Ini gambar bulan 12, 2009
Masih bertimbangrasalah kami eh kami pula..saya sepatutnya sebab upload gambar ini di bulan Mac 2010
Tangguh punya tangguh nanti bulan 12 2010 pula baru publish, camno?
Tumbesaran kanak kanak ini kan sangat cepat
Nanti cerita cerita itu ini tapi gambar Iki masih kecil lagi…hihih
Ini memang gambar aktiviti Iki sahaja
Iki bersama Yaya & Icha
Bead & paste namanya..masa event Parents Kids Craft tempohari, kami buat aktiviti ini juga..
Mula mula, lukiskan gambar yang senang seperti pokok

Masukkan kekacang yang dibeli di kedai runcit ke dalam bekas bekas kecil
Ada banyak lagi yang berwarna warni seperti hitam(biji hitam), putih(sagu), kuning, hijau florescent dijual di Tesco
(Sorry, saya tak perasan apa namanya)

Sangat gembira muka Iki bila dia dapat buat sendiri masukkan kacang kacang ni dalam bekas..ekeke
Tapi, seperti dijangka
Yang terkeluar keluar di tepi sama banyak dengan yang masuk ke dalam bekas..iskkk

Okeh, mari kita mulakan
Pertama sekali (eh tadi dah pertama), lekatkan gam pada bahagian kayu pokok
Dan berikan anakanda bebiji berwarna oreng untuk dilekatkan (read as ditaburkan)

Gam bahagian kayu sahaja, jadi anak buleh tabur sesuka hati nya-tapi-yang-melekat-hanya-di-kayu
Kreatif kan? Farah yang jadi teacher waktu ni
Saya pula jadi watak ibu temankan anak di sekolah..ekeke

Yaya buat dedaun pokok dulu
Dah besar dah anak dara encik Shaiful ni..

Encik suami buat muka ala ala kompius
“Kemas je Iki buat ni..ni Iki buat ke mommy buat?”
Hihi..nyomei Iki masa minta beads warna lain
Beria ria sungguh dia menyiapkan ‘pokok’ nya
Bila Dzakwan nak susu, mommy kena buat kerja 2 in 1
Menyusukan sambil mengasuh anak
Dah sudah siap aktiviti Iki, kita mandi kolam pulaaaa
(Tak lama pun masa diambil untuk anak anak kecil bosan..ekeke)
Mak mak sambung siapkan dalam rumah…
Ada harapan tiap tiap malam saya tidur lewat siapkan kerja sekolah anak anak nanti..haha!

Iki, Yaya dan Icha
Dunia mereka indah..dan sempurna
Untuk semua anak anak kita
Selamat bereksplorasi dengan imaginasi
Ayah & ibu tetap akan berada disisi kalian
(Walaupun basah basah terpercik air kolam…ekeke)


Nota Mommy Luna : Bila lah nak surut gambar dalam folder Goblog ni..Stay tuned hokeh!
Related posts:



