Dah lama betul saya tak tgk TV
Padahal masa kecik2 asyik kena marah sbb lama sgt tgk TV dari pagi sampai ke pagi esok tak agak2 kan..keh keh..
Kalaulah saya sesibuk ini semasa kecik dan tak sempat tengok TV, tak perlulah ibu ibu bapak bapak susah hati pimbangkan (bimbangkan) masa depan saya kan
Haritu saya tgk Terjah di TV3, kelakar tgk Senah ke Bedah ke (taktau nama betul dia) mengomen orang
Haa..rasa kelakarlah sebab tak kena batang hidung!
(Yelah, Terjah tu kan rancangan utk artis yada yada takde maknanya terkena anda ye)
Si Senah tu selamba cakap Heliza AF2 bergambar sakan di Facebook fokas mato yo bajek lawa
Heliza yang tak bajek bajek memang lawa orangnya itu jawab “kalau bergambar fokus pipi nampak tembam..uwaa. Sampai hati Cik Senah ”
Acik Luna: Biaq pi la dia nak amik mata ka, lubang hidung ka..buh dalam Facebook masing masing kan. Kalau dia tag gambar dia pada Senah, baru harus Senah meroyan marah
Eh eh, yang Acik Luna ni sentap petang petang ni, kenapa? Terasaaaa la itu…Haha!
Tapi betul juga, masing masing mencari rezeki
Kalau Senah dalam Terjah tu tak buat begitu, idokle menepati konsep pula rancangan tersebut kan?
Dalam seikat daun sirih jarang kita jumpa sirih yang bertemu uratnya
Mengikut kata kata orang lama, hanya satu dalam seribu
Biasa daun sirih seperti gambar dibawah
Daun sirih yang bertemu urat seperti gambar dibawah diambil dari sini
Biasanya digunakan oleh bidan dan pengamal perubatan tradisional
Apakah relevannya sirih bertemu urat-habih-penuh-satu-entri-dengan-gambar-sirih?
Buat lah apa sahaja, mungkin ada yang suka dan mungkin ramai juga yang tak suka
Macam urat daun sirih tu…satu atas satu bawah dan jarang bertemu
Kesimpulannya, asalkan anda rasa itu yang terbaik untuk anda keluarga, teruskanlah
Kih kih..contoh simple – tak kisahla nak bergambar fokas mata ke, Tudung Serindit ke, yang penting….terbaik dari ladang…hihi
Macam Kak Siti kita cakap dalam album Lentera Timur
Jenuh sudah merata mencari sirih,
Mencari sirih bertemu urat,
Jenuhlah sudah menantikan kekasih,
Kasih setia sepanjang hayat.
Nota Mommy Luna : Cubaan mengambil gambar fokas pipik..haha
Related posts:







su…omei dh makin bam-bam…kantungnya su still guna MLC Pouch ke…melendut ke bawah x…?
ok pada sue..hihi
—
izue, sue masih guna pouch yg sama