Ibu mengandung dan menyusu perlu diutamakan kan kan :)

  • hope to hear soon pasal peer counselor..

    imejinlah ibu beranak nak masuk 5 ini naik kelisa jika kamu anak 2 sudah punuh kereta….ngeeee

    Kak Pija, pertimbangkan bas?
    Sue akan update Peer Counselor info secepat mungkin.

  • zira:

    sue beli je karavan..hehehe…gurau je. saya sejak beranak dua dah naik pangkat jadik bos. asal naik keta je dok belakang…incik suami jeling2 jer sejak bila dia jadik drebar..hari tu ada gtalk dgn suami sue..ingatkan sue…teringin nak attend kelas sue so dia cdgkan cari org anjurkan di Sg Petani. Saya keja di Hsop tapi lactation counselor (nurse) sini mcm tak aktif sgt.diorang aktif sesama ahli je…bila minta advice pun cam tak leh terima sebab tgk blog2 kat internet lagi rasa betol…

    Zira : Karavan tu yang toilet, meja kopi, penyangkut baju semuanya dalam satu kenderaan tu kan. Lagi penuh la kereta kalau macamtu! (Masih nak cakap bas lagi besar..haha)
    Zira, Sue mahuuuuu ke sana. Nak ke jelapang padi (maksud Sue, nak ke sawah padi…hihi)

  • mommyneen:

    salam sue,
    k.hajar ni.baru je share information about CD with my friend from middle east.dia tengah pregnant anak ke 2.dia nak bincang dengan suami dia dulu,but i gave her your card (the one that you posted to me).she will email you if she wants it.by the way, as an idea, if you have the information how to use the CD in english, it much more appricieted.

    selamat maju jaya :) pray for me too that I will pass my master

    Salam Kak Hajar, terima kasih :)

  • zira:

    sue cuba masak siakap stim nyonya style, sedapppp….
    heemmm mmg ibu2 zaman skang nih belajar masak guna internet je..tak pon tgk chef wan masak…pastu try masak n compare sikit pun tak sama…hihihi
    sedapnyer eskrem iki….wafi tak suka sgt eskrem, adiknya wazif kecik lagi, baru 8 bln…menyusukan wazif ni la saya baru rasa cam btl2 menyusu coz masa wafi dulu jap je dah start bg formula milk..
    saya rasa betul mcm sue penah komen sebelum ni, ada ibu yang takleh melahirkan anak secara normal…mcm saya..eh eh, mcm kita (lupa plak yg sue dua2 pun op kan?)

    Salam Zira : Nanti bila shopping barang dapur lain kali Sue beli ikan siakap.
    Resipinya minta dari Zira ye..hihi
    Iki baru mula makan aiskrim, hari hari minta McDonalds, isk isk sesak poket mommy
    Cervical Distortia nama penyakit itu (eh penyakit ke?)..tak buleh melahirkan secara normal sebab tiada bukaan serviks.

  • salam sue..
    saya sgt berminat dgn ilmu penyusuan..kalau boleh nak tambahkan lagi pengetahuan…
    setakat ni alhamdulillah berjaya jugak la tarik org utk bf walaupun bukan peer counselor..hahaha
    Anak saya setakat ini masih bf dan akan diteruskan selagi rezeki Allah masih utk dia ^___^

    Yeke Shakey : Jom sama sama kita ber’cerita’ tentang susu ibu-makanan terbaik anak :)

  • ayg:

    ayg x suka lagu tu. liriknya kena pada batang hidungku. hahaha. ok, ayg dpt bayangkan iki menari. tapi alang? mmmm

    Ayg : Alang suka lagu tu sebab tiada note tinggi dalam lagu itu. Perasaan menyanyikannya tak rasa rendah diri cam menyanyi lagu Siti..keh keh
    p/s-Alang menari tarian lilin je Ayg.

  • salam…akak…cane nak order yang kain kendong anak tu? sy ingat nak hadiahkan kat lecturer saya..dia dah dua tahun kawen..tgh pregnant anak sulung dua bulan..so saya nak bg support kat dia…dia berbadan kecik je..cane nak order dan bape ek harga dia??

    Salam dik, boleh beli di link ini http://www.lunatots.com/shop/index.php?cPath=45&osCsid=f8696bfd87c50b071288843dd4f14351

Leave a Reply