Disclaimer
    The entire contents of this blog are based upon the opinions of author unless stated otherwise noted. The information in this blog is not intended to replace a one-on-one consultation with lactation consultant. It is a sharing information and knowledge from the research of author. This blog outlines sources, ideas and suggestions on breastfeeding your baby. The author and family disclaim any liability arising directly or indirectly from the use of the information contained in this blog.

    Do drop by at any Lunatots Outlet ( Your Parenting Partner) to buy breastfeeding, cloth diaper and babywearing item. Our official website is http://www.lunatots.com

    Kindly do not SMS me to ask about breastfeeding problem as I may not be able to reply it.
    Feel free to communicate through my email suraya'at'lunatots.com for counseling appointment.
facebook.com/suelunatots
Suraya Lunatots

Create Your Badge
Leave me a msg for friend request approval purpose
Networked Blog

[Google]
Announcement
    LUNATOTS AMCORP MALL , MAJU JUNCTION & CHERAS
    010-2414050/012-5880515

    LUNATOTS PENANG
    012-5510829/012-5280515

    LUNATOTS PUTRAJAYA
    010-2548020/013-6042348

    LUNATOTS GIANT KOTA DAMANSARA
    012-6362919

    LUNATOTS GIANT BUKIT TINGGI, KLANG
    012-4895567
Luna’s Counter
Friends Online

View My Stats
Nuffnang ADV
Luna’s Shop
Readers
Lunatots @HotFM
ShoutBox

Acik restoren bawah kedai “Bam bamnye baby, minum Snow ke S26?”
“Minum susu yang terbaik, iaitu susu ibu”
“Hah…cukupke susu ibu je tak perlu campur campur? Anak sihat?”
“Alhamdulillah sihat..”

Dialog 1

Kak Sue, kawan saya cakap kalau nak anak bijak, kena minum susu XYZ
Dia kata, susu ibu sahaja tak cukup untuk perkembangan otaknya selepas 6 bulan nanti
Tapi saya tahu…susu ibu melengkapi sehingga 6 bulan dan seterusnya boleh ambil sumber makanan lain dan penyusuan diteruskan juga, kan?
(Saya senyum, saya gembira berjumpa ibu bapa ini)

Dialog 2

Saya risaula Kak Sue, susu saya cair sebab tu saya decide nak beri anak minum susu formula biar dia sihat
“Macamana Puan tahu susu Puan cair?”
Bila saya pam keluar, ianya cair dan bayi seolah olah tak kenyang2
“Susu Puan elok, sihat dan yang terbaik untuk anak biar apapun kepekatannya dan bayi yang menyusu susu ibu suka ibunya dakap”
Bagi bacaan lebih lanjut di blog Farah

Dialog 3

Susahla minum susu ibu ni Kak Sue, anak asyik berak berak
Banyak lampin nak pakai, nanti kurus kering pula anak kita
“Susu ibu mudah hadam, senang kerja perut dan usus bayi. Sebab tu mudah hadam dan kerap buang air besar. Dan yang dibuang tu benda yang tak elok. Air atau benda benda elok yang membantunya membesar, badan tak singkirkan”

Ye lah tu, tapi saya suka anak saya minum S26 sebab lepas dia minum, dia kenyang dan sendawa
Kalau minum susu ibu, dia tak sendawa
“Puan, biasanya kita makan dan minum berdikit dikit. Bayi yang minum susu ibu akan terbiasa begitu. Sendawa atau tidak bukan penanda aras dia kenyang. Sebaliknya, tengok pertambahan berat badannya dan kencing beraknya seharian”
Saya sedikit terkilan, kalaupun bukan dengan ibu ini
Dengan diri saya sendiri
Majalah? Internet-savvy bagai?
Pendedahan dan kesedaran mengenai susu ibu tidak sampai padanya

Masa saya terhad, kudrat pun tak terjangkau semua
Kalaupun bukan saya yang menyampaikan
Anda juga suara saya kan :)

Susu ibu adalah makanan TERBAIK untuk bayi
Bayi kecil anda perlukan perlindungan, dan susu ibulah yang TERBAIK
Mana mana susu tiruan (aka susu formula) menjadikan susu ibu sebagai rujukan mereka dan kerana itulah formula susunya berubah ubah
Contohnya dahulu kurang A, sekarang sudah AAA
Bukankah kasihan bayi yang minum formula terkurang 2 A?

Susu ibu adalah yang TERCANTIK kerana komposisi susunya (protin, lemak, gula) adalah custom made (dicipta khas) untuk anaknya
Walau siapa pun anaknya
Maksud saya, susu ibu manusia kepada anak manusia
Susu ibu kucing kepada anak kucing

Susu ibu juga adalah yang TERINDAH kerana komposisinya berubah mengikut cuaca dan keperluan bayi!
Istimewa ciptaan Allah kan?
Bila musim panas, susu ibu lebih cair untuk menghilangkan dahaga anak
Bila malam yang sejuk, susu ibu kaya dengan lemak untuk me’manas’kan anak

Ini bayi susu ibu dari jam pertamanya sehingga ke hari ini

He is a calm baby, kan adik?

Sekali lagi, kejayaan penyusuan susu ibu bukan usaha ibu seorang
Ibu yang menyokong, mentua yang memahami, suami yang sering memudahkan kerja, kawan kawan yang sama sama menyusukan anak adalah formula dalam kejayaan ini, insyaAllah

*Photographer ialah Kak Fikir (pengasas Ratuhati.com)

Penyusuan selepas anak berusia 2 tahun?
Anak seronok didakap..
Saya cuba melekakan Iki dengan ‘perkara2′ lain selain saya..hihi

Originality itu penting
Walaupun dalam perkara kecil seperti ‘blog’, kan?

Related Posts with Thumbnails

Related posts:

  1. Kelas Penyusuan di Jabatan Muzium
  2. Relaktasi
  3. Kelas dan Kaunseling Khusus Relaktasi
  4. Definisi ‘breastfeeding’
  5. Growth Spurt-Beralih bulan

14 Responses to “Originality”

  • ye..tepat sekali..knpa? ada org tiru blog su ke??hehe..comel la adik naomei.. berpa kg dah dia??

    Salam Suliana : Tak..takde siapa tiru. Ianya entri mengingatkan diri Sue sendiri supaya sentiasa menjadi ori bangggg…hihih

    Omei dah 6.7 kg masa checkup 2 bulan. Checkup 3 bulan belum pergi lagi – walaupun Omei dah nak masuk bulan – Sindrom anak kedua namanya ni…terlepas tarikh checkup saja.

  • Liz:

    kami juga suara sue. setelah dpt ilmu dr sue, sy pun selalu share dgn kwn2. Ayu yg sy ckp tu, dia email saya panjang lebar. terharu sy sbb dia minta rujukan dan pandangan dr saya. tp sbb dia nak jumpa LC juga, maka saya cadangkan agar dia jumpa Sue. harap Sue dpt tlg dia.

    Liz : Seronok bila dapat membantu biarpun tak banyak. Sue belum bercakap dengan Ayu lagi. Terima kasih Liz atas kepercayaan :hugs:

  • Rina:

    So sad bila ramai ibu2 yg terfikir beri anak susu formula lbh moden. Wpun sy xberjaya fully bf anak 1st smpi 2thn, at least merasa gak dia 6 bulan. Bila skrg ni anak dh dekat 2 thn, sy makin risau klu anak xdengar kata (faham2 sendiri la kenapa). Thats y bila pregnant ke2 aritu mmg excited & nak aplikasikan segala ilmu & xkan ulang balik kegagalan. Apa kan daya Allah lbh sayang & miscarriage @ 15 weeks bulan lps.

    Rina : Aturan dia lebih cantik kan dear. I’m sorry to hear that.
    Semoga Rina dan suami tabah menghadapinya.
    Rina dah buat yang terbaik, nanti kita sama sama cuba lagi ye.
    Manalah tahu, dalam masa yang sama dapat mengajak ibu ibu lain menyusukan anak mereka :amin…:

  • salam sue.. sangat bersetuju dengan Sue.. seperti saya yang gagal pada kali pertama alhamdulillah sekarang saya berjaya buktikannya. Saya juga sangat gembira bila dapat membantu ibu yang lain walaupun hanya secebis ilmu dan ibu itu juga berjaya Alhamdulillah… Saya tetap memanggil Habib my BF baby walaupun tidak sepenuhnya sebab dia tetap merasa susu saya sampai kenyang walaupun hanya beberapa bulan. Kalaulah dapat diputar masa itu

    Liza : Tahniah dear.
    Liza boleh jadi ‘suara ibu’ di Seremban..Bila Liza rasa down, boleh sembang sembang dengan kamik di sini :senyumm:

  • Nita:

    Salam Sue,

    Sangat2 bersetuju dgn pendapat Sue tentang kebaikan susu ibu. Saya pernah pergi kelas penyusuan Sue last year coz nak make sure anak saya yg ketiga ni minum hanya susu ibu…dan alhamdulillah anak saya yg dah nak masuk 4 bulan ni hanya minum susu ibu , belu pernah demam atau sakit dan badan die montel mcm anak Sue…. terima kasih Sue sebab bagi banyak ilmu yg berguna pasal penyusuan susu ibu….. sangat2 membantu…. doakan semoga saya berjaya menyusukn anak saya sehingga 2 thn ye….

  • aini:

    ku sukak + terharu..

  • DNNA:

    Omei makin bam bam ;)

  • Iki dah pandai posing…

  • hannah:

    sue,sy ni menyusukan anak dr hari pertamanya juga..sampai la skang usianya 8bulan..tapi sue yang merisaukan saya ialah,beratnya xnaik byk pun..sebulan dalam 200g shj..skang di usia 8bulan beratnya baru 6.7kg..normal kah itu??

  • ila farish:

    kak sue…sokong 100% susu ibu…i love breasfeeding..now farish da 7 month..still brestfeed since he’s baby…tp kak sue..berat dia mmg naik cuma kompius bdn dia nampak xnaik..xmontel mcm baby2 laen…farish ni kuat berpeluh..boleh kak sue comment skit??

  • puteri:

    knp org selalu ckp minum susu ibu anak jd kurus? tmasuk lah pendapat sesetengah nurse yg x sokong langsung bf anak sampai umur 2 tahun…dia kata utk 6 bln ke bwh jer…siap marah2 lg ibu yg fully bf anak sampai umur setahun lebih tu, saya terkedu mdengarnya…

  • Liz:

    hannah, anak awak mcm anak sy. berat naik sikit je. nak naik 500g pun susah. tp sy ttp percaya susu saya bagus. jgn la risau sgt. lain la kalau betul2 nmpk anak awak sakit, tu lain cerita. kalau setakat berat tu, x perlu nak pening sgt. kalau anak aktif, lg la susah dia nak naikkan berat dia.

    skrg anak saya dah setahun 5 bulan.. masih menyusu badan. berat? jgn terkejut.. 7.4kg sahaja. tp aktif dia, mmg ligat. x reti duduk dia. btw, anak saya tu perempuan.

  • haizanhilme:

    saya pon secara x sengaja menjadi suara sue jugaks! baca2..paham2 then bagi paham kat member2 yg baru nak berjinak2 ngan bf. sehari ja saya kempen pasal bf n cd lunatotas trus depa p cari kat mlo. berabis2lah mereka b’shopping! x rugi air liur saya…hehe..alhamdulillah….

    tapi sue..saya ada prob sketlah!,
    saya risaukan my bb la..umor 2 bln lebeh..fully bf..since lahir – umornya sebulan dia popo sehari mau 3/4 kali..tapi lepas umo dia sebulan dia jadik seminggu sekali..then 2 minggu sekali …saya cek doct dia kata bb ok selagi dia kentut,perut lembut n kencing lawas…so saya x risau sangat..lagi pon sekali dia popo wah! melambak2…
    yg baru ni, dia selang sampai 18 hari…mau saya x risau! hr ke 18 tu pon x byk sangat ‘hasilnya’. perlukah saya g jumpa doct again.? utk makluman,susu saya banyak..dia menyusu dgn jayanya!hehe..perut x kembung,kencing banyak,tido x der masalah,saya selalu buat urut ILU.apa lagi yg saya bleh buat? normalkah tuh?

  • i love bf!hehe
    tq kak sue!hehe..
    kak sue, adib dh nk masuk 6 bulan dah..kalo org bg makan, boleh la bg air masak dh ek?

Leave a Reply