Saya ada projek kecil tak kecil mega pun tidak di blog
(Selain dari kisah cinta permintaan Ayg itu…
*Mommy Luna masih dalam mode berhabuk habuk cari gambar lama dalam stor)
Saya nak buat entri mengenai kedai kedai di Amcorp Mall (secara percuma)
Jadi anda akan ada alasan yang lebih kukuh untuk melawat Lunatots di Amcorp Mall..hihi
“ada apa di Amcorp Mall?”
Saya suka Amcorp Mall kerana…
Ada kedai buku yang sangat menarik tertarik
Tiap kali saya masuk dan niat ‘nak tengok2 aje..’
Niat tu memang tinggal niat sahaja sebab selepas tengok tengok, saya mesti terbeli!
Ini baru betul betul kedai berantu..keh kehhh
Bayangkan, buku fiction Dan Brown yang berharga RM35.90 jadi RM9.90 sahaja!
Boleh beli 2, 3 biji sekaligus
(Ada 4 buku yang berlainan…sangat mengujakan!)
*Lepas tu tinggal fikir bila nak baca dan fahamkan apa yang Dan Brown cuba sampaikan..ekeke
Buku berkulit tebal harga beratus ratus jadi dua ke tiga puluh ringgit
Belasan tahun eh ringgit pun ada!
Buku untuk kanak kanak, Noddy berkulit tebal berwarna penuh dengan aktiviti hanya RM7.90!
Dictionary bergambar untuk anak anak dan maknya, hanya RM3!
You tell me, mana nak dapat buku baru cantik bersih bermanfaat dengan harga serendah itu kan
Kalau buku buku macam Sophie Kinselle – Shopaholic sekian sekian semuanya RM17.90
Genre komedi, romance, keagamaan, parenting, teen adult semuaaaaa ada dengan harga berpatutan
Perghhh..berpeluh mommy Luna promote
Jomlah datang ke Excess Bookstore (Level 3) selepas pulang dari Lunatots Amcorp Mall (Level 2)
Memang tiada alasan untuk tidak membeli!
Bagi pembelian lebih RM100, anda layak mendapat membership card
Jadi lepas ni kalau saya beli buku, belian lebih RM50 dapat 5%
Sementara belian lebih RM100, dapat 10%
(Sudah lah murah, diskaun lagi tu…)
Dari luar, inilah kedai buku yang saya maksudkan
Dibuka setiap hari dari 10 am hingga 10pm
Recommended dengan pesanan Martabatkan Budaya Membaca di Kalangan Orang Kita
Baik beli buku dari beli baju….(bercakap pada diri sendiri..haha!)
Percuma book thong dengan pendaftaran sebagai ahli
Saya pilih yang merah menyala ituuuu
Inilah kegunaan book thong!
Menarik!
(Dan saya perlukan banyak thong eh book thong untuk buku saya yang lain..kih kihhh)
Nota Mommy Luna : Which shop will be next? Urmm..
Related posts:












sue!!betul..
ezue..masa ada kursus sebelah amcorp mall dulu..
masa time break..
teruja sungguh masuk amcorp mall…
kedai buku tu mmg sangat mengujakan..
masuk kedai tu terus rasa diri di awang-awangan..
sampai dah tak tahu nak beli buku apa..
terlalu banyak untuk dipilih..
excited punya pasal…hehehe..
tapi masa tu..lunatots belum bukak cawangan kat sana..
kalau dah ada..confirm duduk lepak2 kat kedai sue..
sue, kedai tu mmg famous kat oversea. terkenal dgn harga yg murah2 belaka. mmg sesuai dgn peminat buku!
Salam, Kak Sue..
Nak order buku kat kedai Excess tru kak sue lah..boleh? Amcorp mall jauh sgt la dari rumah:-(
—
Buleh..Maira nak buku apa?
sue…cerita la pasal tempat makan pulak…nasi ayam kapitan ke…..
dedulu masa opis asu kat PJ, memang Armcorp mall ni tempat lunch la….seminggu sekali wajib pergi
huhuh, terujanya..
adik saya pun baru jumpa kedai buku ni!! gila dia borong buku cite omputih yg murah2 kat situ..
Salam Sue… wah menariknye buku-buku ni… harganya pun membrangsangkan….
—
Betul Lina, memang gile ah ding dong kedai buku ni. Rambang mata Sue di tengahari rembang..ekeke