Archive for January, 2010
Sebelum sebelum ini saya bangun tidur awal pagi dan update blog
Tapi kalini saya belum tidur lagi (2 pagi) untuk update blog
Kalaulah saya segigih ini masa belajar dulu
Mesti turun naik pentaS tiap2 semester dean list..haha
Pagi tadi saya keluar awal jam 7.30 am
Dah jam 8 am tapi saya masih di Cheras berhampiran Tesco Extra Cheras
Sedangkan saya sepatutnya tiba ke Seri Kembangan pada jam 8 am!
Saya rasa stress walaupun topik HotFM pagi itu ialah cara menangani stress
(Dah biasa lihat gambar saya tersengih2, ini bila saya tertekan – muncung kaver baik punya..kih kih)

Selepas pendaftaran di Seri Kembangan, saya bergegas ke Bandar Utama
Jam 10 pagi cari kedai tudung nak cari tudung yang match dengan baju
Kebetulan ada orang TV3 jual tudung
Eden torai pakai tapi tidak serasi dengan jiwa uhh muka

Kena pakai tudung Serindit juaaa
(Tudung hitam putih saya on the way…hihi)
Saya gembira dapat jumpa Dr Rozmey yang sangat humble dan sudi berbual dengan saya & Farah
Bodyguard Dr beratur di luar bilik
Bodyguard saya, saya tinggal dirumah (incik suami, Iki & Dzakwan)

Nak masuk TV kena kecik kurus macam Kenchana
Barulah tak kembang setaman cam acik warna biru kehitaman itu
Kenchana tengah pening kepala hafal dialog untuk rancangan Apa Apa Aje, kami berdua tak buleh ditahan tahan..nak bergambar juga
Saya suka awak dalam Puteri tau!

Kami sampai awal di TV3 (jam 10.45 am) dan segmen kami adalah yang terakhir iaitu jam 12.30 pm
Jadi cukuplah masa untuk kami mencari mood supaya hilang darah gemuruh kami
(Saya ulang alik masuk bilik mekap nak ejas tudung)
Saya minta iron baju untuk iron tudung, mereka cuma ada iron rambut
Saya nak pinjam juga, mereka tak bagi takut tudung saya terbakar dan ada yang masuk WHI pakai rambut palsu pula nanti…hihi
Ini adik yang lain pasangkan mikrofon untuk saya
Adik haritu dah keje rancangan lain agaknya
Handbag saya setia menanti di tepi
(Mode teruja dengan handbag berkulit keras)
Ianya adalah beg bayi yang mempunyai lapik salin diapers sebenarnya
Dah acik berkenan di hati, terus lantik jadi handbag

Dalam masa 2 minit nak bersiaran, kelam kabut kami angkat barang ke meja
Huissh..2 minit?
Huru hara kami sampai dimana gunting, dimana gam semuanya tak jumpa sebab aci-sebat-yang-mana-sompat-dalam-masa-2-minit
Siap ada yang berterabur di lantai..haha

Fiza nampak tinggi atau saya yang nampak ‘sayup mata memandang’ ?
Acik tak sempat2 beli high heel dek non..
Sarung saja kasut suram muram kaler pastel dah nak menuju ke warna hitam ni..hihi

Projek pertama ialah menghias apron menggunakan kain felt yang dipotong berbentuk sayur sayuran dan buahan
Saya menerima SMS dari beberapa orang ibu yang anak mereka juga merengek rengek mahukan apron seperti Sara & Syasya
Kanak kanak seronok bila dilayan seperti orang dewasa kan?

Animal puppet hasil kerjasama keluarga kecil kami adalah projek saya

Saya bergambar di ruang bersiaran MHI dengan kemeja WHI yang kami hiaskan dengan felt

Kesian Nazril kena tunduk untuk bergambar dengan saya..kih kih

Selepas makan,kami berbual dgn Kak Anim
Motif gambar di bawah –> ke hulu ke hilir Kak Anim bawa beg pam tanpa jemu
Semuanya demi Rayyan Hafiy yang disusukannya secara eksklusif dari hari pertama sehingga umurnya 7 bulan
Tahniah Kak Anim!

Kak Anim teringin nak main animal puppet dengan Rayyan dirumah nanti
*Kak Anim jgn lupa ehem ehem ehem saya dgn Zaquan ehem ehem ye (Haha)

Sepanjang 6 mulai hari ini saya akan berada di Seri Kembangan bagi tujuan training
Keluar rumah jam 7.30 pagi dan sampai ke rumah pada jam 7.30 malam
Kami riiiinndu anak tapi kami perlu keluar berkerja juga (Saya mewakili suara hati ibu ibu lain..hihi)
Program ini adalah anjuran Nurturing Concepts dengan sokongan UNICEF & WABA

Penceramah adalah dari La Leche League
(Gambar daripada facebook Puan Rita, IBCLC)


‘Budak baik’ duduk di belakang sekali (sebab lambat sampai- jalan jem)


Huwoh..ada beberapa soalan yang perlu dijawab
Berkerut kerut dahi dan pipi acik (sampai senget senget nametag)

Mommy bawa pulang 26 oz susu untuk Dzakwan!
Pst..botol yang molek molek itu adalah botol 2 oz dari Moms Precious
Saya suka sebab ianya comel!
Ia juga sesuai dijadikan hadiah untuk teman yang baru melahirkan

Nota Mommy Luna : Dimanapun saya berada, saya adalah ibu yang membekalkan makanan (susu) anak. Saya rasa dihargai!
Asal nerves je, saya ke tandas
Asal dalam tandas je, saya nerves
Saya di TV3 dgn barang2 kraf segala
Dah macam Pusat Kraftangan dan Kesenian dah bilik menunggu WHI ni
Segmen saya jam 12.30 pm ke atas (awal awal rancangan beri mereka yg meletz2 dulu)
WHI bermula 11.30 am mulai 2010
Nota Mommy Luna : Nak round round cari Ally Iskandar ketenangan jap
Saya nervous dan belum tidur tidur lagi (dah hampir jam 1)
Esok pagi saya perlu keluar jam 7 am bagi menghadiri training anjuran Nurturing Concepts
Dan keluar sebentar untuk ke TV3 Segmen Wanita Hari Ini (11.30 am)
Ianya untuk Segmen Aktiviti DIY bersama anak anak
Zkry yang ‘bijak tapi…tapi…tapi…’ temankan mommy siapkan bahan bahannya
Dan daddy, terima kasih! (Selama ini mommy rasa mommylah paling kreatip bagai..haha)

Kalau anda sudi, saksikanlah saya dan Farah dan tiup tiupkan biar kami tak nerves..hihi

“Esok mommy work, Iki jaga daddy dan adik ye”
“Tak boyeh, mommy work kat Lunatots saje!”
Nota Mommy Luna : Saya sukalah binatang!
Tahun baru 2010 kami dimulakan dengan aktiviti jalan jalan ke Kelantan
Saya gembira setiap kali perkataan 2010 disebut
Tapi bila orang tanya berapa umur saya pada 2010?
Saya ambil masa yang lama untuk menjawab
Dan dalam kebanyakan kesnya, saya tukar topik perbualan..haha
(Sindrom wanita pertengahan usia kah?)
Kami lalu Grik dan seterusnya Banjaran Titiwangsa untuk ke Kelantan
Singgah makan di sebuah kedai yang sejuk di Banjaran Titiwangsa
Ianya satu satunya kedai makan ala ala R&R disitu
Ada surau, ada tandas dan tempat makan
Limau kecil kecil yang sepeket biasanya berharga RM3 jadi RM6 bila berada di kawasan sejuk-tinggi (prfff)

Atok & Opah bergambar dengan Iki & Dzakwan
Di belakang mereka sebenarnya ialah pokok pokok dan gunung ganang
Tapi nampak kabus saja sebab cuaca sejuk pada hari itu
Semasa mereka bergambar, saya tekun menghargai waktu makan tanpa anak anak disisi

Hampir separuh hari kami didalam kereta
Saya tidur sepanjang jalan dan cuma bangun semasa susukan anakanda
Iki sibuk ambil gambar semua orang
(Tiada gambar saya tidur air liur meleleh kerana saya ‘tapis’ semua gambar yang masuk dalam blog…ekeke)


Seminar Penyusuan Susu Ibu di Kelantan diadakan di Hotel Raudah
(Carian di GPS – Hotel Raudhah <–patutlah tak jumpa jumpa)

Nadiah tak faham tang mana yang shomot?
Taraaa… fresh muka baru bangun dari tidur terus check in bilik
Hapah yilek pochik tak alas alas wajah dgn alas kain ke ape
Rambut terkeluar keluar dah buleh buat jambul di bahagian dahi

Kali terakhir saya ke Kelantan ialah semasa majlis perkahwinan Watie
Selang 1 jam singgah tepi jalan muntah muntah
Wohooo..sangat kasihan
Dan selepas dari itu, saya berjanji pada diri sendiri tidak akan naik kereta pergi Kelantan
Masa company trip haritu kami naik AirAsia
Kali ini saya memungkiri janji itu dan ke Kelantan naik kereta
Tapi rasa dekat saja berbanding beberapa tahun lepas
Mungkin kerana kami melalui Grik dan masa saya terisi dengan Iki dan Dzakwan

Sampai di bilik hotel, kami bergolek bersama
Ammar Dzakwan berusia 42 hari semasa gambar di ambil
Soalan “Dah habis pantang dah ye”
“Sudah…pantang berapa hari ye?” hihih
Anak anak saya berambut-tak-berapa-nak-ada
Sebab tu rasa sayang nak potong rambut serabai serabai Iki..ekeke
Nak tengok baby lain yang celebrate birthmonth sama dengan Dzakwan?
Baby Amir Yusuf disini

Saya dan suami tak terlayankan ‘mulut’ Iki
Aktiviti ‘tangan’ dan ‘kaki’ Iki masih terkejar
Cuma kena lebih kawalan masa tiba tiba dia datang mood nak ‘lompat si tatak lompat’ haha

Kiblat tak sama dengan daddy nak..
Janji buleh ‘soyat’ dengan daddy ye..ekeke

Pagi hari saya bersiap untuk ke kelas
Mandikan anak anak awal pagi
(Kelakar muka Dzakwan dalam gambar dibawah-agak agak apa dalam hatinya ye?haha)

Beberapa keping gambar mulut muncung muncung yang diambil semasa didalam kelas
Saya seronok berada di Kelantan
Seronok sampai percutian yang sepatutnya bermalam 1 malam jadi 2 malam sebab tak puas soping..ekeke
Ibu ibu di Kelantan semuanya sporting2 belaka
Dah susun susun nak bergambar pun acik baju biru tu masih sempat bergosip
Motivator Hj Fadzli Yusof turut hadir bersama isterinya bagi membuat persiapan untuk anak pertama mereka


Bergambar bersama penganjur, Puan Huda dan teman saya Puan Farah
Terima kasih diatas jemputan ye Huda
Balik hotel dan berehat sebentar sebelum keluar berjalan jalan
Kami ke Wakaf Che Yeh mencari baju raya
(Haha..raya bilakah?)
Selain itu, baju saya dan anak anak semuanya stok 1 malam sebab tak sangka jadi 2 malam
(Aiceh…tak sangka? hihih)
Saya ada handbag merah
Tapi semenjak dua ada oval bag ini, saya suka bawanya sahaja
Bila suami tanya “mana handphone Sue?”
“dalam handbag Sue”
“mana? Sue kan tak bawa handbag?”
“ini la handbag Sue” (dah berulang kali dah saya ulang dialog yg sama, tapi dia masih tak boleh menerima hakikat yang oval bag ini adalah handbag saya..ekeke)
Ibu yang suka handbag macam saya, klik link ini

Hari berikutnya kami ke Pasar Siti Khadijah
Make kepok wehh… (haaa, tukar slang terus..ekeke)

Seronok tengok wanita wanita yang meniaga di sini
Mereka bersila di tengah tengah barang yang diniagakan
(Mode bayangkan acik warna biru tengah duduk tengah2 CD..haha)

Penat sungguh Ammar Zikry temankan mommy shopping
“Beli untuk orang” alasan diberi mommy
Mak sana, mak sini, macik sana sini, sidia etc etc..tup tup takdak cash suda
Jadi saya agak sadar diri dan melepak di atas pasar memerhati kucing, macik, ikan ayam..hihi


Wah wah..tak agak agak la macik inii…
Janji duit masyuk kan…haha

Dalam perjalanan balik ke hotel, saya terjumpa Kak Yun sekeluarga
Kali terakhir jumpa Kak Yun ialah pada Oktober 2008!
Masa tu beliau masih ada-anak-dua
Harini sudah anak tiga
Takpe Kak Yun, yang penting..sengih saja walau apa yang terjadi..hihi
Saya minta encik suami ambil gambar yang entah-siapa-lukis(ke conteng) di dinding kedai ini
Ianya nampak comel..
Iki “Mommy…mommy…engkaulau ratu hatiku”
Orang Melaka cakap begitukah?




