Disclaimer
    The entire contents of this blog are based upon the opinions of author unless stated otherwise noted. The information in this blog is not intended to replace a one-on-one consultation with lactation consultant. It is a sharing information and knowledge from the research of author. This blog outlines sources, ideas and suggestions on breastfeeding your baby. The author and family disclaim any liability arising directly or indirectly from the use of the information contained in this blog.
[Google]
Announcement
    Lunatots Booth (Maju Junction)
    Date : 1-30 Sep 2010
    Venue : LG Floor, Maju Junction KL
    Time : 10.30 am - 7 pm
    Contact No : 010-2414050 (HOTLINE)
Luna’s Counter
Friends Online

View My Stats
Nuffnang ADV
Sponsor





Calendar
Luna’s Shop
Readers
Lunatots @HotFM
ShoutBox

Archive for March, 2010

Saya belum bangun bangun dari kerusi yang saya duduki dari pagi tadi
(Bangun la sekejap sekejap nak tencing, anak poo poo, marah Iki main plug etc etc)
Menyiapkan kerja yang tak sudah sudah
Sebenarnya kalau ailike (saya suka sangat) duduk depan Adobe Photoshop
Seharian, semalaman pun takpe!
Walaupun outputnya sedang sedang sahaja…eden toraiiii..ekeke

Sebelum sebelum ni, saya buatkan birthday card untuk bos
Dan sikit sikit event keluarga seperti kenduri Kak Yong
Brochure Lunatots pun saya upah diri sendiri tawww….hihih

Produk baru Lunatots iaitu Bamboo Insert (pelapik buluh)

Cara memakainya seperti dibawah:

Promosi bulan April 2010 iaitu 1 CD Velcro (bersama 1 mikrofiber insert) dengan 1 bamboo insert
Harga asal RM79, kini hanya RM63! (Penjimatan 20%)

Acik Luna sekarang berpersatuan bagai…ekeke
Karnival Usahawan Wanita di Dataran Merdeka pada 2 hingga 4 April 2010
10 pagi hingga 10 malam (Perghhhh)

Sekian,
Dari saya-bukan-graphic-designer

Saya kesian tengok suami dan anak anak dan adik adik Lunatots
Berkerja 7 hari seminggu, pagi sampai ke malam
Masing masing bermata Panda
Jadi pada suatu pagi yang memberangsangkan, saya buatkan ’sosej digulung dalam roti’ (macam biasa, nama menu sama dgn cara cara menyediakan..ekeke)

Penyediaannya begini:

  • Lenyekkan roti jadi nipis mengikut kreativiti
    (Guna sudu buleh, penggiling, tenggiling etc etc)
  • Sapukan butter
    (Tu dia..sesudu butter tertinggal di satu bahagian dalam gambar..ekeke)

  • Goreng sosej terlebih dahulu
    (Saya beli yang sosej berisi cheese…menggiurkan!)
  • Letakkan sosej dibahagian tengah roti, letakkan keju dan gulungkannya
    (Gunakan kuning telur untuk ‘melekat’ kan roti)
  • Celup dalam telur dan gelekkannya dengan bread crumb
  • Goreng sebentar dan siap untuk dimakan

Selamat mencuba!

Saya gembira berjumpa ibu bapa pada setiap bulan semasa Kelas Penyusuan
Sebab sama sama kami dapat berkongsi cerita dan pengalaman
Kelas 21 Mac tempohari, anak anak dan suami tinggal dirumah sebab ada mertua dirumah saya
Jadi acik lone ranger-sesuaikah guna ayat itu..ekeke

Dah sudah habis kelas, baru perasan yang saya belum tidak ambil gambar kelas
(Gambar sendiri, ambil awal awal semasa sesi Farah..ekeke <–yang ini ingat pula?)

Saya perasan, saya senyum semanis mungkin pun nampak penat..ekek
Pagi ni masa nak pakai seluar, saya sangkutkannya pada pinggul dan bukan lagi punggung
(Hoooooo….fahamkah? Haha)

Bila bersendirian tanpa mr technician dan mr photographer (jgn keliru, ianya org yg sama! Haha)
Gambar sepanjang kelas pun tiadaaa
Mujur ada beberapa gambar ihsan dari Ila
Kelas bulan Mac adalah khusus untuk ibu ibu yang hampir melahirkan
Kelas seterusnya ialah pada 10 April (Sabtu)
Terhad untuk 5 pasangan sahaja

Kelas yang kecil membuatkan komunikasi lebih berkesan, insyaAllah
Setiap dari yang hadir boleh diulas ceritanya dan sama sama memberi cadangan
Yang baik itu milik Dia, yang kurang itu kelemahan kami dan akan cuba diperbaiki dari hari ke hari

Review dari Ila:

kak sue alhamdulillah berkat attend course kak sue hari tu n ila da start praktikkan pump every 3hrs n 20 minit for each session, alhamdulillah stok da semakin banyak n rite now ila dah xrisau bila nak tinggalkan farish bila ila ada class…thaks kak sue..jadi syok n bangga jadi breastfeeding mommy…tq yerk!!

Nota Mommy Luna : Yang sedikit itulah yang kami kongsikan. Terima kasih atas sokongan semua.
Dari hati Puan Sue & Puan Farah


okes..saya ant. silent reader..sbb dh suh tnya soalan nih, nak tnya..ada tak kes awal menopause pada usia sblm 35 tahun? sbb saya rasa ada alami simptom awal seperti berpeluh yg amat sgt (mlm dan time hujan pun berpeluh sakan), tak minat dgn hubungan kelamin (vagina kering, takde napsu)..period plak tak sure sbb saya guna kaedah injection utk merancang keluarga…
harap dapat feedback dari su…
tengs..
Terima kasih Mokcik diatas soalan diatas
Saya jawab secara ringkas ye
Menopause  ialah satu fasa dalam hidup wanita dimana organ reproductive kita mula berhenti menghasilkan telur dan period bulanan tidak lagi hadir
Early menopause = menopause sebelum umur 45 tahun dan biasanya berlaku 1% daripada wanita didunia
Premature menopause = menopause sebelum umur 40 tahun
Kalau dalam kes mokcik, sebelum 35 tahun, tak masuk kategori neh
Walaubagaimanapun, Mokcik boleh berjumpa dengan doktor yang pakar untuk mengesahkan samada Mokcik termasuk dalam golongan ’sangat premature menopausekah’?
Terdapat beberapa faktor yang mendorong premature menopause
Antaranya :
  • Premature Ovarian Failure (POF) – Ovari wanita are not functioning properly
    Autoimmune disorder menyumbang 65% kepada sebab POF dimana badan kita membina antibodi untuk produk kita sendiri (iaitu ovum)
    Baca lebih mengenai POF disini
  • Genetically inherited (mak menopause awal)
  • Memang dilahirkan dengan telur yang sedikit
  • Kesan rawatan kanser seperti kimoterapi dan radiasi
    Radiasi membunuh sel kanser dan healthy cell yang lain seperti hair cell, digestive cells dan ovarian cells

Simptom simptom menopause:

  • Berpeluh
  • Rasa gelisah
  • Emosi up and down

Tiada rawatan untuk premature menopause. Walaubagaimanapun, kita boleh mencuba ‘hormon replacement theraphy (HRT)’

Menjadi wanita, hari hari penuh dengan kitaran pelbagai hormon (menjawab mengapa saya eh kita kita ni always emosi..hih)
Kehadiran hormon2 itu yang membuatkan hari kita adalah ‘hari’ :)

Selain itu mokcik, hormon estrogen dan progesteron yang kurang semasa sedang menyusukan menyebabkan vagina lebih kering
Ia bukannya berkekalan sebaliknya hanya sepanjang tempoh penyusuan anak secara eksklusif (6 bulan pertama)
Ehem, ianya akan jadi natural “birth control” juga..hihi

Biasanya sebelum sesuatu ‘perancang keluarga’ itu diambil, doktor mahupun ibu itu perlu faham kesan kesan sampingan nya baik semasa atau selepas berhenti
Sebaiknya, Mokcik bertanya kepada doktor Mokcik ya

Untuk mengawal keadaan yang berpeluh, sentiasa pakai baju yang materialnya bersesuaian seperti cotton

Apapun, menopause atau premature menopause bukanlah sesuatu yang tidak elok
Ianya hanya satu fasa kehidupan dan it can be a rewarding moment bilamana insan tersayang disekeliling anda menyokong anda!

Nota Mommy Luna : Ulas sikit sikit saja, dulu masa belajar Biologi, saya tidur dalam kelas..keh keh

Gambar dari google.com
Rujukan :
http://www.thirdage.com/menopause
http://www.mother-2-mother.com/menstruation.htm
http://en.wikipedia.org/wiki/Menopause

Saya risau ni
Hati yang risau menambahkan kedutan berbanding kadar sepatutnya kan
Asyik fikir ‘nak tulis apa?’ dan yang paling tepat sebenarnya ialah ‘bila nak tulis?’
Tak sampai hati bila 2800++ kali kawan kawan masuk blog dan ulang ulang baca entri yang sama..haha
(Ya, andalah yang mengaku terpaksa baca entri yang sama berulang kali dan berjaya membuatkan saya rasa bersalah..hihi)

Okeh, kita buat begini nak tak
Anda tanya SOALAN, saya jawab soalan anda
Syarat-syaratnya ialah (tudia, dahla minta tolong, beri syarat pula..hihi)

  • Soalan itu mestilah tidak terlalu peribadi seperti saiz ‘adik adik’  kih kihh
  • Juga tidak boleh berunsurkan provokasi seperti ‘Kalau suami pasang dua tiga kucing berlari, Sue nak buat apa?’
  • Kalau boleh jangan berikan pilihan yang sukar seperti ‘Fahrin Ahmad ke Zakuan tut tut tut’ ye
  • Soalan selain breastfeeding dan cloth diaper..kerana ada manyak soalan begitu yang saya belum jawab
    (Ya ampunnn..)

YANG TERBARU – ADV DI DIYALUNA.COM

Iklankan perniagaan anda di www.diyaluna.com?
Hubungi saya secara email di suraya@lunatots.com

Menurut kata Ms Serindit “Ini semua Sue punya pasal!”
Bila tiba tiba ‘lebih dari biasa’ jumlah tetamu yang bertandang
Alah Kak Serindit, bukan kena hidang hidang sirap pun kannnn…hihih

Efektifkah www.diyaluna.com?
Jeling jeling statistik dibawah

InsyaAllah berkat usaha gigih berterusan dan bertawaduk tiba tiba
Jua aliran rezeki yang hatinya digerakkan Dia
Murahlah rezeki anda, rezeki saya untuk dikongsikan..amin

Duitnya nanti saya salurkan ke Tabung Iki & Omei ya!
*Tabung hadiah Ayang untuk mereka adik beradik
Aitellyu, jangan kata duit syiling yang berterabur keliling rumah, duit sales Lunatots pun Iki masukkan dalam tabung (uwaaaa)

Nota Mommy Luna : Buat modal mereka berniaga aiskrim masa sekolah nanti..hihi

Kuhik kuhik nak siapkan kerja dan tiba tiba teringat
(Kuhik2 tu perkataan direka sendiri yang rasa macam bertepatan dengan perasaan saya sekarang iaitu libang libu..ekeke)
Sambung semula, saya teringat malam ni Earth Hour mulai jam 8.30pm-9.30pm
Bagaimanalah rupa gerai saya di DTHO dalam keadaan gelap gulita ya?

Earth Hour tahun 2009?

Kami sambut di dalam kereta di luar rumah, kompom tak pasang lampu rumahtangga..hihi

Oh oh bagaimana dengan susu perahan yang dibekukan dan berada di dalam peti ais
Terjejaskah?
Ada beberapa perkara yang buleh dibincangkan

1. Tutup lampu sahaja kan? Peti ais biar ON, buleh? :Mode mata kelip kelip: ekeke
2. Satu jam di dalam peti ais yang sedang OFF sempena menyambut Earth Hour? Susu perahan anda masih elok selagi ada kristal ais didalamnya (bukan cair keseluruhannya)
Provided, anda dan anak anak tidak ulang alik buka peti ais menjenguk air sejuk, aiskrim ataupun risaukan susu perahan :)

Salam sayangkan bumi dengan lampin kain moden Lunatots :)

*Gambar di atas tak buleh buh watermark sebab hak milik google..hihi

Related Posts with Thumbnails