Dengan bantuan technician Lunatots merangkap suami saya, post yang hilang telah berjaya di retrieve melalui google cache
tapi comments tak dapat diselamatkan
———————————————–
Hampir 2 minggu saya tak update blog
Alasan tidak update amat panjang ke bawah membentuk satu entri jika dibuat dalam bentuk bullet list
(bab2 alasan memang cekap-kerana ianya antara skil yang diperlukan dalam hidup..hihi)
Diringkaskan, masa 24 jam (selepas ditolak waktu tidur) tidak selaras dengan jumlah to-do list saya
(ah, tiap tiap entri cakap begitu..keh keh)
Dan bila ada masa terluang sejam dua
Saya tak dapat menulis didepan laptop
Sebab hati amat runsing
Kenapa hati tak gembira, itu kena tanya hati..kih kih dah setaraf emosi Erra Fa*zira dalam Soal Hati ni..hihi
Penulis blog pun macam penulis novel, penulis skrip, penulis lirik lagu dll
Perlu ada ketenangan semasa menulis bagi mengelakkan karya picisan jatuh-cinta-dalam-kelas-taekwondo-tapi-hero-suka-wanita-ayu-kelab-setem..hihi
Saya masih berkeadaan yang sama dengan sedikit pertambahan kilo dibahagian tertentu (~pasrah)
Terima kasih kepada teman teman yang sms dan email bertanyakan kemana saya pergi
Hari hari saya check-it-out blog cuma jari jemari yang mulus (perlukah tambah mulus?) ni tergamam di depan keyboard
Ada banyak perkara dalam fikiran saya walaupun saya diam (read : terdiam)
Komen dan setiap tulisan kalian menginspirasikan saya dalam menjalani kehidupan harian
Yakinlah setiap dari kita meng’serve’ tugas yang berbeza
Kalaupun manfaatnya bukan untuk kita dan keluarga, mungkin untuk insan lain tambah2 yang seagama, insyaAllah
Ini untuk anda letakkan di blog anda, dari entri ini
Seminggu saya menghadiri kursus keusahawanan
Keluar rumah jam 7 pagi, balik rumah jam 12 malam (18 jam diluar rumah!)
Saya harapkan ilmu yang saya dapat berpekdah kepada diri sendiri (sekurang kurangnya)

“Dan carilah pada apa yang telah dianugerahkan Allah kepadamu (kebahagiaan) negeri akhirat dan janganlah kamu melupakan habuanmu dari (kenikmatan) di dunia.” (Al-Qasas: 77)
Artikel artikel untuk mengingatkan diri saya sendiri disini dan disini
Inspirasi saya?
Untuk menguasai ekonomi borong sesuatu produk
Kita perlukan ramai usahawan Muslim yang berniaga
Untuk memberi zakat dan membantu Muslim lain, kita perlu kaya (read : mempunyai lebihan wang) terlebih dahulu
Macam Saidina Uthman bin Affan yang membeli telaga air bernilai 20000 dirham daripada Yahudi dan airnya diberikan secara percuma kepada semua penduduk Madinah biar apapun agamanya
Saya belajar, duit/harta yang kita ada adalah milik Allah dan kita cuma pengurusnya
Dimana setiap bahagian duit yang kita ada adalah milik orang lain (seperti keluarga, jiran, orang miskin etc etc)
Saya dapat ilmu daripada customer yang datang ke Lunatots
Bukan ilmu baca baca sembur sana sini tau hihihi, tapi ilmu mengurus duit didalam sampul surat
Katakan gaji kita RM3000 setiap bulan
Lepas tolak kereta, rumah,bil itu dan ini, berbaki RM1000
Awal bulan, bahagikan RM1000 itu kepada 6 sampul
- Diri Sendiri (RM200)
- Keluarga – suami, anak-anak, ibu dan mertua (RM300)
- Hutang (RM100)
- Simpanan yang dilupakan – bawah bantal ke, dalam tin milo ke..ahaha. Contoh terbaik, Tabung Haji (akaun yang susah nak dikeluarkan) RM100
- Pelaburan – ASB, ASN, Tabung Haji (RM100)
- Zakat dan sedekah (RM100)
Kawan ajak makan Kenny Rogers masa lunch? Dari sampul 1
Tiang orkid mak dikampung senget, perlu diganti? Dari sampul 2
Kawan ofis ajak main kutu Spectra3? Dari sampul 3
Sila buat buat lupa sampul 4 – guna jika sakit atau terdesak
Disiplinkan diri untuk pelaburan dari sampul 5
Dan asingkan untuk zakat *dihujung tahun dan sedekah setiap bulan dari sampul 6
Rules/Tips:
- Tak muleh amik siap siap duit bulan depan (Contohnya : Bulan ni nak beli kasut berharga RM400, aku nak guna sampul surat 1 bulan ni & bulan depan)
- Kalau ada event contohnya birthday suami, ambil allocation sampul 2 dan jangan guna duit dalam sampul 2 sehinggalah bulan itu tiba (anda dah buleh agak harga hadiah yang mahu diberikan? Tips-kasih sayang adalah priceless…hihi)
Saya belum mencuba kaedah sampul ini tapi saya akan cuba mulai bulan depan
Kenapa tak mula sekarang?
Sebab sekarang tengah bulan, sengkek sudaaaa…hihihi
(Konon2 berdisiplinlah kan, macam dulu dulu dalam jadual-dapat-masa-beli-kasut-sekolah tulis waktu mandi (pagi?) jam 10.30 am, kena tunggu 10.30 am juga walaupun free masa 10.15am-hanya contoh-bukan jadual waktu sebenar)
Kalau masih tak cukup duit, saya plan nak ambil dari sampul orang lain (hihihihi)
Eh, eh serius hokey
Saya akan cuba sistem sampul ini mulai sekarang dengan cara membahagi separuh seperti sampul 1 ada RM100 sahaja, sampul 2 ada RM150 sahaja (sebab pertengahan bulan)
:Mode bawa keluar semua sampul duit raya anak yang ada-tinggal sampul, duit dah yilek pochik:
Saya akan apdet kalian jika ianya berjaya
Jika saya senyapppppp saja lipat semula semua sampul, usahla tanya tanya bimbang mengguris hati mana mana individu tertentu pulaaa (hak hak)
Sambung kisah kursus
Aksesori saya kehulu kehilir
Handbag merah dan cooler bag berisi pam Avent Manual saya
Handbag merah itu buat saya rasa cool tambah tambah bila bawa cooler bag (lawak tak jadi-sekian..haha)

Gambar dari entri ini
Orang lain bawa balik sesuap nasi untuk keluarga
Saya bawa balik susu 45 oz (18 jam) tinggalkan anak..hihi
Sampai muak Dzakwan minum susu
(Harapnya Ayang tak terfikir yang Alang bercadang nak jual susu yang banyak2 ni..hihi)
Dua gambar di bawah macam dah biasa dalam entri bila saya ambil setiap kali nak bertolak ke ‘tempat kejadian’
Maksud saya, bila ada event etc etc
Kelainannya, gambar gambar dibawah diambil dalam perjalanan pulang dan bukan perjalanan pergi macam selalu
Di hampir tengah tengah malam meredah Lebuhraya Persekutuan dengan kelajuan 50km/j-bila-nak-sampai?
Hari ketiga berkursus, saya bertekad nak bawa Dzakwan
Sebab….dah rindukan anak
Tiap tiap hari bila saya sampai rumah, mereka dah tidur
Saya pergi, sebelum mereka bangun
Acik tak tahann…uwaaaa
Dan memperkenalkan……Na-o-mei kami….
Dia angat omei..nyam nyam!
Sebab dia omei, dia dapat ikut mommy pergi kursus
Bila penceramah tanya, saya jawab “takde orang jaga” dengan muka paling kesian tak buleh blah
Tiada siapa yang bertanya sebab walaupun saya usahawan wanita paling cun abad ini, saya masih seorang ibu yang perlu mengutamakan anak anak
(Dan tak perlupun tambah paling cun sebenarnya..ekek)
Na-o-mei kami tidur atas kerusi kursus
Ramai yang kata “kesian dia..”
Kesiankah? Saya rasa Omei bertuah sebab gumbira sebab dapat ikut mommy ke kursus..kan Omei kan?
Hari terakhir kursus, Iki ikut masuk dalam kelas kursus
Dia janji akan jadi budak paling baik abad ini dengan cara cakap slow slow (macam bisik bisik)
Dan dia betul betul berkelakuan baik!
Lain kali boleh ikut mommy pergi kursus lagi ye Iki
Gambar ni masa Iki jumpa aunti Shcher dan cakap “aunty, lukiskan elephant. Mommy Iki tak pandai..”
Semua orang dalam kelas, gelakkan saya
Tapi saya relaks sajaaa sebab tidak menyentuh emosi saya berbanding jika dia cakap “Mommy mok sudaa” haha..
Ini pertama kali Iki naik bas
Kami pergi ala ala lawatan sambil belajar ke kedai usahawan bumiputera lain
Peserta kursus kali ini yang datang dari pelbagai jenis perniagaan (selain perniagaan orang-pintu-ke-pintu..hihi)
Suatu hari nanti, bila saya nampak kalian dalam majalah, surat khabar mahupun anugerah usahawan mana mana
Saya nak kalian tau, yang saya antara orang terawal yang berbangga dengan kalian
Tahniah…kerana memilih menjadi usahawan, dan selamat berusaha!
Kesan kursus terhadap anak anak saya?
Iki jadi fobia amat jika saya tinggalkan dia (walaupun untuk ke toilet)
Sebab hari hari saya menyeludup (ke menyelusup) keluar rumah masa dia tengah leka main
Kelemahan saya? Berat hati nak tinggalkan anak masa dia tengah menangis
Jadi jika saya slow talk beritahu “mommy nak work, Iki tinggal di rumah ye”
Kompom dia menangis sambil bergayut di grill rumah
Dan maknya basah mata, eye liner sume dalam kereta (prffff…ada eye liner kah?)
Efek pada Omei (6.5kg, 2 bulan)?
Tak perlu minum susu perahan lagi, yeay!
Pulang dari kursus sehinggalah ke semalam
Hari hari Iki ikut pergi kerja
“Mommy, boleh Iki ikut pergi work?”
“Kenapa Iki nak ikut mommy pergi work?”
“Sebab Iki nak minum susu nanti”
“Dalam peti ais kan ada? Mommy dah pam”
“Itu adik punya la mommy”
Mommy speechless……haha
Related posts:






















salam sue…windu btol nk tgk entri br…heheheh
wow..smoga sue dpt jd usahawan islam yg berjaya di dunia n akhirat..ptut la dh lama x apdet…
bgus la iki…dia dh tunjuk yg dia boleh n akan buat ape yg dia ckp..nmpak sgt iki rindu kat mommy..hehehe klakar bile imagine iki ckp slow2 ala2 berbisik gitu..n tersentuh plak bila iki rasa mcm dia bertanggungjawab utk x usik bekalan adik…chewahh..heheh..yg sbnarnye, iki mesti rindu nk pluk n manja2 dgn sue kan..
xpe sue…tabahkan hati n kuatkan smangat..e2 sume pengorbanan sue utk mrk smua…
susah2 dulu..sng2 kengdian..
salam sue, da besar da omei sue kan…mcm kejap masa berlalu….tp apa kite lalui itu x dpt dirasa oleh org lain….tp xpe…ape yg sue rs dpt diluahkn disini…& kami ibu2 yg berganding bahu utk memberi yg terbaik utk anak kite akan sentiasa menyokong & berada dibelakang sue…semoga berjaya….”blm sempat lg melawat kedai br sue di amcorp mall,padahal dkt je ngan tmpt keje”
sy igt lg…1st posting kat entry nie…tp dah ilangkn…nk wat camner…
tgk stock kak sue…bestnyer…camner leh dpt 40++oz dlm 18 jam ek…mummy pun tingin nk camtue gak…huhuhu…
sue,
sy dh start guna sampul2 tu 2-3 bulan.. mmg efektif jugaklah… wpun kekadang kena curik dr sampul standby tu beberapa kali.. heheheh…
tp sy ada 8-9 sampul… mula2 susah juga nk manage.. tp lama2… ade juga lebihan dr sampul2 tersebut yg buleh dimasukkan lam saving tiap2 bulan.
kalau tahap kerajinan TINGGI, insyaallah sy akan share jugak kat blog…:)
.-= laila´s last blog ..Header cute-mute dan comelss.. perasan tak? =-.
salam sue,
boleh tak PM hanis, kat mana sue dapat info pasal kursus keusahawanan islam tu ye/
thanks dear..
Salam sue, lama x tgglkan komen d blog shomels ni… kagum ngan sue, 45oz dlm 18 jam..seronoknyer sue, tumpang gembira..harap sgt dpt cmtuh..
—
Salam Zura, InsyaAllah untuk adik Aina nanti, Zura boleh buat begitu.
Sue menyusukan 2 orang anak, jadi supplynya lebih (Supply and Demand kan dear)
Sue doakan yang baik baik untuk Zura sekeluarga
hai sue….geng jugak dgn sue tk suke bile org kate “kesian budak ni” padahal kite berikan yang terbaik dan cuba yang terbaik. sama2 la kita bersabar. feb28 arituh g amcorp mall. beli used books kat cheaperbooks. siap letak alarm nk g kedai sue. boleh la luper..ralat sungguh ase..sbb terkejar2 lepas tu nk g kenduri tanjung karang, terus luper. anyway congrats on your new shop :)) insya allah ada kesempatan ayuni smpai la kat kedai sue..
—
Ayuni : Wahh…dah sampai Amcorp Mall dan meneruskan perjalanan tanpa singgah Lunatots :mode hentak2 kaki sambil tarik2 rambut: hihi…
Ayuni, lain kali buleh datang lagi.. Bawa baby tengok warna ‘merah’ di Lunatots