Hari hari ada pembaca baru yang masuk blog acik Luna
Jadi mungkin ala ala tak faham, siapakah, apakah, bagaimanakah atau dengan kata mudahnya apa konsep blog ini..hihih
Saya seorang ibu dengan 2 orang anak
Berkerja dari merata rata tempat
Membawa anak jika dia menangis ditinggalkan-mak-dia-lebih2-sedihnya
Menguruskan Lunatots yang mempunyai cawangan di Cheras dan Amcorp Mall
Kedai online di www.lunatots.com bagi kemudahan ibu bapa yang tidak dapat hadir ke tempat kami
Gerai jualan juga dibuka di sekitar Kuala Lumpur dan yang sedang berlangsung di Kem Kementah, MINDEF
Turut mengalu alukan reseller Lunatots yang berniat baik sahaja..ehehe
Tips berkerja dengan anak
Pastikan handbag anda (ya, yang merah itulah Faiz) ala ala poket Doraemon
Jadi bila dia menangis ataupun bosan
Anda boleh menggodanya (read as memujuk) dengan mengatakan yang ada ’sesuatu’ dalam handbag anda
Dia akan sangat mengagumi anda kerana hanya handbag anda yang ada sesuatu (read as sticker, tattoo sticker, buku Thomas & train etc etc)
Lagi best bila sekali sekala nampak kedai sticker yang murah2, beli banyak banyak
Jadi tak perlulah hari hari beli ’sesuatu’
Sebab ’sesuatu’ itu selalu berada dalam handbag anda dimasa masa kecemasan..ekeke
(Perghh..penatnya ulang ulang perkataan ’sesuatu’)
“You rawk, mommy!”
Tudung Ika (lagi?)
Asalkan ada warna yang ada dalam tudung, saya akan pakainya berulang kali..ekeke
Macam Tudung Ika ni ada warna hitam, putih, biru tua & biru muda
Aitellyu, tudung zus zas zus zas very praktikal untuk mak mak
Iki “I love mommy & daddy but grandma & grandpa are best”
(Tiap kali atok & opah datang, Iki mengadu – daddy cubit kat tangan sini, mommy kat tangan situ-keh keh)
Kejam juga imej yang kami tampilkan bila geram..aummm…ekeke
Tudia..anak beranak…
Ingat tak jadual waktu saya?
Untuk seminggu pertama, bangun pagi je terus ingat ini hari apa
Maksud saya “hah, harini Khamis-hari kaunseling”
ekeke..masuk minggu kedua? Hari hari mau..eh hari hari ialah hari berjalan
Sebenarnya saya cari star valve untuk Avent Isis
Seluruh KL saya cari, di Kinderdjik sahaja ada!
Kak Ina, saya suka Avent Isis sebab waktu kerja saya sekarang fleksibel dan sentiasa mobil (bergerak kesana kemari)
Kadang2 sambil mengepam sambil mengejar anak tak bagi dia keluar kedai..ekeke
Spectra 3 saya masih elok dan diberi pinjam kepada yang memerlukan
Customer Service mereka ini berada di Plaza Damas, Sri Hartamas
Dalam pada memujuk suami untuk pilih kasut sempena hari lahirnya
Saya kalut memilih yang saya suka (haha)
Aik, haritu kan dah beli? (Yaaa..saya dengar suara anda bertanya..)
Haritu saya beli sebab saya memerlukan kasut
Hari ini saya beli lagi sebab saya jumpa semula kasut yang saya pernah mahu
Crocs sekarang dah tak keluarkan design yg ada dicetak rompak
Jadi tinggal yang kurang kurang jelita sahaja
Di Kinderdjik ini, masih ada stok2 lama yang tiada di pasaran
Wah wah sengih sampai ke malam lah cik puan Luna..hihi
Fakta lain, ’saya suka benda baru-sangat suka’
Tak kisahlah pen baru ke, tong sampah baru ke, kasut baru apatah lagi..
Dan saya suka BUKU. Suka sangat sangat!
Buku ini menambahkan rasa ‘cinta’ saya kepada Junjungan Besar Muhammad S.A.W
Dia istimewa, dia insan terpilih
Recommended!
Nota Mommy Luna : Acik Luna ialah orang yang sedang belajar hari hari dari semua orang yang dijumpainya
Okeh tak tulis biodata begitu? Haha!
Related posts:
















aik…bertiga je…omei xjoin shopping skali ek??..
iki sgt pandai posing..tiru mommy ek?hehehe
—
Omei dirumah..(uwaaa)
Iki kalut bergambar siap nak tengok semula gambarnya yang diambil..hiskkk (ha, tiru siapa?)
Assalamualaikum,
saya sangat berminat utk menjadi reseller lunatots.
sebelum ni saya pernah tanyakan soalan yang sama namun tidak mendapat sebarang feedback.
boleh saya tau bagaimana utk menjadi seorang reseller lunatots?
—
Salam Nurul, saya emailkan Nurul syarat2nya sekarang ya.
Hi sue..ita nie..
bminat gak pasal jadik reseller lunatots ni..
how about the T&C?
email me ye..
take care..
**slaloo rase bkobar2 nk bf lepas baca blog sue,athough bb dok dlm perut lagi nie.. :p
—
Salam Ita, Sue dah hantarkan email. Selamat menyusukan baby nanti ye Ita.
Semoga sama sama kita diberikan keberkatan