Saya suka membeli buku konon kononnya untuk dibaca
Sebab tu gigih ke Books Warehouse Sale masa anak umur 6 hari..hihi
Dulu dulu tak beli buku sebab buku mahal dan tak cukup duit
Sekarang ni, buku dah murah, masa pula tiada..hihi
Kalaulah ‘masa’ boleh dibeli…
Mama’s Little Book of Trick – a Must Have Books for Mommy! – Recommended!
Antara aktiviti yang boleh dilakukan bersama anak anak ialah:
Menggunting surat khabar lama sambil memadankan mata, hidung, mata dan anggota tubuh yang lain membentuk seorang manusia
Sambil menyepah sambil belajar anggota badan!
Menarik, kan?
Iki pasti sukakannya..

Aktiviti lain Iki semasa saya ‘berpantang’ ialah bermain Nendoroids

Mengenal abjad A B C

Mewarna ikut sukak hatinya (janji bukan dinding rumah)..hihi
Haha..saya rasa kelakar gambar dibawah
Iki tengah pilih hadiah hari lahirnya yang kedua
*Dah renyuk renyuk dah katalog Toys ‘r’ Us ituu
Hari hari tunjuk “Iki nak yang ni ye mommy…nanti daddy beli ye…”


Haritu Pak Su Iki teringin makan Pizza Hut
Jadi kami pergi Pizza Hut berdekatan Taman Connaught
Dalam banyak banyak gambar dalam blog ini, inilah gambar mak saya..hihi

Pizza Hut dah ada butang di meja panggil pelayan untuk ambilkan bil etc etc

Mommy dengan Omei di Pizza Hut
Walaupun Omei tak dapat makan pizza secara terus, Omei minum melalui susu ye..hihi

Iki & Pak Su ^_^
Apa aktiviti anda semasa dalam pantang?

Nota Mommy Iki & Omei : Bilalah boleh baca buku sambil mengulit epal madura ye?
Related posts:




Mewarna ikut sukak hatinya (janji bukan dinding rumah)..hihi <— STATEMENTyg meruntun ati ku..huhu..jumaat lepas balik dari kerja tgk dinding umah ada lukisan alam..warna-warni yg sungguh indah.. guna krayon tu..alahai anak umi yg kreatif…