Saya bangun pukul 5 pagi sebab nak kemaskan baju baju lama untuk diberi kepada orang asli di Kuala Gandah
Nerves pula nak ke Kuala Gandah Sabtu ini
(Mungkin semasa anak anak main dengan gajah, saya duduk ditepi menonton persembahan orang asli…hihi)
Masa pilih pilih baju lama
Pegang seluar buruk, terfikir “eh nanti nak pakai buat berkebun, tak ada seluar pula”
Dan seluar itu masuk semula dalam almari baju
Pegang tshirt lama, terfikir “baju ni buleh buat kain buruk”
Tshirt itupun masuk semula dalam almari
(Belum lagi baju kenangan masa haritu, harini, hari hari..hihi)
Macamana nak bagi orang kalau semuanya sayang?
Padahal logiknya seminggu ada 7 hari dan 7 baju dah mencukupi ulang pakai
Sebab walaupun sebulan ada 30 hari, bukannya pakai 30 baju yang berbeza setiap hari!
Saya masih akan pakai baju yang saya gemar sahaja berulang ulang
Kadang2 baju yang tak gemar itu sampai berbau ‘almari’
Benda yang baik akan memberi manfaat jika digunakan, kan?
Dan kalau baju baju ini dapat dimanfaatkan oleh orang yang lebih memerlukan, apa salahnya
(Belajar melepaskan, belajar melupakan..hihi)
Saya suka lagu baru Meet Uncle Hussein – Drama King
Kali pertama aku mengenalimu
Mahu bersama
Mahu bersama
Raut wajahmu bersih
Meyakinkan hati ini
Aku terpaut
Semua dusta palsu
Aku tertipu
Keperibadianmu
Berubah menurut nafsu
Panggilanmu gelaranmu
Baru ku tahu
Chorus
Lakon layarmu hebat
Terpukau ku melihat
Isi hati murahan
Sampai bila
Kau mahu tersesat
Tidak kau penat
Hidup penuh muslihat
Mahkotamu Raja Drama
Kau masih berpura-pura
Kata-katamu hanya propaganda
Mengejar hijau ungu
Mata kelabu
Ini bukan kau yang pernah ku kenal dulu
Panggilanmu gelaranmu
Baruku tahu
Okeh dah siap nyanyi hangguk hangguk, jom kita pegi makan
Saya suka asam pedas
Masa mengidamkan Dzakwan, saya mengandung asam pedas..eh masa mengandungkan Dzakwan, saya mengidam asam pedas
Punya lah suka sampai taknak balik beraya Perak sebab sayangkan Melaka..ekeke
Kalau buat tag, mesti asam pedas masuk dalam list!
Dan minggu lepas kami ke Restoren Asam Pedas di depan Desa Tun Hussein Onn
Tanpa apa apa recommendation, kami menuju ke kedai ini sebab ada dalam GPS..hihi
Cantek kedai ni..menu makanan pun cantik!
Buat semua orang Melaka, “apa kabau?”
Hihi… 5 tahun kat Melaka campur setahun extend membuatkan saya rindu semuanya
Rindu ‘bau’ Melaka, rindu Dataran Sejarah, rindu Jusco Melaka, rindu stesen bas lama (abg burger besar tu dah tak ada agaknya)
Rindu asam pedas depan Pasar Borong dan Pantai Kelebang juga
Kali terakhir ke Melaka masa mengandung yang tak tahu dah mengandung di entri ini
Saya seboleh mungkin nak luangkan masa yang lebih untuk anak anak
Kebelakangan ini kami suami isteri agak sibuk, keluar pagi balik tengah malam
Anak anak dah mula tinggal di rumah dengan pembantu sebab saya kesiankan mereka membesar di dalam kereta
(Dan dalam masa yang sama, saya tak sempat siapkan kerja..uwaa)
Bila saya jumpa mereka selepas lapang dada siap kerja, ianya akan lebih bermakna buat kami semua, kan
Ice lemon tea di kedai ini disediakan dalam cawan berbentuk balang
Sedap!
Tapi masa Iki ‘menumpang kasih’ tengah minum air ni, dia terjatuh dari kerusi (sebab duduk kerusi besar) dan tertarik air sekali!
Saya sempat pegang cawan tapi airnya tertumpah derek (direct) atas kepala Iki
Sian Iki..mandi air lemon tea
Dia malu saya ambil gambarnya (haha!)
*Masa ni dah duduk di kerusi makan kanak kanak
Gambar oleh Iki
Di dinding restoren ada gambar2 karikatur pemimpin negara dan atlit sukan dunia
(Mungkin ini adalah minat pemilik restoren ini)
Baca lebih lanjut mengenai restoren ini disini
Kesimpulannya : Kalau teringin asam pedas atau masakan Melaka yang lain, tak perlu balik Melaka
Di sini pun ada
Asam Pedas Café & Restaurant
No. 6, Jelatek Business Park
54200 Kuala Lumpur
Harga Makanan
Asam Pedas Daging – RM 9.00
Asam Pedas ikan Pari – RM 9.00
Kangkung Goreng Belacan – RM 7.50
Ayam Goreng – RM 9.00
Cucur Udang – RM 3.50
Dah sudah makan, saya menyinggah kedai karpet di sebelah
Nampak yang ni RM790
Fuhhhhh….lawonya!
Tanya yang kat bawah ni pula, RM750!
Karpet yang dibawah ni pula, kecil separuh saiz dari dua karpet di atas
Harganya RM320!
Penjual Turki (memang hensem) “Jadi ke kaka? Morah morah”
“Nanti nanti, saya balik rumah dulu, kasi mimpi dulu baru datang”
(Eh apa aku cakap ni)
Sebenarnya saya nak cakap “Mahalnya karpet wehhhhh…patutla rumah acik Luna gonjeng je..ekeke”
Nota Mommy Luna : Harini nak setup booth di Dataran Merdeka. Kalian datang ye! Kalini saya nak bergambar dengan semua pelanggan! (Offer yang tidak memberangsangkan kah…ekeke)
Related posts:
















yeah, asam pedas kat pasar borong n asam pedas kat Laksamana la best sue!!! adoiii….
melaka mmg meninggalkan byk memori especially kat kita2 yg extend ni. wah wah wah
—
Betul tu Liz : Rasa macam kacang lupakan kulit pula sejak duduk KL dan tak menjenguk Melaka..ekeke
Dan Melaka makin maju dan maju..hihi
Salam Sue… wah sedapnye makan asam pedas.. Sue mesti ada lebih 2empat jam seharikan (no empat kat keybod rosak) banyak boleh update blog lagi.. layan anak2 lagi, ada kedai lagi… I wish I could…. Sian iki mandi ais lemon tea… ( for ur info setiap hari Lina buka blog Sue nak tgk update baru so jgn lupa update blog selalu
)
—
Lina : Sue harap Sue ada lebih dari 24 jam sehari(nak buat itu, ini, itu, ini)..hihi
Cian Iki malu dia mandi ice lemon tea, melekit lekit baju dan rambut dia..ekeke (sampai hari ni ingat lagi cemane comotnya dia..haha)
oowhh..sue dulu studi kat mmu melaka ek. sy skrg duk melaka stlh tinggal kat sgor 27thn. rindu kat negeriku selangor…ramai org suka asam pedas ek. tp sy tak suka. xtau kenapa. tp kena selalu masak asam pedas sbb asben mmg org melaka & mmg suka sgt mkn asam pedas. xpaham cemana dia bole hirup kuah asam pedas…
wah…dah mcm rancangan jalan2 cr makan plak k.sue promote mknan ni…sedap plak…
all da best tok booth di dataran merdeka..:)
entry yang menggiurkan…ada asam pedas yang yummeh dan karpet yang cantik (adoi bleh order online tak karpet tu??)
aqeelah pun pernah mandi milk shake kat kenny rogers (abahnye buat) gara2 ghairah nak kongsi milk shake dengan anak…abis stroller & anak berperisa coklat.