Khamis lepas,Farah & saya dijemput menghadiri ‘Sembang Petang’ atau Coffee Talk di Institut Professional Baitulmal, Jalan Perkasa off Jalan Pandan KL
Majlis berbual bual hati ke hati antara ibu ibu berkerjaya, mengenai penyusuan susu ibu dan praktis natural parenting masing masing
Kebanyakan daripada yang hadir menyusukan anak semasa dalam pantang dan cabaran meneruskan penyusuan bermula apabila berkerja
InsyaAllah berkat pembelajaran berterusan, semua kami akan gigih menyusukan anak, kan?
Natural Parenting bermula seawal bayi didalam kandungan, kelahiran, penyusuan susu ibu, penggunaan lampin kain, baby wearing, home made food dan homeschooling
Stay-at-Home-Parent(SAHP) juga adalah salah satu caranya!

Puan Farah “Pilih ayat yang sesuai bila ‘marah’kan anak
Kerana perkataan2 itu akan kekal dalam unconcious mind mereka”
Dan perkataan perkataan itulah yang akan membentuk peribadi mereka mungkin sehingga mereka dewasa , kan?
Cabutan bertuah untuk peserta yang hadir
Dalam gambar dibawah ialah CIK, bukannya PUAN
Jadi Puan Puan yang lain kata “ini tidak adil…cabutan bertuah tersebut tidak sah..”
Kerana ini majlis ibuk ibuk…haha
Cik ini melibatkan diri secara aktif! Tahniah, kerana berminat dengan Natural Parenting!
Yang menariknya, bila saya tiba di IPB, barulah saya tahu antara AJKnya ialah Sufina (kawan sekolah menengah saya)
Malu pula nak jumpa Sufina sebab dia watak baik dari sekolah hinggalah sekarang
Sopan santun, lemah lembut, lawa amat ..hihi
(Tudung putih dalam gambar dibawah)
Sufina dah pun ada junior bernama Adam Wafiy yang comelllllll iras mamanya
Untuk semua Team Pengurusan Coffee Talk di IPB(Kak Fazrina, Hanisah, Sufina), terima kasih tak terhingga dari saya & Farah di atas jemputan
Panjang umur, ada jodoh, kita akan bertemu lagi
Nota Mommy Luna : Sesi sembang sembang di pejabat anda? Emailkan info@lunatots.com untuk tarikh dan masa yang dicadangkan.
Related posts:









