Gambar gambar semasa sesi interview dan fotografi ruangan Personaliti Pa&Ma Mei 2010
Gambar yang akan masuk majalah adalah copyright majalah
Ini sahaja yang ada untuk copyright diyaluna.com..ekeke
Saya sediakan sofa merah dan karpet putih untuk sesi tersebut
Gigih calling kedai perabot tanya ada lagikah promotion sofa merah RM299..ekeke
Sofa material begini praktikal untuk ibuk ibuk beranak kecil yang baru belajar memegang cawan air milo dan pensel krayon
Karpet pula saya beli dari kedai karpet dalam Amcorp Mall ini
Pening memilih warna, saya minta orang kedai karpet tu bawa 3 karpet yang saya pilih ke kedai saya
Kedai karpet di tingkat 1, Lunatots Amcorp Mall di tingkat 2!
Memang gigih berhati waja lelaki tersebut menjunjung karpet
Sampai di Lunatots, saya minta dia hamparkan sambil saya termenung yang mana sesuai matching dengan langsir dan tema kedai..ekeke
Kellaslah kedai karpet you sebab sudi layan acik Luna!
Okeh, ini gambar belakang tabir langsir hyppo Luna
Saya tak tahu kenapa, tapi Iki tak mahu senyum langsung semasa sesi berlangsung
Mujur Kak Ita dengan encik photographer dah biasa ‘berkerja’ dengan anak anak
Jadi kami layankan aje mood Iki..ihihi
Berkerja dengan 2 anak?
I am OK. Maksud saya, masih OK
(tiap kali kameraman ekjas kamera kelam kabut masukkan rambut yang terkeluar keluar…ekeke)
Dunia blogging dan 2 orang anak? (Macam pakej pelancongan pula..hihi)
Macam orang lain, ada yang suka memancing masih akan memancing bila ada kesempatan
(Memancing IKAN disitu)
Ada yang suka memasak untuk keluarga akan terus memasak biar berapapun jumlah anggota keluarganya
Menjahit pun sama konsep
Dan saya sukak berada di depan laptop
Doakan saya gigih menjadi blogger-idaman-Malaya ye hihihi

Ini hero pertama saya
Tahu apa dalam fikiran saya kebelakangan ini?
Dunia serba terbuka, asyik bercerita tentang anak yang sedang membesar
Nanti ‘temanita’ mereka 20 tahun akan datang tinggal search dalam google ‘Ammar Zikry bin sekian sekian sekian’
Klik klik klik, keluar semua…tumbuh gigi umur berapa, bila pandai berjalan, bila berkhatan etc etc
Macamano? Adakah blog saya ini akan merosakkan reputasi anak anak kami..ekeke
Lepas tu pulak nanti cucu saya search dan baca semua mengenai daddy mereka dalam blog
Dan cakap “daddy begitu juga dulu…”
(Hahaha, lagi 20 tahun entahkan ada lagi entahkan tidak diyaluna.com kan)
Kad hari ibu ni kami buat bersama sama untuk sesi ‘Card Making’
Mommy designkan, mommy juga yang guntingkan dan Iki tampalkan
Daddy?
Pegangkan Omei yang geramkan gunting dan benda merelip relip bling bling sume..hihi
Saya suka bersama anak anak bila saya tiada apa yang nak dibuat
Part yang perlu saya perbaiki ialah
Berkerja semasa waktu kerja sahaja dan luangkan masa sepenuhnya kepada mereka semasa di rumah
Tapi..
Tapi..
Mereka ikut saya berkerja..hihi…bagaimana ni?
Saya sedang apply jawatan ‘surirumah’ dari encik suami, entahkan lulus entahkan tidak
Saya dan centa hati baru?
Ringsling yang sangat best..(muka puas hati sangat!)
Harganya RM119 dan ada dijual di Lunatots Amcorp Mall
Berbaloi bila Dzakwan suka dan tertidur
Tambah tambah berbaloi bila paknya offer ‘Sue nak beli ke?’
Tinggal jawab nak atau taknak sahaja…ekeke
Tak tergambar perasaan saya dengan kata kata pada ketika ini
Memang best ringsling ini!
Anak rasa rapat didada dan dia selesa walau saya pun tak tahu apa posisinya ..ekeke
Dengan adik adik Lunatots
Bila saya ‘turun padang’, lelaki lelaki bujang “akak, mana awek haritu?”
Saya senyum saja dalam hati “amboi korang..pandai je bezakan yang mana belum kahwin yang mana anak dua-ada-tulis-didahikah?”
Dzakwan dan ‘Nursing strike’ nya
Menangis bila minum susu secara terus
Cara saya?
- Cuba pulang kerja dengan cepat
- Bercakap, pujuknya (minta maaf jika perlu..hihi)
- Tiada penggunaan botol, beri dia minum menggunakan cup
- Banyakkan skin-to-skin contact
- Sentiasa bawanya dalam pouch atau ring sling
Nota Mommy Luna : Kadang rasa marah bila penat, selalu rasa bahagia walaupun penat
Related posts:













huhu.. selalu jdi silent reader..
anyway tomei omei tdo… w/pun x kawen lagi.. suka baca blog ini
bila acik sue make up…fuyoooo mcm tak nampak anak duo….cayalah!
betul jugak ye kak…bila anak kita besar nanti…GF depa just search kat tenet…dah dapat semua profile…hahhaha…senang nak ngorat sebab tau apa kegemaran sejak kecil…dan kita masa tu jenuh pulak memilih menantu..hhahahhaha….
I like ur sofa…berapa rege..mcm nak amik satu jugak!
geramnya tengok pipi dzakwan tu..nk gigit nk gigit!! bagi hadif sket pipi tu boleh tak dzakwan..
kaler merah match tuk kak sue…sesuai bangat..
sue nampak lain bila dah bermekap nih…
sue! ring sling tu nampak comfy sgtttt! err susah tak nak makainye?????
Salam su,seronok tgk su n anak2…su ma dh peod baru ni..n ma perasan susu agak berkurangan sejak peod ni..ma agak risau la su..ma masih nk susukan ihsan..ihsan da 8bulan…tp skang stok beku tinggal 3 aje..cmno ye su…ptg ni su ada kt amrcorp tak?ma nk singgah sana kang.
sue, tajam side lengan baju hihihi mau luka klau pegang
alang nmpk lain bila make up. cantik, nampak garang sikit. hehe. make up apa alg pakai? ayg masih x jumpa makeup yg serasi T_T
sue, wallah cantik baju merah berkenan.. nak pinjam bleh.. ring sling owh ring sling hidup x lengkap tanpa RS. antara feberet place utk sarah tdo ngeeeeeee (sarah.. mana sarah.. abang long sarah mana? … la dah merata dia merayap dalam umah ngeeeeeee)
—
Liza:Merah menyalo mak ngah ye..ekeke
Ni antara momen pertama kali Sue pakai RS dan terus jatuh centa berkali kali…ekeke
Sarah dah merayap? Waha…cerdik Sarah ni ..hihi