Anda mahu memakaikan anak anda dengan Lunatots Cloth Diaper tetapi masalah bocor berlaku?
Semak beberapa perkara:
- Basuh keseluruhan CD anda (pocket pants & insert) berulang kali dengan air sahaja sebelum dipakai. Semakin tinggi kadar basuhan CD anda, semakin tinggi kadar serapannya.
TIPS : Tuangkan secawan kecil air di atas CD kering anda dan lihat samada ianya menyerap terus ke bahagian dalam ataupun ‘terapung apung’ seperti daun keladi. Jika CD masih belum menyerap, basuh semula CD anda. - Pastikan saiz CD sesuai untuk anda anda. Biar ketat, jangan longgar.
Jika CD longgar, air kencingnya mudah ‘terkeluar’ - Semak sabun basuhan anda sekiranya mengandungi sebarang enzim atau pelembut.
TIPS : Organic laundry detergent biasanya mengandungi bahan seperti coconut oil atau palm oil (minyak sawit) boleh menyebabkan lapisan fleece anda bersifat ‘repelling’ (tidak menyerap air). Oil doesn’t mix with water, right?Elakkan penggunaan sabun mandi kerana ianya memberi efek yang sama.
ADVICE : Gunakan LunaCare Detergent daripada Lunatots.
- Detergent buildup pada fleece setelah 1 tahun menggunakannya secara tegar..hihi
Buildup juga boleh berlaku sekiranya anda guna sabun yang terlalu banyak sebab kebanyakan sabun dipasaran sekarang ini adalah concentrated formula termasuklah formula LunaCare Detergent ciptaan kami. (guna sikit, dapat jimat penggunaan LunaCare Detergent anda. tak gitu..) - Anak anda kencing dengan banyak macam anak saya..ekeke
Dimana sekeping mikrofiber tidak cukup untuk menampung ‘hasil’nya. Saya kena letak 2 mikrofiber insert didalam bahagian poketnya.
Sekiranya anda saspek CD anda sudah mulai bersifat repellant, cuba:
- Basuh kesemua CD anda dengan air yang banyak. Tambahkan sedikit air panas supaya air basuhan menjadi suam suam kuku
Basuhan tanpa sabun, sidai dan keringkan dan kemudian basuh semula berulang kali sehingga CD anda menyerap
UJIAN PENYERAPAN : Tuangkan secawan kecil air pada CD yg telah dijemur kering untuk melihat samada ianya menyerap. Pastikan anda telah masukkan microfiber insert ke dalam poket CD kerana perlu ada sesuatu yg boleh menyerap air utk hasil ujian yg lebih jitu.. cuba tekan perlahan permukaan CD setelah air dituang (imitate sentuhan punggung cumil anak anda ke atas micro fleece itu.. ekeke)
CD yang telah berjaya di strip wash dengan jayanya akan menyerap air yg dituang dengan bantuan tekanan/sentuhan minimum.
Kata kata akhir – Air yang banyak dan matahari adalah ejen pembersih dan pemutih yang paling baik
Pilih sabun yang baik untuk cloth diaper anda
Selamat mencuba! Bahan bacaan yang lebih disini
Related posts:










salam sue,
wah saya suka tips ini.. akan saya gunakan. terima kasih sue
ermmm.. memang tip yg baik n tQ sediakan sabun yg sesuai..
Tips yg sgt bagus! tqvm..wah, dah ada luna detergent la plak. Kena try gak ni. Btw, nak cerita psl anak sy berCD nih. Mmg dia fully CD’ing tp kdg2 once in a blue moon, bila mak dia malas nak basuh CD terpaksa pakaikan dia DD (stok DD mmg simpan tp limited). Bila buat mcm tu, sy perasan kulit punggung dia & bhgn buah mcm melepuh sket. Bila dia totally pakai CD mmg xde mslh. Mebbe ada kesan drp DD sbb kulit dia dah selesa pakai CD tetiba pakai plak DD yg ada bhn kimia. Sbb kejadian ni jarang2 jadi & jadi bila selangkan dgn DD, so, itu la kesimpulan yg sy bole buat…
Salam ..Wahhhhhhhhhhhhhh
dah ade detergent sendiri? taniah
Cd baby saye sll bocor bile tukang pakai (hehehehe i.e opah @ ayah nyer) pakai kan longgar
di bhgn bawah.
Saye nak tnye pendapat Sue tentang penggunaan CD bile kite berjalan jauh spt. holiday
mase yg terhad. tmpt jemur susah nak cari.. selalu nyer saye beli jugak disposable diapers utk baby time2
gini.
Kalu blh nak elakkan terus pengguan DD wlupon waktu2 mcm ni
lapisan PUL rosak atau koyak ada cara tak utk elakkan or utk repair lapisan PUL tu?
—
Salam PapaFaiq, biasanya bila PUL rosak, CD tidak boleh digunakan sebab nanti bocor. Kalau kawan kawan lain ada cadangan, buleh kita kongsikan disini.
Cara mengelakkan PUL rosak, elakkan pendedahan terhadap matahari yang terlalu lama, usah gunakan dryer, gunakan sabun yang mild seperti Lunacare.