Saya demam, terlebih makan limau agaknya
Sedikit sahaja nikmat ditarik iaitu sakit tekak dan selsema
Dah rasa tak lalu lesu
Mujur selera makan masih tidak tergugat…hihihi
Blog yang bersawang sawang Itsy Bitsy Spider ini masih dilawati biarpun dalam musim musim limau mandarin ini
Terima kasih kepada 1,536 pembaca itu!
Kelainan dalam blog Luna sempena Tahun Aummm(ini bunyik harimau) ini ialah..
tadaaaaa….
Saya dah tambah widget LinkWithin dan Related Posts di blog
Melalui pendekatan ini (aiceh, berangan jadi menteri weh), agak mudah bagi kita untuk mengakses cerita cerita lama di blog ini
Kenapa berblog?
Saya dah berkali kali tutup dan buat semula blog
Lari dari bayang bayang sendiri gamaknya
Daripada nick Silhouette kepada Luna
(Asal nama Diyaluna ialah Dia ialah Luna-ada diceritakan disini)
Saya suka menulis-biar tak tahu apa butirnya
(Sama macam ada orang suka bersolek, suka mandi, suka makan..ekek)
Dan saya sebenarnya malu-alah bila orang baca blog saya
Tapi kalau malu, simpanlah bawah bantal, ye tak?
Hihihi..saya pun tak faham apa saya cuba sampaikan
Anda suka, saya lebih suka
Anda tak sukak saya, klik X di bahagian atas kanan..hihi
Tahun Aumm (read as CNY) saya?
(Konsep 1Malaysia, sume raya..hihi)
Jalan jalan cari makan anak beranak
Iki suka ‘meniru’ idolanya
“Nak buat tangan macam daddy”
“Nak itu ini macam daddy”
Kadang kadang saya tanya, nak wanita cantik macam isteri daddy tak? kih kihhhh…
(Kompom Iki diam tak terjawab soalan saya)
Saya amat susah memilih kasut
Sepasang kasut saya dipakai bertahun tahun sampai tarikh luput
Jauh bezanya jika dibandingkan dengan kasut kawan kawan seofis saya dulu
Bayangkan, dari tahun 2003 (mula berblog) sampailah sekarang (2010), saya ada kurang dari 4 pasang kasut
Niat di hati, teringin nak yang merah menyalaaaa macam dalam entri ni
Tapi bila saya datang bawa kekuatan dalaman (duit) yang mencukupi, design itu tidak ada sudah
Saya mencarikan kasut baru untuk Iki sebenarnya
Sambil omaknyo menyelam di kedai kasut
Saiz yang dicuba : Saiz 6
Kasut konsep Autumn apentah
Niat suci murni acik memang nak yang ada heel berinci inci biar orang nampak bila memandang (sekurang kurangnya)
Maklumlah acik ni rendang tak berbuah orangnya..keh keh
Tapi masa ngetest kasut berheel bagai tu, beberapa kali juga terjelepuk tapi masih sopan menjaga tatasusila tauuu
Nak merah ke purple, purple ke merah?
Agak agak?
Ala….agakla…agakla…
Yang mana ‘serasi’ dengan urat kaki acik?
Konsep kasut bertutup sesuai dengan saya yang jarang berkesempatan potong kuku kaki..keh kehhhh
Semoga Tahun Aummm (CNY) kali ini membawa kesejahteraan 2010 pada semua
Auummmm dari Omei
Selamat Tahun Hari Hari Mau dari Iki
(Dia gigih mengutil adik-seram adik dia bila dibiarkan berdua tanpa pengawasan dewasa cantek..kih kihh)
Nota Misae Luna : Saya suka Sin-Chan sebab translation terbalik2 dalam komik Bahasa Melayu nya…haha
Related posts:














hahahahaha … gelak akak tengok ekspresi muka iki ngan omei …
yang sorang tu macam – ‘Ahahahaha, finally … ditinggalkan berdua ngan adik … adik, sila bersediaaa … hahahahaha’
yang sorang tu plak – ‘Tidaaaaaaakkkkkk … jgn tinggal daku berduaaaa … mommy ….HELP!!!’
.-= DNNA´s last blog ..Ketagihan =-.