Belek belek entri lama yang masih berstatus draft
Saya jumpa entri Kelas Penyusuan di Johor Bharu
Saya ke Johor Bharu pada Ogos 2009 bersempena dengan Majlis Pembukaan Sara Kids cawangan Johor Bharu dan Kelas Penyusuan Susu Ibu disana
Masa ni saya mengandungkan SEJU 6 bulan dan Iki berumur 1 tahun 8 bulan
Berikut adalah gambar gambar sepanjang kelas tersebut
Dan selepas kelas, biasanya kami ada sesi sembang sesama kamik
Kepada ibu yang mempunyai masalah penyusuan mahupun yang mahu berkongsi pengalaman, anda dialu alukan
Masa mengandung SEJU, semua atok nenek jerawat jeragat saya keluar..ekeke
Teringat masa saya ke kursus usahawan tempohari, seorang teman bilik tegur
“Muka Sue berbekas sebab picit jerawat ye..”
“Uwa…bukan bukan. Ianya terjadi sebab Sue mengambil masa yang panjang untuk proses pengelupasan kulit”
“oh..” *nasibbaik dia percaya pada jawapan saya..ekeke
Kompem lepas ni Farah tak beri Iki datang Sara Kids sebab asal datang je nak main pam, main kipas, main segala alat letrik yang ada…hihi
Sebelum balik, kami jumpak Incik Tajul kawan masa belajar dulu di entri ini dan ini
Ini juga kawan semasa saya di MMU, Elly namanya
Babynya sangat Omei dan Futihhh…comel sangat~
Panjang umur murah rezeki, bolehla kami menuai padi..eh datang ke JB lagi…hihi
Related posts:




bace entry pasal tajul tu kan sue, teringat zaman muda dulu2.
ahaks.
bestnye la kenangan time stadi kat mmu.
sempit buruk cemana pun hidup je kite dulu kan