Archive for March, 2010
Hari hari ada pembaca baru yang masuk blog acik Luna
Jadi mungkin ala ala tak faham, siapakah, apakah, bagaimanakah atau dengan kata mudahnya apa konsep blog ini..hihih
Saya seorang ibu dengan 2 orang anak
Berkerja dari merata rata tempat
Membawa anak jika dia menangis ditinggalkan-mak-dia-lebih2-sedihnya
Menguruskan Lunatots yang mempunyai cawangan di Cheras dan Amcorp Mall
Kedai online di www.lunatots.com bagi kemudahan ibu bapa yang tidak dapat hadir ke tempat kami
Gerai jualan juga dibuka di sekitar Kuala Lumpur dan yang sedang berlangsung di Kem Kementah, MINDEF
Turut mengalu alukan reseller Lunatots yang berniat baik sahaja..ehehe
Tips berkerja dengan anak
Pastikan handbag anda (ya, yang merah itulah Faiz) ala ala poket Doraemon
Jadi bila dia menangis ataupun bosan
Anda boleh menggodanya (read as memujuk) dengan mengatakan yang ada ‘sesuatu’ dalam handbag anda
Dia akan sangat mengagumi anda kerana hanya handbag anda yang ada sesuatu (read as sticker, tattoo sticker, buku Thomas & train etc etc)
Lagi best bila sekali sekala nampak kedai sticker yang murah2, beli banyak banyak
Jadi tak perlulah hari hari beli ‘sesuatu’
Sebab ‘sesuatu’ itu selalu berada dalam handbag anda dimasa masa kecemasan..ekeke
(Perghh..penatnya ulang ulang perkataan ‘sesuatu’)
“You rawk, mommy!”
Tudung Ika (lagi?)
Asalkan ada warna yang ada dalam tudung, saya akan pakainya berulang kali..ekeke
Macam Tudung Ika ni ada warna hitam, putih, biru tua & biru muda
Aitellyu, tudung zus zas zus zas very praktikal untuk mak mak
Iki “I love mommy & daddy but grandma & grandpa are best”
(Tiap kali atok & opah datang, Iki mengadu – daddy cubit kat tangan sini, mommy kat tangan situ-keh keh)
Kejam juga imej yang kami tampilkan bila geram..aummm…ekeke
Tudia..anak beranak…
Ingat tak jadual waktu saya?
Untuk seminggu pertama, bangun pagi je terus ingat ini hari apa
Maksud saya “hah, harini Khamis-hari kaunseling”
ekeke..masuk minggu kedua? Hari hari mau..eh hari hari ialah hari berjalan
Sebenarnya saya cari star valve untuk Avent Isis
Seluruh KL saya cari, di Kinderdjik sahaja ada!
Kak Ina, saya suka Avent Isis sebab waktu kerja saya sekarang fleksibel dan sentiasa mobil (bergerak kesana kemari)
Kadang2 sambil mengepam sambil mengejar anak tak bagi dia keluar kedai..ekeke
Spectra 3 saya masih elok dan diberi pinjam kepada yang memerlukan
Customer Service mereka ini berada di Plaza Damas, Sri Hartamas
Dalam pada memujuk suami untuk pilih kasut sempena hari lahirnya
Saya kalut memilih yang saya suka (haha)
Aik, haritu kan dah beli? (Yaaa..saya dengar suara anda bertanya..)
Haritu saya beli sebab saya memerlukan kasut
Hari ini saya beli lagi sebab saya jumpa semula kasut yang saya pernah mahu
Crocs sekarang dah tak keluarkan design yg ada dicetak rompak
Jadi tinggal yang kurang kurang jelita sahaja
Di Kinderdjik ini, masih ada stok2 lama yang tiada di pasaran
Wah wah sengih sampai ke malam lah cik puan Luna..hihi
Fakta lain, ‘saya suka benda baru-sangat suka’
Tak kisahlah pen baru ke, tong sampah baru ke, kasut baru apatah lagi..
Dan saya suka BUKU. Suka sangat sangat!
Buku ini menambahkan rasa ‘cinta’ saya kepada Junjungan Besar Muhammad S.A.W
Dia istimewa, dia insan terpilih
Recommended!
Nota Mommy Luna : Acik Luna ialah orang yang sedang belajar hari hari dari semua orang yang dijumpainya
Okeh tak tulis biodata begitu? Haha!
Gambar gambar semasa sesi interview dan fotografi ruangan Personaliti Pa&Ma Mei 2010
Gambar yang akan masuk majalah adalah copyright majalah
Ini sahaja yang ada untuk copyright diyaluna.com..ekeke
Saya sediakan sofa merah dan karpet putih untuk sesi tersebut
Gigih calling kedai perabot tanya ada lagikah promotion sofa merah RM299..ekeke
Sofa material begini praktikal untuk ibuk ibuk beranak kecil yang baru belajar memegang cawan air milo dan pensel krayon
Karpet pula saya beli dari kedai karpet dalam Amcorp Mall ini
Pening memilih warna, saya minta orang kedai karpet tu bawa 3 karpet yang saya pilih ke kedai saya
Kedai karpet di tingkat 1, Lunatots Amcorp Mall di tingkat 2!
Memang gigih berhati waja lelaki tersebut menjunjung karpet
Sampai di Lunatots, saya minta dia hamparkan sambil saya termenung yang mana sesuai matching dengan langsir dan tema kedai..ekeke
Kellaslah kedai karpet you sebab sudi layan acik Luna!
Okeh, ini gambar belakang tabir langsir hyppo Luna
Saya tak tahu kenapa, tapi Iki tak mahu senyum langsung semasa sesi berlangsung
Mujur Kak Ita dengan encik photographer dah biasa ‘berkerja’ dengan anak anak
Jadi kami layankan aje mood Iki..ihihi
Berkerja dengan 2 anak?
I am OK. Maksud saya, masih OK
(tiap kali kameraman ekjas kamera kelam kabut masukkan rambut yang terkeluar keluar…ekeke)
Dunia blogging dan 2 orang anak? (Macam pakej pelancongan pula..hihi)
Macam orang lain, ada yang suka memancing masih akan memancing bila ada kesempatan
(Memancing IKAN disitu)
Ada yang suka memasak untuk keluarga akan terus memasak biar berapapun jumlah anggota keluarganya
Menjahit pun sama konsep
Dan saya sukak berada di depan laptop
Doakan saya gigih menjadi blogger-idaman-Malaya ye hihihi

Ini hero pertama saya
Tahu apa dalam fikiran saya kebelakangan ini?
Dunia serba terbuka, asyik bercerita tentang anak yang sedang membesar
Nanti ‘temanita’ mereka 20 tahun akan datang tinggal search dalam google ‘Ammar Zikry bin sekian sekian sekian’
Klik klik klik, keluar semua…tumbuh gigi umur berapa, bila pandai berjalan, bila berkhatan etc etc
Macamano? Adakah blog saya ini akan merosakkan reputasi anak anak kami..ekeke
Lepas tu pulak nanti cucu saya search dan baca semua mengenai daddy mereka dalam blog
Dan cakap “daddy begitu juga dulu…”
(Hahaha, lagi 20 tahun entahkan ada lagi entahkan tidak diyaluna.com kan)
Kad hari ibu ni kami buat bersama sama untuk sesi ‘Card Making’
Mommy designkan, mommy juga yang guntingkan dan Iki tampalkan
Daddy?
Pegangkan Omei yang geramkan gunting dan benda merelip relip bling bling sume..hihi
Saya suka bersama anak anak bila saya tiada apa yang nak dibuat
Part yang perlu saya perbaiki ialah
Berkerja semasa waktu kerja sahaja dan luangkan masa sepenuhnya kepada mereka semasa di rumah
Tapi..
Tapi..
Mereka ikut saya berkerja..hihi…bagaimana ni?
Saya sedang apply jawatan ‘surirumah’ dari encik suami, entahkan lulus entahkan tidak
Saya dan centa hati baru?
Ringsling yang sangat best..(muka puas hati sangat!)
Harganya RM119 dan ada dijual di Lunatots Amcorp Mall
Berbaloi bila Dzakwan suka dan tertidur
Tambah tambah berbaloi bila paknya offer ‘Sue nak beli ke?’
Tinggal jawab nak atau taknak sahaja…ekeke
Tak tergambar perasaan saya dengan kata kata pada ketika ini
Memang best ringsling ini!
Anak rasa rapat didada dan dia selesa walau saya pun tak tahu apa posisinya ..ekeke
Dengan adik adik Lunatots
Bila saya ‘turun padang’, lelaki lelaki bujang “akak, mana awek haritu?”
Saya senyum saja dalam hati “amboi korang..pandai je bezakan yang mana belum kahwin yang mana anak dua-ada-tulis-didahikah?”
Dzakwan dan ‘Nursing strike’ nya
Menangis bila minum susu secara terus
Cara saya?
- Cuba pulang kerja dengan cepat
- Bercakap, pujuknya (minta maaf jika perlu..hihi)
- Tiada penggunaan botol, beri dia minum menggunakan cup
- Banyakkan skin-to-skin contact
- Sentiasa bawanya dalam pouch atau ring sling
Nota Mommy Luna : Kadang rasa marah bila penat, selalu rasa bahagia walaupun penat
Saya rasa agak susah untuk hidup di Kuala Lumpur tanpa GPS
Okeh statement sangat exaggerate la ituh kan..ekeke
Tidaklah sampai susah untuk hidup
Tapi lebih kepada susah untuk drive
Masih akan sesat timur ke barat semasa menggunakan GPS
Alasan biasa:
- Tak dapat mengagak dah sampai ke belum simpang yang ditanda dalam GPS
- Tak pasti jalan atas ke bawah yang perlu diikut
- GPS hanged sbb dialah phone, dialah planner, dialah juga penunjuk arah
Cuma harini alasannya agak kurang boleh diterima minda sedar
Saya sesat sebab masa sampai simpang yang dituju (dalam gambar dibawah)
Saya very the sibuk buh SD card dalam kamera, bergambar dengan GPS pastu siap bergambar dengan kamera guna phone (perghhh)

Sudahnya terlepas simpang (huwaaa huwaaa)
Menangis air mata dara pun kena u turn juga kan
Jauh saya u turn guna Duke Highway siap kena bayar tol RM2 pergi, RM2 kembali
Moral of the story : Elakkan bergambar semasa memandu..hihi
Saya sekarang panas panas berada di tengah tengah askar yang panas panas (tudia..ekau ni buka gerai jualan ko nengok orang?)
Tudung ni rasanya buleh perah peluhnya dan sidai di rak jualan..ekeke
Kalau kalian mahu datang mencari:
- Produk Penyusuan Susu Ibu
- Lunatots Lampin Kain Moden
- Baju dan bra menyusukan
- Pouch untuk membawa bayi
- Nursing tea untuk membantu produksi susu ibu
Jemputlah ke Desa Tun Hussein Onn
(berdekatan LRT Setiawangsa)
Lunatots akan berada di sini dari 23 Mac sehingga 27 Mac (Selasa hingga Sabtu)
12 tengahari hingga 10 malam
No untuk dihubungi 016-7379547 (Puan Yatie)
Bila nak masuk kawasan perumahan ni, perlu nyatakan kita nak ke mana
Kalian buleh jawab “Saya nak pergi Gerai Jualan PERNAMA nak jumpa Suraya”
Eh..nak jumpa Suraya tu tak perlu sebut ye karang abang askar tu tarik anda ketepi dan tanya siapa Suraya susah pula nak menjawab..hihi
Gerai kami kecil sahaja warna pink pink dikelilingi TV2 besar, peti ais besar, radio besar semuanya besar besar sesuai dengan rumah2 besar askar2 disini
Ada Tupperware, ada Vantage, tudung kepala, tudung periuk, kerongsang, semuaaaa ada..fuhhh sekali nafas saja saya summarykan barang2 yang ada disini
Memang bersemangat saya duduk disini memerhatikan orang orang dan barang barang jualan
(sambil tekan tekan kalkulator kalau2 nak beli mesin jahit Singer secara ansuran..kikiki)
Sambil menjaga gerai, sambil mengepam susu untuk anak anak dirumah
Mereka tak buleh dibawa sebab panas sangat..kesian
Biarlah omak eh berpanas, anak anak rehat dirumah…ekeke
Saya dengan Tudung Ika dari Butik Khazis
Kemana mana kami pergi, bila ada yang bertanya siapa kami
Kami jawab “Kami (berharap menjadi) ibu kepada semua anak anak di Malaysia ” hihih
Ibu ibu ini tak pernah berhenti berjalan dan bernafas walaupun font logo Lunatots di guna orang..hihi
Sampai ke hari ini saya masih mencari sebab kenapa Allah temukan kita
Mungkin untuk saya belajar membezakan, yang mana teman dan yang mana duri dalam almari baju yang akan melukakan
Nota Mommy Luna : Lunatots juga adalah ‘anak’ kami
Kenangan…semasa saya masih berkerja
Annual leave sokmo negatif!
Dan sekarang bila berkerja sendiri? Cuti yilek pochik…masa rehat saya ialah dalam tandas sahaja..ekeke
Tapi saya gembira, dan lebih gembira insyaAllah!
Zikry berusia 10 bulan, Mommy Iki tak sudah sudah berharap kelihatan seperti 22 tahun
—–
hari rabu minggu lepas, pengasuh iki apply leave dari menjaga iki
utk menghadiri konvo anaknya di UPM
oleh kerana cuti saya sudah -(negatif) 6 hari
*maknanya dah habis la yang…susah susahje tulis negatif bagai (hiks)
maka buat2 pening lah kepala kami memikirkan siapa yg harus menjaga iki
buat buat pening sebab haruslah sidia yang kena jaga
sebab cutinya ada lagi 3 hari belen utk tahun ni
saya tak amek gambar di pagi hari masa saya tinggalkan iki & suami
hati sebak seyh…
memanglah iki tinggal dengan ayah kandungnya sendiri
tapi ayah kandung jaga kan tak sama ngan mommy kendong jaga (hiks)
sampai di ofis, saya ada 3 sesi ngepams
pagi(9 pagi), tengahari(12tghari) dan petang(3 ptg)
dan seterusnya bersambung 2 sesi dirumah kalau acik larat & rajen
buka je beg pam yg banyak berjasa tu
nampak ada toys zikry (tu yg warna ijau tu)
cait, bila pulak si kecit ni sempat masukkan toy dia dlm beg ku neh
buat org rendu lebih kat dia je (gaa…)
tengahari saya balik rumah tapaukn nasi utk sidia
masuk je ruang tamu, saya gelak kukik2 tgk rak cd/cable suami
nak tengok rupa asalnya?
saya tau..mesti sidia tertekan tinggal sehari suntuk dengan zikry yg rajin mengemas
lalu dia rasa habis prektikellah kalau dia terbalikkan rak ini
apelah rupa rak TV saya yg semaks neh..
inilah rupa zikry yang tinggal separuh sehari suntuks dengan ayah
sangat shomels, baju biru seluar hijau florescent (bolehkah?)
takpelah yah, biru & hijau tu kan sebelah2 je dalam pensel kaler LUNA 12 batangs tu
zikry nak makan nasi juga ye
apa yang berlaku di belakang tabir blog?
saya “zikry, no..hep..”
zikry tarik tangan dia dan pandang saya tapi sekejap sajelah
tak lama lepas tu, dia kutip lagi nasi dalam polistrin tu!
dan dialog saya berulang & ulang & ulang (as expected)

saya suapkan zikry makan berlaukkan ayam goreng
tiba tiba rasa sweet sangat
saya tau, akan sampai masanya zikry besar, makan sendiri
masuk asrama, pilih baju sendiri, hangout dengan kawan kawan
berehem ehem, kahwin, join sehati berdansa dan berkeluarga sendiri
jadi saya nak utilizekan masa yang ada sepenuhnya bermanja2 dengan zikry
haih tapi…. suap zikry sorang je kah
mommy ni nak masuk kerja pukul 2 ptg taw
lepas makan tengahari dengan banyak, saya balik ke tempat bekerjaya
ups, tempat parking tidak rasmi saya sudahpun diambils
haruskah beliau parking motosikal berodanya di tempat letak kereta?
jam 5, sidia dah call beritahu yang iki dah siap pakai baju jalans
sebab janji nak ke Jusco bersama sama dari 2 minggu lepas
sampai tersilap2 tarikh aitellyu
kalau kalian kliks gambar tu
nampak jelas lah air hidungnya sebab baru lepas nangis
saya “napa abg biar dia nanges?”
sidia yang tershenta tengah bukak gate“nak buat cemane, dah dia nak nanges”
ada lobams(ala bintat2 manja je) kat mata kiri iki “abg, ada lobams ni kena apa neh?”
dia “hooo…patutlah dia nangis tadi…kekeke”
cait, sukahati je gelak..
memanglah sekali baca nampak macam saya tak bersukur suami jagakan anakanda kan?
tapi jauh di sudut hati kudus saya
memang bukan mudah menjaga zikry seorang diri
dia takkan mahu tinggal sorang, asyik mengutip dan masuk mulut, memanjats, menjerit bagai
dan penjaganya tak boleh leka/buat kerja lain
(dahla sy pesan sidia minta basuhkan baju di laundry bag seround dua)
memang bukan mudah…
and you’ve made it!
tengs laling, nah syg kasi gambar kitorang berdua yang vogeh ni buat kenanganmu
kalian, pipiku dah nampak kembang sikit
berkat breakfast, lunch, tea break, dinner & supper dengan jayanya!
Tak faham kenapa entri bulan Januari 2009 ini berada dalam draft (mode tarik tarik janggut rambut tak puas hati)
Pembaca “wah wah, macam ni senanglah kerja blogger. Ambil entri lama, publish semula..ekeke”
Eh..ini betul2 tau. Betul2 fresh dari draft!
Tapi menarik juga idea itu, ikiki..agak agak tak sempat hapdet…klik klik Publish! (bajek teruja dapat idea baru yang bernas..ekeke)
Layan…. (Zikry, 1 tahun 1 bulan. Mommy Zikry, berharap masih 22 tahun)
—-

Hari Sabtu lepas, saya gigih bangun awal sebab nak pergi gathering Forum Cari
Saya jarang berforum, kenal seorang dua sahaja di dalam Forum
Tapi tetap nak menyempil..
Mereka kata warna tema ialah merah
Lantas saya sarungkan suami anak dengan baju merah makngah
Saya? Saya merah juga la…merah jambu
Sesampainya saya di tempat perkumpulan
Salam salam senyum senyum, iki minta limau dari Umi Mitu

Sambil disuap, dia duduk di tepi Mitu
Sungguh sopan santun, anak sapalah itu kan

Inilah hero Mitu, namanya Zafran Naufal, beza 4 bulan lebih tua dari Iki
*Masuk sekolah sama sama
Zafran aktif orangnya, he’s an explorer type
Tengok mukanya jelingku…isk..

Ini Zafran & Hafiy sedang main bola

Group2 Forum Cari sedang bergebang
Serius ku baru tahu yang ku ni pemalu orangnya
Dalam malu malu itu, ku menuju ke tempat makanan yang tersedia
*Yang pink itu, ku lah..

Semua forumer & anak di beri Name Tag oleh Zealvia
Lihat, ditempeknya tag nama anakku betul2 di bahagian belakangnya
Semasa anakku sedang terkedek2 berjalan mengejar Zafran yang jauh di hadapan

Ini adalah cupcake yang dibuat oleh Malay (nickname forumer)
Ada cake utk IKI, thanks dear.. : poloks :

Makan sudah, sembang pun sudah
sekarang time Zikry berendam dalam kolam mandi
Sambil tukarkan seluar Zikry, sempat lagi acik joyah ni bersembang


Yang merah merah jambu ialah ibu ibu yang sedang merendam anak mereka
Dalam juga kolam ni
Saya pula tak bawa baju/seluar spare
Terpaksa celup2 Zikry begitu begitu sahaja

Ini close up dari dekat bagaimana mencelup anak kalian ye

Iye, Zikry jakunkan dengan air?
Bukan dia sorang…saya sendiri pun teruja dengan air yang memancut2
Siap ajak suami beli baju dan seluar spare dulu
Well said, the apple doesn’t fall far from the trees..ahaks
Yang duduk sopan di belakang Iki tu ialah Rayyan anak Ajasu
(beza sebulan dengan Iki, Iki lebih matang tua)

Aksi Iki geramkan air

Ini Aisy Arisa, baby Eika
Cute kan Aisy berbaju merah..

Masa Iki dah penat puas main air, Ms W datang bawa Armand
Mula mula mama Armand tak berinya main air
Tengahari panas terik, takut demam

Iki pun dah start meragam
Dia bangun jam 6.30 pagi dan masih belum tidur siang
(masa ni dah hampir jam 3 ptg)

Iki dah mula terjerit “nanak nanak” pada semua benda
Dia tolak pelampungnya jauh jauh sambil jerit nanak
Dia mengamuk sebenarnya tapi saya rasa cute..aahaha..
Tengok dua gambar di bawah
Iki bermuka bosan dengan mommy



Armand baru nak main air..Ceria Armand berenang dengan ayah

Budak budak ni belum pandai main bersama
Macam ibu nya bergosip bersama
Sorang pandang sana, sorang pandang sini
Habis habis, Iki cuit kening Armand
Armand cuit hidung Iki…hihi

Sebaik sahaja di pakaikan towel, Iki terus tidur kepenatan
Gambar dibawah diambil oleh mommy dengan tunjuk ajar daddy
“Tunggu lampu hijau yang blinking tu statik”
“ooo..yang bulat kecil warna kuning ni ye?”
“Ha…”

Buat urusetia Gathering 2009 Forum Cari- Bod Parenting
dan semua yang menyumbangkan makanan, Malay, Cik Wawi, Zea, Hani, Ena
Terima kasih…
Pst : Ku pemalu..sesuai sembang di forum sahaja tak nampak jeragatku..hihi..




































