Saya tanya suami, apakah saat paling indah yang dia boleh recall masa saya tanya soalan ni?
Dia jawab “masa ofis tak banyak dpt projek dan abg ado byk masa study & bersosial (read as main game) dgn kawan2″
Saya pula?
Masa bergelar NWOM (Not Work at Office Mother)
Pagi pagi hantar Iki ke rumah pengasuh
Kemas rumah sambil menyanyi sakan tanpa mempedulikan perasaan jiran
Kejap kejap duduk depan laptop update blog
Dah nak dekat pukul 2, baru kelam kabut cari seletep, gunting untuk bungkus pesanan
Bila courier datang, beri alasan buat2 sibuk sbb tu lambat bungkus barang
Petang hari shopping barang dapur, masak makan malam, jemput anak dan bergurau senda menanti incik suami pulang kerja
Tiap2 malam diisytiharkan sebagai malam membuat keluarga..hihi
Amoi… panjangnya jawapan saya berbanding jawapan incik suami..keh keh
Persamaan antara jawapan kami ialah
=>bila projek kurang, maka gajik pun tidaklah byk
=>bila bergelar NWOM, maka tiada gaji bulanan
Duit itu ada, biarpun tak berlebih, masih ianya antara moment terindah yg kami boleh recall
Siapa kata duit berkadar langsung dengan kebahagiaan?
Macam kisah pasir, batu kecil dan batu besar di dalam botol
Sebiji botol diisi 2 batu batu besar dimana ianya diibaratkan macam perkara penting dalam kehidupan kita (iaitu keluarga & kesihatan)
Tiada ruang untuk batu besar ketiga
Tapi masih ada ruang untuk memasukkan batu kerikil kecil yang diibaratkan sebagai pekerjaan, pengetahuan dan ketrampilan kita
Juga masih ada ruang untuk dimasukkan pasir pasir diibaratkan hobi dan duit
Sama seperti hidup kita, bilamana kita memasukkan pasir terlebih dahulu didalam botol
Iaitu menumpukan sepenuhnya untuk perkara perkara kecil seperti kemewahan dan kedudukan
Nanti tiada ruang lagi untuk batu besar (iaitu suami dan anak anak)
Sebaliknya jika kita isi ruang tersebut dengan batu besar terlebih dahulu
Pasti ada ruang untuk batu kecil mahupun pasir
Jangan risaukan pekerjaan anda kerana anda pasti ada masa untuk melakukannya
Kerana ia hanya batu kecil
Hari hari kami suami isteri amat padat
Kami memilih menjadi Stay-at-Home-Parents (SAHP) di tahun 2010!
Antara keputusan besar dalam menyusun atur batu batu besar didalam botol
Family first (Atau Iki translate it as Iki first..hihi)
Rutin kejar Iki suruh mandi, siapkan Omei, beg anak anak, siapkan sarapan ala kadar
Nasi goreng zus zas zus zas dan roti nak sapu apa bang (tuna, butter, jem)
Gambar ada manyak dalam folder GO (dulu dikenali sebagai GOBLOG)
Kepada 2000++ kali yang melawat www.diyaluna.com ini, stay tuned ye
Sebab, saya faham..saya juga akan geram bila blog yang saya lawati lama tak berupdate
Rasa nak minta ID dan password nak tolong updatekan..kih kih
Atau nak pi jumpak orang tu minta dia update blog dia sekarang juaaa (wahhh..ganasss)
Saya akan menulis, dan terus menulis waktu dua dua anak tidur
Kalau tiga nanti, macamana?
Empat nanti? Pergghhh… We’ll see…
Bila sesekali dapat peluang update blog, maka entri akan jadi caca merba-tak-tau-nak-tulis-tajuk-apa
Saya nak berkongsi resipi untuk anak yang mudah
Pernah nampak Fillet Ikan Dory di supermarket?
Intonasi ai very the confident “eh ikan Dory kan biru, isi dia putih ye”
Incik suami “kihhh kihhhhh…Pandai pandai saja awak nehhh meneka”
Ikan tu bukan Ikan Dory, nama dia dalam cerita Finding Nemo tu Dory
Maluuu saya tawww
Terus buat buat tunjuk Octopus shomel amat ni
Goreng pun sedap ni…hihi
Nanti saya sambung kisah apa yang mak mak boleh buat dengan ikan Dory tadi ye
Anda lihat tak baju Iki ‘Future Doctor’?
Tiap kali nak sarungkannya, saya rasa serba salah
Saya tak kisah Iki nak jadi apa sebenarnya asalkan jadi orang berguna pada agama, bangsa & negara (kisah la tuuuu sebenarnya…hihi)
Ya ya, asalkan dia boleh sedekahkan alfatihah dan bacakan Yasin di tepi kubur kami suami isteri, sudah besar hati kami
Kalian ada cita cita untuk anakanda kalian?
Kalau Iki nak jadi petani moden pun saya tak kisah bancuhkan kopi dan bawakan makanan tengaharinya ke kebun
Iki dan Omei, restu mommy & daddy sentiasa bersama kalian
Filet Ikan Dory ini adalah ikan yang biasa kita order di kedai makan
Kalau dalam tomyam, ada isi ikan..ikan dory lah itu
Atau kalau makan hidangan ikan berdua-ada-lilin-ditengah2, ianya mungkin ikan Dory
Contoh hidangan seperti dibawah (bukan saya masak-tak beritahu pun anda tahu bukan saya masak..hihi)
- Potong ikan ikut sukak (sebenarnya mengikut hidangan, berapa orang makan dan seorang makan berapa bahagian perlu diambil kira)
- Bahan bahan lain : bawang putih & merah, halia, tauhu dan daun saderi dipotong kecil kecil
- Tuangkan sedikit olive oil, dan campurkan kesemua bahan didalam periuk berserta sedikit air (untuk buat sup)
- Tarappappapaapaa…..sup ikan untuk bekalan hari
tuaIki (Mujur Omei belum makan, tidak lah tergugat maknya hari hari memikirkan makanan mereka)
Sarapan sudah, makanan sudah siap, mandi sudah, zus zas zus zas (bunyi saya berleter)
Kami ke Amcorp Mall terlebih dahulu
Iki sekarang main order “nak pergi Lunatots Cherasssss…uwaaa”
Dah sampai Lunatots Cheras “uwaaa mommyy…nak gi Amcorp Mall”
Wah wah…mommy naikkan bas RapidKL nanti ye. Jadi Iki buleh singgah mana mana yang Iki sukak
Buat masa sekarang (sementara belum pandai naik bas), Iki kena ikut kemana mommy & daddy mahu pergi…hihi
Lepas ke Amcorp Mall, kami pulang ke Cheras membuat urusan pesanan online
Bila rasa lelah, saya baring di lantai dengan anak anak
Seronoknya berkerja dengan mereka bila hari hari rasa ‘dekat’ dihati
Contohnya bila Iki merengek, saya beritahunya “Iki pergi la buat kerja lain selain mommy. Ada banyak lagi perkara menarik dalam dunia ni selain mommy (ya, statement agak keterlaluan)”
Dia akan buat kerja lain seperti mengutil gam dan selamba menuang bedak dan lotion di handbag mommy
Paling kejam, tertumpah sup di lantai lalu memijak2 nasi (untuk menyorokkannya, mungkin)
Saya geram sambil membebel mengemaskan “Iki ni menambahkan kerja mommy yang sedia banyak laaa”
Iki tanya balik “Iki tambah kerja mommy ke?” Prfffff…”Sorry Mommy, Iki tak shengaje, Iki tak buat lagi..”
Bila banyak masa diluar, maka kebanyakan sesinya, kami makan diluar
Mee Rebus Ramli di Tasek, Ipoh
Makan jerung (shark) di Restoren Atap Atap, Amcorp Mall
Rasanya seakan akan ikan pari yang liat
Makan Iki….Aummmmmmmmm!
Muka tak puas hati bila saya rampas bedak yang dia main (read : tuang seisi kedai) macam ala ala warden rampas walkman
Tak payah buat muka macam tu, memang tak dapat balik deee
Makan kueytiaw sup di Cheras Business Centre
Makan Omeii…hihihi
Omei mengalami Nursing Strike – iaitu tiba tiba tak mahu menyusu secara terus (biasa berlaku pada bayi berusia 3 bulan hingga 8 bulan)
Saya saspek sebab saya tinggalkannya lama
*Saya tak bawa Omei setiap hari berkerja
Ianya mungkin kerana:
- Keadaan kesihatan bayi
- Hidung tersumbat
- Jangkitan di telinga yang menyebabkannya sakit setiap kali menyusu
- Jangkitan kulat (thrush) dimulut yang mengganggu proses penyusuan
- Keadaan emosi bayi
- Berlaku perubahan ketara seperti ibu masuk kerja semula (selepas maternity leave yang panjang)
- Merajuk dengan ibu? Sebab lama ditinggalkan atau berjauhan (out station)
- Bayi takut dimarah ibu sebab sebelum ni dia test gigit (sebab gusinya gatal…hihi)
- Bayi mula ‘seronok’ dengan persekitarannya lalu malas menyusu
- Faktor faktor lain
- Penggunaan puting (pacifier) yang menyebabkan bayi tidak berminat untuk minum susu dari payudara
- Nipple preference (bila bayi lebih gemarkan botol berbanding payudara ibu)
- Sesuatu yang baru pada ibu? Perfume baru atau deodorant bau lain?
- Tiada alasan..tiba tiba dia tak rasa mahu minum…hihi
Perkara yang ibu perlu tahu dan lakukan
- Bayi tidak akan membiarkan dirinya lapar (ramai ibu risau bila anaknya tak mahu minum dari breast)
- Berikan bayi minum melalui cup kecil buat sementara
- Banyakkan skin-to-skin contact antara ibu & anak
- Perah susu ibu terlebih dahulu sekiranya anak marahkan let down yang terlalu laju
- Beri baby minum susu dengan posisi yang berbeza (seperti berdiri atau berjalan jalan untuk meng’comfort’kannya)
- Bercakap cakap, pujuk bayi untuk menyusu
- Terima bayi seadanya. Ada minggunya, kita lapar dan nak makan itu ini. Ada minggunya,kita tak kisahkan makan..betul tak?
- Akhir sekali, berdoa. Usaha itu dari kita, keputusannya milik Dia.
Breastfeeding is more than food alone. Ia bukan sekadar memberi anak makan :)
Nota Omei : Yeay, oleh kerana nursing strike ini, aku dapat ikut mommy tiap tiap hari!
Related posts:






















hehe..klaka la sue neh… siap nak updatedkan blog org… sy lak, klu leh nak sue updated blog tiap ari…heeeee….
—
Kih Kih : Sue pun mahuuu juga. Cuma kadang kadang (read as selalunya) anak anak hongeh hongeh sampai maknye tertekan..ekeke
salam kak su,
thanks for this info pasal nursing strike.
apa yg bleh saya simpulkan disini adalah..ecewahhh..(skema)
1. bb saya cm selsema bile mlm (ble observe time siang tak la berair idung dia)
2. ada trush kt sekitar dlm mulut dia.. for hari cuti ble bpeluang mandikan anak sndiri saya basuh gk la dlm mulut tu..tp ada cara lain tak nk menghindari trush ni?
thanks in advance kak for your reply.
—
Salam Intan,
1. Jika bayi tak suka menyusu baring, Intan cuba biarkan dia menyusu sambil meniarap diatas dada ibu (pada waktu malam). Ianya membantu ibu dan bayi berehat.
2. Intan boleh mendapatkan rawatan antibiotik di klinik. Thrush dapat dielakkan dengan cara menyusukan dengan susu ibu dan menjaga kebersihan. Ianya berpunca daripada candida yang mungkin terlekat pada tangan semasa kita menukar lampin bayi mahupun semasa ibu keluar dari tandas.
Terima kasih Intan!