Archive for February, 2010
Iki belum ke sekolah
Dan tak pernah ke nursery
Kawan baiknya? Mommy nan seketul ini..
Bila ada event ‘membiarkan’ anak anak berkawan
Saya mahu Iki turut serta
(Biarpun dalam banyak masanya, Iki berkepit-sekejap-sekejap-cari-mommy-mana?)
It was a beautiful event
7 February 2010 – Parent-Kid Craft Day
Tentatively, Maria Tunku Sabri bersama sama kita pada hari itu
Tapi berikutan ‘aral melintang’, beliau akan menyertai event pada 20 Februari (Sabtu ini) bersama krew Apa Apa Aje
Tema pada hari itu ialah 1Malaysia
Iki pakai……cheongsam?
Dan adik pakai baju-melayu-abang-yang-dah-tak-muat
Adik tak kisah, janji dapat susu kan..kih kihhh
(Tidak…tidak, rambut adik belum dicukur-menjawab soalan FAQs..ekeke)
Mommy Luna tengah prektis mengajar lukisan nih
Mengelakkan kantoi disitu tak pandai melukis, propa saja lebih..ahaha
Gambar gambar sepanjang event dalam entri Farah
Aktiviti selepas habis kelas
Saya dan Haza melayan anak anak, Zafran, Iki & Sara buat sand art
Agak tertekan jugala bilamana kita nak buat cantik2 tapi anak anak ada imaginasi sendiri (seperti – nak keretapi warna hitam semua-abih-tayar-nak-warna-apa?)
Nota Omei : Syioknya diorg ni…cepatlah saya besar macam mereka!
Tudung zus zas zus zas anak dorang disini
Daftar tempat anak anda bersama playgroup Sara Kids pada hari Sabtu ini
Tarikh: 20 Februari
Hari: Sabtu
Masa: 10 am – 12.30 pm
Tempat: Butik Sarakids, 42-1, 1st Floor, Taman TTDI Jaya, 40150, Shah Alam, Selangor
Warna Tema: Biru, Kuning atau Merah (warna logo TV3)
Modul:
Sesi 1: Cupcake Decoration (Kids & Parents) (ART) & group presentation
Sesi 2: Beads & Paste Session
Sesi 3: Games & Musical Instrument
Sesi 4: Dance
Sesi 5: Photography & dismissed
Terbuka pada kanak2 1 tahun setengah – 5 tahun
Bayaran: RM 100 (termasuk apron, cupcake, sugar icing, beads, drawing blocks & lain2)
Sila buat pembayaran pada PSA MARKETING 562478124674 (maybank) dan daftar di admin@sarakids.com
For our little artist…
It takes a certain wisdom to help a child to grow
There are times we want to intervene and let adult “know how” show
For a child the worlds a delightful test.
At times they struggle, at times make a mess.
If we love them, guide them and let them be,
We nurture individuality.
Life is like an empty canvas,
so vast and so grand.
We must supply our children the paintbrush,
but we should not move their hand.
Saya demam, terlebih makan limau agaknya
Sedikit sahaja nikmat ditarik iaitu sakit tekak dan selsema
Dah rasa tak lalu lesu
Mujur selera makan masih tidak tergugat…hihihi
Blog yang bersawang sawang Itsy Bitsy Spider ini masih dilawati biarpun dalam musim musim limau mandarin ini
Terima kasih kepada 1,536 pembaca itu!
Kelainan dalam blog Luna sempena Tahun Aummm(ini bunyik harimau) ini ialah..
tadaaaaa….
Saya dah tambah widget LinkWithin dan Related Posts di blog
Melalui pendekatan ini (aiceh, berangan jadi menteri weh), agak mudah bagi kita untuk mengakses cerita cerita lama di blog ini
Kenapa berblog?
Saya dah berkali kali tutup dan buat semula blog
Lari dari bayang bayang sendiri gamaknya
Daripada nick Silhouette kepada Luna
(Asal nama Diyaluna ialah Dia ialah Luna-ada diceritakan disini)
Saya suka menulis-biar tak tahu apa butirnya
(Sama macam ada orang suka bersolek, suka mandi, suka makan..ekek)
Dan saya sebenarnya malu-alah bila orang baca blog saya
Tapi kalau malu, simpanlah bawah bantal, ye tak?
Hihihi..saya pun tak faham apa saya cuba sampaikan
Anda suka, saya lebih suka
Anda tak sukak saya, klik X di bahagian atas kanan..hihi
Tahun Aumm (read as CNY) saya?
(Konsep 1Malaysia, sume raya..hihi)
Jalan jalan cari makan anak beranak
Iki suka ‘meniru’ idolanya
“Nak buat tangan macam daddy”
“Nak itu ini macam daddy”
Kadang kadang saya tanya, nak wanita cantik macam isteri daddy tak? kih kihhhh…
(Kompom Iki diam tak terjawab soalan saya)
Saya amat susah memilih kasut
Sepasang kasut saya dipakai bertahun tahun sampai tarikh luput
Jauh bezanya jika dibandingkan dengan kasut kawan kawan seofis saya dulu
Bayangkan, dari tahun 2003 (mula berblog) sampailah sekarang (2010), saya ada kurang dari 4 pasang kasut
Niat di hati, teringin nak yang merah menyalaaaa macam dalam entri ni
Tapi bila saya datang bawa kekuatan dalaman (duit) yang mencukupi, design itu tidak ada sudah
Saya mencarikan kasut baru untuk Iki sebenarnya
Sambil omaknyo menyelam di kedai kasut
Saiz yang dicuba : Saiz 6
Kasut konsep Autumn apentah
Niat suci murni acik memang nak yang ada heel berinci inci biar orang nampak bila memandang (sekurang kurangnya)
Maklumlah acik ni rendang tak berbuah orangnya..keh keh
Tapi masa ngetest kasut berheel bagai tu, beberapa kali juga terjelepuk tapi masih sopan menjaga tatasusila tauuu
Nak merah ke purple, purple ke merah?
Agak agak?
Ala….agakla…agakla…
Yang mana ‘serasi’ dengan urat kaki acik?
Konsep kasut bertutup sesuai dengan saya yang jarang berkesempatan potong kuku kaki..keh kehhhh
Semoga Tahun Aummm (CNY) kali ini membawa kesejahteraan 2010 pada semua
Auummmm dari Omei
Selamat Tahun Hari Hari Mau dari Iki
(Dia gigih mengutil adik-seram adik dia bila dibiarkan berdua tanpa pengawasan dewasa cantek..kih kihh)
Nota Misae Luna : Saya suka Sin-Chan sebab translation terbalik2 dalam komik Bahasa Melayu nya…haha
Dengan bantuan technician Lunatots merangkap suami saya, post yang hilang telah berjaya di retrieve melalui google cache
tapi comments tak dapat diselamatkan ![]()
———————————————–
Hampir 2 minggu saya tak update blog
Alasan tidak update amat panjang ke bawah membentuk satu entri jika dibuat dalam bentuk bullet list
(bab2 alasan memang cekap-kerana ianya antara skil yang diperlukan dalam hidup..hihi)
Diringkaskan, masa 24 jam (selepas ditolak waktu tidur) tidak selaras dengan jumlah to-do list saya
(ah, tiap tiap entri cakap begitu..keh keh)
Dan bila ada masa terluang sejam dua
Saya tak dapat menulis didepan laptop
Sebab hati amat runsing
Kenapa hati tak gembira, itu kena tanya hati..kih kih dah setaraf emosi Erra Fa*zira dalam Soal Hati ni..hihi
Penulis blog pun macam penulis novel, penulis skrip, penulis lirik lagu dll
Perlu ada ketenangan semasa menulis bagi mengelakkan karya picisan jatuh-cinta-dalam-kelas-taekwondo-tapi-hero-suka-wanita-ayu-kelab-setem..hihi
Saya masih berkeadaan yang sama dengan sedikit pertambahan kilo dibahagian tertentu (~pasrah)
Terima kasih kepada teman teman yang sms dan email bertanyakan kemana saya pergi
Hari hari saya check-it-out blog cuma jari jemari yang mulus (perlukah tambah mulus?) ni tergamam di depan keyboard
Ada banyak perkara dalam fikiran saya walaupun saya diam (read : terdiam)
Komen dan setiap tulisan kalian menginspirasikan saya dalam menjalani kehidupan harian
Yakinlah setiap dari kita meng’serve’ tugas yang berbeza
Kalaupun manfaatnya bukan untuk kita dan keluarga, mungkin untuk insan lain tambah2 yang seagama, insyaAllah
Ini untuk anda letakkan di blog anda, dari entri ini
Seminggu saya menghadiri kursus keusahawanan
Keluar rumah jam 7 pagi, balik rumah jam 12 malam (18 jam diluar rumah!)
Saya harapkan ilmu yang saya dapat berpekdah kepada diri sendiri (sekurang kurangnya)

“Dan carilah pada apa yang telah dianugerahkan Allah kepadamu (kebahagiaan) negeri akhirat dan janganlah kamu melupakan habuanmu dari (kenikmatan) di dunia.” (Al-Qasas: 77)
Artikel artikel untuk mengingatkan diri saya sendiri disini dan disini
Inspirasi saya?
Untuk menguasai ekonomi borong sesuatu produk
Kita perlukan ramai usahawan Muslim yang berniaga
Untuk memberi zakat dan membantu Muslim lain, kita perlu kaya (read : mempunyai lebihan wang) terlebih dahulu
Macam Saidina Uthman bin Affan yang membeli telaga air bernilai 20000 dirham daripada Yahudi dan airnya diberikan secara percuma kepada semua penduduk Madinah biar apapun agamanya
Saya belajar, duit/harta yang kita ada adalah milik Allah dan kita cuma pengurusnya
Dimana setiap bahagian duit yang kita ada adalah milik orang lain (seperti keluarga, jiran, orang miskin etc etc)
Saya dapat ilmu daripada customer yang datang ke Lunatots
Bukan ilmu baca baca sembur sana sini tau hihihi, tapi ilmu mengurus duit didalam sampul surat
Katakan gaji kita RM3000 setiap bulan
Lepas tolak kereta, rumah,bil itu dan ini, berbaki RM1000
Awal bulan, bahagikan RM1000 itu kepada 6 sampul
- Diri Sendiri (RM200)
- Keluarga – suami, anak-anak, ibu dan mertua (RM300)
- Hutang (RM100)
- Simpanan yang dilupakan – bawah bantal ke, dalam tin milo ke..ahaha. Contoh terbaik, Tabung Haji (akaun yang susah nak dikeluarkan) RM100
- Pelaburan – ASB, ASN, Tabung Haji (RM100)
- Zakat dan sedekah (RM100)
Kawan ajak makan Kenny Rogers masa lunch? Dari sampul 1
Tiang orkid mak dikampung senget, perlu diganti? Dari sampul 2
Kawan ofis ajak main kutu Spectra3? Dari sampul 3
Sila buat buat lupa sampul 4 – guna jika sakit atau terdesak
Disiplinkan diri untuk pelaburan dari sampul 5
Dan asingkan untuk zakat *dihujung tahun dan sedekah setiap bulan dari sampul 6
Rules/Tips:
- Tak muleh amik siap siap duit bulan depan (Contohnya : Bulan ni nak beli kasut berharga RM400, aku nak guna sampul surat 1 bulan ni & bulan depan)
- Kalau ada event contohnya birthday suami, ambil allocation sampul 2 dan jangan guna duit dalam sampul 2 sehinggalah bulan itu tiba (anda dah buleh agak harga hadiah yang mahu diberikan? Tips-kasih sayang adalah priceless…hihi)
Saya belum mencuba kaedah sampul ini tapi saya akan cuba mulai bulan depan
Kenapa tak mula sekarang?
Sebab sekarang tengah bulan, sengkek sudaaaa…hihihi
(Konon2 berdisiplinlah kan, macam dulu dulu dalam jadual-dapat-masa-beli-kasut-sekolah tulis waktu mandi (pagi?) jam 10.30 am, kena tunggu 10.30 am juga walaupun free masa 10.15am-hanya contoh-bukan jadual waktu sebenar)
Kalau masih tak cukup duit, saya plan nak ambil dari sampul orang lain (hihihihi)
Eh, eh serius hokey
Saya akan cuba sistem sampul ini mulai sekarang dengan cara membahagi separuh seperti sampul 1 ada RM100 sahaja, sampul 2 ada RM150 sahaja (sebab pertengahan bulan)
:Mode bawa keluar semua sampul duit raya anak yang ada-tinggal sampul, duit dah yilek pochik:
Saya akan apdet kalian jika ianya berjaya
Jika saya senyapppppp saja lipat semula semua sampul, usahla tanya tanya bimbang mengguris hati mana mana individu tertentu pulaaa (hak hak)
Sambung kisah kursus
Aksesori saya kehulu kehilir
Handbag merah dan cooler bag berisi pam Avent Manual saya
Handbag merah itu buat saya rasa cool tambah tambah bila bawa cooler bag (lawak tak jadi-sekian..haha)

Gambar dari entri ini
Orang lain bawa balik sesuap nasi untuk keluarga
Saya bawa balik susu 45 oz (18 jam) tinggalkan anak..hihi
Sampai muak Dzakwan minum susu
(Harapnya Ayang tak terfikir yang Alang bercadang nak jual susu yang banyak2 ni..hihi)
Dua gambar di bawah macam dah biasa dalam entri bila saya ambil setiap kali nak bertolak ke ‘tempat kejadian’
Maksud saya, bila ada event etc etc
Kelainannya, gambar gambar dibawah diambil dalam perjalanan pulang dan bukan perjalanan pergi macam selalu
Di hampir tengah tengah malam meredah Lebuhraya Persekutuan dengan kelajuan 50km/j-bila-nak-sampai?
Hari ketiga berkursus, saya bertekad nak bawa Dzakwan
Sebab….dah rindukan anak
Tiap tiap hari bila saya sampai rumah, mereka dah tidur
Saya pergi, sebelum mereka bangun
Acik tak tahann…uwaaaa
Dan memperkenalkan……Na-o-mei kami….
Dia angat omei..nyam nyam!
Sebab dia omei, dia dapat ikut mommy pergi kursus
Bila penceramah tanya, saya jawab “takde orang jaga” dengan muka paling kesian tak buleh blah
Tiada siapa yang bertanya sebab walaupun saya usahawan wanita paling cun abad ini, saya masih seorang ibu yang perlu mengutamakan anak anak
(Dan tak perlupun tambah paling cun sebenarnya..ekek)
Na-o-mei kami tidur atas kerusi kursus
Ramai yang kata “kesian dia..”
Kesiankah? Saya rasa Omei bertuah sebab gumbira sebab dapat ikut mommy ke kursus..kan Omei kan?
Hari terakhir kursus, Iki ikut masuk dalam kelas kursus
Dia janji akan jadi budak paling baik abad ini dengan cara cakap slow slow (macam bisik bisik)
Dan dia betul betul berkelakuan baik!
Lain kali boleh ikut mommy pergi kursus lagi ye Iki
Gambar ni masa Iki jumpa aunti Shcher dan cakap “aunty, lukiskan elephant. Mommy Iki tak pandai..”
Semua orang dalam kelas, gelakkan saya
Tapi saya relaks sajaaa sebab tidak menyentuh emosi saya berbanding jika dia cakap “Mommy mok sudaa” haha..
Ini pertama kali Iki naik bas
Kami pergi ala ala lawatan sambil belajar ke kedai usahawan bumiputera lain
Peserta kursus kali ini yang datang dari pelbagai jenis perniagaan (selain perniagaan orang-pintu-ke-pintu..hihi)
Suatu hari nanti, bila saya nampak kalian dalam majalah, surat khabar mahupun anugerah usahawan mana mana
Saya nak kalian tau, yang saya antara orang terawal yang berbangga dengan kalian
Tahniah…kerana memilih menjadi usahawan, dan selamat berusaha!
Kesan kursus terhadap anak anak saya?
Iki jadi fobia amat jika saya tinggalkan dia (walaupun untuk ke toilet)
Sebab hari hari saya menyeludup (ke menyelusup) keluar rumah masa dia tengah leka main
Kelemahan saya? Berat hati nak tinggalkan anak masa dia tengah menangis
Jadi jika saya slow talk beritahu “mommy nak work, Iki tinggal di rumah ye”
Kompom dia menangis sambil bergayut di grill rumah
Dan maknya basah mata, eye liner sume dalam kereta (prffff…ada eye liner kah?)
Efek pada Omei (6.5kg, 2 bulan)?
Tak perlu minum susu perahan lagi, yeay!
Pulang dari kursus sehinggalah ke semalam
Hari hari Iki ikut pergi kerja
“Mommy, boleh Iki ikut pergi work?”
“Kenapa Iki nak ikut mommy pergi work?”
“Sebab Iki nak minum susu nanti”
“Dalam peti ais kan ada? Mommy dah pam”
“Itu adik punya la mommy”
Mommy speechless……haha
Harddisk di server blog saya crash dan selepas restore, semuanya balik ke keadaan asal iaitu t2 hari lepas
Entri terbaru saya, sudah tiada, sudah hilang
Nota Mommy Luna : Kuciwa. Rasa nak saman penat menaip hilang gitu aja
Bermula dari perniagaan online pada Februari 2008
Lunatots kini mempunyai 2 cawangan
HQ dibuka pada Ogos 2009 bertempat di Cheras Business Centre, alamat penuh di entri ini

Dan cawangan kedua di Level 2 Amcorp Mall, di tepi Lebuhraya Persekutuan (Federal Highway)

Kami menjual:
- Rangkaian Produk Penyusuan Susu Ibu
- Lampin Kain Moden Lunatots
- Pelbagai Produk Keibubapaan Alami
Kami menyediakan:
- Kaunseling Khusus Penyusuan Susu Ibu
- Kelas Asas Penyusuan Anjuran Bersama Sara Kids
- Sesi Parents-Kids Art Day
Daripada mimpi (juga boleh dipanggil angan angan), ianya wujud
Tanpa teman teman yang selama ini mendoakan dan menyokong (dalam apa cara sekalipun)
Saya tidak akan kemana mana
Saya jemput anda untuk singgah ke Showroom kami biarpun hanya untuk duduk duduk bersama saya
Terima kasih abang
Walaupun abang memilih emas permata berbanding senyuman saya (apabila ditanya)
Saya tau abang selalu buat yang terbaik (dari mengecat, menyusun CD, menyental lantai, membaiki pintu etc etc)
Untuk kita, untuk sekeluarga, untuk semua..
Nota Mommy Luna : Jam 1 pagi, kami baru pulang dari Amcorp Mall
Esok hingga Sabtu, saya akan berkursus (lagi?)
Saya mungkin tidak dapat bersama anda berbual berjimba
Tapi hati, fikiran dan perut(perlukah?) saya bersama sama anda di blog ini
7 February 2010 – Dah bersedia untuk berkraftangan, melukis dan menari bersama kami?
Daftarkan tempat anda dengan sicantik manis Cik Hawa 016-6178351



































