Ini bukan iklan susu tepung dan usahlah didramakan gambar di atas ye..ekeke
Saya baru pulang dari Tesco
Sabtu ini 17 April 2010 (selepas craft class), kami mewakili hati ibu ibu lain akan ke Rumah Anak Yatim Tengku Budriah, Cheras
Tiada apa aktiviti yang dapat dilakukan kerana semua anak anak dibawah lindungan Jabatan Kebajikan Masyarakat
Kami akan berjumpa dengan Pengetua, dan menyerahkan apa yang termampu
Kami di SaraLuna mengalu alukan:
- Sumbangan kewangan, biarpun sekecil RM0.50. Ianya boleh dimasukkan ke dalam Maybank PSA Marketing (5624-7812-4674) dan emailkan bukti pembayaran dengan tajuk “Sumbangan Rumah Anak Yatim Tengku Budriah”
- Susu tepung Dumex-Dugro (rumusan 1 hingga 3 tahun)
- Lampin kain moden atau lampin pakai buang (apa apa jenama)
Sumbangan boleh diserahkan kemana mana cawangan Lunatots & Sara Kids
Siapa yang ada disini?
55 bayi dibawah umur 1 tahun yang anda baca ceritanya di dada dada akhbar
Kesempitan dan kepayahan mereka sehingga susu tepung anak anak ini terpaksa dicairkan
Lain kali kita datang bersama sama ya!
Allah menyayangi anak anak yatim dan mungkin kasih sayang itu disalurkan melalui kita
Related posts:






sue.. kena bagi susu tepung dumex dugro je ker..??
susu jenama lain (yang untuk 1-3 tahun) xleh ker?
—
Kak Yong, masa telefon pengetua, pengetua mention pasal Dugro sahaja
Katanya susu yang murah (RM19.90 satu peket)
Brand lain sampai RM50 ke RM70 sepeket
Anak anak di Rumah Anak Yatim Tengku Budriah ialah bayi bayi yang ceritanya kita baca di paper
(Dibuang, dicampak, ditinggalkan)
Dan wajah mereka eksklusif maksudnya tak buleh ambil gambar dengan mereka
Tengok dari jauh sahaja
Kalau Kak Yong dan Abg Hasif nak menyumbang, dialualukan
pernah pergi kat sana..memang sgt sediah dan kesian bila tgk bayi2 dan kanak2 di tinggalkan macam ni..kak sue..nak join mcm mana?next time kalau ada nak join la…
—
Salam Ila, untuk kali ini, kak Sue dan kak Farah dtg untuk melihat2 dan memberikan sumbangan sahaja. Kami perlukan surat daripada JKM untuk membuat aktiviti dirumah ini. InsyaAllah kita akan bersama sama beraktiviti selepas kami selesaikan beberapa perkara. Ila dan Farish join ye nanti
salam,kalau saye nk derma baju2 + permainan + books utk anak itu cmne..nk pos ke adress lunatots bleh ke..
—
Salam Leen, Leen boleh poskan ke alamat Lunatots di 16-2-1, Blok A, Jalan 5/101C, Cheras Business Centre, 56100 Batu 5 Cheras, Kuala Lumpur
Terima kasih Leen
saye pun nk dermakan baju2 + permainan + buku. Kalau barang byk, blh dtg terus ke Lunatots ke? Alamat yg ni ke? 16-2-1, Blok A, Jalan 5/101C, Cheras Business Centre, 56100 Batu 5 Cheras, Kuala Lumpur.
tq,
Linda
—
Linda boleh poskan atau datang sendiri ke alamat seperti di atas. Kami akan kumpul dan hantarkan.
ADA SEDIKIT SUMBANGAN DARI SAYA. HARAP DAPAT MEMBANTU..
Open 3rd Party Transfer
Status: Successful
Reference number: 1389016003
Transaction date: 28 Apr 2010 16:52:53
Amount: RMXX.XX
From Account: 112398007060 SA
To Open 3rd Party Account : 562478124674
Account Holder Name : PSA MARKETING
—
Salam Linda, Sumbangan sudah diterima. Kami akan bawa apabila kami ke rumah tersebut ye.
bolehke saya derma sekarang…maksud saya transfer sumbangan ke akaun maybank tu….
—
Boleh Nazirul, lampin akan disumbangkan ke Rumah Anak Yatim insyaAllah pada bulan Ramadhan ini.
Sumbangan Rumah Anak Yatim Tengku Budriah
Transaction Date: 20 AUG 2010, FRI,15:16
3rdPartyTransfer (PSA MARKETING)-562478124674
Amount: RM 50.00
From Account-114487095018 SA(REF.NO-1419130247)
—
Salam Encik Nazirul, sumbangan sudah diterima dan akan diserahkan pada minggu hadapan insyaAllah.