Saya masih ingat joke masa sekolah dulu
Soalan : Bapak ko sporting tak?
Jawapan : Sporting la juga, petang2 tu dia main badminton atau joging kat area rumah
Haha..anda fahamkah joke tersebut?
Pada suatu petang yang petang (ketandusan kosakata la tu)
Saya ajak satu keluarga bersiar siar di taman
Dalam perjalanan, hujan lebat pula
Jadi kami tukar ke plan B iaitu bersiar siar di Jusco Maluri yang berbumbung
Tapi bila aci tukar tukar plan gitu, etika berpakaian pun jadi kurang tepat..ekeke

Iki tak dapat main gelongsor di plefron (playground)
Mommy gantikan dengan aktiviti di Taman Hiburan Keluarga ye..ekeke

Tukar rm10 untuk 10 token
Dan saya main sampai berpeluh tiak
Ala ala larik konsep, kata nak hiburkan anak tapi kenapakah emaknya hober
Mula2 saya main memasukkan bola ke dalam jaring sorang2

Incik suami ajak bertanding menjaringkan bola
Saya mungkin kalah sbb saya dah penat (mungkin?)
Tapi saya menang gaya tau bang
(haha-yang penting)

Selebihnya gambar mak iki dan iki berpeleseran mencuba semua jenis mainan
We were having fun!

Kami main mainan yg simple2 saja
Saya ajak mereka menari di atas step2 berwarna warni itu tanpa memikirkan huduhnya saya menari di khalayak ramai (bini siapakah?)
Mujur semua org (termasuk iki) tak mahu temankan..keke

Menjadi parents, kalau dunia boleh dibeli
Pasti kita hadiahkan utk anak anak, kan?

Kawan2, saya bukannya sibuk
Tapi belum pandai membahagikan masa dgn jumlah anak anak (haha)

Polisi Penyusuan Susu Ibu Sedunia
Semua bayi disusukan dgn susu ibu sahaja tanpa air suam atau makanan lain selama 6 bulan pertama.
Makanan pelengkap dimulakan selepas 6 bulan dan penyusuan susu ibu diteruskan sehingga 2 tahun atau lebih.
Berikan bayi anda susu gred 1 iaitu susu ibu yg diberi secara terus
Susu gred 2 ialah susu perahan ibu
Susu gred 3 ialah susu dari ibu lain yg menjadi ibu susuan
Gred 4 ialah susu formula
Nota Mommy Luna : 2-3 harini saya terusik bila mendengar cerita ada bayi yg disusukan dgn creamer pekat manis lantaran kesempitan hidup, dan ada yg makan nestum dgn air suam kerana bayi menolak susu formula.
Dimana saya,dimana kita?
It doesnt matter how far you go but what matter most are the experiences you’ve gained along the way..
Related posts:






enjoy jugak ye kalau dapat bermain di taman hiburan keluarga mcm ni. kalau sy selalu membayangkan ia hanya utk kanak-kanak atau remaja. rupanya mak-mak budak atau mak budak-budak jugak boleh turut bermain!
haa…baby minum susu pekat? siannya
sedihnya dengar
Ha ha…
Naper la sue tak ajak akak join… boleh akak temankan lompat-lompat joget. tak per.. U-ul tak kesah
Sue,citer baby yang disusukan dengan susu krimer pekat manis bukan baru….zaman bapa2 saudara saya time baby telah disuakan dengan susu pekat manis tu…..sebabnya opah saya sebuk nak beronggeng ngan atuk kuar tengok wayang atau berpeleseran ngan kawan2 atau keluar ke bendang, dah besar sket susu pekat manis tu di gantikan dengan air teh or sirap….kuasa Allah semua anak2 dia hidup dan berjaya…tapi saya amat2 kasihan dengan nasib mereka sepatutnya waktu camtu la mereka dapat susu ibu or kurang2nya bagi la susu yang proper sket…pelik kan patut zaman tu dah ada konsep ibu sususan kan
kak…permainan yg akak main tu mmg permainan feveret zah dan suami tau…mai penang nati leh la kita buat bertanding bersama…
*walaupun saya bg susu gred ke 2..saya bangga sebab almost 1 year dah kak…huhuhu
mereka kurang bimbingan. mungkin mereka rasa susu formula itu mahal, maka bg susu pekat manis aje. padahal ada susu mahal yg boleh dpt secara percuma jika betul caranya (iaitu susu ibu).
baru2 nie keluar kat berita, anak HANYA MAHU MINUM SUSU walaupun dah umur 9 thn. dia taknak makan apa2 pun termasuk la nasi. muka budak tu sengih2 je happy. tp sedih tgk mak dia yg nangis harapkan pertolongan dari doktor. ni dah kes lain pulak. hmm
off topic jap. sue tgk x berita psl kaki budak yg tersepit kat escalator tu. ngeri je video. abg izat dok jerit2 tutup mata kat depan tv time tu.
tpkan sue, rasanya waktu sekarang, ilmu menyusu n ibu yg menyusukan smakin bertambah especially ibu-ibu muda. saya rasa bangga bila berada di shopping complex rmai ibu2 muda menyusukan baby mereka dari memberi susu botol… kerana kesedaran dan adanya sokongan ibu2 lain melalui webite mcm sue ni menjadi semangat kepada ibu-ibu lain..
alang..tu diolag ayang dgn sarah adik bilik ayang kat rhba dulu. ayg x sanka dia pandai melawak.
zakwan makan apa tu? elok je dia nganga.
ayang tersentuh juga tgk kanak2 sekolah masih berpakaian sekolah duduk melangut di kedai mkn, mengikut bapaknya yang nk bergosip di watu mlm (11 lebih) hanya kerana bapanya bercerai dgn ibu dan perlu bela anak dan terpaksa bawa anaknya ikut ke mana saja. (pemerhatian ayg terhadap kedai mkn sebelah)
kasihan sejak pagi dgn baju sekolah. homeworknya bagaimana? ibunya tahukah? bagaimanakah dia membesar nanti? esok pagi perlu ke sekolah, bapanya tahu kah?
kadang2 ayang rasa kebanyakan yang berkahwin lebih kepada nafsu, bukan kerana mahu menjadi ibubapa yang baik. (maaf ayang emosi) xde kaitan dgn entry alang kan? hahaha
apapun, syabas alang kerana cuba menjadi ibu yang baik wpun alg rasa huru hara.
lamanya saya tak masuk blog ni.. wah, happy sungguh ibu 2 anak nih.. best.. saya mungkin tak mampu mnari2 disitu.. tapi sekali-sekala best juger.. hehe..